CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 31-10-2009 11:15 PM | Show all posts
179# hh_hs jo

ko kan suka berimaginasi hh_hs...kekeke....kalau ko jadik alis apa ko buat???kekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2009 02:57 PM | Show all posts
terima kasih fizz :pompom:

cepat2 letak new entry ya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 10:15 PM | Show all posts
179# hh_hs  jo

ko kan suka berimaginasi hh_hs...kekeke....kalau ko jadik alis apa ko buat???kekekeke
chengkeh Post at 31-10-2009 23:15


chengkeh,
klu..klu ler aku jd alis kan, emmmm... jamin, aku tetap akan jamin aril tu. tapi lepas tu.. huhuhu..siap ler berapi2 kuar dulu sebelum aku dengar apa2 penjelasan dari aril.. boleh gitu?

tapikan, aku rasa alis x gitu.. kan fizzi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 09:26 AM | Show all posts
salam fizi


hari ni juliet nak n3 boleh ????
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 11:18 AM | Show all posts
Adilla & Jazza no hal yer he he he jarak dan waktu tu je jadi penghalang kita
ceh wahhhh guna ayat jiwang pulak ni :re:
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 11:33 AM | Show all posts
kelakar tok aril n fendi kena naik lori....kah...kah...kah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2009 11:58 AM | Show all posts
...... bila msuk sini rasa bahgia.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:03 PM | Show all posts
cepat sikit ye sambung n3 nya tak sabar nk tahu apa terjadi kat aril...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 01:00 PM | Show all posts
still x de n3 lagi ke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 02:30 PM | Show all posts
fizzzz...

tak sabarnye aku menantikan detik pertemuan mereka kembali. kat balai pun balailah...aku pasrah.  cepat sikit sayangku
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 05:22 PM | Show all posts
qimi, nak joint sama part makan2 tu boleh ke.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 10:17 PM | Show all posts
haa...apalagi qimi..
ramai nak makan berjemaah ni...
jom!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 10:18 PM | Show all posts
Carol mundar mandir di depan balai polis. Sebaik menerima panggilan dari Aril pagi tadi, segera dia bangun. Aril meminta tolongnya agar pergi ke restorannya, dan mengambil dompet kulitnya yang berada di meja laci pejabatnya. Dia terlupa membawa dompetnya pulang malam tadi. Dompet itu harus dibawa ke balai polis pagi itu juga.

        Carol yang mulanya pelik, menurut sahaja permintaan Aril. Sebaik tiba dibalai polis, barulah Carol tahu, Aril rupanya dicekup oleh Polis dalam operasi awal pagi tadi di sebuah kelab malam di ibukota.

        Carol menggigit kukunya. Menunggu Aril dibebaskan dari siasatan, meresahkan hatinya. Seketika, Carol segera menoleh sebaik terdengar derap tapak kaki menghampirinya.

        “God!!” Aril melangkah longlai mahu keluar dari bilik siasatan. Segera Carol mendapatkan Aril.

        “Macammana you boleh terfikir nak pergi night club?” soal Carol hairan sambil berjalan beriringan dengan Aril. Fendy di sebelahnya diam sahaja. Aril tunduk, malas hendak menjawab.

        “Aril…” Carol masih mahukan jawapan. Dia tidak puashati melihat Aril yang terdiam sahaja.

        “Dia nak pergi cari awek…” kata Fendy bersahaja. Carol ternganga. Aril direnungnya. Aril tunduk lagi. Seketika, langkah Fendy terhenti. Fendy segera menahan Aril dari terus melangkah. Pantas Aril mendongak. Aril memandang ke depannya. Carol juga turut merenung ke depannya.

        Aril terkedu. Nafasnya terus terhenti. Gadis didepannya direnung tak berkedip. Degupan jantungnya seakan terhenti saat itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 10:20 PM | Show all posts
Alisya dan Suhana menuruni tangga ibu pejabat polis. Sebaik sampai di tingkat satu, mereka  berjalan terus ke lobi, mahu pulang ke pejabat.

