Melihatkan iklan pelbagai produk kini yang hebat-hebat yang kadang-kadang dengan pelbagai 'punch-line' gempak membuatkan kita terfikir bagaimana iklan barangan dahulu ya?
Jika kini, iklan lebih menitik beratkan warna, gambar dan juga susunan produk sebagai pelaris dan juga 'manisan' untuk produk tersebut.
Bercakap mengenai produk dahulu, penggunaan kata-kata lebih dititikberatkan selain fungsi kepada sesebuah produk tertentu.
Pastinya gambar-gambar iklan dahulu kala ini menggamit memori anda dizaman tersebut dan betapa cepatnya masa berubah.
Melihat iklan dahulu pada masa kini, kadang kala membuat kan kita rasa lucu, mana tidaknya ambil sahaja contoh iklan sabun pencuci. Sekali pandang seperti tepung gandum.
Antara banyak-banyak iklan tersebut, iklan yang mana membawa memori yang tak boleh anda lupakan?