|
Reply #2116 tossee's post
pak bayi tumpang sekaki ke ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
saiz aku? hmm..ok la so-so jugak hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2126 t@t's post
apsal tat..??
nak aku tambah ko dlm list gak ke..??
tapi aku purcaya, tat mmg gagah perkasa...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik bini punya saiz ok hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hamboiii anis.....bukan main lagi yerk.....apakata anis tepek pic sndiri kt sni.....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bola satu dari bola dua....sila cover apa yg tak tercover.....roger....roger....
Takziah.........
Peneroka maut dilanggar isteri
Oleh Adha Ghazali
[email protected]
KANGAR: Seorang peneroka Felda maut selepas dirempuh kereta dipandu isterinya di halaman rumah mereka di Kampung Binjai, Utan Aji dekat sini, pagi semalam.
Salim Sidek, 58, mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan akibat digilis kereta jenis Perodua Kancil dipandu isterinya, Che Su Hashim, 56, jam 7.45 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian Salim berada di hadapan kereta itu yang diletakkan di halaman rumah dalam keadaan mencangkung kerana sedang mengisi baja.
Che Su yang sebelum itu berada di dalam rumah dikatakan tergesa-gesa keluar untuk pulang menyiapkan makanan kucing di rumah kedua mereka di Felda Chuping, dekat sini.
Dia dipercayai tidak menyedari Salim mencangkung di depan kereta kerana sebelum itu suaminya bersiap mahu ke bendang.
Che Su berkata, ketika itu dia hanya teringatkan kucing mereka di Chuping yang masih belum diberi makan dan tergesa-gesa keluar rumah dan menghidupkan enjin kereta.
“Sebaik memasuki kereta, saya terus menghidupkan enjin dan tidak menyedari gear tidak diletakkan dalam posisi neutral menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan sebelum disusuli bunyi hentaman kuat pada bahagian hadapan.
"Saya cuba gerakkan kenderaan ke depan, tetapi gagal kerana ia seperti tersekat pada sesuatu, sebelum terus mengundurkan kereta. Apabila keluar melihat, saya terkejut melihat suami sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah," katanya ketika ditemui.
Che Su yang panik meraung memanggil abang iparnya, Fadzil Sidek yang tinggal bersebelahan sebelum pengsan.
Fadzil ketika ditemui berkata, sebaik tiba di situ Salim yang turut mempunyai masalah jantung dan darah tinggi kelihatan nazak dan menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, ketika dihubungi menolak kemungkinan wujud unsur khianat atau jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Salim dan Che Su sudah lebih 40 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasang cahaya mata, masing-masing berusia lingkungan 30-an.
Sementara itu, sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, ketika dihubungi menolak kemungkinan wujud unsur khianat atau jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|