|
Edisi ... Kemana Hilangnya Malique Dan Mengapa?
[Copy link]
|
|
Personal life
Family
In 2005 Malique met and began dating Malaysian actress Melissa Maureen Rizal. The couple kept their relationship profile low and out of the public eye. On June 6th, 2006, Malique and Melissa were engaged and set the date for their wedding two years later on August 8th, 2008. Malique and his fiancée were married in an intimate ceremony held in Nusa Dua, Bali. The akad nikah was attended only by the couple's immediate family and a handful of close friends; amongst them D'Navigator, DJ Fuzz, DJ T-Bone and Joe Flizzow. Malique and his wife have four children; Inca Medina (born 2009), Rumi Arjuna (born 2011), Chasca Maya (born 2013) and Ezra Aditya (born 2015). Malique and his family reside in Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Health
Malique has been subject to rumors about his health, particularly after the release of the song Teman Pengganti. The rumors include a brain tumor, cancer and even death. To this date, Malique has had no major health issues.
https://www.qarmamusiq.com/malique/ |
|
|
|
|
|
|
|
PongKang replied at 26-4-2017 08:27 AM
wartawan pun xde yg korek2 kan mana menghilangnya malique
I think it is pointless to disturb such preserve person sama mcm kak nita |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 26-4-2017 12:48 AM
Abg long apa kering gitu
Dulu dia sado. Abg long tak semestinya kena sado.tats y i said tak mcm skg.ex laki nabila tu pun abg long |
|
|
|
|
|
|
|
barfi replied at 25-4-2017 12:32 AM
Bukan. Dia miming suara malique jek
la patutla x zoom kat heolls bila dah habis persembahan. habis dicarut asteruk seebab nak tahu sgt rupa malique alih2 xnampak pun sampai habis show. |
|
|
|
|
|
|
|
fleurdelis replied at 25-4-2017 11:13 PM
Wah interestingnyaaa! Heols pun senior banyak dari i kat tepeng. I igt lepak library bukak school ...
Hai kawan semrsm! Iols pun dulu suka lepak kat library tgk majalah sekolah sbb nak cari malique. Silap2 pernah tgk majalah tu sekali dgn chuols x? |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 26-4-2017 07:56 PM
Iya uol. Pipi beliau yang tembun dan mata bulat bundar beliau itu selain air muka yang lembut juga ...
Anak dia lagilaaaa.. pipi tembam gebu puteh merah, mata berkilat.. |
|
|
|
|
|
|
|
best...pejamkn mata..
even the boss own u..sprti trmaktub dlm contract...gantung la tali leher..setelah penat satu hari mengembala ( bekerja )..balik la pd family..tdo have some rest.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah. Tapi wife dia crush i dulu.
Oh melisa maureenn iklan ponds
I hit puberty waktu dia baru keluar tv.
Sangat crush |
|
|
|
|
|
|
|
BatikBirkin replied at 26-4-2017 08:43 PM
Susah org2 yg tak minat karya sejenis Malique nak paham kenapa karya dan si empunya diri masih tak j ...
Iols peminat tegar malique..N diakui lirik die puitis walaupon Iols ssh nk mncri makna mata2 die...Lagu die ni jauh meninggalkangu bbnu yg ado kt mlysia ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
cikdot replied at 26-4-2017 08:51 PM
Personal life
Family
Pandainya diorang selang anak 2tahun sorg |
|
|
|
|
|
|
|
barfi replied at 27-4-2017 07:13 AM
Pandainya diorang selang anak 2tahun sorg
Patut tahun ni kena beranak lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
ape yg misteri sgt ni........ |
|
|
|
|
|
|
|
nan hado sgt ckp Dian x fall in love dgn malique dulu masa gossip theyols bercinta bertebaran, ramai je porummer cari yg terserempak theyols dating kt OU & byk tempat lg. Tp plg kerap OU la
Dian pun pernah keluar statement ckp bil telefon masing2 melambung sebab asik bergayut phone |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PaPa_GoJeS at 27-4-2017 04:21 PM
http://www.siakapkeli.my/2017/04 ... skizo-paranoia.html
Pengulangan Penggunaan ‘Skizo Paranoia’ Dalam Lirik Lagu, Ada Maksud Tersirat? Lelaki Ini Kongsi Kemungkinan Sebab Utama ‘Kehilangan’ Malique
Beberapa hari lepas tular di media sosial akan satu majlis anugerah, yang mana terdapat sebuah persembahan dari Dayang Nurfaizah, serta seorang ‘rapper’ terkenal, yang mana mengenakan seakan jubah, serta bertopeng sewaktu persembahan tersebut.
Namun, setelah seketika, apa yang peminat sangkakan, yang itu adalah kemunculan semula, Malique, ia adalah gimik persembahan semata-mata, kerana Malique tidak berada di atas pentas, hanya rakaman suaranya sahaja.
Mungkin ramai yang ternanti-nantikan kemunculan semula Malique, tapi, menurut lelaki ini, iaitu saudara Al Irfan Jani, terdapat dua sebab utama, yang mana menyebabkan Malique tidak mucul di khalayak ramai lagi. Apakah sebabnya?
