CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misslivina

~ Pengalaman diganggu sejak tahun 2000 (part II) ~

  [Copy link]
Post time 31-7-2012 02:13 PM | Show all posts
Assalammualaikum, saya budak baru lagi di sini, before this silent reader aje.. saya tak pasti petua ni betul atau tidak, tapi ini apa yang saya buat masa saya bleeding disebabkan uri dibawah. Setiap kali baring saya akan baring ke sisi supaya akan disempit kan laluan baby dan baby akan cuba gerak ketempat yg lain dan pada masa yang sama dia akan gerakkan sekali uri tu. Dan saya selalu baring dengan mengangkat kedua belah kaki keatas sambil sambil tu saya selalu akan bercakap ngan Baby saya ajak kawan baik (uri) dia main diatas. Alhamdulilllah semuanya ok lepas tu, last last doc check uri dah naik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 04:08 PM | Show all posts
Salam semua. hari ni baru ada kelapangan utk update cerita. Alhamdulillah dua tiga hari ni kesihatan miss sangat baik. Masalah uri kat bawah tu pun dah setel. Terima kasih ye kepada kawan2 yg sudi bagi tips utk menaikkan uri. Isnin ari tu waktu check up, semua dah ok. walau pun saiz baby agak kecik, iaitu cuma 1.7kg (sepatutnya sekarang berat baby at least 2 kg). tapi bersyukur sgt sebab baby sihat & cergas. syukur juga sebab setakat hari ni miss mampu berpuasa penuh walau pun gynae terkejut beruk bila dpt tau. hehe.... selagi baby aktif bergerak & miss rasa larat insya allah akan cuba berpuasa.

Nak bercerita pasal gangguan, seminggu dua ni malam2  waktu tdo, miss perasan kaki miss macam disentuh "seseorang". tapi miss buat xtau je. boleh kata tiap malam miss rasa sentuhan tu & dalam satu malam, berkali2 dia datang. xtau kenapa miss xrasa takut langsung & boleh buat xtau aje. agaknya sebab bulan puasa, psikologi jadi kuat? Ingat tak miss ada cerita pasal cik pon yg duduk kat dalam bilik air tu? miss dah tau dari mana dia datang. beberapa minggu yg lepas, miss rasa moody sangat sbb agak stress dgn tahap kesihatan yg teruk. tambahan pulak doktor suruh miss bedrest, lama xkeluar rumah. rasa bosan sgt terperap aje. sebab dah xtahan, miss ajak suami pergi genting highland. konon nak tukar angin, pergi tempat sejuk. kitaorang pergi sekejap je, jalan dari ampang pukul 3.00 petang. sampai genting, duduk2 kejap. lepas tu minum kopi kat coffee bean, dalam pukul 5 kitaorang dah turun. Waktu ni badan miss dah lemah. dalam kereta melepek aje. kebetulan pulak, masuk je tol gombak, jalan jem teruk sebab ada lori rosak. dekat pukul 7 pun xsampai rumah lagi.

sebab penat sangat, sampai rumah miss terus naik katil & tidur. anak yg tidur dalam kereta pun terus angkat sambung tidur atas katil. terlupa utk basuh muka, kaki & tangan. dah la tidur waktu maghrib. suami pun xbuat apa2 sebab dia kesian sangat tgk miss waktu tu. dalam pukul 10 malam miss bangun & mandi. waktu mandi, miss perasan ada bleeding (waktu ni uri miss kat bawah, doktor memang suruh bedrest je sebab kalau banyak berjalan boleh menyebabkan bleeding). Bagitau kat suami, suami suruh rehat. Waktu rehat, miss terasa semacam je. seram jugak sebab dah lama xrasa mcm ni.miss rasa ada benda kat dalam toilet (toilet yg dimaksudkan ialah toilet yg dikongsi oleh bilik miss & bilik sebelah. Ada dua pintu). Sambil2 baring tu miss berzikir & cuba tengok2 apa yg ada kat dalam tu.

