Edited by taksukapeanut at 26-2-2016 09:47 AM
Sufi AF Tiru Resipi, Inilah Komen Dato’ Fazley Yang Mengejutkan!
Seorang artis kelahiran Akademi Fantasia 2015, Sufi telah membuka satu perniagaan restoran makanan yang dinamakan De Tulang Merah. Restoran ini telah dikongsi oleh beberapa rakan yang lain. Namun, yang menarik perhatian netizen adalah menu restoran tersebut sama dengan menu di Suka Sucre Bistro, restoran milik Dato’ Fazley Yaakob.
Disebabkan oleh isu ini, rata-rata netizen tidak putus-putus menghantar private message di Instagram dan juga Facebook Dato’ Fazley. Oleh itu, Dato’ Fazley telah memuat naik gambar masakan yang dikatakan sama di Instagram peribadinya berserta kapsyen yang menjelaskan tentang isu ini beberapa hari lepas.
“Ini merupakan resipi yang telah saya hasilkan di @sukasucrebistro, nama diberi juga diilhamkan dari warisan tradisional Negeri Sembilan seperti Pasta Daging Salai Lemak Cili Api, Pasta Sambal Minang dan Aglio Olio Daging Salai. 2 tahun saya berdagang demi minat saya kepada dunia kulinari, juga demi mencari rezeki halal untuk keluarga. Namun, semalam peminat-peminat F&B memaklumkan saya dengan berita ada seorang rakan artis yang baru sahaja membuka perniagaan makanan dia sendiri dan turut menyajikan ketiga-tiga menu ini di restoran baharu beliau dengan komponen yang sangat serupa. Kecoh juga kerana mereka tahu beliau juga regular di bistro saya bersama rakan2nya. Gamat jadinya bila mereka berpusu-pusu tinggalkan komen di Instagram milik restoran tersebut dan menyatakan bukan hanya namanya “sebijik” tapi rupa betuknya juga serupa. Malahan DM saya juga penuh! Tetapi anda perlu tahu di @sukasucrebistro disamping ketiga2 pasta ini, ada juga “Salted Egg Yolk Cream Pasta” dan “Where’s The Spaghetti? Meatball” yang merupakan menu kegemaran ramai, dan bestsellers untuk kami syukur Alhamdulilah! Kata ramai di kalangan netizen, “Kalau serupa, mungkin kebetulan. Kalau satu sahaja, mungkin terpengaruh. Kalau dua serupa, mungkin sudah ada niat tidak elok di situ. Kalau ketiga-tiga resipi, nama dan rupa sama, tidak mungkin kebetulan” ramai yang berpendapat sebegitu. Dari semalam hingga ke hari ini masih penuh DM yang saya terima perihal yang sama. Pendirian saya begini, saya bangga kerana telah menjadi inspirasi kepada perniagaan beliau. Jika di tanya adakah saya di maklumkan seperti mana lazimnya seorang rakan, memang saya tidak di maklumkan dan saya tidak berkecil hati kerana rezeki Allah dah tentukan buat masing-masing. Yang penting jujur dan ikhlas kan? Walau apa pun, terima kasih menjadikan #SukaSucreBistro dan buah minda saya satu inspirasi untuk membina bisnis baru. Saya ucapkan good luck. Semoga diberkati Allah. Bismillah. Buat beliau, kuatkan semangat!!”
Susulan isu ini, nampaknya Sufi sendiri telah tampil berjumpa dengan Dato’ Fazley untuk menjelaskan perkara sebenar. Melalui gambar yang dimuat naik oleh beliau bersama dengan Sufi menunjukkan bahawa perkara ini sudah diselesaikan.
sumber: Gossipartismalaysia
|