CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Melayu Utara Cakap Siam

[Copy link]
Post time 7-11-2009 09:39 PM | Show all posts
tok_wann nak minta maaf dahulu sebab tak dapat antar semalam seperti yang tok_wann janjikan...( line slow sangat )...

tapi sebelum tu nak antar dulu peristiwa-peristiwa berkaitan syair tersebut dari blog sastera rakyat negeri kedah oleh Muhammad Yussuf Bin Hashim http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=7 ( dalam blog nih tak di muatkan syair tersebut ).

tajuk syair sultan maulana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 09:40 PM | Show all posts
Syair
Syair Sultan Maulana 1812
Oleh : Muhammad Yusoff bin Hashim

Kisah Peperangan antara Kedah dengan Burma kerana membantu Siam
  mengusirkan Burma dari Pulau Salang (Phuket) 1810.
Sejarah Kedah sebagai latar belakang kepada peperangan ini
ditulis oleh Ismail bin Saleh untuk Persatuan Sejarah
  Malaysia Cawangan Kedah Darulaman.

Seorang pengarang syair dari Kedah mencatatkan peristiwa peperangan antara Burma dengan Siam yang berlaku dalam tahun 1810 di Pulau Salang atau Phuket. Beliau membuat syairnya dalam tahun 1812. Peristiwa-peristiwa dan nama-nama tokoh yang disebut dalam syair ini semuanya tepat apabila dirujuk kepada bahan-bahan Inggeris dan Siam. Kedah terlibat di dalam peperangan ini kerana diminta oleh Siam untuk membantu mereka. Angkatan Kedah di bawah ketuanya Dato' Laksamana (akhirnya menjadi Bendahara Kedah) berjaya mengusirkan Burma dari Pulau Salang atau Pulau Phuket ketika itu.

Catatan begitu tepat dan betul menakjubkan orang-orang Barat yang menganggap orang-orang Timur selalu mencampur-baurkan fakta dengan fantasi. Pengarang syair dipercayai ialah jurutulis kepada Dato' Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1804-1843) dan dikenali sebagai "Syair Sultan Maulana". Sultan Ahmad Tajuddin sendiri adalah seorang pengarang syair yang berkebolehan. Satu dari karya Baginda ialah "Syair Duka Nestapa : dikarangnya semasa dalam buangan di Melaka dan Kedah diperintah oleh Siam (1821-1842)".

Serangan Burma ke atas Pulau Salang atau Phuket berlaku beberapa kali sejak 1785. Raja Bodawphaya berfikir tentang memperolehi buroh kasar dari kawasan ini untuk pembangunan Ava dan menguasai lombong-lombong bijih timah di kawasan ini. Penduduknya di Phuket boleh menyekat bekalan senjata api dari India supaya jangan masuk ke Thailand. Satu sebab lagi yang lebih penting ialah melemahkan cengkaman Siam ke atas negeri-negeri Melayu khususnya ke atas Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:42 PM | Show all posts
Panglima perang Burma, Atwinwun, menduduki Phuket dalam bulan Januari 1810. Awal-awal lagi beliau menulis sepucuk surat kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah supaya melepaskan belenggu dari Siam dan menghantarkan "Bunga Emas" dan Bunga Perak Kepada Ava (Burma). Pada masa ini orang-orang Burma dikenali oleh orang-orang Kedah sebagai "Awak" - orang Ava.

Sultan Ahmad Tajuddin teringat kepada kata orang-orang tua: "Lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya!". Phuket merupakan kubu penting yang mengawal daerah selatan. Siam tidak akan membiarkan pulau itu jatuh ke tangan Burma selama-lamanya.

Kedah dilindungi "suzerainty" tetapi bukanlah langsung dari Bangkok. Buat beberapa ketika Bangkok menyerahkan pentadbiran Kedah dan negeri-negeri Melayu lain ke tangan Legor (Nakhorn Sri Tammarat). Tetapi Songkhla (Senggora) pun telah mendapat kepercayaan Bangkok untuk mengambil alih tugas-tugas Legor itu. Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Sultan kerana disokong oleh Raja Senggora (Gabenor Siam) yang bersahabat baik dengan Sultan Ahmad Tajuddin. Bangkok menganugerahkan darjah "Cau Phaya" kepada Sultan Ahmad Tajuddin sedangkan Raja Legor (Gabenor Siam) dianugerahkan darjah "Phaya" sahaja.

