CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 17-9-2013 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 17-9-2013 08:44 AM
Jika diikutkan kefahaman literal dari konteks zahir hadith tanpa mendalami hukum fiqih, suami kena ...

terima kasih atas penjelasan.sy akan sampaikan pada si pengadu masalah .terima kasih sekali lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 11:29 AM | Show all posts
kebayamaut posted on 6-9-2013 03:13 PM
nak tanya.dlm islam.yang manakah kepentingan yg perlu di dahulukan bg si suami ?
keluarga sendiri ( ...

Yang saya nampak dalam kes ni, mak cuba nak transfer bab nafkah adik pada seorang abang. Kalau abang tak nak tanggung, dikira anak derhaka.

1. Suami/Bapa wajib beri nafkah pada isteri dan anak. Tak taulah pulak dalam kes yg bapa mempunyai kemampuan, boleh senang2 dari sudut hukum lepaskan tanggungjawab nafkah pada anak sendiri. Silap haribulan dosa sebab langgar hukum asal dan dosa kedua sebab lari dari beri nafkah.

2. Seorang abang tak wajib bagi nafkah pada adiknya, zakat/sedeqah/hadiah ok. Sebab, takde hukum kata jatuh wajib pada seorang abang bagi nafkah pada adik.

3. Nafkah wajib pada ibu bapa dan yang ke atas bila mereka ni fakir dan miskin.

Sepatutnya mak member tak buat la. Dah dinyatakan, suami mak member ni berkemampuan. Takut dosa dapat kat suami mak member sebab nak melepaskan nafkah yg wajib dari seorang ayah kepada anak.

Pada masa yg sama, untuk tidak mengguris hati mak, cakap jelah, bolehla bagi duit support sebagai hadiah tapi sekadar kemampuan. Yelah, pemberian nafkah pun ikut kemampuan. Tak bolehlah hadiah tu nak lebih dari anak bini sendiri apatah lagi nak match seperti pemberian nafkah asal yg dikatakan mampu oleh ayah.

BTW, tak wajib mentaati perkara yg berdosa w/pun dari sorang mak. Ni maknanya nak galakkan ayah buat dosa i.e tak bagi nafkah kat anak sendiri. Tapi bila mak kata kita anak derhaka, implikasinya ada disitu, cuma Allah je mampu judge sama ada nak makbul ke tak doa tak semenggah seorang ibu. Yelah, kita tak boleh mendoakan benda buruk pada seseorang apatah lagi doa yang menganjurkan perlakuan maksiat. Last edited by baulu on 19-9-2013 11:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:33 PM | Show all posts
Saya nak tanya, kalu nak belajar membaca Al-Quran kena belajar bahasa jawi atau bahasa arab? konfius..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 06:34 PM | Show all posts
ANNDHIA85 posted on 19-9-2013 05:33 PM
Saya nak tanya, kalu nak belajar membaca Al-Quran kena belajar bahasa jawi atau bahasa arab? konfius ...


Nak belajar baca Al-Quran, kena belajar huruf-huruf dalam tulisan Al-Quran. Sebab Al-Quran itu dalam bahasa Arab, maka hurufnya dari tulisan bahasa Arab.

Jawi pula merupakan huruf/tulisan yang diambil dari huruf-huruf tulisan Arab, dan ditambah beberapa huruf untuk kegunaan dalam bahasa Melayu, seperti Ga, Cha, Nya, Va, Pa...

Tak semestinya kena belajar bahasa Arab untuk belajar baca Al-Quran, sebab kaedah penulisan Al-Quran telah diletakkan tanda baris (fathah, dhammah, kasrah) memudahkan orang bukan Arab baca Al-Quran.... Cuma kena belajar sebutan makhraj huruf (tempat keluar bunyi) dan tajwid yang betul. Peringkat awal kena berguru untuk dapat tahu kaedah sebutan dan bacaan yang betul.

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 19-9-2013 06:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:08 PM | Show all posts
mnm77 posted on 19-9-2013 06:34 PM
Nak belajar baca Al-Quran, kena belajar huruf-huruf dalam tulisan Al-Quran. Sebab Al-Quran itu d ...

