|
Edited by isaura. at 7-1-2015 02:00 PM
keadaan akak dan family on and off...tapi sehari dua ni akak dapat kawal rasa 'menyampah' kat suami dan Alhamdulillah anak akak ni jenis keras hati jugak akak rasa sebab ada beberapa gangguan pun dia tetap tidur dalam bilik dia dan syukur dia lawan dengan solat dan mengaji. Lagi kuat gangguan, lagi lama solat dia dan mengaji dan bab ini akak memang syukur sangat.
Sebenarnya anak akak ni entahlah akak tak tahu (akak taknak percaya sangat) tetapi memang ada beberapa ustaz berpesan dengan akak supaya menjaga anak akak ni baik-baik kerana ada kelebihan yang bukan diwarisi tetapi Allah nak bagi (kata ustaz2 tu macam tu lah)...tapi sebab akak ni memang tak amek port benda-benda macam ni, akak taknak fikir sangat...cuma akak syukur senang dengan anak akak ni, solat mengaji tak pening kepala nak ingatkan....satu lagi boleh tahan berani jugak (kalau dia tak setuju dengan akak atau ayah pun dia tegur direct - tapi cara baik-baiklah).
Kalau benar kata ustaz-ustaz tu Alhamdulillah....tapi akak taknak fikir sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullilah...dapat anak yang allah kurniakan kelebihan kepada anak akak....
cuba akak tanya perawat2 d dalam ini...untuk meminta pandangan serta rawatan yang terbaik pada akak serta keluarga....
ada lagi x citer best...hiihih...soronok dgr citer akak... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....dlm diuji dgn kehidupan begitu, akak dianugerahkan dgn anak2 mcm tu. Sejuk hati membaca tulisan akak pasal anak2...
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah nak juga berikhtiar dengan kawan-kawan perawat dalam forum ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah terima kasih mudah-mudahan kita semua di dalam golongan orang-orang yang sabar.
Bila kita berazam nak jadi lebih baik, ada kemungkinan Allah 'sudi' kita - exam, kalau pass naik tingkatan..kalau tak pass kena repeat subject. Akak pujuk diri sendiri macam tu lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isaura. at 7-1-2015 06:19 PM
HOMESTAY ANGKER
Okay ini pengalaman akak masa pergi outstation beramai-ramai dengan kawan-kawan - 2 tahun lepas kalau tak silap akak.
Kami pergi berlima (3 perempuan, 2 lelaki - suami akak pun turut sama - akak namakan kawan yang perempuan Kak Bib & Nani dan yang kawan lelaki kami Fiq). Ada urusan di selatan tanahair. Kononnya nak berjimat kami bercadang nak sewa homestay sahaja cuma kali ini homestay yang dicadangkan fully booked. Ni kes 'bidan terjun' so bila dah sampai JB barulah kami kelam kabut nak cari homestay berdekatan dengan kawasan Event.
Akhirnya jumpalah sebuah bungalow - sewa 1 malam RM250 untuk 3+1 bedroom. Kami booking untuk 2 malam.
Memang cantik bungalownya....dan waktu kami nak check in tu memang agak lewat sebab kena tunggu penyewa check-out. Jadi kami dapat check-in sekitar 5 petang.
Bungalow ni memang dalam kawasan perumahan yang agak sibuk juga, lamannya besar dan cantik. Ada banyak sliding door.
Sebaik masuk ke dalam rumah (kami masuk melalui pintu tengah bungalow dia antara ruang tamu dan dapur), ada tangga untuk ke loteng. Lotengnya dah direnovate dan dijadikan tempat tambahan untuk sesiapa nak tidur di tingkat loteng. It is a single storey bungalow tapi sebab bumbung tinggi so tuan rumah buat ala-ala loteng terbuka (maknanya dari loteng boleh tengok apa yang berlaku di bawah).
Masa sampai tu, akak memang nak cepat-cepat solat so tak menyempat-nyempat akak chop bilik tidur. Kak Bib dengan suami akak ni naik ke loteng, pastu belum habis naik ke atas (baru separuh tangga) dah turun semula. Akak tengok muka Kak Bib macam tak happy.