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Foto: astrogempak
Malique ada 2 sebab untuk tidak muncul di khalayak. Pertama, kerana marketing. Kedua, kerana sebab kesihatan. Dua itu sahaja.
Tidak salah jika saya cuba buat beberapa spekulasi dari 'kehilangan' wajah beliau dalam industri, namun karyanya ada di mana-mana. Kerana, memang itupun tujuannya, iaitu lahirkan spekulasi supaya dibicarakan ramai.
Dari segi bab marketing, saya tidak banyak ingin menyentuh itu. Saya selalu anggap, pengguna 'unsur' illuminati yang dengan pantas menidakkan ia, seolah-olah seperti seorang yang mengaku kenyang walau perutnya berbunyi.
Dah memang simbolik illuminati dicipta, supaya ia dapat ditunggang. Iluminati hanya alat marketing semata-mata. Itu saja.
Entah, saya kurang berminat dengan perbincangan mata ketiga. Rasa tidak cukup sensasi. Hehe
Jadi, kita lupakan bab satu itu. Alang-alang berspekulasi, saya tertarik untuk menyentuh bab nombor dua. Faktor kesihatan.
Sebagai pengkaji sajak (namun bukan pemerhati irama yang baik), saya hampir temui puzzle yang "Kini sudah sempurna."
Setelah dibentangkan lirik-lirik karya beliau, tiada lain, saya terpaksa akui, Malique punyai dua jenis bakat yang 'agak' mustahil dimiliki oleh seorang manusia dalam satu masa.
Mahir menyusun jargon. < Ini skil teknikal
Mahir bermain sastera. < Ini skil seni
Mahir muzik. < Ini mungkin 'optional', tapi ada yang anggap itu bakatnya yang terbesar. Tapi, saya rasakan itu bukan bakat menyusun/menulis muzik, tapi lebih kepada 'mengubah' muzik. Apa runut yang pernah popular dalam sejarah, beliau cuma 'recycle' saja.
Beginilah. Kira cakap tak payah berlapiklah.
Saya teka, Malique alami Skizo (paranoia). Ataupun, 'split identity'. Itu mungkin boleh jadi faktor terbesar beliau tidak muncul di media, kerana beliau sedang 'berperang' dengan dirinya sendiri.
Macam kalimah-kalimah jampi atau mantera tu, saya lebih melihat ia sebagai seni 'melukis' dan diada-adakan. Dan, secara jujurnya, saya kagum dengan mantera ciptaan beliau. Outstanding. Beyond expectation.
Tiada hairan, karya-karyanya setiap kali terhasil, bagai masterpiece, kerana seolah-olah hasil tangan dari dua atau lebih orang dalam satu tubuh.
Beliau pun ada mengaku berkali-kali dalam 2, 3 lagu berbeza, namun dengan tujuan yang sama. Yang paling jelas, beliau sebut betul-betul SKIZO PARANOIA.
Boleh cuba buat kajian sendiri, dan dapatkan siri lagu-lagu beliau yang original. --Sengaja saya tak bawa keluar hasil kajian sendiri, nanti kalau ada orang copy paste, saya dah siap sedia next article. Hehe.
Jika ada lepas ni yang menulis tentang kaitan Malique dan Skizo, ketahuilah, ini adalah tulisan pertama yang mengulas mengenainya. Saya dah selidiki, belum ada yang menulis tentangnya lagi.
Saya bukanlah seorang pakar kesihatan mental ataupun yang mahir tentang depression. Tapi saya agak 'deep' juga ambil tahu tentang skizo. Banyak membaca, banyak menonton, banyak juga bergaul.
'Watak asing' yang muncul dalam hidupnya, saya pasti ia sukar 'dihalau'. Skizo agak mustahil diubati. Pesakit perlu berhadapan, dan mampu terima kehadiran 'orang asing' dalam dirinya.
Jika mengikut perjalanan hidup tokoh-tokoh hebat yang alami skizo, saya jangkakan, Malique akan kembali, jika Allah panjangkan usianya, Aminnn...
Sebab tu, saya percaya beliau akan 'comeback' satu hari nanti, setelah beberapa siri terapi yang beliau hadapi kelak. InsyaAllah.
Sekian, spekulasi saya mengenai keadaan Malique yang 'hilang'.
Maknanya, saya dah temui jawapan Mata Ketiga di wajahnya. Beliau melihat, apa yang tidak manusia biasa melihatnya.
Benar, ataupun tidak, saya ulangi, ia hanyalah sekadar spekulasi, kerana memang itulah tujuan 'kehilangan'nya. Anggaplah tulisan saya sekadar hipotesis jika anda rasional, ataupun fiksyen jika anda rasakan saya terlalu tahyul.
Apa pun, kita patut doakan yang baik-baik buat seorang yang berbakat besar, dan banyak mengajak kita berfikir dalam tentang kehidupan ini.
Al Irfan Jani
Bukan penggemar muzik.