Oooooo...... Time kasih bebanyak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 02:11 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 26-8-2013 07:42 PM
Kata adat, bersalaman tu mengeratkan silaturrahim.
Jika selepas bersalam dengan yang bukan mahram, ...

lepas salam dengan bukan mahram, memang ada rasa tak selesa, rasa takut, serba salah bagai,
boleh disucikan dengan solat? solat fardhu biasa tu ke? maaf, kroit kurang cerah sikit bab ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2013 11:05 AM | Show all posts
assalamualaikum, nak tanya berkaitan dengan adab membaca tafsir al-quran adakah sama adabnya ketika membaca al-quran?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 02:34 AM | Show all posts
nad014 posted on 23-9-2013 11:05 AM
assalamualaikum, nak tanya berkaitan dengan adab membaca tafsir al-quran adakah sama adabnya ketika  ...

wslm.QURAN ADALAH KALAMULLAH.

adabnya sama.

Di antara adab membaca Al-Quran adalah:
  • Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.

  • Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.

  • Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

  • Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

  • Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.

  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

  • Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.

  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

  • Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.
  • azim.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 02:36 AM | Show all posts
kroit92 posted on 21-9-2013 02:11 AM
lepas salam dengan bukan mahram, memang ada rasa tak selesa, rasa takut, serba salah bagai,
boleh ...

salam dgn bukan MAHRAM  trmasuk dosa besar dan wajib TAUBAT NASUHA

Dalam hadis Aisyah RA, diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim,
[size=1em]قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا.
[size=1em]“Aisyah berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia telah diuji.” Rasulullah SAW sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian”. Namun demi Allah, beliau sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka.  Ketika baiat, beliau hanya membaiat dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian dengan perkataan.”


لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 02:53 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-9-2013 02:36 AM
salam dgn bukan MAHRAM  trmasuk dosa besar dan wajib TAUBAT NASUHA

Dalam hadis Aisyah RA, diriw ...

terima kasih atas pencerahan tu,
kroit sangat susah hati dengan benda macam ni dengan dunia sekarang, laki & perempuan macam tak ada batas pergaulan langsung.

lagi satu, ni daripada kawan-kawan & saudara-mara kroit yang marah bila kroit tak salam diorang,
kemudian, mereka 'support' marah diorang tu, dengan sebab ni,

"Tak mengapa salam, kalau tak bernafsu. Ibu saudara takpelah!" - kes di kampung, makcik yang kahwin dengan adik ayah

"Tak mengapa salam, untuk mengelakkan daripada mengaib perempuan tu dihadapan orang ramai." - perempuan yang hulur untuk berjabat tangan di khalayak ramai

kroit ni kurang tahu pasal agama, diorang ni memang jenis pandai agama, alim,
ini yang buatkan kroit semakin keliru..

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 04:56 AM | Show all posts
kroit92 posted on 28-9-2013 02:53 AM
terima kasih atas pencerahan tu,
kroit sangat susah hati dengan benda macam ni dengan dunia sekar ...

Islam ada  banyak :

Islam Muslim
Islam Syiah
Islam Munafik
Islam Murtad
Islam Fasik
Islam Kafir

semuanya akan masuk Neraka...

yang masuk Syurga hanya ISLAM MUKMIN

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan).



al-Quran al-Karim







Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 04:23 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-9-2013 04:56 AM
Islam ada  banyak :

Islam Muslim

jadi, kesimpulannya, apa yang mereka cakapkan (merujuk post kroit di atas),
memang tak boleh la ye? terima kasih..

last question, maaf ye GuaAnakMelaka,
apa beza Islam Muslim dengan Mukmin? kenapa Muslim masuk Neraka? Last edited by kroit92 on 29-9-2013 04:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 07:09 PM | Show all posts
kroit92 posted on 29-9-2013 04:23 AM
jadi, kesimpulannya, apa yang mereka cakapkan (merujuk post kroit di atas),
memang tak boleh la y ...

kenapa Muslim masuk Neraka?

Ada sebuah  hadis menceritakan umat akhir zaman ramai umat Islam namun mereka hanya Islam pd nama,,,

Wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 07:38 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 30-9-2013 07:09 PM
kenapa Muslim masuk Neraka?

