CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amirezu

Mimpi Pelik Bertemu Wali

  [Copy link]
Post time 27-1-2012 08:05 PM | Show all posts
Reply 179# cherylrihanna

sebenarnya sebab ramai orang bersakalah jadi benda nie jadi normal. iaitu panas baran, mudah melenting, mudah terkejut, berdendam dan pelbagai lagi masalah jiwa. Saya cuma bercerita sahaja dan saya dahulu pun panas baran, mudah melenting, mudah terkejut, berdendam dan pelbagai hasad dengki aje. Setelah saya settlekan masalah saka saya..alhamdulillah saya dapat diri saya yang sebenarnya.

saya hanya memberikan jawapan kepada persoalan disini. bab betul 100% atau tidak..itu hanya Allah jugak maha mengetahui.


Bab mimpi TT tu,.yes besar peratusannya adalah daripada saka nenek moyang dia jugak. Some times bukanlah saka sangat tetapi ambilan ilmu sihir yang tak sengaja.


saka itu adalah jin. Jin itu terdiri dari pelbagai jenis jin iaitu bunian, jin islam, jin kafir, syaitan dan iblis. Bab pengkelasan jin nie kene refer kat tuan hantukiller sebab dia lebih pakar.  


kalau rasa saka tu tak salah..bermakna anda tengah berkawan dan membela jin secara tidak sengaja or tidak sedar. Saya tujukan posting ini bukan untuk cik cheryl semata-mata tetapi kepada diri saya dan semua yang membaca.


kalau nak tolak pendapat saya nie, silakanlah. saya hanya bercerita sahaja.


wasalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 09:52 PM | Show all posts
masing2 ada tafsiran tersendiri mengenai mimpi TT
aku pulak lebih cenderung kepada tafsiran kikyou & Al-Patih
sebab aku rasa mimpi2 TT semua ada maksud yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:07 PM | Show all posts
Reply 182# immortallez

Kikyou & Al Patih? Boleh jelaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:31 PM | Show all posts
camne org boleh ingat mimpi2 yg dah lama ni? aku tak penah ingat satu mimpi pun.. huhu
kena wat diary ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 12:38 AM | Show all posts
TT asal dr keturunan yang baik2. Tapi masih ada yg perlu dibaiki. Nasihat saya cuba selidiki salasilah keluarga TT. Kalau belum merasainya apa-apa sekarang, akan datang TT akan faham juga....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 10:10 AM | Show all posts
Reply  immortallez

Kikyou & Al Patih? Boleh jelaskan?
EmakBonda Post at 27-1-2012 23:07


maknanya aku setuju dengan penerangan diaorg berkenaan mimpi TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2012 10:23 AM | Show all posts
rasanya TT kena edit sikit tajuk benang ni. bila forumer baca tajuk 'mimpi jumpa Wali' je..diaorg dah set kat otak sumting sumting
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 10:27 AM | Show all posts
Reply 176# cherylrihanna


   hehehe
kau sedar ke???
atau buat2 sedar je!!!!!!

ini yg susah niiiiii
pasal bab ghaib..........ramai yg kantoiiiii
walaupun DOK DIJALAN TUHAN
lagi HEBAT...HEBAT...HEBAT dugaannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 12:53 PM | Show all posts
Bisikan dlm tasawuf diistilah hawatif, dlm kebatinan dipanggil bisikan ghaib atau wisik, tapi bezany ...
te_peng Post at 27-1-2012 00:21


thanks bro...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 01:13 PM | Show all posts
Reply  cherylrihanna


   hehehe
kau sedar ke???
atau buat2 sedar je!!!!!!

ini yg susah ni ...
orangbesi Post at 28-1-2012 10:27



saya setuju dgn orang besi..perihal saka ni mungkin kita tak perasan dan tak rasa apa2 sebab keliling kita majoriti masyarakat Melayu bersaka..tak semestinya tanda saka mcm cerita2 drama seram dalam tv tu..adakalanya penyakit2 biasa yang payah diubati merupakan penyakit saka.terutama kalau wanita mengalami senggugut,malas nk lakukan ibadah,anak2 degil, dan diri sentiasa runsing..saka akan merosakkan/melemahkan  sistem imunisasi dalam badan sehingga mati ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 01:15 PM | Show all posts
bila mati.....
ROH balik kepada PEMELIHARANYA
yg tinggal - si qarin (saudara kembar)
berkeliaran hingga hari kiamat

qarin yg kuat disatukan dgn jin seruan
maka ternamalah SAKA

boleh terima keeeee????????
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 01:25 PM | Show all posts
Reply 191# orangbesi

