|
|
Oleh Izzah Abbasy
Penduduk di China beratur berjam-jam beli karipap dari 'The Mamak Stall' milik rakyat Malaysia. Apa yang istimewanya karipap ini?
Bangganya bila semakin ramai rakyat Malaysia yang berani mengambil risiko membawa makanan Malaysia ke luar negara. Jika sebelum ini kita ada Nasi Lemak Paris, kali ini kita ada karipap dari The Mamak Stall di Nanning, China.
Gadis berusia 30 tahun, Huang Xin Yi yang berasal dari Johor Bahru sebelum ini bekerja di Singapura selama 3 tahun sebelum memulakan perniagaan makannya di China.
Menurutnya minat berniaga telah lama ada sejak di universiti lagi. Jadi, 3 tahun kerjayanya dalam perbankan dia berjaya mengumpul RM 90,000 dan pergi ke China untuk memulakan perniagaan karipapnya.
Memilih nama The Mamak Stall, sebagai nama ‘common’ rakyat Malaysia yang suka melepak di mamak, karipapnya hanya dijual sebanyak 100 biji sehari. Ini membuatkan orang sanggup beratur selama berjam-jam supaya tak terlepas peluang untuk merasai karipap istimewa dari Malaysia ini. Bukan itu sahaja, Xin Yi juga telah menggantungkan bendera negeri Johor dan Malaysia sebagai tanda bangganya beliau memperkenalkan dan menjual karipap dari Malaysia di negara China itu. - CARI Infonet







|
|