Ada sebuah  hadis menceritakan umat akhir zaman ramai u ...

begitu, sekarang ni memang ramai.. terima kasih ye GuaAnakMelaka
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 01:29 PM | Show all posts
nak tumpang bertanya....
apakah definisi 'bunuh diri' dlm islam?

mana satu yg kat bawah ni dikategorikan haram? dan mana satu yg boleh dilakukan umat islam?

1- mengebom diri sendiri ketika jihad
2- mendermakan organ (contohnya jantung) sehingga diri sendiri mati, demi untuk kehidupan org lain (contohnya anak)..
3- andaikata kita berada kat dlm sebuah bangunan yg terbakar, kalau kita tunggu je konpem (90%) akan mati... kalau terjun pun konpem (90%) akan mampus.... kalau pilih terjun dan mati katak, adakah bunuh diri?
4- katalah sebuah kapal terbang skrg sedang nak terhempas.. semua org dikehendaki terjun guna payung terjun..
sebagai pilot, dia hanya mampu buatkan pesawat berkenaan bertahan selama mana yg boleh bagi membolehkan para penumpang terjun dan menyelamatkan diri... peluang untuk dia terjun langsung takdak.... adakah ini dianggap bunuh diri? kalau dia terjun at the first place, mungkin dia akan selamat tetapi ramai lagi penumpang masih terperangkap kerana pesawat terhempas dgn mendadak...
5- seorg askar sedang ditangkap oleh pihak musuh. dia di dera dgn seberat2nya... biji mata dicungkil, kuku semua di cabut, leher dikelar sedikit demi sedikit.. dia disuruh membocorkan maklumat negaranya.. dia tahu kalau dia membocorkannya sekalipun, dirinya tetap akan dibunuh jua akhirnya... alang2 di seksa yg tak terperi, dia memilih untuk menamatkan nyawa demi negara, bangsa dan agama... boleh ke?
6- seorg lelaki poyo sedang putus cintan dgn awek dia... pastu fefeling kengkonon nak bunuh diri laaa... dgn duduk kat luar tingkap... tetiba angin kuat menerpa dan mamat ni jatuh bagai cempedak busuk.. adakah ni kategori bunuh diri atau terbunuh secara tak sengaja? hihi
Last edited by system_failure on 8-10-2013 01:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ANNDHIA85 posted on 19-9-2013 05:33 PM
Saya nak tanya, kalu nak belajar membaca Al-Quran kena belajar bahasa jawi atau bahasa arab? konfius ...

Jawi bukan bahasa...jawi adalah huruf dalam tulisan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 08:16 PM | Show all posts
system_failure posted on 8-10-2013 01:29 PM
nak tumpang bertanya....
apakah definisi 'bunuh diri' dlm islam?

banyak nya soalan....

susah plak tu...

wallahua'lam....

sy hanya boleh jawap dgn prinsip yakni, hukum asal adalah haram...

hukum tak sengaja adalah dimaafkan.....

lain2 tu kalau samar2.......jauhilah....

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 08:11 PM | Show all posts
ssalamualaikum nak tanya...suami saya pernah curang dan saya minta dia melepaskan saya..dia memohon ampun dan berjanji sekiranya perkara ini berlaku lagi, dia akan memunaikan permintaan saya(berpisah), baru-baru ini saya dapat menangkap yang dia curang.. adakah sudah jatuh talak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 03:39 PM | Show all posts
amatur posted on 15-10-2013 08:11 PM
ssalamualaikum nak tanya...suami saya pernah curang dan saya minta dia melepaskan saya..dia memohon ampun dan berjanji sekiranya perkara ini berlaku lagi, dia akan memunaikan permintaan saya(berpisah), baru-baru ini saya dapat menangkap yang dia curang.. adakah sudah jatuh talak

Talak tidak jatuh hanya dengan bersalah dalam berjanji.... itu mungkir janji atau langgar sumpah... ada kesalahan yang berasingan:
1. curang
2. mungkir janji

Kalau dia pernah lafaz contohnya: "aku ceraikan kamu jika aku berlaku curang lagi", dan terbukti dia curang lagi dan mengakui kecurangannya, maka jatuh talak. Namun, boleh timbul banyak tafsiran berkaitan talak bersyarat....

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 04:07 PM | Show all posts
system_failure posted on 8-10-2013 01:29 PM
nak tumpang bertanya....
apakah definisi 'bunuh diri' dlm islam?