Lepas beberapa minit, miss nampak ada cik pon tengah melekat kat siling. Menggigil badan miss sebab first time miss tengok cik pon dalam posisi macam tu. Selalunya miss nampak cik pon tgh berdiri atau berbuai. Rupanya bila dia melekat kat siling, lagi scary. Xreti nak describe mcm mana, senang cerita mcm cicak melekat kat siling. Dengan rambut panjangnya, baju putih compang-camping. Waktu ni dah tengah malam, suami kat hall luar tgh solat sunat. Cik pon tu pandang je miss, dengan mata putih dia (mata dia semua putih, xde hitam).

Tapi cik pon tu setakat duduk dalam toilet je. dua tiga hari jugak dia parking kat situ. Sekarang Alhamdulillah dia dah pergi tempat lain. Cik pon tu ikut kitaorang dari genting. Memang salah miss, sampai rumah waktu maghrib, terus tidur. Kiranya ni pengajaran utk miss. dua tiga hari cik pon tu ada, lampu kat dalam toilet pun meragam. Suami yg mula2 perasan. Selalunya lampu pedaflor, bila kita bukak, dia akan berkelip sekali dua sebelum on kan? Selalunya lampu toilet ni mcm tu lah. Tapi lepas cik pon ada, lampu tu meragam. Kalau miss masuk toilet lepas lampu tu dah terpasang, xde apa2 masalah. Tapi kalau miss masuk toilet waktu lampu tu masih berkelip2, jawabnya sampai ke sudah dia akan berkelip2 mcm lampu disko. Emmm…. Boleh faham ke? Maksudnya kalau nak masuk toilet, kena tunggu lampu on dulu baru masuk toilet. Kalau tak, dia dok berkelip2 aje sampai kita keluar dari toilet. Memang seram la nak guna toilet tu dalam keadaan lampu berkelip2 sebab miss tau cik pon tu ada kat dalam. Tapi sekarang lepas cik pon tu pergi, lampu dalam toilet ni pun dah tak meragam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 04:11 PM | Show all posts
ctushichan posted on 31-7-2012 02:13 PM
Assalammualaikum, saya budak baru lagi di sini, before this silent reader aje.. saya tak pasti petua ...

wsalam. thanks sebab sudi share. alhamdulillah sekarang uri miss dah cantik parking kat atas
berkat doa suami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 04:15 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 31-7-2012 11:47 AM
Assalamualaikum miss.
Gigih nak menghabiskan baca dari rumah I - II. Dari pagi sampai petang baca,  ...

salam nes, sekampung kita. orang raub...
haah org2 tua kat raub memang kebanyakannya berisi sebab raub memang kawasan hitam. in fact cina2 kat raub tu semua keturunan komunis. baca cerita nes, mcm simptom2 gangguan. nak pulak part hati berat nak berubat. miss pun mcm tu, selalunya suami la yg setelkan. agak2 miss xnak berubat,lagi dia paksa. kalau nes xmampu, mintak tolong abang yg uruskan. insya allah akan sembuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 04:17 PM | Show all posts
siva_nes1 posted on 27-7-2012 12:27 AM
Last edited by siva_nes1 on 27-7-2012 11:47 PM \n\n

salam siva, miss xpernah cuba dgn tok belagak. xtau kenapa, lepas baca blog dia....miss rasa xberapa berkenan. mcm ada sesuatu. ramai jugak yg rekemen berubat dgn dia, tapi hati belum terbuka. lagi pun sekarang miss rasa dah sihat. serasi dgn perawat f. mcm mana dgn isteri siva sekarang? ada improvement ke? dah cuba dgn perawat2 kat mps ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 04:19 PM | Show all posts
BuBuComey posted on 26-7-2012 03:06 PM
cane agaknya keadaan miss skang ye..harap2 sihat dan takdela gangguan dalam bulan posa nih..selamat  ...

salam bubu, alhamdulillah miss sihat. tadi dah share satu cerita. insya allah malam ni kalau sempat, miss tepek cite lagi. pasal cik pon kat hospital
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2012 04:21 PM | Show all posts
syah.werty posted on 25-7-2012 06:31 PM
Assalamualaikum miss. Alhamdulilah la da sihat..
Harap da sihat sepenuhnya lah. tp lau ada  ...

salam. terima kasih atas cadangan. mcm mana syah.werty sekarang? dah betul2 sihat ke lepas jumpa tok belagak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 04:21 PM | Show all posts
misslivina posted on 2-8-2012 04:11 PM
wsalam. thanks sebab sudi share. alhamdulillah sekarang uri miss dah cantik parking kat atas {:thu ...

