|
[Tempatan]
Kenapa Azmin Ali tak boleh jadi MB?
[Copy link]
|
|
Anak_Nogori posted on 19-8-2014 04:35 PM 
sapa?..budak Nik Nazmi budak lembut jambu tu ke?..kalau dia memang Anwat suka..
lembut ke? adun seri setia. kalau lembut, masak ar nanti..buleh juin rafizi
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 19-8-2014 04:33 PM 
tak nak bertindih kerusi dimana negeri2 PAS kuat...tapi kerusi di Selangor spt didamansara..ok pla ...
mungkin depa lupa or buat2 lupa pasal damansara kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 19-8-2014 04:52 PM 
mungkin depa lupa or buat2 lupa pasal damansara kot..
ke dia memang tak tahu kot..main hembus jelah..harap2 ada yg percaya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bye bye Khalid, bye bye pas |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 19-8-2014 04:55 PM 
ke dia memang tak tahu kot..main hembus jelah..harap2 ada yg percaya..
apa dia ingat org umno/bn macam depa ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_herrhughie posted on 19-8-2014 12:46 AM
Penang always get the best for ourself, regardless of the background.
the worst person get lost ...
LGE the best? Bhahahaha...
Reject tuhhhhhhh!!
Bhahahahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 19-8-2014 08:06 AM
habis tu apa kah relevannya pas sedangkan sekolah agama dan tahfiz dibiarkan tanpa sebarang dana?: ...
Exactly my point...
I think almost all of us have at least once come across these pitiful students asking for donations while selling ointments calender and what not... sebak bila fikir anak cina yang dah sedia kaya duduk sekolah private lagi... diberi peruntukan bapak besar... |
|
|
|
|
|
|
|
~anya~ posted on 20-8-2014 10:01 AM 
Exactly my point...
I think almost all of us have at least once come across these pitiful student ...
kadang2 rasa segan dan malu bila ada anak2 tahfiz ni mintak sumbangan, lebih2 lagi bila ada bangsa lain di kiri kanan. terutama sekali masa kat kedai makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 20-8-2014 10:04 AM
kadang2 rasa segan dan malu bila ada anak2 tahfiz ni mintak sumbangan, lebih2 lagi bila ada bangsa ...
Nampak sangat kita bangsa tak prihatin tentangpelajaran anak2... the first thing that would come to their mind.... melayu2 nih masukkan anak2 kat sekolah tahfiz tapi duit tak bagi sampai anak2 tepaksa mintak sedekah...sedang derang dari zaman pra merdeka... mereka sanggup ber habis buat sekolah2 cina private untuk anak2 mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
~anya~ posted on 20-8-2014 09:56 AM 
LGE the best? Bhahahaha...
Reject tuhhhhhhh!!
Bhahahahahaha..
LgE not the best, but for sure much better than any of the BN, that's why we choose to remain him.
|
|
|
|
|
|
|
|
now ni..
majoriti dah berpaling ke wan azizah..
TSKI takde apa dah..
langkah PR:-
PR akan move to undi tak percaya untuk turunkan TSKI.
langkah TSKI:-
bubarkan DUN 25 ogos ni
atau mengalah dan turun dari MB.. jadi wakil bebas.
aku rasa la...DUN akan bubar la.. BETUL TU...TSKI AKAN JADI WAKIL BEBAS....TUNGGU TAWARAN BN...DAN SOKONGAN PAS...TAPI PAS NI TETAP BODOH DULU KINI DAN SELAMANYA....KENAPA TAK WAKIL AHLI PAS? KENAPA DUA EKOR LAHANAT TU...?
KAKsaWAN tU DAH SEMEMANGNYA LAH BINI MISTALI....KALAU DIA JADI MB..MAKA PELUANG PKR DAPAT WANG BERBILLION TU CERAH CUMA TUNGGU KELULUSAN MB JE TAPI KHALID JENIS KERJA IKUT SOP....BAYANGKAN KALAU SIPOLAN A TU BELI TANAH BARU BAYAR 10
% JE TAPI DAH DAPAT HAK MILIK TANAH DAN JUAL BALIK TANAH KEPADA SIPOLAN B TU DENGAN HARGA GILA GILA MAHALNYA.....TAPI TSKI DAH SEKAT DAN TANGGUHKAN...TANGGUH PUNYA TANGGUH SAMPAI DAH NAIK LEMPUH...MULANYA PAS TAK TAHU....TAPI BILA DAH TAHU...TETIBA JE SOKONG PKR...HE3 NAMPAKKKKKK..