Dalam zaman Sultan Muhammad Jiwa (1710-1718) Pulau Salang menjadi kepunyaan Kedah dan Kedah berkuasa penuh di samudera antara Pulau Phuket dengan Pulau Pinang. Orang Kedah melombong bijih-bijih timah di kawasan ini dan memungut sarang burung dan siput-siput laut dari beratus-ratus pulau di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:42 PM | Show all posts
Walaupun Kedah tidak lagi memerintah Pulau Salang tetapi orang-orang Melayu Kedah yang menduduki beratus-ratus pulau di kawasan ini dan di dataran Ranong, Murgi, Takuapa hingga ke Phuket, Terang dan Terutau, Langkawi Langu, Pangnga dan Setol tidak diganggu oleh Siam dari menjalankan kerja mengumpul hasil-hasil ini. Jika Pulau Salang jatuh ke tangan Burma, bijih timah akan diangkut ke Burma dan mungkin hasil-hasil laut juga akan diambil oleh orang-orang awak.

Gayung bersambut, kata bersahut : Sultan Ahmad Tajuddin menjawab surat Atwinwun menyatakan suka dan gembiranya kerana Burma berjaya menduduki Pulau Salang. Malangnya Kedah tak dapat melakukan apa-apa kerana satu angkatan Siam yang besar berada di sempadan melihat gelagat antara lima ribu dengan enam ribu orang barangkali dapat mengusirkan angkatan Siam dan mungkin Kedah akan dapat menghantar ufti "Bunga Emas dan Bunga Perak" ke Burma pula.

Angkatan Siam yang dimaksudkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin ialah angkatan dari Senggora, dari sahabatnya, yang sedang digunakan untuk menekan pemberontakan Petani dalam tahun 1808. Siam meminta Sultan Ahmad Tajuddin menghantar orang-orang Kedah membantu angkatan Siam menekan Petani tetapi Sultan Ahmad Tajuddin telah memberi alasan-alasan yang mengecewakan Siam. Siam mula menaruh syak wasangka terhadap kesetiaan Kedah dan menanti masa menyerang Kedah.

Dalam keadaan ini, Siam membuat ujian meminta bantuan Kedah mengusirkan Burma dari Pulau Salang. Membuktikan kesetiaannya kepada Siam, Sultan Ahmad Tajuddin menghantar Laksamananya ke sana bersama dengan 100 buah perahu dan seribu orang satria. Mereka berjaya mengusirkan Burma dari Pulau Salang itu. Cerita dan kisah peperangan ini dirakamkan dengan lengkapnya oleh "Syair Sultan Maulana".
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:43 PM | Show all posts
Atwinwun menggeleng-geleng kepalanya kerana belum sampai seminggu beliau menerima surat Sultan Ahmad Tajuddin mengatakan Kedah suka dan gembira melihat Burma berjaya menduduki pulau itu, Sultan Ahmad Tajuddin sendiri menghantar angkatan Melayu mengusirkan Burma dari sana.

Atwinwun paham dan sedar bahawa tindakan Sultan Ahmad Tajuddin adalah satu paksaan diplomasi yang mesti dibuat oleh Sultan Ahmad tajuddin. Sultan Ahmad Tajuddin barangkali berputus asa dari mendapat bantuan Burma untuk melegakan tekanan Siam ke atas Kedah tetapi Burma masih berazam membantu Kedah kerana Siam adalah musuh tradisi Burma yang paling ketara.

Burma terusir dari Phuket dalam bulan Mac 1810 tetapi Atwinwun datang kembali dengan angkatan yang lebih besar dalam bulan Jun. Seribu orang ditugaskan mengambil semula Pulau Phuket (Salang) dan enam ribu orang diarah berangkat ke Kedah mengusirkan Siam yang mengancam Sultan Ahmad Tajuddin.

