Gaya hidup mewah petunjuk rasuah peringkat tertinggi – Tun MTun M mengakui beliau sendiri telah dituduh mengamalkan rasuah tetapi enggan mengulas lanjut kerana beliau bukan berada di situ untuk "bercakap mengenai kehidupan peribadinya”. Foto fail TRP
[size=100%]KUALA LUMPUR, 11 November:Gaya hidup mewah individu harus diterima di mahkamah sebagai bukti rasuah kerana ia mungkin satu-satunya cara untuk mengesan rasuah terhadap golongan peringkat tertinggi. Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bukti gaya hidup mewah pada masa itu dianggap tidak mencukupi di dalam mahkamah undang-undang dan ini, perlu diubah. Beliau memberitahu peserta Simposium Perangi Rasuah 2015 di Pullman Hotel, dekat sini, bahawa gaya hidup mewah termasuk memiliki beberapa kereta mewah adalah bukti rasuah dan dengan membenarkan ia dikemukakan di mahkamah, boleh menjadi langkah anti-rasuah yang berkesan. “Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat gaya hidupnya. “Malangnya jika anda pergi ke undang-undang mahkamah, tidak cukup bukti.
“Mahkamah mahu melihat individu tampil dan berkata, ‘dia (suspek) mengambil wang daripada saya’ apabila mahkamah sepatutnya menerima bukti gaya hidup mewah sudah cukup untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang disyaki rasuah,” kata Dr Mahathir dalam ucapan dasarnya. Tambahnya, beliau sendiri telah dituduh mengamalkan rasuah tetapi enggan mengulas lanjut kerana beliau bukan berada di situ untuk “bercakap mengenai kehidupan peribadinya”. Berita lanjut menyusul
therakyatpost
|