Alhamdullilah, jadi sekarang ni miss kena banyak-banyakkan rest dan tembam-tembam kan BB dalam perut tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2012 04:25 PM | Show all posts
ctushichan posted on 2-8-2012 04:21 PM
Alhamdullilah, jadi sekarang ni miss kena banyak-banyakkan rest dan tembam-tembam kan BB dalam per ...

haah still bedrest lagi. tapi cek up setiap dua minggu. kalau ikut gynae, asalkan baby boleh bertahan sampai lepas raya pun dah bersyukur sgt. mula2 gynae advice miss bersalin lepas raya, sama ada induce atau elective c-zer. tapi miss berdegil xnak. nak bersalin normal. harap pilihan miss ni betul, xmemudaratkan miss & baby. bukan apa, selama ni naluri miss kuat. miss rasa baby boleh je bertahan. dan naluri miss mengatakan, kali ni miss bersalin normal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 05:08 PM | Show all posts
misslivina posted on 2-8-2012 04:17 PM
salam siva, miss xpernah cuba dgn tok belagak. xtau kenapa, lepas baca blog dia....miss rasa xberapa berkenan. mcm ada sesuatu. ramai jugak yg rekemen berubat dgn dia, tapi hati belum terbuka. lagi pun sekarang miss rasa dah sihat. serasi dgn perawat f. mcm mana dgn isteri siva sekarang? ada improvement ke? dah cuba dgn perawat2 kat mps ni?

Salam Miss,

Suka sy dengar Miss skg dah sihat. Sebenarnya bukan sy yg syor tuk Miss cuba TB. Forumer sorang lagi tu. Masih blum ade perubahan pada istri setakat ini. Pagar yg lindungi istri terlalu kuat. 'Penjaga-penjaga' yg melindungi istri wlaupun dihapuskan kerap kali berganti gan yg lain. Malah yg ganti tu bertambah byk dan makin kuat lak. Camne......huhuhu. Dah terbayang hari raya yang akan datang ni sy akan menyambut nye tanpa keluarga buat kali ke-4. Skg pun rumah sepi bila sahur dan berbuka.

http://mforum.cari.com.my/forum. ... 722&fromuid=1837387

(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 2-8-2012 08:55 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 11:12 AM | Show all posts
akhirnya berjaya jugak sampai sini...dr umah part 1 ...penat mata sis..hehehe..
apa pun, sis doakan semoga anak miss sentiasa sihat dan membesar dengan penuh jayanya..hehehe
begitu jugak dengan miss...semoga miss dpt bertahan dengan segala macam benda yg berlaku dlm kehidupan miss...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 04:17 PM | Show all posts
assalamualaikum miss..

akhirnya khatam gak merempit dedua benang miss.. before ni saya SR je.. gigih reg sebab nak baca benang miss.. bagi saya miss seorang yang sgt tabah.. saya kagum dgn miss.. saya doakan miss sembuh sepenuhnya dari semua dugaan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2012 03:14 PM | Show all posts
Sambung la citer lagi..aa..aaa..ha kan aku dah jerit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
miss...dah meletop ke? ...klu dah..tahniah ya ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 06:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua
nak beritahu misslivina dah selamat bersalin dapat baby gurl semalam 4.9.2012 Last edited by madmualij on 6-9-2012 02:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 09:28 PM | Show all posts
madmualij posted on 5-9-2012 06:58 PM
Assalamualaikum semua
nak beritahu misslivina dah selamat bersalin dapat baby gurl semalam 4.9.2011 ...

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada misslivina. Harap ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Semoga anak perempuan ini membesar menjadi seorang anak yang solehah dan penyejuk mata ayah dan ibunya. Amin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2012 10:46 AM | Show all posts
Tahniah miss dan keluarga....
seronoknya dapat baby...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 10:50 AM | Show all posts
Congrats misslivina and family!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 12:07 PM | Show all posts
tahniah miss!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 05:10 PM | Show all posts
Congrats miss!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055610 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list