CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lavender_Violet

Puteri Sarah di risik Shamsul Yusof. Sol beli rumah 1 juta utk kawin nanti

[Copy link]
Post time 13-1-2014 06:45 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-1-2014 06:43 PM
eh miaw ada lagik

tengah best2 layan ternampak pulak post yang tak seberapa sedap di baca

bagus la ada yg sedar ada post yg kurang best...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2014 06:46 PM | Show all posts
tigerads posted on 13-1-2014 12:18 PM
x semua yg baik tu masuk syurga...
bkn semua penjahat pasti ke neraka...

mcm ayat dlm novel TWB..
tp betol la ape ko ckp...
kalau org dah bertaubat, di sisi tuhan dia lg suci n bersih dr kita ni tau...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 06:49 PM | Show all posts
Alhamdulillah .. kalaulah cerita ni betul kita doakan yg terbaik untuk mereka berdua..
masing2 pun ader zaman kelam..dan mereka pun dah byk berubah.. amin.. semoga Allah permudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 06:50 PM | Show all posts
kucim posted on 13-1-2014 04:24 PM
jgn gaduh2 uolss...timah x maksudkan cmtu,dia bg pendapat..mmg terbukti punn...melainkan mrk bertu ...

sorry aku ter emo. sebab aku geram sikit ngn org yg berpandangan buruk pd mereka yg cuba atau sedang berubah ke arah yg lebih baik. Aku emo bukan sebab aku pernah berzina. Nauzubillah. Cumanya aku ada kawan2 yg pernah berzina dan ada antara mereka bila berubah mmg betul2 berubah. lagipun aku minat puteri sarah haruslah aku emo

@timahterung aku mintak maaf eh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 06:56 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 13-1-2014 05:03 PM
Aku x berkenan Puteri Sarah ni

Kalau dia beurbah ikhlas , biarlah dia

Jodoh Itu Rahsia Allah.

Siapa kita nak menafikan?

Kalau tetiba uols di lamar oleh kerabat di raja (KOHNON ajer lah erk)

uols akan tolak dan kata iols tak layak

sebab iols bukan berdarah raja....
(nampak sangat skeptical words)

Kalau nak menghukum

hukumlah dulu mereka yang menjadikan

video itu sebagai tontonan

dan pasti uols jugak salah seorang yang melihat pada kemungkaran yang terakam bukan begitu?

apa beza mata yang melihat dengan yang melakukan?

uols nak kata

uols tak berdosa kerana

melihat sesuatu yang bukan sepatutnya jadi tontonan uols?

lakukan hudud ke atas orang yang melihat kemungkaran itu dahulu...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 06:56 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 13-1-2014 06:09 PM
tidak.

I sokong you cik hanna...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2014 06:59 PM | Show all posts
Tahniah. Jaga each other ok
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:00 PM | Show all posts
orang dah bertaubat kok nak diungkit dosa2 lalu?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2014 07:03 PM | Show all posts
ooo hot sungguh dan penting isu ni yaa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blanco posted on 13-1-2014 06:19 PM
Tahniah pada Sol & Sarah..smoga kedua-duanya akan bahagia dalam kehidupan dorang..
Pada yg masih la ...

Setuju!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana posted on 13-1-2014 06:07 PM
marilah kita doakan yg baik2..

itu bimbo bodo x ganggu ko lg ke ?

ntah .. hari ni aku bz .. x masuk sana... ni dah petg2 baru masuk jap..

malas nak beklog thread tu ..
stgi aku komen mesti bimbo tu nk counter attack .. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:09 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 13-1-2014 06:50 PM
sorry aku ter emo. sebab aku geram sikit ngn org yg berpandangan buruk pd mereka yg cuba atau seda ...

I understand... Mungkin you tak faham  apa yg I rasa, I ada anak lelaki umur 4 taun ..Bila i tengok kelakuan sesetengah gadis zaman sekarang, i terpikir "dgn siapalah anak aku nank kawen nanti.."  Bila i terbaca  komen yg kata Sarah ni dah kena tebuk depan belakang, i terus meletakkan diri I dekat  tempat Datuk Yusop Haslam and wife, boleh ke diorang terima orang mcm tu jadi menantu walaupun dia dah bertaubat sekalipun..

Dan memang betul apa yg Hanna Montana cakap, dosa penzina perlu ditebus dgn hudud ... Kalau ikut hukum, Puteri Sarah ni belum layak untuk diterima jadi menantu..

Sama lah kalau tanya you sudi tak nak terima seorang suami yg pernah berzina jadi suami? Kalau I , I akan cakap taknak sbb dgr dari pengalamn kawan-kwan I dan kenalan ofis , orang yg dah biasa berzina tukar-tukar pasangan ni payah nak berhenti hatta kalau dia dah ada HIV sekalipunmelainkan dia memang sebetul-betulnya bertaubat....

