CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19990|Reply: 111

Edisi Jejak Kasih : Ogy & Erma bganding dlm Mok Cun 2

[Copy link]
Post time 9-9-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sepitsiput at 13-10-2015 10:17 AM

Menerusi IG @umieaida818 khabarnya dua primadona Ogy & Erma sudah berjejak kasih setelah agak lama dingin dan kurang bertegur sapa. Kali terakhir mereka bertemu ialah ketika anugerah Melodi 3 thn lepas, erma diberi tugas menyampaikan anugerah khas buat ogy.

gossip : selama ini igt diorg okay2 jah...rupa2nya lama x bertemu
update #94

Kali terakhir industri hiburan melihat gandingan Erma Fatima dan Ogy Ahmad Daud berlakon ialah menerusi telefilem Pengantin Popular, lebih 20 tahun lalu. Telefilem itu menarik perhatian ramai malah turut mencipta kontroversi kerana mengungkit perang mulut yang pernah terjadi antara mereka selain memaparkan sisi negatif beberapa watak yang benar-benar wujud. Drama arahan Rashid Sibir terbitan BNE Production itu bersiaran menerusi slot Cerekarama TV3 sekitar 1994. Ogy membawa watak pelakon senior bernama Gee manakala Erma pula memegang watak Erna digambarkan sebagai pelakon baharu yang mula mendapat perhatian. Gee dilihat tercabar dengan kehadiran Erna. Malah kalau ada yang ingat menerusi telefilem ini juga terma "over acting" dan "stereotype" turut bermain di minda. Erna menyifatkan lakonan Gee sangat over acting, manakala Gee pula melihat Erna sangat stereotype dalam lakonannya.


Berita baik, selepas lebih 20 tahun telefilem berkenaan disiarkan dan tiada lagi gandingan Erma dan Ogy selepas itu, kedua-duanya dijangka disatukan semula pada bulan hadapan menerusi teater Mok Cun yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Diajukan persoalan itu, Ogy menerusi WhatsApp memberitahu dia masih mempertimbangkan tawaran Erma itu. "Saya kena tengok skrip dahulu," katanya ringkas. Tawaran berkenaan juga jelas menamatkan perang dingin Ogy dan Erma selama ini. Datin Umie Aida adalah antara individu yang merangka pertemuan kedua-duanya sekitar awal September lalu. Ogy Ahmad Daud yang ditanyakan mengenai perdamaian dengan Erma Fatima, melihatnya sebagai ruang terbaik untuk kembali mengeratkan ukhuwah yang sudah lama terputus. "Yang lalu itu biarlah berlalu. Kita tak mahu lagi ia terus berpanjangan. Apabila kita mengambil sikap untuk tidak bermusuh dan berbaik semula pastinya kita akan rasa tenang dan baik di dalam diri. "Islam mengajar kita untuk tidak memutuskan silaturahim. Alhamdulillah. Biasalah masa muda dahulu banyak benda kita buat ikut emosi. Tapi bila berusia kita jadi lebih matang dan kita patut berikan contoh yang baik buat pelapis kita," katanya. - BH



RK - Tidak mahu terus dihurung kisah lama hingga menyebabkan dua pelakon ini tidak brtegur, kini Erma Fatima dan juga Ogy Ahmad Daud telah kembali berdamai malah turut sama akan bergandingan semula dalam satu pementasan teater pada November ini. Untuk pengetahuan anda, Erma dan juga Ogy pernah digandingkan bersama di dalam drama Pengantin Popular sekitar tahun 2014. Bagaimanapun, tindakan Erma menegur lakonan Ogy (yang lebih senior) ketika itu, membuatkan hubungan mereka dingin.