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_herrhughie posted on 20-8-2014 11:00 AM 
LgE not the best, but for sure much better than any of the BN, that's why we choose to remain him. ...
apsal english ko hazab kelaut sgt dik? guan eng ckp omputih kang ko paham ka
|
|
|
|
|
|
|
|
~anya~ posted on 20-8-2014 09:56 AM
LGE the best? Bhahahaha...
Reject tuhhhhhhh!!
Bhahahahahaha..
Dia jd km dah 6 thn.. Dtg mukriz baru setahun foreign direct investment dah kalahkan so guan eng...kesian...Bapak dah kalah... Anak pun kalah jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 20-8-2014 04:24 PM
Dia jd km dah 6 thn.. Dtg mukriz baru setahun foreign direct investment dah kalahkan so guan eng. ...
Itu yang meroyan bila mukhriz nak buat epot tuh...banyak lah the best nko kebangga...
Hahahaha. .. |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 20-8-2014 04:24 PM
Dia jd km dah 6 thn.. Dtg mukriz baru setahun foreign direct investment dah kalahkan so guan eng. ...
fyi, fdi baru2 ni didpti tak record utk penanf. Huhu. Kedah sucks.
Mahathir dah gaduh dgn bajib...lol |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_herrhughie posted on 20-8-2014 05:13 PM
fyi, fdi baru2 ni didpti tak record utk penanf. Huhu. Kedah sucks.
Mahathir dah gaduh dgn bajib ...
Gaduh jer...tak dengar najib kata apa pung |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 20-8-2014 05:22 PM 
Gaduh jer...tak dengar najib kata apa pung
Mukriz tengah minta bina airport kat kulim....huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nama Azmin tak dibincangkan antara Sultan, Hadi
Nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak dibincangkan dalam pertemuan antara Sultan Selangor dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Exco Hal Ehwal Islam Selangor Sallehen Mukhyi.
Sallehen turut mengesahkan pertemuan antara Sultan Selangor dan Abdul Hadi yang dilaporkan pada Hari Raya Aidilfitri yang keempat, tidak menyebut nama Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.
"Nama beliau (Azmin) tidak disebut dalam pertemuan itu," kata beliau kepada Malaysiakini ketika ditemui di Shah Alam hari ini.
Pada Selasa lalu Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan Abdul Hadi dititah menghadap Sultan Selangor.
Hasil pertemuan itu, PAS mencadangkan satu nama alternatif bagi calon menteri besar perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Sebelum ini, Sallehen dilapor mendedahkan Istana menolak nama Wan Azizah dan menegaskan PAS tidak setuju dengan beliau bukan disebabkan perempuan, tetapi dimaklumkan Istana tidak memperkenan presiden PKR itu.
Keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada Ahad mencalonkan Azmin menjadi menteri besar di samping calon sedia ada Wan Azizah, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada sebelah petangnya bersetuju nama Wan Azizah sebagai satu-satunya nama yang akan dihantar kepada Sultan Selangor selepas Azmin akur keputusan parti dan akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pas berani cabar Anwar
PENAT atau barangkali bosan dengan kritikan regunya dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung jawatan Menteri Besar Selangor, Pas akhirnya membuat u-turn. Ada secara sinis berkata Pas membuat roundabout.
Namun, Pas tidak mengalah dengan desakan PKR yang tegas mahukan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim - inilah punca kontroversi. Selain kembali menyokong Wan Azizah, Pas menyelit satu lagi nama sebagai calon MB. Calon kedua, Azmin Ali, merupakan tokoh senior dalam PKR yang dilihat sebagai 'putera mahkota' menunggu ditabal jika berlaku musibah pada Anwar Ibrahim. Pilihan Pas tentulah mengandungi logik tersendiri.
Pendekatan Pas dibuat bagi menjaga hati ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Mereka letih dituduh boneka Anwar atau kuda tunggangan DAP. Namun hakikatnya formula win-win ini sejak awal lagi ditolak PKR. Pendirian terbaru Pas seperti mahu mengelak berlaku pecah-belah dalam PR.
Cita-cita Pas menawan Putrajaya boleh terjejas jika ia bergaduh dengan DAP. Parti itu lebih mudah mendepani Umno jika DAP menyebelahinya daripada bertindak secara sendirian. Di tangan DAPlah undi Cina untuk diagih pada Pas. Contengan di laman maya memperlihat sikap kecewa umum terhadap keputusan u-turn Pas. Timbul persoalan besar sikap Pas lari meninggalkan Khalid setelah memberikan sokongan sebelumnya.
