Author|Post time 16-7-2016 10:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by TuntungReturn at 16-7-2016 01:09 PM
KUALA LUMPUR 15 Julai - Pengurus Agensi Jodoh, Zainudin Md. Jaafar menga-kui ‘pening’ dengan panggilan telefon yang bertalu-talu selepas Utusan Malaysia menyiar-kan laporan bertajuk Wanita utara pilihan lelaki jadikan isteri.
Zainudin berkata, sejak Selasa lalu, dia tidak henti-henti dihujani panggilan telefon berkenaan perkhidmatan ditawarkan yang majoritinya dalam kalangan wanita.
Katanya, selang sehari selepas laporan itu disiarkan juga, dia telah ke Arau, Perlis untuk menemui pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan mencari jodohnya.
“Sejak keluar laporan tersebut, ramai yang hubungi saya, terutamanya wanita, sampai pening saya melayannya.
“Kelmarin saya pergi ke Arau, ada anak dara minta bantuan untuk carikan jodoh. Hari ini pula ada beberapa lagi pelanggan di Putrajaya, Selangor mahu berjumpa dengan saya.
“Nampaknya laporan itu telah memberi kesan terutamanya kepada wanita yang sedang mencari jodoh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia pada Selasa lalu menyiarkan laporan yang memetik Zainudin bahawa wanita utara menjadi pilihan lelaki di negara ini untuk dijadikan isteri.
Selain negeri-negeri di utara, Zainudin yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang itu memberitahu, wanita Johor turut menjadi pilihan lelaki di negara ini.
Dalam pada itu, Zainudin me-ngakui, antara perwatakan wani-ta utara yang menarik minat kaum lelaki adalah kerana sifat mereka yang peramah.
Bagaimanapun, dia memberi amaran supaya tidak mempermainkan perasaan wanita utara kerana sukar meredakan kemarahan mereka.
“Mereka nampak peramah, tetapi jangan sampai buat mereka marah. Kalau marah, habis kita kena ‘bahasa’ dengan mereka.
“Selain itu, saya juga bimbang disebabkan laporan ini, wanita utara akan meletakkan hantaran kahwin tinggi, sebab mereka menjadi pilihan lelaki,” katanya berjenaka
dia tak jumpa lagi saya ni. takut nanti dia pulak hingaq sbb kita diam. tak semua gadis utara riuh. ada yg jenis silent, perati je kwn2 sembang. sy sendiri orang utara-kedah, pernah berhadapan dengan sorg perempuan ni kat 1 kedai elektronik. tudia aihh..dia punya ramah, saya yg tergamam. sesuai la kejae dia kat situ sebagai jurujual. muka sweet anak mami tapi org kedah. dia potpet2, saya plak tula..tula. last2, angkat kaki ronda2 tgk barang,biaq ex-assistant saya (lelaki - org perlis... pun kaki sembang juga) sambung sembang. haa elok la tu dua2 kaki sembang.
dia tak jumpa lagi saya ni. takut nanti dia pulak ...
Biasanya hat hingaq nak mampuih ni ramai hat kawin dengan laki hat diam skit, kalu dua2 hingaq boleh jadi gila, macam kawan aku anak mami, riuh muluit, spai sekali dengan kepala tangan duk pusing nak ya kan hat apa dia dok sembang, tapi memang anak mami dengan mamu memang lagu tu ka pala dgn tangan suka pusing2??, kelakar duk tengok dah macam boriaa....
tapi kalu hingaq nak mampuih melampau ngat boleh jadi stress lama2.
Post time 16-7-2016 05:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Narutah replied at 16-7-2016 11:51 AM
org utara ni bunyi ja kasar, tp bahasa dia sebenarnya ayat ayat biasa
org melaka lg kasar, guna ay ...
Melaka mmg kasar..kwn sy,pompuan, bahasa kasar bebenor... sesedap rase je die bg kt sorg ne,dorg gaduh n budak tu nk mtk maap,n kwn sy tu ckp "sori,sori, naik lori taik laa ko" (baca dlm nada org melaka) terkesima jap meolzs......
sebab kalau nak harapkan negeri2 yg pepagi raya melahap lontong atau lodeh mmg kalau sisat mesti ada DNA jawo ,banjar,bugis,cheh oh nooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!
taktaulah. jarang ada kawan anak mami ni. yg jumpa, sorg tu ja la yg riuh pun. kalau lelaki anak mami 1 sekolah dulu ada, tp tak riuh pun. cool ja, cakap bila perlu ja. tak byk ckp. hehe. tp sumpah tak pernah jumpa anak2 mami cakap teleng2 kepala, tangan boria melayang kelangit sambil bercakap tu...mmg tak pernah jumpa pun lagi. haha. ish anak sapa la yg hang jumpa tu. toksah dok lama2 ngan org riuh ni, jgnkan org utara, orang negeri mana pun..kalau riuh..boleh migrain woo. dok jauh sikit takpa. hahaha