CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bateesta

[Tempatan] Peg. bank maut dtembak guard(PNJNAYAH MSIH BBAS & SAH MAMAT INDON HARAM)

   Close [Copy link]
Post time 23-10-2013 11:48 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 23-10-2013 11:46 PM
urm. peluru pak guard guna tu pump gun.. kalau kena muka mmg hancur. sebab peluru tu ada bearing.. t ...

peluru tabur ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Uih tadi dpt watsapp gambo mangsa masa tgh dinner...ngeri dan kesian...takziah kpd keluarga mangsa..risau pulak aku hari2 mndatang ni mcm mana la keselamatn kita d tpt awam nnt
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:51 PM | Show all posts
Bateesta posted on 23-10-2013 11:39 PM
well said bro...kalau ni fb dah tentu kalau like post bro ni

cause and effect..camtu g ...

Walaupun Bank2 mempunyai syarikat pengawal keselamatan sendiri, tapi masih tak mencukupi. Bagi cawangan2 bank terutama yg jauh drp HQ, mereka masih mengambil pengawal keselamatan drp syarikat2 persendirian. Cuma cawangan2 yg bernasib baik akan mendpt internal perkhidmatan keselamatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 11:53 PM | Show all posts
auntieagony posted on 23-10-2013 11:51 PM
Walaupun Bank2 mempunyai syarikat pengawal keselamatan sendiri, tapi masih tak mencukupi. Bagi caw ...

isu keselamatan patutnya zero tolerance , kalau serius
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 11:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 11:58 PM | Show all posts
23/10/2013 9:57pm

SUBANG JAYA - Seorang pegawai bank maut ditembak di bahagian kepala oleh pengawal bank yang sama dalam satu kejadian rompak di Jalan USJ Central 2 di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.16 petang itu, mangsa Norazita Abu Talib, 37, dipercayai dipaksa oleh suspek yang bersenjatakan senapang patah untuk membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan.

Sumber polis berkata, sebaik sahaja mangsa membuka peti berkenaan, suspek yang berumur 37 itu kemudiannya telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian kiri muka mangsa.

"Suspek yang dipercayai bersekongkol dengan seorang lagi lelaki kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah motosikal dengan sejumlah wang yang masih belum dikenalpasti jumlahnya," ujarnya ketika dihubungi.

Ketika kejadian, terdapat lima individu berada di dalam bank berkenaan termasuk suspek. - KOSMO!

sumber : Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2013 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
AdamBillionaire posted on 23-10-2013 11:46 PM
urm. peluru pak guard guna tu pump gun.. kalau kena muka mmg hancur. sebab peluru tu ada bearing.. t ...

Quite an impact eh peluru ni. The question now, adakah pegawai2 bersama mangsa tercedera juga? Hopefully pihak PDRM dpt melaksanakan tugas dgn telus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 12:00 AM | Show all posts
SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.

"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.


Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.


Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.

Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.

"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan
.

"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.

Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.

"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.

Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2013 12:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:01 AM | Show all posts
petola posted on 23-10-2013 11:48 PM
peluru tabur ke?

yup. boleh refer cctv. tgk senjata api dia pegang..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 12:01 AM | Show all posts
katanya dah selamat kena tangkap tadi , so tamatlah episod
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:01 AM | Show all posts
Babai posted on 23-10-2013 11:45 PM
Perompak2 jenis camtu patut dipotong kaki tangan. Termasuk juga ketua umum sekor tu. Dia dulu masa ...

setuju dengan hudud ?
seriously ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:02 AM | Show all posts
machiko posted on 23-10-2013 11:59 PM
Quite an impact eh peluru ni. The question now, adakah pegawai2 bersama mangsa tercedera juga? Hop ...

yup. yang tahu peluru tu biasa guna untuk komando rush  musuh, atau pemburu haiwan, atau guard bank je.. polis ne ada guna senjata api tu? semua pistol dan senapang kecuali komando..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:03 AM | Show all posts
Bateesta posted on 23-10-2013 11:53 PM
isu keselamatan patutnya zero tolerance , kalau serius

Totally agree with u.

Bhgian keselamatan di Bank2 pun mengalami kesukaran utk meng"employ" quality guards. Selalunya mereka akan mencadangkan cawangan2 utk mengambil reputable syarikat keselamatan wz zero -ve records.

Cawangan2 Bank pun mmg lebih suka jika internal pengawal keselamatan yg mengawal sbb senang utk dikawalselia. Tetapi apa nak buat, demand melebihi supply, so kena juga gunakan khidmat syarikat2 swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:04 AM | Show all posts
jenayah dah tak terkawal di Malaysia, hukum hudud perlu dilaksananya segara....undang-undang ciptaan manusia yg digunapakai pada hari ini ternyata gagal
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:04 AM | Show all posts
bodo gila mykad boleh dipalsukan?? lepas tu keja jd guard?? awat tak check ?? nape tak de data centralized?? patut syarikat security kena concern.. pergh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 12:05 AM | Show all posts
Bateesta posted on 24-10-2013 12:00 AM
SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wani ...

sialan punya pembunuh...kalau ko tak tembak perempuan ni pun dia takkan melawan...ko masih boleh larikan wang tu...

harap hukum bunuh terus pembunuh ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2013 12:05 AM | Show all posts
di malaysia semuanya boleh..

lembu pn boleh duduk kondo

malaysia boleh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:05 AM | Show all posts
kad pengenalan palsu...memang IC palsu ni isu di sabah...nasib baik ada CCTV, ada gambar sebenar penjenayah tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 12:05 AM | Show all posts
Bateesta posted on 24-10-2013 12:01 AM
katanya dah selamat kena tangkap tadi , so tamatlah episod

sumber ne dpt? tlg kongsikan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.118978 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list