Kak Bib dan Nani tidur sebilik, Fiq ambil 1 bilik dan kami ambil bilik kelamin.
Konsep bilik tidur akak macam hotel maknanya bila masuk je bilik, sebelah tepi ada bilik air dahulu, then baru masuk dalam untuk tempat tidur. Memang cantik jugaklah. Masa akak nak solat Asar, akak ambil wuduk di bilik kak Bib sebab asalnya nak solat sekali semua dalam bilik Kak Bib dan Nani tapi sempit pulak rasanya, so akak nak solatlah dalam bilik sendiri - aman sikit 'kononnya'. Waktu tu suami akak dengan Fiq di ruang tamu sedang bersantai-santai sementara menunggu kawan lain yang nak datang ke homestay ni. (sebab ada 1 bilik di bahagian dapur dan bahagian loteng masih available so might as well ajak je kawan-kawan share dapat jugak berjimat, begitulah plan kami waktu tu).
Sebaik sahaja akak nak angkat takbir, pintu bilik air bergerak dengan sendiri (memang berbunyi) - terbuka. Tak jadi nak solat, akak intai dari jauh kalau-kalau suami akak masuk dalam bilik. Panggil-panggil tak ada jawapan. Akak keluar bilik sekejap nak check (suami memang tengah bersembang dengan Fiq). So akak pun masuk semula ke dalam bilik nak sambung solat.
Baru nak angkat takbir, pintu bilik air bergerak lagi. Sambil istighfar akak selak pintu bilik air tak ada sesiapa pun. Sambung balik nak solat.
Sekali lagi pintu bilik air bergerak. Akak tutup pintu bilik air untuk puaskan hati. Baru nak angkat takbir, pintu bilik air tu terbuka lagi!
Okay, kali ini akak dah kecut perut dah! Kejung sekejap sambil tengok kiri kanan depan belakang. Hari masih terang lagi waktu tu yelah baru sekitar hampir pukul 6petang.
Angkat sejadah, terus keluar bilik (masa lalu bilik air tu akak taknak tengok kiri kanan dah). Bulu roma akak meremang-remang suspens. Tau akak solat kat mana? Betul-betul tengah ruang tamu! (suami akak sampai tegur kenapa akak solat tengah ruang tamu, meaning dekat dengan dia dan Fiq bersembang tapi akak taknak jawab apa-apa).
Tak lama lepas tu Kak Bib dan Nani keluar dari bilik tapi akak tengok muka Kak Bib masih tak happy. Okay, untuk pengetahuan semua Kak Bib ni kalau boleh nak tidur hotel (tapi sebab gang semua nak berjimat dia terpaksa akur) dan juga memang susah tidur malam sejak dari zaman remaja lagi. Sebab akak tahu Kak Bib memang susah nak tidur malam akak taknak lah cerita apa-apa dan akak anggap sahaja pintu bilik air bergerak tu hanya mainan minda je.
...bersambung....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by isaura. at 7-1-2015 07:04 PM
...sambungan...
Selepas semua selesai solat dan mandi (secara jujur akak nak mandi dalam bilik sendiri akak tak berani jadi akak mandi dalam bilik Kak Bib). Masa tu akak taknak inform suami apa yang akak alami sebab akak masih nak rational kan minda ni kononnya hanya ilusi semata
Sebelum masuk Maghrib 3 orang kawan lagi sampai - akak namakan Halim, Pian & Bob. Semua ni bujang. Jadi sebab dah nak masuk Maghrib masing-masing nak solat dan lepas tu rancangan kami nak ke town untuk siri jalan-jalan cari makan sebab masing-masing dah kebuluran. Halim dan Pian ambil bilik belakang di bahagian dapur dan Bob kongsi bilik dengan Fiq.
Waktu nak solat, akak nampak Halim dan Pian naik ke loteng nak solat sebab kata mereka ada sejadah dan keperluan solat di situ tetapi lepas tu akak tengok masing-masing turun semula dan solat di bilik masing-masing. Kali ini akak solat dalam bilik Kak Bib so lega rasa jiwa. Suami akak pulak solat sendirian dalam bilik.