Malangnya angkatan Burma dipukul ribut dan tersasul arah di celah-celah selat dan teluk di kawasan ini. Hampir-hampir tiga ribu orang terkorban di laut. Lebih sedikit dari tiga ribu cuma berdaya mendarat di Takuapa, dan saki baki dari angkatan besar ini berjaya juga menyeberangi Selat Pak Phra dan menduduki sebahagian dari Pulau Phuket itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:43 PM | Show all posts
Dalam bulan Jun, angkatan Kedah telah pulang ke Kedah. Angkatan Siam diketuai oleh anak Raja Legor (Gabenor Nakhorn Sri Tammarat) berjaya mengusir Burma dari Phuket dalam bulan September tahun itu.

Kekecewaan yang dirasai oleh Burma terserlah juga kepada Ahmad Tajuddin. Burma tidak berupaya menolong Kedah lagi dan Kedah terpaksa berdiri sendiri menghadapi Putar belit Siam - putar yang semakin ligat membelit leher Kedah.

Siam mengambil beberapa tindakan menjamin supaya kawasan Selatan (Teluk Andaman) tidak diganggu gugat oleh Burma dan melemahkan negeri Kedah yang dikhuatiri kesetiaannya.

Tindakan Siam ialah meletakkan Setol dan Langu, dua daerah Kedah, yang diperintahkan oleh Tunku Bisnu bagi pihak Sultan Kedah, di bawah tadbiran Raja Senggora. Wilayah Terang, sebuah daerah Kedah yang lebih mewah, diserah kepada Legor sebagai tukaran kerana sebelum ini Terang ditadbir oleh Senggora. Sultan Ahmad Tajuddin yang berjasa besar mengusirkan Burma dari Phuket berasa pahit kerana dibalas oleh Siam dengan air tuba. Legor yang meminum susu lemak dan manis. Selepas ini Kedah tidak berhak langsung ke atas Langu, Setol dan Terang walaupun wilayahnya sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2009 09:44 PM | Show all posts
Peperangan membantu Siam Mengusir Burma dalam bulan Mac 1810 boleh dianggap setia - suatu peristiwa sial yang memulakan tekanan demi tekanan ke atas Kedah dari Bangkok melalui Legor.

Kejayaan Kedah di Phuket sebenarnya menyemarakkan hasad dengki Raja Legor, Phaya Noi terhadap Cao Phaya Sultan Ahmad Tajuddin. Apabila Sultan Ahmad Tajuddin bersahabat baik dengan Raja senggora dan membuat hubungan dengan Inggeris; setelah memajakkan Pulau Pinang kepada Inggeris; Raja legor terpaksa menghumbankan fitnah demi fitnah menjatuhkan imej Kedah di istana Raja Bangkok. Raja Siam di Bangkok amat rapat dengan Raja Legor kerana adik perempuan Raja Legor menjadi seorang gundik kepada Raja Bangkok dan Kepala Berang di wilayah Selatan juga berkaum kerabat dengan Raja Legor.

Tindakan Legor seterusnya mengarahkan Kedah menyerang Perak (1818) dan Legor sendiri menyerang Kedah (1812) dengan anggapan Kedah akan musnah buat selama-lamanya. Sultan Ahmad Tajuddin berkelana diluar negeri lebih dari 20 tahun dan bila Baginda pulang ke Kedah (1842) Setol dan Langu tidak dipulangkan kepada Baginda, malahan Perlis pula disisihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:48 PM | Show all posts
[i=s] Post Last Edit by tok_wann at 7-11-2009 21:57 [/i]

[i=s] Post Last Edit by tok_wann at 7-11-2009 21:53 [/i]

[i=s] Post Last Edit by tok_wann at 7-11-2009 21:52 [/i]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2009 10:00 PM | Show all posts
Menarik posting tok wann :pompom: Saya pon tak tahu Sultan Kedah mintak bantuan Burma nak keluar daripada gangguan Siam. Macam tu la sikap Melayu ni, macam Ligor tu, dok berdengki khianat kat bangsa sindri. Dia xleh nak bebas dia kacu negeri lain seret masuk dalam neraka gak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:24 PM | Show all posts
panjang lagi...ader 27 muka surat semuanya....