“Saya ketika itu hanya pelakon baharu, yang memandai mandai nak menegurnya. Sebagai pelakon senior, dia ada egonya tersendiri. Tapi semua itu kisah lama yang tak perlu dikenang lagi. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Malah Erma juga berkongsi kisah bahawa dia pernah menyimpan wang perbelanjaan sekolah semata-mata ingin menonton lakonan Ogy di dalam filem Azura. Kini, dia bersyukur kerana hubungan antara mereka sudah kembali pulih.
Apa pun, tahniah kepada pelakon Umie Aida kerana telah berusaha dan berjaya menjernihkan kembali hubungan tersebut di mana mereka sudah 20 tahun tidak digandingkan bersama.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat drama pengantin popular. Baru lyn balik lastweek. Best malay drama ever!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm saty Ig video...kak ogy bgtau dia dan timah bakal berlakon sama2 umi
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 09:01 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 9-9-2015 08:56 PM
Dlm saty Ig video...kak ogy bgtau dia dan timah bakal berlakon sama2 umi

rasenye maybe tuk mak cun maal hijrah kekdahnyee.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mase muda gegaduh, dah tua2 ni bebaik2 lh smule

Agak2 fazura ngan neelofa akan berbaik2 tak 1 hari nnti
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam filem manisnya cinta pn diorang berdua ada berlakon kan.. cuma scene lain2 so tak bertegur sapa lah kots??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2015 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah berbaik baik comolot semula...dua2 semakin kertu...entah2 esok lusa dijemput Pencipta...haa gituuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgojesss replied at 9-9-2015 09:50 PM
dalam filem manisnya cinta pn diorang berdua ada berlakon kan.. cuma scene lain2 so tak bertegur sap ...

Filem Azura hauk lofa tu pun.... ogy & faizal scene kt paris....kak erma kt malaysia je.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai...Apsal akak baca 'ogy dan eman bertemu semula' ???
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:44 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 9-9-2015 10:19 PM
Aduhai...Apsal akak baca 'ogy dan eman bertemu semula' ???

samalah..... saya pon terbaca yang sama.... ogy dan eman bertemu semula.... then bile baca jadi blur, tengok tajuk semula....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
I ingat erman manan ex hubby k.oyg
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pon ingat eman. Klo ada jiwa kacau kak ogy
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:57 PM | Show all posts
dorang dingin issue ape?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:02 PM | Show all posts

erma kata ogy overacting, ogy kata erma stereotype.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:04 PM | Show all posts
redliner replied at 9-9-2015 11:02 PM
erma kata ogy overacting, ogy kata erma stereotype.

oic.. iols dh recall balik kes ni.. tq.. even dulu show Jangan Ketawa pun ada buat parodi isu overacting ni...

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually komen erma pd ogy n komen ogy pd erma mmg btui pun..tp kedua2 besh bg aku..over ogy mjd dn streotype erma pun aku blh lyn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa 2-2 sama perangai api dgn api. Susah nak jadi kawan kalau perangai i mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun ingat ogy jejak kasih ngan emang manang, happy jap rupanya salah baca la
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 11:59 PM | Show all posts
igt kan lepas masing2 dah pakai tudung mmg dh xda isu dh. rupa2nya perang dingin terus2an blaku. bak kata raja azmi di ig erma bila mokcun update kerinduan dia kt kak ogy, its a love-hate relationship. patutlah dlm apa kata hati, azura 2012, MCDC byk kali dorg cameo sama movie tp xda scene sama. Masa anugerah melodi aritu ogy nak x nak je salam ngn erma. Tapi di IG erma mmg pernah sekali dua dia akan update gmbr kak ogy, rindu benar dia kat sahabat lama tu. antara masa drama Harus Terpisah di astro prima, erma highlight yg xda sapa pun boleh menandingi kehebatan primadona ohgy.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 12:26 AM | Show all posts
baru tgk pengantin popular lg hari nie...

scene stealer patut bg kt raja azura n allahyarhamah kak yan!

tgk ogy dlm filem tu... teringat sh. amani... mmg ade cket persamaan mereka dlm lakonan.
sore erma pulak... seyes mcm nasha aziz... serak2 manja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.404463 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list