|
[2018]
PULANG [Remy Ishak, Puteri Aishah, Alvin Wong, Azrel Ismail, Erwin Dawson]
[Copy link]
|
|
Tengok petang tadi...sedihhh. and semua komem dalam ni valid. Memamg geram bila lelaki yg mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeh, kalau more on Tom's side, tak perlu belanja CG sampai 2 juta.
Yang penting, tunjukkan detail yg melibatkan kemanusiaan sejagat.
Kisah Osman belayar kapal tak perlu ditunjuk in detail.
Tak perlu Tom sanggup ke Hongkong seorang diri, mencari suaminya.
Tom perempuan kampong dari Serkam, Melaka in the 50ies, tak
masuk akal mampu ke Hongkong seorang diri just nak tunjuk hebat cintanya.
Yang penting end of the story - macam mana Omar dapat mencari bapanya
dan mengebumikan dia. Kemudian, kembali kepada Tom yang sedang
tenat, memanggil-manggil suaminya di tengah-tengah malam bila terjaga.
Ini lebih berkesan, memberi gambaran cinta Tom kepad a Osman tak pernah pudar.
Siapa yang bercerita, tak penting.
Yang penting ceritanya - dalam bentuk plot yang kemas.
Aku tengok filem SUN FLOWER lakonan Sofea Lawren lebih 10 kali.
Setiap kali tengok, mesti aku menangis.
Suaminya pergi berperang in World War1 - Janji akan balik tapi tak balik.
Isterinya menunggu penuh setia.
Orang beritahu, laki dia dah mati. Dia cari kubur suamninya di kawasan perkuburan
vetran perang di Russia. Kubur-kubur dipenuhi bunga matahari.
Last-last, dia nampak suaminya sudah berkahwin lain di stesyen keretapi.
Tak silap, dia kejar sampai ke rumahnya.
Dia tengok dari jauh dan dia pun balik semula ke Jerman.
Ini filem tahun 60han - sudah kelabu kalau kita cari di internet.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SUN FLOWER... mmg kena cari ni, aku tak pernah tgk lg
|
|
|
|
|
|
|
|
I dah tgk ahad lepas. Full tau hall masa tu. Tapi i tak nangis pun. Sedih tu mmg lah tp feel tu pd i kureng sikit. Masa i tgk filem Cinta, Sepi lagi sedih i rasa. Mcm uols ckp lah, bonding antara mereka 3 beranak tu i x dpt rasa. Last film yg i tgk nangis Train to Busan. 
Tp masih berbaloi utk ditonton. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok cerita dia level best.
1)mengharapkan cerita dia guna dialog melayu klasik dengan penuh sasteranya.(tgh tgg lg cerita bermadah berseni mcm ni)
2)cahaya dia pun klu bole buat mcm filem lama.mesti lagi sampai feeel dia.
3)remy ishak walaupun best dia brlakon, satu tone jaa muka dia suka, sedih, marah cmtu jugak.
boleh la rekomen org g tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
I pun dah tengok.. x nagis pun.. 1/2jam pertama boring rasanya..rasa lambat sangat klimaknya
i tak tau la kot i yg lembab math.. kisah kejap 2000-an, kejap 40-an, kejap 50-an pastu 60-an kendian turun 50-an, naik balik 2000-an..jenuh nak hadam..
i rasa othman ni jenis x banyak cakap tapi romantik, rajin keje .. nak kata hensem maybe edak tapi dia nampak ada karisma.. that why Thom sayang he.. tambah2 thom dah xde org lain.. (tapi x sangka thom janda anak 5 yg x diceritakan.)
yg kelakar... thom jaga makcik puteh yg sakit ... then she g dating dengan othman.. sekali che puteh yg sakit tu panjat pokok jatuh terus ninggal... dah kenapa panjat pokok che puteh.. maybe che puteh sakit tapi boleh la kot buat keje ringan2.. agak kelakar kat situ nak nunjukan camna makcik puteh tu meninggal..
thom lakonan Puteri pada i ok la juga... tapi susah nau nak keluar air mata... kalau she nagis keluar air mata bole menyentuh hati kita kot.. ko sedih laki nak belayar tapi setitik air mata x turun.. dlm citer ni sian gak kat puteri sebab kena jadi sorang yg agak bengis dan sentiasa dalam tertekan tapi mcm x jadi je
scene berpeluk othman n thom tu tak yah tunjuk sangat pun takpe.. segan lak tgk kih3
i suke watak Lum (Omar) mcm hero lak.. bila diperlukan he ada sedia membantu dengan berbagai2 jenis pekerjaan yg he buat.. no problem.. i teringin nak tau lum tu betul2 ada ke edak and mereka jumpa lagi ke edak lps tu..
i ingat dapat la tengok lebih sikit kerja2 sebagai kelasi ni.. tapi kurang... mmg keje atas kapal ni boring ek.
dari segi cerita Man dan Thom ni..
kisah yg agak menarik la juga.. kita org perempuan kena tinggal dengan suami x bagi nafkah just bagi poskad je mmg terkilan la juga..mau tak marah... dh tu tulis kasih dan sayang je.. tak tanya kabo langsung.. mau tak tension.
sabarnya thom memakan diri sendiri, anak.. sehingga hujung nyawa she menanggung derita menanti suami yg dah lama PULANG meninggalkannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tengok.
Aku sorang je ke yg kecewa dgn filem ni.
Mungkin expectation aku tinggi sb tngok trailer nya best.