tok_wann nak creditkan  kat....mymanuskrip.um
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 12:12 AM | Show all posts
Legur tu memang haram zadah.Aku tak anggap depa melayu.Aku anggap depa bangsa tak guna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2009 12:44 AM | Show all posts
Legur tu memang haram zadah.Aku tak anggap depa melayu.Aku anggap depa bangsa tak guna.
sayapghaib Post at 8-11-2009 00:12


depa pon prasan kata depa bukan Melayu, Ku pein khon thai (Aku orang Thai)... Tanya dia balik la, Mung pein Tai nai??? Leaw khon, lang mi Tai ik (Dah orang, kendian ada orang lagi)... ahahaha .... Muka itam idong penyek camna leh jadi bangsa cam dalam gambar ni melainkan kalu kena orang betina depa kena rogol dengan askar Po Khun Ramkhamhaeng masa abad ke-12 M dlu ? Tu yang aku menyampah kat yang agama Buddha dok pandai2 kata kat orang Khek segala tu. Aku lagi cerah daripada depa yang asal dari Ligor tu. Yang dok buat blog merapu tu pon aku rasa keturunan kerabat Phranya Ligor. Depa berani p la cuba kat Thailand sana dok muhong pasai Kedah watpa? Silap2 kena bunuh macam krabat Chao Anuvong kat Esarn dlu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2009 12:56 AM | Show all posts
Tai ada banyak Tai.... Tai-Viengchan, Tai-Yuan (Yonok-Lanna), Tai-Lanchang (Lanxang), Tai-Shan (Burma), Tai-Ahom (India), Tai-Zhuang (China), Tai-Deng (Vietnam). Selatan Thai masok dalam golongan Tai-Lao ka? Cina SIngapore cakap bahasa Inggeris, maka dia automatik jadi orang Inggeris ha? Ahahahaha, syoq camtu.

Agama Buddha mula2 sekali dianut orang Melayu selatan Thai, Khemir, Kemboja n orang Mon. Ligor yang kuat pegang ajaran Buddha-Brahman, bukan orang bangsa Thai (Tai). Bangsa Thai (Tai) dapat ajaran Buddha Theravada lepas masuk ke Ligor saja, sbelom tu depa mungkin ikot aliran Mahayana n animisme.

Raja negeri Chaiyya (Jaya) dekat Ligor la yang membelot bukak pintu bagi orang Sukhothai masuk Selatan Thai n jajah Ligor menurut Hikayat Patani salinan Syeikh Daud al-Fathani. Petitih hikayat tu ditulis pada abad ke-17 M, sblom orang puteh masok menyebok lagi, dan ada didapati catitan daripada orang tua Melayu beragama Buddha yang xmasuk Islam lagi di negeri Yala pada masa tu.

Sebab di negeri selatan tu, orang Patani ramai dah masuk Islam. Orang Kedah pon dah masuk Islam. Depa degil, xmo masuk Islam busuk hati kat bangsa sindri. Agama depa bagi kot buat macam tu kalu takot kena paksa masuk agama lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2009 01:13 AM | Show all posts
Muka ni smua muka Tai-Lao ka?



Muka Tai-Lao camni, depa bukan Cina na, depa Tai ni, orang asli dr Selatan China n Utara Laos...



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 02:50 AM | Show all posts
tok_wann ada versi bahasa Inggeris tak sebab saya nak posting kat Forum Siam......
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 08:21 PM | Show all posts
tok_wann ada versi bahasa Inggeris tak sebab saya nak posting kat Forum Siam......
HangPC2 Post at 8-11-2009 02:50



minta maaf lerr.....tok_wann tak dak pula versi inggeris tu dalam simpanan ....

versi inggeris dia  " the battle for junk ceylon "

junk ceylon kat sini bukan bermaksud " kapal sri langka " tapi nama asal phuket seperti catatan pada 157 AD

oleh philosopher Greek Cladius Ptolemy. ( jung si lang ) atau ujung salang.

p/s . cari balik peta Ptolemy untuk dapatkan ejaan yang betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058538 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list