Selesai semua urusan, kami pun keluar lah ke bandar mencari makan. Memang havoc jugalah bila dah berjumpa ramai-ramai macam-macam cerita keluar tetapi Kak Bib mengadu dengan akak dia rasa tak best nak balik semula ke bungalow tu. Dalam pada semua sakan berborak, kak Bib asyik mencari hotel yang available dan reasonable price (nak dijadikan cerita, hotel2 pula fully booked sebab ada event).
Secara jujur akak pun rasa tak best nak balik ke bungalow tu sebab akak dah kena waktu petang tu tapi akak memang taknak cerita dengan sesiapa pun. Tiba-tiba tengah syok makan Kak Bib ni dah start macam nak menangis dan cakap agak kuat 'akak dah agak dah! ni yang akak tak suka ni!' - lebih kurang macam tu lah katanya sambil muka dah pucat lesi dan susah hati. Bila akak tanya, kak Bib tunjukkan sms yang diterima dari Ustaz yang selalu menjadi rujukan Kak Bib (why? Kak Bib ni memang dulu-dulu ada gangguan jadi kalau ada apa-apa dia suka refer dengan ustaz ni).
Rupa-rupanya sewaktu sampai dan naik tangga nak ke loteng kak Bib dah rasa tak best, jadi rasa tak best tu sentiasa ada, taknak ok juga menyebabkan beliau terpaksa sms ustaz minta tolong scan. Menurut Sms ustaz di loteng tu ada 'Cik Lang..." dan ustaz sempat tanya macamana boleh pilih homestay ni? Soalan ustaz tu macam agak concern la jugak. Memang meremanglah bulu roma akak membaca sms tu. So, seorang demi seorang lah baca sms yang Kak ain terima ni dan bermulalah cerita masing-masing.
Rupa-rupanya suami akak pun tak naik habis loteng tu sebab katanya bila nak sampai ke atas bulu romanya berdiri-diri itulah sebabnya dia cepat turun ke bawah. Kak Bib pun rasa yang sama. Halim dan Pian pula asalnya nak solat di loteng tetapi menurut mereka terasa seolah diperhatikan. Bila dah dengar masing-masing bercerita barulah akak berani nak cerita. Jadi bahan gelak la jugak sebab akak solat tengah ruang tamu tu memang agak kelakar jugak sebab akak bentang sejadah betul-betul dekat dengan suami dan fiq yang sedang bersembang.
Dalam pada gelak tu memang semua rasa sangat tak best nak balik ke bungalow tu. Masalahnya barang-barang kami semua ada di bungalow tersebut. So untuk taknak rasa rugi, kami sepakat nak bermalam juga - yelah bila fikir balik, orang lelaki ada 4 orang, takkanlah nak takut jugak ye tak?
Sangkaan meleset! Sampai bungalow je, bila masuk bulu roma memang berdiri-diri. Terasa setiap pergerakan diperhatikan. Oleh kerana itu kami yang perempuan bersepakat nak tidur beramai-ramai di ruang tamu ditemani oleh suami akak sendiri. So suami akak tidur berdekatan dengan sliding door, akak, kak bib dan nani. Fiq dan Bob insist nak tidur dalam bilik dan paling hampeh sekali Halim & Pian tiba-tiba nak keluar bagi alasan kononnya kawan lain dah bookingkan bilik hotel (sebelum tu okay je diorang kata tak ada booking mana-mana dan nak join kami).
1 malam akak dengan kak Bib tak boleh tidur. Nani dah tidur nyenyak, suami akak lagi tak boleh harap...berdengkur-dengkur sebelah akak sehinggakan slinding door digegar-gegar pun dia tak sedar. Sekali sekala terdengar pintu bilik akak di buka dan ditutup. Lepas tu dengar seolah ada orang di dapur, dengar bunyi loceng kaki di luar rumah seolah-olah orang sedang berjalan-jalan.
Fiq dan Bob tak tidur waktu kami dengar tu tapi kami masing-masing buat tak tahu. Kak Bib dah start baca alquran yang installed dalam Ipad. Akak dah baca apa-apa yang patut. Memang tak boleh tidur langsung tapi suami akak dengan Nani memang tak boleh harap langsung padahal merekalah yang kononnya akan protect kami.