So mmg berharap dapat feel yg sama bila tengok Tenggelamnya Kapal Vandewick/ Ainun dan Habibie dsbg.
Ini kelemahan pd pendapat aku..
- Karakter building kurang. Kisah pencintaan yg kurang dr awal. Klu ini ditekankan pd awal, baru senang nk selami perasaan watak dlm loneliness/kemarahan. Kalau ni dh tackle awal2 tk perlu nk bersusah payah buat scene2 besar selepas tu. Minimal pun cukup tp jd sgt berkesan.
- Kita digembar gemburkan dgn ramai org dulu yg jd kelasi kapal dn org Melayu dikatakan krew yg bagus. Tp tk nampak pn yg ni ditonjolkan.
- Shot banyak yg dr pinggang ke atas. Tk puas dn tak membantu utk kita rasa suasana sekeliling.
- Pelakon Cik Tom tua tk berapa sesuai. Feature makcik tu agak moden, hidungnya mancung.
- Suara awal sgt membaca skrip, keras. Tk terbuai
- Karakter Lum bagus, sgt natural. Dialog yg bagus. Tp scene yg mereka baru bangkit dr timbunan mayat, tak sesuai langsung bila Lum terus nk buat lawak. At least Lum mesti terkesan dgn apa yg baru depa lalui sebentar td. Sb kita pun rasa terganggu dgn scene timbunan mayat tu.
- Kenapa kawan2 kelasi yg baru balik tu kena pakai baju sama je, mcm uniform. Kelakar sb try hard nk tunjuk depa ni kelasi.
- Che Putih mati jatuh tangga kelakar sgt. Abrupt, mcm tangkap muat je nk hbskan dia.
- Cikgu lelaki tu boleh berdiri di tepi rumah Tom yg straight bleh nmpak setiap penjuru bilik tidur Tom. Tk masuk akal. Langsir putih tu merimaskan, try hard nk tunjuk suasana romantik.
- Benda kecik – poskad yg diterima tkde stem. Memang gitu ke.
- CGI masa ada api atas kapal tu sgt teruk dan sgt kelakar. They cd do better.
- Man dikatakan hidup lonely, tkde sedara mara. Bila terjumpa kuburnya diharapkan nmpak kubur yg usang, serabut sikit dgn daun2 gugur sb tiada org dtg melawat. Tp terkejut sb kuburnya ada bunga dan segar bugar. It kills the feeling of kesiankan Man.
- Satu scene Man tua - nampak sgt flaws makeup tangannya. Tangannya tebal tp tkde kesinambungan dgn area tapak tangan. Boleh nmpk lompong. Too obvious.
- Bagiku cerita ni tak menaikkan saham Remy. Tak nampak dia hebat dlm karakternya.
- Cerita tk sedih. Cuma sedih masa kt kubur tiba2 music masuk, itu yg memaksa kita sedih.
Positifnya:
Music score best
Cinematography superb
CGI byk yg smooth
Scene Kapal karam nmpk realistik
Details on prop mmg superb
Good job, Cuma kena enhance on penceritaan.
Tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
meols sekeluarga dah tengok Pulang 2x
anak dara aku menangis teresak2 wakakaa
kakak pula nangis la jugak esp dah dekat nk habis tu sgt2 terharu
weols sekeluarga bg 99.99% utk Pulang! |
|
|
|
|
|
|
|
Asal takder latest result kutipan tontonan. Ai ingat boleh kut cecah 5-6mil, but barely balik modal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fish at 18-8-2018 05:49 PM
pada aku & family, cerita ni mmg best la
feel tu boleh sampai jg, boleh jg rasa sedih, anak aku 9 thn lelaki boleh menangis
aku rasa jg sedih masa part last2 tu
dan rasa mcm, eh dah habis cerita ni, cepatnya... mcm tak puas
anak aku sampai ajak ulang tgk
kira ni antara filem melayu yg best la bg aku & family
mmg la ada kurang sana sini, tp yg best tu byk
berbanding cerita yg org dok heboh best & lawak baru2 ni, 1 family tak enjoy
anak aku pun tak gelak sgt, aku pun sama
sampai tahap aku confuse apa yg lawak bila org dok gelak, dok tggu ja bila nak habis
mcm lambatnyaa...
anak aku pun tak ajak tgk lg
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduh tak sempat nak tengok . Jiwa melayu aku suka cerita sayu2 nangis sedih ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana boleh tengok lagi filem ni ye? mohon astrofirst buat tayangan yach meols nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
aku bc reply ko ni NAT,
aku terus cari movie acik sophia tu.
jumpa trailer je
lom jumpa full movie
|
|
|
|
|
|
|
|
Tayangan panggong dah habis tempoh.
Rasanya tiga minggu je, tak dapat balik modal. rm6 juta hangus.
Orang Malaysia suka filem bodoh macam Hantu Kak Limah yang
dapat pungut rm32 juta.
Lain kali buat je filem, tak payah nak berCG bagai.
Buang duit je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa sebenarnya kutipan Pulang ni, dari first week lagi duk jaja $1 mil plus. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kan tgk citer ni kat Netflix tak pernah habis.. last2 malas nak tgk sampai sekarang aku tak tau endingnya.. aku lebih suka tgk nilai persahabatan si Remy ngan Alvin.. tapi dari segi pelakon yang perempuan tu tak cukup berkesan pada aku.. dan Remy bukan pelakon pilihan utk aku menonton maybe tu masalah aku.. klul dia tukau Beto or Zahiril aku akan tgk sampai habis kot.. hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|