Qarin ada bersama kita sejak dilahirkan..sementara saka diupgradekan dengan perjanjian keturunan kita
betul tak orangbesi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 01:57 PM | Show all posts
cerita ni cerita benar atas diri hang ni, dan kemudian hang diberi jalan untuk mengenal Tuhan, melalui mimpi mimpi
Saya tgk cerita sedara ni, mimpi mimpi tu semua petunjuk...mungkin sedara ada ayah atau atok yg dulu jenis ikut jalan begiini, spt wali atau cara cara sufi...

terjemahan ayat tu adalah surah alBaqarah ayat ke 150...

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Ka`abah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepadaKu (semata-mata) dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu berolah pertunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).

sekiranya sedara hayati dan renung maka fikirkanlah...insyallah ada petunjuk di situ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 02:28 PM | Show all posts
Reply 188# orangbesi


kalu dah set dlm kepala kebyakan sbb2 kita tggl solat ke, maki2 org ke, apa2 lah sbb tu seme saka, so nnt  manusia xkan berubah la. seme nk salahkan saka.pastu nnt bila dah mati, ditanya nape xsolat?kenapa selalu wat dosa? kita pon jawab, "xsedar ada saka." mcm tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 03:44 PM | Show all posts
Reply  orangbesi


kalu dah set dlm kepala kebyakan sbb2 kita tggl solat ke, maki2 org ke, apa2  ...
cherylrihanna Post at 28-1-2012 14:28


ye kita pun jangan suka beralasan saka menyebabkan kita jadi bagitu..jadi begini..saka sebagai kambing hitam atas kesalahan sendiri..walhal kita solat,berpuasa, bayar zakat,pergi haji,tapi mengapa ia tak mampu mencegah kemungkaran pun pada diri sendiri?? mengapa ia terjadi?..sedangkan solat itu dpt mencegah dr kemungkaran..pasti ada sesuatu yang tak kena pada kita..sudahkah kita cukup kenal dgn diri kita??


tak payah tunggu saka pun kita sentiasa ditemani syaitan rujuk surah An Nas..
pada ayat terakhir disebut :Minal Jinnati wannas bermaksud "dari kalangan jin dan manusia" siapakah dia??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:49 PM | Show all posts
Reply 181# 800wg

salam..jap sy nk tya...x faham sgt la...adakah maksud 800wg kat sini, semua sifat2 negatif yg ada pada mane2 manusia itu adalah effect drp saka (jin)? 800wg juga ada mengatakan bhw  kat malaysia nie maybe hanya 1 dari 100 aje yang tak bersaka..blh x 800wg jelaskan..ape sebenarnya maksud saka ni?hehe..mintak penjelasan ye...jgn mrh ya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 10:19 PM | Show all posts
Salam,
Cuba tgk youtube ust kazem
Sihir dan saka.
Sasaran saka vol 1
Sasaran saka vol 2
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 01:56 AM | Show all posts
Reply 196# sismawar


   assalam,

saka itu kata dasar untuk pusaka. Zaman dulu2 hampir kesemua orang mencari dan ada mempunyai ilmu-ilmu dunia yang sekarang hampir pupus disebabkan oleh keperluan hidup semasa itu.


Ilmu kebal, ilmu harimau jadian, ilmu kebatinan yang pelabagai dan banyak ilmu2 yang dah hilang or pupus dah kat dunia. Ilmu maybe pupus tetapi jin dampingan ilmu itu belum pupus. Jin adalah kejadian Allah yang panjang umurnya berbanding kita manusia nie.


Nak cerita bab saka nie agak panjang tetapi saya cuba mudahkan forumer nak faham lah. Sebagai contoh saya nie moyang kepada forumer semua. Saya hidup zaman 1500 tahun  masihi..zaman2 hang tuah dan hang jebat lagi. time tu..semua orang berilmu kebatinan dan mencari ilmu keduniaan untuk perlindungan. Takde ilmu...memang jadi mangsa lah.


Saya pun menuntut ilmu kebal dan memasang pagar hantu raya untuk menjaga tanah saya yang berekar-ekar penuh dgn dusun dari pencuri. ilmu kebal, pagar halus adalah satu ilmu sihir. Didalam islam takde diajarkan pun ilmu2 ini. Untuk ilmu kebal dan pagar halus nie berfungsi...semuanya menggunakan jin sebagai perantara.