Macam-macam bunyi kami dengar. Fiq dan Bob akhirnya terpaksa masuk tidur sebab dah mengantuk sangat. Paling tak tahan ada sekali tu bila salah satu pintu rumah tu seolah digegar, si Fiq ni dengan beraninya buka pintu dan check area luar. Fiq ni berani sikit. Bila pintu dapur digegar bergegaslah fiq dan bob nak check (takutlah jugak kalau orang jahat) tapi bila mereka ke dapur, pintu tengah pula di gegar. Bila mereka pergi pintu tengah, pintu ruang tamu dan sliding pula digegar-gegar.
Elok je bergema azan Subuh, baru lah akak dengan Kak Bib berani nak bergerak-gerak dan mandi (mandi pun mandi kambing je), selesai solat Subuh baru la nap sekejap sebab letih sangat.
Esoknya, Kak Bib cakap dia dah minta suaminya tolong booking hotel so all fully covered by the husband. Call wakil tuan rumah, tipu sunat kata ada urusan emergency kena balik KL dan cancel another night.
Bila dah check in hotel rasa lega sangat. Rupa-rupanya ada cerita Fiq dan Bob waktu nak tidur di bilik bungalow tu. Waktu mereka sedang nyenyak tidur, Fiq terasa macam ada orang renjis air..tapi sebab mengantuk sangat dia teruskan je tidur. Tak lama lepas tu renjisan air tu makiin banyak, jadi fiq ingat bob nak mendajal dia....bila fiq tengok, bob sedang nyenyak tidur. Fiq tak puas hati, so dia bangunkan Bob sambil sound bob jangan main renjis-renjis air. Si Bob ni pula of course la menidakkan sambil terpinga-pinga. So Fiq fikir mungkin air dari aircon (little that he realised at that time aircon terletak jauh dari katil).
Sebab mengantuk sangat, Fiq dengan Bob sambung tidur. Dah pulak Bob kena renjis...sama macam Fiq, dia buat tak tahu, tapi makin lama renjisan air makin banyak jadi Bob dah tak tahan tegur pula Fiq. Sedang mereka bercakap-cakap pasal air renjisan ni, mereka berdua kena renjis lagi banyak! Okay, ini kali live sebab masing-masing sedang bercakap dan mereka tak tahu arah mana datangnya air tu. Akhirnya mereka akurlah bukan aircon atau orang yang merenjis mereka waktu tu. So, masing-masing duduk la borak-borak dalam bilik (sambil berlagak berani dan buat tak tahu) sampai masuk azan Subuh, barulah nap (sama macam akak dgn kak Bib).
Homestay ni sebenarnya kami jumpa melalui internet dan sebab kawasannya memang banyak rumah homestay so kami ingat okay...rupanya tak sesuai dengan kami...
|
|
|
|
|
|
|
|
pamjangnya akak menaip.....kasik habis 1 cerita terus....maafkan penggunaan bahasa yang lintang pukang ya.... |
|
|
|
|
|
|
|
No problem kak...small matter je janji boleh faham
Org yg check out sblm akak masuk homestay tu tak kena kacau ke ye? curious jugak
Mujur tak duduk dgn anak2 homestay angker camtu...saya mmg suka duk homestay bila bercuti dgn family
|
|
|
|
|
|
|
|
yang check out tu akak tak tahu pula kalau kena ganggu...mungkin tak kot..
mungkin kami kena ganggu sebab Kak Bib tu senang 'rasa' dan kebetulan kami suami isteri ada gangguan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada takut tu akak teringat pesanan ayah akak : baca selawat nabi 3x hembus di tapak tangan dan pukul 3 kali dinding yang hampir dengan akak. nanti hakak tlg tanya dgn ayah.. kalo dinding xde ganti lantai bulih dak.. in case kalo jd tgh2 ruang tamu xde dinding.. kaki lak berat nk langkah..
|
|
|
|
|
|
|
|
SPIRIT-SPIRIT ON THE COIN
Siapa pernah main? Akak dulu masa kecil adalah try nak main, nak tahu nama bakal boyfriend, nama suami, handsome ke tak handsome - soalan-soalan budak-budak ingusan. Saha-sah masa tu memang jari jemari yang gatal gerakkan ikut nama siapa kita suka waktu tu - nampak benor menipunyer!