Mesti you tak percaya kalau I cakap I ada kenalan yg berjwatan tinggi kat ofis yg ada anak yg comel-comel dan isteri yg cantik (anak isetri dia penah masuk majalah Pa &Ma) tapi dekat staff dia dia boleh cerita yg setiap kali dia outstation dia akan 'rasa' betina 2 kat tempat tu. Alasan dia, " Hari -hari makan sedap -sedap kat hotel sesekali nak jgak rasa makan kat kedai mamak.."

Dari situ I memang tak percaya dgn penzina

I faham orang yg belum menjadi ibu bapa akan bercakap " Oh! bagilah dia peluang dia pun nak bertaubat jgak.." Tapi sbg ibu bapa kita hanya mahu yg terbaik untuk anak lelaki kita, melainkan kalau I tau anak lelaki I pun dua kali lima.. Itu pun I akan pikir panjang-panjang untuk terima .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-1-2014 06:40 PM
hanya kerana kesilapan masa lalu tak semestinya sheols tak boleh nak move on kan



SOKONG 100%!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:10 PM | Show all posts
:: Keluarga Sahkan Sudah Merisik, Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari ::


PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.

Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di sini, pada Ahad (semalam) dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.

"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.
Puteri Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara pada Ahad lalu.

Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.

"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

"Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Patimah dan Yusof gembira anak mereka akhirnya bakal berkahwin.

Pun begitu kata Patimah, dia senang dengan Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.

"Saya lihat juga dia seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

"Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga," katanya.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan Syamsul  berhubung laporan berkenaan bagaimanapun gagal kerana dia tidak dapat dihubungi..


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI - MStar
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sup_ekor posted on 13-1-2014 07:10 PM
:: Keluarga Sahkan Sudah Merisik, Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari ::



Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:17 PM | Show all posts
kucim posted on 13-1-2014 04:23 PM
Aku setuju Timah Terung,sama gak dgn jejantanz kalau suka berzina susah nak tinggal,even dh kawen  ...

memang betul Kucim, ni i dgr dari kawan -kawan ofis i (Ofis i ni bnyk skandal).. Yg mengaku perangai suka berzina tu dah bawak dari zaman dulu lagi, ada tu buleh mengaku dari zaman matriks lagi (I tak pegi matriks , i tak tau!) ..

Ada sorang ofis mate I (lelaki) dia buleh cerita kat kitorang yg malam sehari sebelum dia bertunang dgn gelfren dia(skrang dah jadik wife) ,dia buleh 'main' dgn awek lain.. Kalau i jadik wife dia mau aku tampa-tampar lelaki cam gitu..

Orang berzina ni memang payah nak berenti melainkan kalau dah dhukum rejam dgn batu atau hudud..Masa tu baru takut nak buat dah kut.Kalau harapkan kekuatan diri sendiri je mengawal nafsu memang susah.Kalau dari mula dah mengikut setan, memang senang nak jadik hamba setan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2014 07:24 PM | Show all posts
timahterung posted on 13-1-2014 07:09 PM
I understand... Mungkin you tak faham  apa yg I rasa, I ada anak lelaki umur 4 taun ..Bila i tengo ...

ok aku cuba memahami pandangan kau dari sudut ibu bapa. ayat last ko "melainkan kalau I tau anak lelaki I pun dua kali lima.." mungkin mak bapak yg terima ni tau anaknya 2x5 gak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:25 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 13-1-2014 05:03 PM
Aku x berkenan Puteri Sarah ni

Kalau dia beurbah ikhlas , biarlah dia

cara you berfikir sangat keibu bapaan, syabas!! Memang pun , cuba kite letak diri kita kt tempat mak and bapa si lelaki, kita maukan menantu perempuan yg akan menjadi harapan untuk menyambung zuriait keturunan kita kelak , bukannya main tangkap asalkan dah berubah je..

dalam agama sendiri pun cakap lelaki penzina untuk perempuan penzina , melainkan kalau shamsul tu pun memang kuat berzina, sepadanlah depa..

Tapi kalau shamsul tu masih teruna, itu menunjukkan sarah bukanlah terbaik untuknya.. He deserves better.Walaupun zina dah berleluasa,tapi percayalah masih ada lagi perempuan yg menjaga keperawanan mereka yakni masih dara.Kat ofis i ni je, ada sembilan orang perempuan yg blum kawen ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:25 PM | Show all posts
tahniah kalau betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 07:28 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 13-1-2014 07:24 PM
ok aku cuba memahami pandangan kau dari sudut ibu bapa. ayat last ko "melainkan kalau I tau anak l ...

Of course, dalam Islam sendiri dah cakap, perempuan penzina untuk lelaki penzina..Kalaulah syamsul ni masih teruna, She is definitely not for him


Tapi kalau si syamsul pun memang kaki zina masa sgn Diana dulu, sepadanlah diorang..

Ingatlah, menantu perempuan adalah yg akan melahirkan zuriat yg meyambung keturunan kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 1.200322 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list