CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6703|Reply: 54

[Tempatan] Tertumpah Sup Ayam Atas Bayi Wanita Akan Saman Setengah Juta

[Copy link]
Post time 13-1-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU – Seorang ibu kanak-kanak yang melecur tersimbah sup ayam di sebuah tadika di Jalan Telipot, di sini dua tahun lalu, memberitahu Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pengasuh di taska berkenaan tidak mempunyai pengetahuan asas berhubung rawatan awal melecur.

Wakil plaintif, Nor Ashikim Md Arifin, 30, berkata sedemikian ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama pada hari pertama perbicaraan kes anak tunggalnya atau plaintif, Nur Airish Daniesya Norizal, 5.

Katanya, pengasuh berkenaan tidak memberi rawatan awal kepada mangsa yang sepatutnya disiram dengan air sejuk sejurus terkena sup panas berkenaan.


“Mereka (pengasuh) tidak ada latihan asas sekiranya berdepan kes sebegini dan tidak melakukan perkara sepatutnya iaitu menyiram dengan air sejuk bagi mengurangkan kecederaan.

“Oleh sebab itu, anak saya cedera teruk dan menerima rawatan di Unit Kebakaran HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) selama seminggu serta masih menerima rawatan susulan bersama pakar di hospital sama hingga sekarang,” katanya.

Pada prosiding itu, Nor Ashikim turut menceritakan kembali detik hitam yang berlaku pada 25 Ogos 2014. Pada jam 10 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada suami Norizal Alim, 33, memberitahu anak mereka berada di Kota Bharu Medical Centre kerana kes kecemasan yang berlaku di tadika.

“Pihak hospital bagaimanapun menolak untuk merawat anak saya menyebabkan kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke HUSM. Setimbanya di hospital, saya sangat terkejut melihat keadaan anak yang sangat lemah, berbalut tuala dengan cedera melecur seluruh badan termasuk muka.

“Kos rawatan sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM5,000. Krim kulit berharga RM50 dibeli setiap seminggu. Dia juga perlu memakai baju khas yang ditempah dengan hospital berharga RM160 yang dibasuh setiap hari bagi mengelak jangkitan serta perlu diganti setiap bulan kerana mudah koyak,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, kata Nor Ashikim lagi, dia juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 21 hari bagi menjaga anaknya selepas mangsa dibenarkan keluar dari hospital pada 31 Ogos 2014.

“Kejadian turut memberi kesan negatif kepada anak saya apabila dia merasa rendah diri dan kemurungan terutama apabila ditanya rakan sebaya tentang kesan parut di badannya. Saya turut risau akan masa depanya dan apabila dia dewasa nanti, lebih-lebih lagi dia adalah perempuan,” katanya.

Pada 3 Disember 2014, plaintif melalui peguam cara Tetuan Rozma Baharin & Co mengemukakan saman terhadap taska berkenaan dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM500,000 bagi kos rawatan, kesakitan, kesusahan serta trauma yang dialami selain ganti rugi am dan teladan atas kecuaian dan kelalaian defendan dalam mengambil langkah keselamatan menguruskan taska berkenaan.

Dalam kejadian lalu, mangsa yang berusia 3 tahun dan baru 17 hari mendaftar masuk ke tadika tersebut melecur 42.5 peratus akibat terkena sup ayam panas yang dikatakan tertumpah ke atas mangsa serta rakannya, Nur Afiqah Mazran, 2.

Nur Afiqah turut mengalami nasib sama, namun sebelum ini ibunya, Noradillah Ismail, 37, memberitahu tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas pengusaha tadika berkenaan.

Perbicaraan bersambung 3 Februari depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai...tertumpah seperiuk ke ape..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 saman sekali Kota Bharu Medical Centre
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:00 PM | Show all posts
HibinoSama replied at 13-1-2016 09:48 PM
Alang2 saman sekali Kota Bharu Medical Centre

boleh saman ke kalau dia tolak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gamba akak tu muka dia marah betul tapi xleh hapload pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambil jer tindakan agar pengusaha taska dan tadika lebih berhati2...jgn nk buat duit jer...anak orang tak jaga betul2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sup tu sapa punya? x kan budak2 mkn sup panas??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-1-2016 10:00 PM
boleh saman ke kalau dia tolak?

Ntah..haha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 13-1-2016 10:12 PM

Ya allah Teruknya keadaaan anak.......saman ja sejuta.....eiii sakit hati
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:19 PM | Show all posts
Taska tu mampu ke nak bayar saman sampai 1/2 juta?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:53 PM | Show all posts
bayi wanita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 13-1-2016 02:12 PM

Macam ratu kidul laut wehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:01 PM | Show all posts
mat mat budu ni anak sendiri tak tau jaga sampai tua pelat tak habis...

lagi ada hati mau jaga anak orang...






Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
saman yayyyyy saman
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sadiq_segaraga replied at 13-1-2016 10:19 PM
Taska tu mampu ke nak bayar saman sampai 1/2 juta?

Jika x mampu harta kena sita. Tak cukup lagik proceeding brankrupt. Lesson pada pengusaha taska tersebut dan pengusaha lain2. Go mummy. Saman je sampai tinggal spender
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 12:02 AM | Show all posts
apehal nak saman KBMC lak.. diorang mana ada Burn Unit... 42 percent mmg critical.
MMg kna dok ward khas. Swasta mana nak ambil kes2 berat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 12:07 AM | Show all posts
sup tumpah itu buat cacat kulit ka
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 12:12 AM | Show all posts
pernah baca dulu kalau kena air panas cepat2 lalukan air sampai sejuk..jangan terus letak minyak gamat ke apa..basuh guna air dulu, at least boleh kurangkan burn tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 12:27 AM | Show all posts
Teruk jgk melecur...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.175301 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list