However, waktu akak form 5 ada pengalaman pasal kesan spirit of the coin ni.
Alkisahnya waktu tu kami memang tengah tunggu nak SPM. Juniors semua dah balik bercuti so tinggallah kami yang form 5 sahaja di asrama. Waktu tu akak tengah seronok mengacau kawan-kawan belajar dalam bilik study (ajak bersembang). Meja study akak membelakangkan tingkap. Duduk berhadapan dengan best friend nama Nor. Tengah seronok baca magazine (orang sibuk study, akak sibuk kacau orang dan baca magazine) tiba-tiba akak dengar satu suara yang sangat kuat berdehem - suara lelaki yang sangat garau. Suara tu betul-betul belakang akak (kat luar tingkap). Untuk pengetahuan semua, bilik study form 5 ni di tingkat 2 asrama. So kalau ikut logic, mana ada orang boleh berdiri di luar tingkap tu.
Akak punyalah terkejut dengan suara tu, bila akak pandang Nor, dia tengah tunduk mengeletar seolah-olah taknak pandang apa yang ada diluar tingkap. Waktulah pulak akak ni boleh gatal tegur 'suara siapa tu!'.
Nor ni dah mengeletar macam nak menangis, nak angkat muka pun tak berani. Lupa nak bagitahu yang bilik study waktu tu hanya ada lebih kurang 5-6 orang sahaja. Waktu pun memang tengah malam.
Dalam pada akak tertanya-tanya tu, tiba-tiba angin yang sangat kuat masuk ke dalam bilik dari arah belakang tingkap (betul-betul belakang akak) sampai akak nyaris tercampak ke depan. Kerusi meja terbalik dan buku kertas semua berterbangan. Benda ni jadi terlalu mendadak so memang dah tak boleh fikir banyak semua lintang pukang menjerit-jerit lari masuk dorm masing-masing. Bayangkan akak kena lari naik setingkat lagi (sebab bilik akak tingkat 3).
Waktu akak naik tangga, memang angin kuat sangat (seolah-olah hanya berlaku di asrama kami sebab dalam pada berlari tu akak sempat pandang aspura nampak macam aman damai je). Aspuri dan Aspura hanya dipisahkan dengan dewan makan so kalau ada aktiviti boleh nampak. Bunyi pintu bilik air di hujung bangunan semua macam dihempas-hempas. Bila akak masuk dalam bilik, terus kunci pintu sebab akak rasa macam ada yang mengejar dan lepas tu pintu bergegar-gegar. Dalam bilik, semua dah terbangun dan terkejut kenapa bunyi bising diluar bilik - bunyi angin, bunyi orang buka tutup pintu, bunyi macam ada orang berjalan, dll.
Semua ni berlaku pantas sangat dan lebih kurang 5-10 minit. Lepas tu tiba-tiba suasana hening. 1 malam kami tak tidur, masing-masing baca yassin dengan ditemani cahaya lampu corridor sahaja. Nak buka lampu bilik pun takut.
Tiba-tiba tengah masing-masing baca Yassin, pintu bilik diketuk berulang-ulang kali. Dorm mate akak ada yang dah menangis ketakutan. Rupa-rupanya salah seorang kawan dari tingkat 2. Namanya Wiya. Wiya ni memang boleh tahan berani. Ketuk pintu panggil akak. Aiseh! Bila budak-budak asrama kacau akak tengah malam akak mesti stress sebab kalau tak sebab histeria, mesti kes rasuk. Tak tahulah kenapa diorang suka sangat mintak akak involve padahal akak sendiri penakut ya amat.
Wiya ni ajak akak turun ke bilik study semula....memang mati-mati akak taknak tapi setelah 1 dorm sebulat suara bersepakat 'menghalau' akak untuk pergi juga, terpaksalah ikut si Wiya ni
...bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
hebak... instinct.......
ni musti hakak suka imejin mcm2 pasaitu dpt idea memacam nk tanya kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Geram betul akak waktu tu....akak confront suami, why buang daun bidara tu....dia buat muka seposen je.