Persoalannya apakah Wan Azizah sahaja yang berkualiti dan berkelayakan? Isunya ialah Wan Azizah bukan anak jati Selangor. Pada masa sama rakyat sudah bosan amalan nepotisme dalam PKR. Keputusan Pas dilihat ekoran bahasa isyarat dari Istana berhubung isu MB. Ia memberi harapan buat Pas untuk menolak Wan Azizah kali ini melalui penolakan Istana pula. Kenyataan Nik Aziz Nik Mat yang menyokong keputusan diambil Jawatankuasa Pas Pusat menguatkan perjuangan Pas menghadapi tekanan PKR.
Dalam keadaan sekarang Pas tak perlu gabra kerana keputusan muktamad bakal dibuat Sultan Selangor. Pilihan Istana adalah antara Wan Azizah atau Azmin. Senario sekarang memberi harapan pada Azmin.
Melihat dari perspektif lalu Pas juga mempunyai asas menentang pelantikan Wan Azizah sebagai MB. Ini berasaskan pegangan parti itu bahawa Pas menolak seorang wanita menjadi MB. Lain-lain jawatan seperti Exco dibolehkan. Sejak berzaman isu ini menjadi isi ceramah. Umno dilabel “unislamik” kerana isu wanita Umno memegang jawatan menteri.
Kumpulan pro Anwar yang menyokong Wan Azizah berhujah bahawa terdapat beberapa negara Islam seperti Pakistan dan Bangladesh mempunyai Perdana Menteri kalangan wanita. Jadi apa masalahnya?
Sekilas pandang formula Pas tidak bererti ia boleh menyelesaikan kemelut yang berlaku sekarang. Anwar dan PKR bukan mudah ditundukkan macam kerbau dipulas telinga. Tetapi bagi Pas, ia mahu bebas dari istilah kena buli yang dilabel pengkritik mereka.
Pada ketika sekutunya merayakan keputusan Pas mereka terlupa formula baru Pas tak ubah seperti satu perangkap baru. Ia ibarat keluar daripada perangkap lama masuk ke perangkap baru. Pas nak tengok sejauh mana Anwar dan PKR berani melawan kehendak Istana.
Anwar membuktikan ia juara dalam hal melawan arus kerana berjaya memanipulasi pemikiran rakyat. Dalam banyak hal Pas dilihat menjadi pak turut. Isu kalimah ALLAH, hudud dan juga negara Islam, ia mengambil sikap berkompromi. Namun kali ini ia agak lain. Di satu aspek pula, Anwar sedar Azmin sedang meniti populariti luar biasa di peringkat akar umbi. Anwar tentu takut melihat satu lagi political tragedy jika Azmin terus dipinggirkan.
Dalam konteks ini Pas menumpang gelombang yang dibawa bahawa pihak Istana sendiri tidak mahukan Wan Azizah. Sesiapapun boleh jadi MB asal saja bukan isteri Anwar. Hakikatnya Istana mahukan anak jati bukannya orang luar. Hal ini harus diakuri Anwar.
Bola kini sudah berada di kakinya. Terpulang untuk menendang ke arah pintu gol atau melakukan satu lagi kompromi. Jalan terbaik tentulah dengan memberi restu pada Azmin.
Kalangan Pas yakin PKR tidak ada pilihan melainkan bersetuju untuk menerima Azmin. Ini berasaskan hakikat bahawa jika tidak ada jalan keluar maka Dun Selangor perlu dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
PKR tentu tidak mahu melalui proses ini sekali lagi bimbang kebangkitan rakyat boleh menggugat kedudukan mereka seperti berlaku di Kedah dan Perak tempoh hari. PKR sudah nampak peluang yang bakal diraih BN jika pilihan raya diadakan semula di negeri itu.
Sementara menunggu keputusan Sultan Selangor, PR seperti tidak berfungsi. Pas kini berdepan kemarahan masyarakat Cina yang tidak gembira sikapnya mensabotaj rancangan Anwar. Pas juga kini kurang pasti jika pilihan raya diadakan DAP bakal memberikan sokongan seperti dua pilihan raya umum lalu.
Dan yang agak pasti kepimpinan Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas tidak lagi melalui sokongan bulat seperti sebelumnya. Puak pro Pak Sheikh bakal menyusun rancangan. Dengan itu kedudukan Hadi tidak seselesa dahulu.
Justeru dalam konteks sekarang, sama ada Pas mampu keluar dari gelora politik sebagai pemenang banyak bergantung pada pelantikan Azmin sebagai MB. Kalau Wan Azizah jadi MB seperti kehendak Anwar maka jawabnya faham-faham sahajalah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|