CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6475|Reply: 55

[Tempatan] 200,000 graduan tempatan masih menganggur

[Copy link]
Post time 4-10-2015 10:54 AM | Show all posts |Read mode


IPOH – Kira-kira 200,000 graduan di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan berikutan peluang kerja yang agak terhad sejak dua tahun lalu.

Jumlah graduan meng­anggur ini dijangka bertambah berikutan kea­daan ekonomi negara yang dilihat tidak banyak berubah sehingga awal tahun depan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan  berkata, angka berkenaan akan meningkat jika dicampur dengan jumlah graduan yang bakal menamatkan pengajian mereka pada tahun ini.

Menurut beliau, antara faktor berlakunya pengangguran termasuk langkah kerajaan mengambil pendekatan memberhentikan pengambilan pekerja pada tahun ini sekali gus menutup peluang kira-kira 13,000 hingga 15,000 pekerjaan di sektor awam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 10:56 AM | Show all posts
tak pe...... kita bagi kerja kat 1.5 juta bangla....... graduan tempatan boleh minta BR1M  
1.5 Juta Pekerja Bangla Akan Di Bawa Ke Malaysia
Jun 25, 2015

ALOR GAJAH – Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

“Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang ‘fresh’ dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di sini.

Ahmad Zahid berkata pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

Beliau berkata majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya. – BERNAMA

http://mynewshub.cc/2015/06/25/1 ... alaysia/#gs.Bi2IunY


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk mana la peluang pekerjaan baru yg wujud. Nanti pemimpin lak kata graduan ni harus fikir utk cipta peluang bukannya target makan gaji je. Cakap je.
Baik2 dulu study 4,tahun dgn syarat ketat tp tukar jd 3 dgn syarat asal ada je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 10:59 AM | Show all posts
sektor awam kena bukak balik la utk cari pekerja2 baru...org yg dh meninggal, pencen, bersara awal xde pengganti...tempoh utk bersara pun kena kurgkan...org perempuan yg nk bersara awal pulak harus dibenarkan sbb skrg byk sgt songeh..klu xde penyakit kritikal atau sebab yg munasabah mmg susah nk pencen awal..bg la kat budak2 baru lak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:02 AM | Show all posts
Banyak jaa kerja kosong lagii.. tapi bila mai interview.. tanya soalan, berapa ja buleh jawabb.. then dok ulang im a fast learner ka apa kaa

Company member aku keje, nak pakai 4 org budak baru, dah mai interview dekat 15 org .. tapi sekor pun tadak kualiti.. pastu tuding jari ke arah orang lainnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:04 AM | Show all posts
pencen gomen 60.

lepas ni ape plk? 65 tahun??


bangla 1.5 juta masuk mesia..

lepas ni ape pulak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2015 11:14 AM | Show all posts
zach2008 replied at 4-10-2015 10:59 AM
Byk mana la peluang pekerjaan baru yg wujud. Nanti pemimpin lak kata graduan ni harus fikir utk cipt ...

ahli parlimen sendiri naik gaji byk
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:15 AM | Show all posts
chinta89 replied at 4-10-2015 11:04 AM
pencen gomen 60.

lepas ni ape plk? 65 tahun??

org tempatan x sudi buat kerja bangla di malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 11:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:21 AM | Show all posts
kingnqueen replied at 4-10-2015 11:15 AM
org tempatan x sudi buat kerja bangla di malaysia

semua nk kerja dalam bilik berhawa dingin... sesuai dengan taraf degree..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:37 AM | Show all posts
Alhamdulilah tuhan permudahkan aku lepas grade setahun je nganggur

Then rezki dpt keje

Kenangan sedekad yg lalu

Insyaallah ade rezki tahun depan N44
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kerajaan bodoh.....tak pikir pelapis kemudian...

dok jaga org yg dah kerja....umor pencen sampai 60thn...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:18 PM | Show all posts
chinta89 replied at 4-10-2015 11:21 AM
semua nk kerja dalam bilik berhawa dingin... sesuai dengan taraf degree..

masalahnya,dalam satu kilang,jawatan paling byk ialah operator bukan office
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:11 PM | Show all posts
Tiew lar I rasa kau tak payah bukak universiti banyak, jadikan industri porno sebagai sektor ekonomi, dan tak payah la sebok2 nak jabatan agama Islam sangat, bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 05:24 PM | Show all posts
senang je
GST yg di kutip tukar jadi BR1M tetiap bulan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 06:13 PM | Show all posts
membangun dan menjunam serta jahannam bersama negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak per.....bram brim brom bagai tuh dah cukup....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 06:21 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 06:22 PM | Show all posts
korang mana la tau, kemasukkan bangla2 tu yang buatkan produk buatan malaysia berdaya saing, dan boleh tarik pelabur asing buka kilang di malaysia kerana kos gaji yang rendah...

orang malaysia mana la nak kerja2 yang dibuat oleh bangla ni.. jadi xde isu bangla rebut peluang kerja korang..

sian korang, berfikir singkat gile.. nampak sangat belajar tahap SPM je.. result spm pon cukup2 makan jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 06:28 PM | Show all posts
nanti semua VC akan ckp graduan keluaran mereka laris di pasaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.372570 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list