        “Kau tak payah takut dah sekarang, since kita dah buat report, kau tak perlu risau lagi..” kata Suhana sambil mengeluarkan kunci kereta dari begnya.

        Alisya membetulkan beg sandangnya yang hendak terjatuh di bahu. Matahari sudah meninggi. Sudah pukul 11 pagi agaknya.

        “Aku..tak risau dia nak balas cara kasar. I mean, dari sudut luaran, yang kita boleh nampak…yang aku risau, kalau dia balas cara halus..dia santau kau ke..dia bomohkan kau ke..” Suhana masih bercerita. Alisya diam saja.

        “Tuhan kan ada Su. Dia saja Yang Maha Kuasa..” balas Alisya. Suhana angguk. Seketika, langkah Alisya terhenti sebaik terpandangkan satu sudut dari arah blok bertentangan. Langkahnya terus mati. Pandangan Alisya seakan kelam. Dunianya seakan terhenti seketika menatap wajah pemuda yang sedang berdiri tegak tidak jauh darinya.

        Pemuda itu berdiri kaku merenungnya. Alisya terkedu. Dia merenung lelaki itu tidak berkedip. Aril!!!!Benarkah lelaki di depanku ini Aril???Kau buat apa kat sini??? Bukankah kau di Australia sekarang????Aril!!!!Air liurnya tersekat di kerongkong. Masing2 tidak berganjak dari tempat masing2. Perasaan Alisya saat itu bercampur baur. Sedih…melihat wajah kusut masai Aril kala itu. Hiba… mengenangkan perasaannya pada Aril waktu itu. Rindu…kerana lama mengharapkan pertemuan dengan Aril. Aril…

        Seketika, matanya singgah pada wajah gadis cina yang sedang berdiri di sebelah Aril sambil merenungnya. Ah!!!Itu pasti Carol…

        Alisya kembali tersedar.

        “Kau kenapa? Macam nampak hantu…” Suhana segera menampar bahu Alisya. Alisya segera melangkah, meninggalkan tempat itu. Aril yang melihat terpinga2. Sungguh, dia tidak pernah menduga, pertemuan dengan Alisya yang selama ini dinanti2kan, akan berakhir di situ.

        Aril membuka mulut, ingin memanggil Alisya, tapi suaranya tersekat. Bukankah dia sudah membuang aku? Aril hanya mampu merenung pemergian Alisya. Dadanya berombak kencang. Alis!!! Aril merenung sahaja langkah Alisya satu persatu. Hinggalah Alisya hilang dari pandangan, Aril masih terpaku di situ. Dia diam, tak bersuara sepatah pun! Alis…
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:46 PM | Show all posts
Aiseh..naper Alis pegi mcm tu jer.
Tegur  ler Aril tu walau seminit dua..lantak ler si Carol tu.
Buat x nmpk jer Si Carol tu.
Ni ler padahnya kalu x nak berterus terang.
Iskh..gerammmmmmnyaaaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 08:36 AM | Show all posts
alah, camtue je diorg jumpa...
apalah Aril patutnya kejarlah Alis...nie tergamam lak...
nie mesti rindu terlebih nie...
ish! x sabo nak tau n3 citer nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2009 09:16 AM | Show all posts
Kenapa pendeknya. Bilalah salah sangka antara Aril dan Alis ni selesai.
Kenapalah Alis tu percaya sgt dgn sms si carol tu.
Bersemukalah dgn Aril dan tanyalah kedudukan yg sebenar.

Teremosilah pulak.... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 09:24 AM | Show all posts
lembablah pakwe seorg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 09:29 AM | Show all posts
ishhh..napa xtegur ?aril?alis?
bikin panas ler citer ni...xsng duduk aku....
n3 pun pendek sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 10:05 AM | Show all posts
haa...apalagi qimi..
ramai nak makan berjemaah ni...
jom!!!!!
fizziany Post at 2-11-2009 22:17



Loo dok tunggu fizz reply lambat sgt hari ahad tu dah buat jamua dirmh kita...
Tak apalah kita buat lain kali ek he he
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056870 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list