Menuntut aje 2 ilmu ini, diri saya nie dah jadi rumah untuk 2 jenis iaitu jin kebal dan hanturaya. Jin kebal ini lah yang meyebabkan kulit saya nie tak lut, dan hanturaya lah kerjanya menjadi pak guard untuk jaga kebun saya yang luas tu. Lepastu ..saya pun matilah.


disebabkan saya nie dah mati, jin ilmu kebal dan hanturaya ini akan mengikuti anak-anak saya. Refer balik kepada pusaka. Kalau saya mati, bukan sahaja tanah yang berekar2 itu menjadi pusaka kepada anak-anak saya, tetapi jin ilmu kebal dan hanturaya pakguard tu. Didalam islam, pembahagian harta jika saya tak buat wasiat adalah berdasarkan faraid


Jin ilmu kebal dan hanturaya pak guard  nie juga akan diwariskan kepada anak-anak saya. Benda nie automatik tanpa perlu saya mewasiatkan saka kepada anak satu or hanya anak no satu aje yang dapat. Perjanjian saya dgn jin ilmu kebal dan hanturaya parkguard ini kebiasaanya dibuat tanpa ada tarikh luput.


nie baru saya seorang, anak saya nie pulak dah ada 2 jin yang diwarisi dari saya pun menuntut ilmu kebatinan dan permbohohan. dapat lagi 2 ekor. Total sekarang 4..cucu saya pun sama..mengambil lagi dan belajar lagi ilmu dunia seperti silat yang menggunakan jin. dalam salasilah keluarga saya..let say tuan2 semua adalah keturunan saya generasi ke 7..dah berapa banyak dah jin saka accumulating?


jin nie cepat membiak dan mereka mempunyai umur yang panjang. Umur yang panjang tetapi tetap mati jugak akibat sakit tua dan pelbagai asab. harapnya dari cerita panjang saya nie, dapat memberikan sedikit gambaran tuan-tuan semua tentang saka. That why saya cakap kebanyakkan kita nie bersaka. Sebabkan semua orang bersaka (jin pusaka) semua orang sekarang dah jadi normal bab baran, marah, angin, melenting, PHD dan sebagainya.


orang melayu especially memang handal bab ilmu duniawi ataupun ilmu sihir nie. Santau, ilmu tuju-tuju, polong, pelesit..dah pelbagai lagi species jin yang datang bersama ilmu-ilmu duniawi ataupun sihir nie. Pelesit mostly untuk tujuan perbidanan or untuk membantu kerja profession tok bidan kampung sebagai contohnya.


kebanyakkan ilmu2 duniawi nie dah pupus tetapi generasi jin yang berkembang dan mebiak dan diwariskan kepada keturunan orang melayu especially meningkat dari generasi ke generasi. Mati seekor, gantinya 2...mati dua gantinya 4...dan seterusnya.


untuk contoh yang lebih mudah faham ambil sahaja contoh hanturaya pagar halus. Kerja nya adalah menjaga tanah saya yang berjumlah 100 hektar. Selepas saya mati, tanah saya tu akan terbahagi kepada anak-anak saya secara automatiknya. Disebabkan anak saya mempunyai pertalian darah dan mewarisi tanah itu, jin penjaga tanah ini akan mengikuti anak saya. Anak saya wariskan tanahnya kepada cucu saya. Jin pun turut diwariskan kepada cucu saya tanpa tak sedar. Tuan lama dah meninggal...dia ikutlah


tuan baru iaitu tuan tanah yang baru.


harapnya penerangan dan contoh cerita saya nie mudah nak difahami.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 09:19 AM | Show all posts
Reply 198# 800wg


    salam...
ooo cam tu. ok dah faham la ckit2..terima kasih bebanyak 800wg untuk penjelasan tu...mintak jauh la saka yg diwarisi dr generasi ke generasi tanpa disedari...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 11:22 AM | Show all posts
Lbh baik dgr ceramah ust kazem tu sbb saka ni syirik, dosa yg tuhan x akn ampunkan. Kesian datok moyang .....ank cucu kata datok mrk syirik. Beraninya meletakkn datuk moyang  dlm neraka walau pun ada gangguan yg dtg semua tu cubaan iblis utk menyesatkan manusia utk sama2 join mrk di neraka kelak. Hati2 la berbicara, jg aqidah dan tingkatkn amalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049535 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list