Sekadar suka mengamati.
http://www.siakapkeli.my/2017/04 ... skizo-paranoia.html |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je i nmpk Mel kt area mutiara damansara & damansara perdana beriadah or ke kedai naik bmw yg kecik tu.. Malique pun pkai bmw 4x4 tp dia kdg2 tunggu dlm kete je mel yg uruskan anak2.. Very soft spoken and nice to people around her.. Tgk dia pun dressing cam cina jinjang sempoi je bila kuar si org xpasan sgt especially anak2 pun muka mixed ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
PaPa_GoJeS replied at 27-4-2017 04:20 PM
http://www.siakapkeli.my/2017/04 ... skizo-paranoia.html
Pengulangan Penggunaan ‘Skizo Paranoia ...
Maybe betul kot pasal skizo tu. Dulu aku pun terjebak jugak dengan speku speku pasal dia kena santau dgn dian la, dia trauma pasal kena rompak/isteri kena cabul depan mata lahh. Tapi lepas aku kaji balik lirik2 lagu dia, aku agak setuju dgn artikel ni yang Malique sebenarnya ada disorder kot.
Ni lirik lagu dia Dalam Aku Ada Hantu:
"Disini ada pesta
Disini ada pesta
Datang tak diundang
Pulang tak dihantar
Dalam aku ada hantu
Datang tak diundang
Pulang tak dihantar
Dalam aku ada hantu
(Bukan si botak dari angker batu
Setan atau dual personaliti
Tapi orang bilang dalam aku ada hantu
Entah terserah adili sendiri)
Bila aku datang dia pasti pergi
Yin yang satu malam satu siang
Roh ada dua jasad dikongsi
Dia agresif aku pendiam
Aku pemalu dia pula berlagu
Ku senyum bila sipu di senyum bila tipu, aku chill
Dia bangun laram baju, ku nampak jahat woops dia ambil dari situ
Aku lekas parah dia lekas berdarah
Aku genggam angin dia tumbuk bila kalah
(rararara)
Itu dia, siapa tahu?
Nenek pernah cakap dalam aku ada hantu
Mungkin kerna itu flow ku berhantu
Mungkin kerna itu showku berhantu
Kaunser berhantu, dimana ada aku ada pesta berhantu
1, 2, hantu"
Pastu dengan lagu baru dia Muzik Buatku High:
"lagu diputar radio tanpa henti macam sufi Parsi
tak pandai main dram, gitar atau piano
saksofon, trumpet, biola atau cello
buta note muzik tapi muzikku menjadi
sungguh ajaib kerna itu kudihormati"
Kalau bukan sebab sakit tu pun, maybe dia just nak stay low sebab dah penat dengan limelight ni semua. Actually time dia dengan Too Phat lagi dia dah macam bagi hint yang dia nak stop dari dunia hiburan ni macam dalam lagu The Last Song tu.
Dalam lagu Kau Yang Punya tu pun dia cakap terang2 yg dia nak settle down and xnk social2 lagi dah macam dulu. Maybe sebab dah jumpa Melissa yang perfect tu kot. Hehe.
"nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda"
Kalau dengar betul2 lagu Kau Yang Punya tu boleh buang lah kot cerita2 lama dia dgn Dian dulu semua sebab obvious gila dia tgh bahagia dengan Melissa skrg.
"Aku hanya punya kau dan hip hop"
Siap ada 4 anak da uolss. Haha. Kalau dia nak mnyorok bajet2 misteriuw takdenya dia nak letak satu2 nama anak dia kat website dia. Siap cakap terang tang tang lagi dia tinggal kat mana. Motip sangaaat nak mnyorok. Maybe dia cuma nak stay behind the scene je utk hasilkan masterpiece yg berkualiti je. And maybe sebab disorder tu jugak.
Apa2 pun, rahsia tetap rahsia takkan masuk tv lagi. Heh. |
|
|
|
|
|
|
|
SiputCoklat replied at 27-4-2017 10:10 PM
Maybe betul kot pasal skizo tu. Dulu aku pun terjebak jugak dengan speku speku pasal dia kena sant ...
Btol tu siput cekelat.. aku sokong.. byk lirik2 dlm lagu die dah bg hint.. deep n puitis.. |
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut replied at 25-4-2017 11:29 AM
Bagus la kalau malique nak belajar agama..heshe ni satu skolah ngn iols..mrsm tepeng..tp heols s ...
Maresmat batch mana ni? Spm taun bila? |
|
|
|
|
|
|
|
senahitam replied at 28-4-2017 04:30 PM
Maresmat batch mana ni? Spm taun bila?
Kosser la sis iols nk reveal batch mana |
|
|
|
|
|
|
|
siputsedut replied at 28-4-2017 04:51 PM
Kosser la sis iols nk reveal batch mana
Hahahaha. Ramai rupanya junior2 malique kt sini. Tp i rasa uols junior lg kot sbb time batch iols lum ada yg g study korea. Eh cm stalker lak i kan...bukan2. Slama ni i byk sr je. Skang baru rajin nyebuk gosip2 sana sini.
Btw dlu cikgu fizik ckp dia failed fizik n buat rosak result batch dia. Xtau la btol ke x. Tp mmg minat ngan lirik2 dia la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|