Sekadar perkongsian...

Bunuh diri? Tamatkan nyawa sendiri dalam keadaan waras secara yang tidak dibenarkan dari segi syarak

mana satu yg kat bawah ni dikategorikan haram? dan mana satu yg boleh dilakukan umat islam?

1- mengebom diri sendiri ketika jihad

Jawapan mungkin tak 'straight forward'.... ikut situasi dan keadaan. Contoh makan babi memang haram, tapi darurat, dibenarkan jika tiada makanan lain...

Bom diri sendiri di tempat awam memang jelas bertentangan syarak. Dalam peperangan, situasi berbeza, ikut niat... Allah akan Mengadili dengan se Adil-Adilnya...

Adakah nak tamatkan riwayat sebab putus asa bila kalah perang? Atau untuk kalahkan musuh? Supaya umat Islam boleh mara dan menang apabila jelas TIADA PILIHAN LAIN selain pilihan tersebut sahaja yang ada... demi mengutamakan umat Islam....(kalau tak ambil pilihan tersebut tetap akan terbunuh jua).. kes macam ni bukan niat bunuh diri, tetapi niat kalahkan musuh atas kepentingan umat Islam walaupun diri akan terbunuh

2- mendermakan organ (contohnya jantung) sehingga diri sendiri mati, demi untuk kehidupan org lain (contohnya anak)..

Jika tanpa derma pun sudah diketahui ada tanda-tanda tak akan hidup lama, boleh dipertimbangkan usaha tersebut, namun ada percanggahan pendapat pasal hal ini.

    3- andaikata kita berada kat dlm sebuah bangunan yg terbakar, kalau kita tunggu je konpem (90%) akan mati... kalau terjun pun konpem (90%) akan mampus.... kalau pilih terjun dan mati katak, adakah bunuh diri?
   

Kalau mana-mana pilihan pun mati jugak, itu bukan bunuh diri atas kerelaan diri.

4- katalah sebuah kapal terbang skrg sedang nak terhempas.. semua org dikehendaki terjun guna payung terjun..
sebagai pilot, dia hanya mampu buatkan pesawat berkenaan bertahan selama mana yg boleh bagi membolehkan para penumpang terjun dan menyelamatkan diri... peluang untuk dia terjun langsung takdak.... adakah ini dianggap bunuh diri? kalau dia terjun at the first place, mungkin dia akan selamat tetapi ramai lagi penumpang masih terperangkap kerana pesawat terhempas dgn mendadak...

Ini bukan niat bunuh diri, niat selamatkan orang lain sehingga peluang untuk hidup tipis. NIAT itu penting.

5- seorg askar sedang ditangkap oleh pihak musuh. dia di dera dgn seberat2nya... biji mata dicungkil, kuku semua di cabut, leher dikelar sedikit demi sedikit.. dia disuruh membocorkan maklumat negaranya.. dia tahu kalau dia membocorkannya sekalipun, dirinya tetap akan dibunuh jua akhirnya... alang2 di seksa yg tak terperi, dia memilih untuk menamatkan nyawa demi negara, bangsa dan agama... boleh ke?

Penyeksaan sehingga maut bukan kategori bunuh diri.

6- seorg lelaki poyo sedang putus cintan dgn awek dia... pastu fefeling kengkonon nak bunuh diri laaa... dgn duduk kat luar tingkap... tetiba angin kuat menerpa dan mamat ni jatuh bagai cempedak busuk.. adakah ni kategori bunuh diri atau terbunuh secara tak sengaja? hihi

Secara zahir nampak seperti ingin bunuh diri. Jika dia tak berniat terjun, cuma fefeling kenkonon nak ambil angin, namun terjatuh tanpa niat terjun, dia bukanlah dikira bunuh diri namun tindakannya merupakan tindakan yang tidak bijak. Apa jua pandangan zahir, yang sebenarnya Allah jua yang Maha Mengetahui NIAT seseorang itu. Namun, sebagai pengajaran kepada yang lain-lain, perkara yang zahir yang diambil iktibar supaya jangan buat  perkara-perkara yang boleh membahayakan nyawa atas sebab-sebab yang tidak wajar.

WAllahu a'lam






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.308642 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list