|
Oleh : Dean BZ
Penyanyi kelahiran Cebu, Filipina, Mark Adam yang popular dengan lagu berjudul Marry Me terpaksa membuat keputusan berat meninggalkan "isteri tersayang" ekoran derita penyakit kanser yang dialami penyanyi itu.
Walau bagaimanapun, peminat usah terkejut dulu kerana kisah ini hanyalah cerita rekaan untuk klip video single terbaharunya yang berjudul Berat.
"Lagu Berat adalah taruhan terbaharu saya khas buat peminat. Single ini berbeza daripada lagu yang mempopularkan saya sebelum ini. "
Ia mengisahkan sepasang suami isteri terpaksa berpisah bukan kerana kehadiran orang ketiga atau sebagainya, sebaliknya akibat konflik yang lebih besar. Si suami menanggung derita penyakit kanser dan terpaksa melepaskan si isteri demi kebahagiaannya.
"Alhamdulillah, sambutan yang diberikan oleh peminat terhadap lagu ciptaan DJ Fuzz itu sangat memberangsangkan. Video single terkini saya itu baharu saja dilancarkan sebentar tadi," kata Mark atau Fikri Mark Adam kepada BH Online.
Mark Adam juga kini dilihat mula berjinak-jinak dalam dunia lawak apabila menyertai Kumpulan Slumber Blur bergandingan bersama pelawak popular, Shuib Sepahtu, dalam Juara Parodi. Kumpulan Slumber Blur telah memenangi tempat keempat dalam rancangan itu yang telah tamat tayangan 22 Januari lepas. - CARI Infonet.
Sumber : BH Online |
|