CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iras

MASAKAN BARAT [SAUCE, CHICKEN/LAMB CHOP, GRILL, FISH & CHIP]

[Copy link]
Post time 20-11-2008 05:08 PM | Show all posts
lamb chop


grilled lamb


black pepper sauce


coleslaw


mashed potato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2009 03:48 PM | Show all posts
spicy olio seafood spegeti

entah la dah ada ke belum resepinya, just post untuk kawan2 try

1.udang, sotong, dory fish dimasak dengan minyak zaitun
2. angkat semua tu, n tumiskan bawang putih (2ulas) tumbuk, sebiji bawang besar dadu dalam minyak zaitun
3. bubuh chili flacks sesudu besar (ikut citarasa), black paper sesudu kecik
4. bubuh spegeti yg dah direbus
5. masukkan cili bulat capsicum
6. garam secukup rasa
7. masuk balik udang, sotong n dory tadi
8. siap...sedap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:07 AM | Show all posts
Grilled Chicken W Black Pepper Sauce
[img][/img]


Tak pasti pernah paste ke blum kt cni..
terima kasih tuan punya resepi (x ingat sape!)

Chicken

ayam bahagian peha/ dah buang tulang
sos tomato
kicap manis
sudu besar fresh rosemary.. fresh @ kering pun boley
1 sudu besar serbuk paprika
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mangkuk madu
2 sudu besar butter yg dicairkan/ minyak zaitun
Perap isi ayam dengan bahan2 di atas
Kalau boleh lama sket lah..biar meresap dlm isi ayam
Panaskan grill pan/skillet..bakar tanpa minyak hingga masak

Black Pepper Sauce

2 sudu besar butter
1 1/2 sudu besar tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera

Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 12:07 AM | Show all posts
sini kot letaknye
hehehehe


Ikan salmon bakar bersama sos mentega lemon

Bahan-bahan
200 g stik ikan salmon
½ biji lemon (ambil jusnya)
1 sudu teh lada hitam
Garam
Minyak untuk membakar

Bahan- bahan sos
250ml stok ikan
40g mentega yang disejukbekukan
10g bawang besar (cincang halus)
5g bawang putih (cincang halus)
5g tomato (dadu)
Sedikit daun parsley (cincang halus)
½ biji lemon (jus)
Garam

Cara-caranya
Perap stik ikan salmon dnegan jus lemon, lada hitam, dan garam selama lebih kurang setengah jam. Bakar sehingga masak.

Unutk sos pula,panaskan stok ikan dan masukkan kedua-dua jenis bawang yang sudah dicincang halus. Masukkan jus lemon. Kacau rata. Biar di atas api selama lebih kurang lima minit. Tutup api. Masukkan mentega beku. Biar cair, gaul rata. Masukkan tomato dan daun parsley.  Tuang di atas stik ikan salmon bakar tadi. Sedia untuk dimakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 07:28 PM | Show all posts
My grilled chicken chop...  peha ayam di fillet dan digrill... gambar sblm dicurah gravy... rasa nya buat time posa dulu, just maleh nak upload...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by alangGIRL at 13-12-2009 23:10

resepi grilled chicken chop

chicken chop...

peha ayam dibuang tulang
paprika
bawang putih (serbuk atau dtumbuk)
lada hitam dikisar
garam

cara2...

ayam diperap seketika (lagi lama lagi sedap)... kemudian digrill sehingga masak..

black pepper sos:

butter
bwg besar dicincang/ dadu halus
tepung gandum
stock ayam
sedikit cream/ susu cair
air
lada hitam
kicap pekat sedikit (sbg pewarna)
sedikit tomato sos
garam

cara:
1. cairkan butter dan tumis kan bwg besar. Bila wangi dan layu, masukkan sedikit tepung gandum. Goreng sehingga wangi...
2. Bila  dh wangi... masukkan air, stock ayam dan lada hitam... kacau hingga masak dan tidak bergentel...
3. Bila dah masak dan agak pekat masukkan kicap dan sos tomato dan garam... masak sehingga set .. masukkan sedikit krim/ susu. Tutup api dan hidangkan dengan chicken chop...

coleslaw

kobis dihiris halus
keret hiris panjang dan halus
garam, gula, sedikit cuka kalau nak
sedikit mayonis
sedikit susu segar (just utk lembapkan)...

cara:
gaul kan semua dan rasa secukupnya...

mash potato

kentang direbus
susu segar
butter
cheddar sedikit (untuk melemak)
garam
sedikit lada hitam...

cara:
kentang yg masih panas dilenyek bersama susu (alang selalu suamkan) dan butter yg sudah lebut dan cheese dan garam dan lada hitam... pastikan secukup rasa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2010 01:48 PM | Show all posts
try buat ciken cordon bleu las wiken (ikut resepi FP madiha)





Bahan2 ayam

. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.


