View: 3316|Reply: 20
|
[Dunia]
Pencuri 'dikalung' bangkai anjing
[Copy link]
|
|
GUIZHOU - CHINA. Dua orang lelaki terpaksa menangung azab dan malu selepas tindakan mereka yang ingin mencuri anjing gagal malah leher mereka turut 'dikalungkan' oleh bangkai anjing.
Memetik laporan Guiyang Evening News, lelaki yang dikenali sebagai Xiao berkata, dia menyedari dua orang lelaki sedang mencuri anjingnya kira-kira jam 6 pagi.
Dia kemudian bergegas meminta pertolongan jirannya untuk menangkap pencuri terbabit yang pada ketika itu terjatuh ketika cuba untuk melarikan diri dengan motosikal.
Kedua pencuri terbabit kemudiannya diikat oleh penduduk kampung, malah dipukul serta leher mereka turut digantung dengan bangkai anjing sebagai pengajaran di atas perbuatan itu.
Polis yang tiba di tempat kejdian selepas menerima aduan kemudian cuba untuk meleraikan penduduk kampung, namun gagal dan terpaksa mendapatkan bantuan tambahan untuk mengawal situasi berkenaan.
Pihak kerajaan Dujun berkata, lebih 100 anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa kedua pencuri berkenaan yang ditahan oleh penduduk kampung lebih dari 10 jam dalam keadaan lapar serta cedera.
Pencuri berkenaan kemudian dibawa ke balai polis dan pihak polis turut akan menyiasat penduduk kampung yang terlibat memukul kedua-dua pencuri berkenaan.
Kejadian itu menimbulkan pedebatan di kalangan netizen yang menyalahkan penduduk kampung yang bertindak keterlaluan terhadap pencuri berkenaan namun ada juga netizen turut menyokong tindakan terhadap kedua pencuri berkenaan.
- SINAR HARIAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Curi anjing tak berjaya, dikalung plak bangkai anjing |
|
|
|
|
|
|
|
hehe sesapa tolong temuramah pencuri2 tu mengenai perasaan mereka ketika dikalungkan bangkai |
|
|
|
|
|
|
|
takde teruk sangat apa bezanya di tanah melayu pakat2 isi selagi boleh |
|
|
|
|
|
|
|
bangkai anjing tu yg dicuri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya le nak sangat mencuri |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg curi anjing tu utk jual ke? Ke utk masak makan? Pastu bangkai anjing2 tu, yg dicuri ke? Kalau ye, tuan punye anjing dgn anjing takde beza |
|
|
|
|
|
|
|
syukur dorang dapat bangkai anjing. Boleh buat makan malam dengan jual kat orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
anjing mana pulak yang jadi bangkai? |
|
|
|
|
|
|
|
anjing yg sebelum dimasak dan dimakan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
curi anjing nak wat pe??
diorg mkn ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cina malaysia mkn anjing tak? |
|
|
|
|
|
|
|
anjing pun nak curi? |
|
|
|
|
|
|
|
bangkai anjing amik mana????//// |
|
|
|
|
|
|
|
Xpasal dapat kalungan percuma |
|
|
|
|
|
|
|
c===8 replied at 4-11-2015 12:04 PM
cina malaysia mkn anjing tak?
Makan babi,makan babi,makan babi........ |
|
|
|
|
|
|
|
samalah di satu negara tu --suspek pencuri lembu disuruh makan tahi lembu---\
sifat manusia tengah marah---tak da kena mengena dgn bangsa atau negara |
|
|
|
|
|
|
|
Curi nak makan la kot dh kebetulan pulak ada bangkai anjing...sedap sgt sampai sanggup mencuri.. |
|
|
|
|
|
|
|
biler punya citer daaaaaaaaaaaaa
rasanya kes ni dah viral tahun lepas kowt |
|
|
|
|
|
|
| |
|