Bila kita ada gangguan, of course seluruh rumah tertekan...tetapi bila pasangan kita taknak beri kerjasama, the pressure jadi tenfold! Ini juga salah satu tekanan yang akak hadapi sekarang morel of the stori: elakkan direct confrontation.. br x jd tenfold pressure tu..
mende yg biasa akn jd dgn org yg x percaya pd mende2 gini... so kena slow talk lbh sket...
penat.. tp tu lbh baik.. cuma akn ambik masa lbh....
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....
Waktu akak turun ke study room dah tercongok 3-4 orang kawan lain tapi masing-masing diluar bilik study.
Pintu bilik tertutup, jadi bila buka alangkah hairannya kami semua sebab bilik seolah-olah tak ada puting beliung pun. Elok tersusun rapi. Meja, kerusi, buku semua elok tersusun rapi.
Masing-masing tak berani bersuara - kami pandang each other, lepas tu akak keluar bilik cuba tengok area Aspura kelihatan bilik study mereka masih ada orang. So, Wiya minta semua orang balik bilik masing-masing dan akan discuss pasal ni esok.
Memang tak ada harapanlah akak nak tidur malam tu. First sebab akak masih teringat-ingat suara yang menyeramkan dibelakang tingkap, muka Nor yang pucat dan taknak pandang ke arah akak, angin yang datang dari mana sampai tunggang terbalik semua barang dalam study room, angin kuat di bangunan asrama dll. Paling tak boleh berhenti berfikir ialah macamana bilik study tu macam tak ada apa-apa berlaku bila kami datang semula.
So, keesokan harinya kami bermesyuarat among AJK (akak salah seorang AJK asrama) pasal isu malam tu. Akak sendiri jumpa warden (warden kami bujang duduk level ground floor) kalau-kalau ada terjaga malam tu sebab kekecohan yang berlaku tetapi warden akak cakap dia tidur nyenyak je. So sebab malas nak panjangkan cerita dengan warden, kami bermesyuarat sesama sendiri.
Setelah post-moterm akhirnya Nor sendiri mengadu. Rupanya sebelum masuk bilik study malam tu, Nor dan beberapa dorm mate nya main spirit of the coin. Dahlah main dalam gelap, lepas tu letak darah period (memang menempah masalah dorang ni). Waktu main spirit of the coin tu, Nor ni tiba-tiba takut jadi dia angkat jari dan terus masuk ke bilik study. Menurut dia, memang dah rasa macam ada entity dalam bilik dorm mereka waktu tu tapi sebab dia panic, dia terus blah macam tu je.
So, bermakna permainan tak selesai cara baik (ada ke cara baik bila main benda-benda mengarut macam tu?). Katanya, suara yang akak dengar belakang tingkap tu sebenarnya marahkan dia sebab dia 'lari' dari selesaikan permainan. Dah panggil tak pulangkan cara baik lebih kurang macam tu la maksudnya. So benda tu mengamuk.
So bila dah kecoh, diorang terpaksa main balik dan pujuk benda tu untuk dipulangkan semula (jangan tanya akak camner, sebab waktu tu kitorang semua memang rasa macam nak lepuk-lepuk Nor dengan kawan-kawan dia ni. Tak kuasa nak tanya dah waktu tu).
Bila akak tanya bestfriend akak di Aspura, diorang semua masa incident berlaku memang tak ada dengar apa-apa dan cakap Aspuri nampak tenang je waktu kejadian. If only they can see us lari lintang pukang tak cukup kaki tangan waktu tu.
Alhamdulillah selepas itu memang tak ada gangguan tapi memang akak pun tak berani dah nak study kat situ, akak study dlm dorm berlampukan sinaran lampu corridor je sampailah exam.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
should i say... u actually ready for all these things since the beginning?
cuma x sedorkan diri jek kekdahnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul @halimi78 memang kena slow talk, tapi kadang-kadang bila slow talk pun tak jalan jugak tu kena confront jugak. Tapi so far sehari dua ni dalam degil tu, bila akak bagi air doa yang ustaz bagi suami minum tapi akak kena tunggu depan dia untuk pastikan air tu diminum habis
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa la tu.. at least depan mata senang nk manage dr yg jauh..
kalo yg jauh.. mampu bdoa dan bharap saja lah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|