Bahan2 sos

1 biji bawang besar ~ didadu halus
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)
2 cawan air
1 cawan susu segar
1 kiub lembu
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ tin cendawan butang (dlm 5 biji saiz besar) ~ hiris nipis
3 sudu besar sos perang/brown sauce
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil oregano cincang
garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).
2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang HP dan kicap manis.
3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan ayam golden bleu yang siap digoreng ataupun boleh juga hidang dengan steak kesukaan anda.

side dishes
- kacang panggang cap ayam
- fries
- salad (balun la buh kubis, brokoli, gula, garam, mayonis)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:24 PM | Show all posts
Kita tak pernah belajar buat steak secara formal.  Resipi ni kita pandai2 sendiri jer... satu lagi, kat blog kt ckp omputih cincai2... malas lak nak tukau/translate...

Homemade Steak


Steak - 4 servings
4 pcs steak meat
3 tsps pepper powder
1 tsp oregano
3 tbsps black pepper sauce
2 tbsps lemon juice

mix all ingredients and marinate for at least 30 minutes.
grill on a non-stick pan.

french fries - fried
12 pcs green peas
200 gm cauliflower

deep all veges in salted boiling water. separate the veges and keep the stock aside.

coleslaw
50 gm chopped cabbage
50 gm chopped carrot
1/2 pc big onion - chopped
1 tbsp chopped parsley
5 tbsps mayonnaise
1 tbsp lemon juice

mix all and keep in the fridge a while.


Black Pepper Sauce
Vege stock
1 tsp blended garlic
1/2 pc big onion - chopped
black pepper sauce
tomato ketchup
salt and sugar to taste
2 tsps flour - dissolved with 2 tbsps water

Without washing the grill pan, pour in vege stock + blended garlic + black pepper sauce + tomato ketchup, bring to boil. Add salt + sugar and the flour mixture. Stir well until become thicken.



happy trying!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 10:22 PM | Show all posts
nk share gambar jugak la...
resepi sama jek cm kakak-kakak ni punya... lebih kurang saje

lamb chop


mashed potato n black pepper gravy


coleslaw


dinner set

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:42 AM | Show all posts
wah...satu hari bila nak buat, kena melawat topic ni...sekarang cuci mata je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 04:02 PM | Show all posts
nk share gambar jugak la...
resepi sama jek cm kakak-kakak ni punya... lebih kurang saje

lamb chop
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs298.ash1/22538_259140817357_737332357_3508557_6 ...
de_ikea Post at 8-4-2010 22:22


kuah whipped potato tu nak buat macamana?  tak der resipi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 12:01 PM | Show all posts
kuah whipped potato tu nak buat macamana?  tak der resipi ker?
penyulawa Post at 12-4-2010 16:02

kannnnnn..very the tempting gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 11:15 PM | Show all posts
ikea pnya gravy cam ni :
setengah biji bawang besar- dadu halus
air daging bbq - secawan (kalau takdek guna 1 cawan air dan 2 stok lembu)
kicap manis - 2 sudu
sos bbq - 2 sudu
worchiester sauce - 2 sudu
butter - sesudu
tepung jagung dan air jika perlu
lada hitam - tumbuk kasar

1. tumis bawang sikit sampai wangi.
2. Tambahkan juice dr hasil bbq td (ikea masuk microwave sebelum grill, so ada kuar air daging tu, kalo takdak, olie pakai stock lembu atau ayam)
3. pastu kicap, wochiester sauce, bbq sauce, butter, crushed pepper.
4. kalo cair sangat, pekatkan dengan tepung jagung sikit..... siappp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 09:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by nazadiyah at 14-4-2010 10:12

SAPE NAK ORDER HOME MADE INSTANT CHICKEN CHOP ( BRAED CRUMB OR MARINATED)  LAMB CHOP, RIB EYE STEAK , STERLION MUSHROOM SOUP, BALCK PEPPER SAUCE N MUSROOM SOS....PM ME...BALIK RUMAH TERUS PANASKAN DAN SIAP DIMAKAN MMG SEDAP DAN MURAH.....COD AT SELAYANG YE


DIRECT DARI SUPLIER YANG ADE RESTORAN KAT TELAWI BANGSAR......
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:03 PM | Show all posts


home made western food ( coslow, nugget ayam, mash potato & gravy, black pepper sos)
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:04 PM | Show all posts


home made black pepper sos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 11:04 PM | Show all posts


mash potato ,gravy
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 11:05 PM | Show all posts


home made coslow

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 12:22 AM | Show all posts


home made chicken chop set with blackpepper sauce baked potato ,coslow,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 09:17 AM | Show all posts
Reply 197# sitipayung

mengancamlah sos black pepper u... boleh bagi recipe tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.483260 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list