View: 10747|Reply: 64
|
[Dunia]
Tembok besar kedua di China di temui.
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 962x722. |
SEBUAH kubu batu misteri di puncak sebuah banjaran pergunungan terpencil di Gongyi di tengah China dianggap sebagai satu lagi Tembok Besar China di negara berkenaan. AGENSI
BEIJING 19 Sept. – Sebuah kubu batu misteri ditemukan di puncak sebuah banjaran pergunungan terpencil di Gongyi di tengah China, baru-baru ini yang dianggap sebagai satu lagi Tembok Besar China di negara berkenaan.
Portal People’s Daily Online yang dipetik Mail Online melaporkan, tembok batu kukuh itu berukuran 975 meter panjang turut mempunyai pintu menara, kubu, menara pengawal dan lubang peninjau yang boleh ditemui pada struktur purba berkenaan.
Perbandingan dinding itu dengan Tembok Besar China adalah daripada segi struktur berkenaan turut diperbuat daripada batu yang disusun rapi.
Namun, binaan dinding itu hanya mengelilingi puncak banjaran pergunungan itu berbanding Tembok Besar China yang dibina secara garis lurus, sekali gus mengandaikan binaan itu merupakan sebuah dinding kubu.
Kubu itu menunjukkan dinding berkenaan adalah sebahagian daripada kubu tentera yang penting walaupun pakar masih belum lagi mengesahkan tentang penggunaan binaan tersebut.
Usia tembok batu berkenaan juga masih lagi tidak diketahui, namun penduduk tempatan mendakwa binaan itu dibina sejak Dinasti Ming antara 1368 dan 1644 Masehi.
Corak batu itu menunjukkan sebahagian daripada dinding itu telah dibina semula antara 1851 dan 1861.
Di sebalik usianya itu, kebanyakan binaan kubu berkenaan masih lagi kukuh, meskipun sebahagian dindingnya telah runtuh selepas sering dikunjungi pengembala kambing.
Penduduk tempatan berharap, lebih banyak pendedahan tentang tapak itu akan dibuat bagi membolehkan tapak bersejarah tersebut mendapat perlindungan sewajarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar....kHnmp5hX.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Seramnyer klu citer bab tembok2 ni.tringat citer iskandar zulkarnain vs yakjud makjuj |
|
|
|
|
|
|
|
Wah menarik pasti jadi wilayah tarikan pelancong ke kawasan itu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tu di Georgia sempadan Russia dah roboh pun |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti susah nk masuk mcm pedalaman jh. |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang tak sampai 1km. Tembok kubu jer |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana they all dahulu kala terfikir dirikan senibina sebegini. Tersergam kukuh sampai sekarang plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendek jah 1km, mungkin peruntukan nak smbung buat tembok abes disonglap maharani sundel demi membeli birkin, hermes atau lv |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 20-9-2015 10:40 AM
Pendek jah 1km, mungkin peruntukan nak smbung buat tembok abes disonglap maharani sundel demi membel ...
Hahaha. Raja dulu byk gundik. Mungkin tkde budget sbb nk menanggung byk pompuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kurang dgn raja sekarang haha...
|
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 20-9-2015 02:40 AM
Pendek jah 1km, mungkin peruntukan nak smbung buat tembok abes disonglap maharani sundel demi membel ...
Sis ..kakak tahu tahap pemikiran sis sgt2 pprt...tetapi tolonglah jgn tunjukkan di tered yg agak ilmiah spt tered ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 20-9-2015 10:40 AM
Pendek jah 1km, mungkin peruntukan nak smbung buat tembok abes disonglap maharani sundel demi membel ...
nama maharani Luo Si Ma |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 20-9-2015 03:17 AM
Bukan saja tahap pemikiran amat pprt tapi sejijik taik babi dalam kandang . Begitu lah kekdah nya kalau segala maklumat nak dipolitaikan. Sudah nya bergelumang dgn taik .
|
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 20-9-2015 03:15 AM
Bukan saja tahap pemikiran amat pprt tapi sejijik taik babi dalam kandang . Begitu lah kekdah nya ...
Kannn.....kakak harap sis @dodolgemok dpt hidayah |
|
|
|
|
|
|
|
setelah sekain lama baru terperasankan hal ini.. well, kipidap! nk tau lbh byk psl kubu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ketemu ke? Selama ni tak penah perasan ke apa? Mohon pencerahan qu puteh
Akak sibuk gak cari thru google map |
|
|
|
|
|
|
|
kagum dengan senibina china lama..... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan skrg baru perasan??? terpencil sangat ker kawasan nie |
|
|
|
|
|
|
|
emperor china dulu kala segala2nya nak grand ..istana nak besar2.. tembok nak panjang2 n tinggi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana bawa batu-bata naik gunung? Awesomelah orang dulu-dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|