CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Gangguan seksual: Ketua jabatan digantung tugas 2 bulan

[Copy link]
Post time 19-9-2018 06:45 AM | Show all posts
zamnie replied at 18-9-2018 10:07 PM
Mesti dh ramai kena cuma x berani nk kedepan jekk.. hrp mereput dlm jail doc setannn nih

buat report polis pun takde effect. pawe gile kabel bapak dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Feugo replied at 19-9-2018 06:45 AM
buat report polis pun takde effect. pawe gile kabel bapak dia.

Takut juga kata dia ni byk kabel kuat.. lebih kuat dari najib ke.. sampai polis pun x leh wat ape.. so far kena cabul ke, blm ada yg kena rogol kan.. belajar tinggi3 nak jadi doctor, tapi boss pulak setan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 08:33 AM | Show all posts
Feugo replied at 19-9-2018 06:45 AM
buat report polis pun takde effect. pawe gile kabel bapak dia.

tak malu betul dah tua bangka pun mengharap pangkat bapak to save his a**..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 18-9-2018 10:10 PM
Ow ai dah gugel. Muka macam selipar getah. Memang cashlah kena charge nanti

Selupar getah K Bedah kasi! Hahahahaha!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Feugo replied at 19-9-2018 06:45 AM
yang lain kebanyakkan dah lari pergi hospital private atau terima transfer dgn sukarela

Zam ...

Lari sesiap sebelum kena tarik sama konsepnya! Ni semua cancerous!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Feugo replied at 19-9-2018 06:45 AM
buat report polis pun takde effect. pawe gile kabel bapak dia.

Apaknya dah meninggal  tahun lepas. Utk seterusnya masihkan ada power dari alam sana? Harap dapat dihukum org sebegini fiilnya.. Kalau tak, esok lusa kena kat anak2, mau semua diharuknya.. Seek for justice, konon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2018 10:14 AM | Show all posts
gila babs org mcm ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2018 03:26 PM | Show all posts
Kementerian akan kaji penahanan lelaki Autistik - Wan Azizah
18 September 2018 6:12 PM


SEPANG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengkaji penahanan seorang lelaki penderita penyakit Autisme untuk membantu siasatan kes mencabul kehormatan seorang wanita, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Mengulas laporan berkaitan penahanan seorang lelaki autistik berusia 22 tahun baru-baru ini,  Wan Azizah yang juga Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditemui pemberita selepas melancarkan Taska Krista@RedQ, sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, di ibu pejabat AirAsia di sini berkata, perlu ada lebih pemahaman mengenai penyakit Autisme dan kesannya terhadap diri seseorang.

"Ibu kepada tertuduh telah menenjelaskan bahawa tertuduh mempunyai keupayaan mental seorang kanak-kanak berusia 13 tahun. Kita patut menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memahami keadaan penderita penyakit Autisme (dan kesannya) apabila kanak-kanak itu menjadi dewasa," kata beliau.

Laporan sebelum ini menyebut seorang lelaki Autistik telah ditahan (kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita) berikutan laporan yang dibuat terhadapnya oleh mangsa pada 11 September.

Polis telah memohon perintah mahkamah untuk menahan reman lelaki itu untuk membantu siasatan kes berkenaan tetapi ditolak oleh mahkamah di Petaling Jaya pada 12 September.

Dia disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Mengulas satu kes lain, iaitu mengenai perkahwinan yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur di Kelantan seperti yang dilaporkan hari ini,  Dr Wan Azizah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghantar pegawai-pegawainya untuk berjumpa dengan kanak-kanak perempuan itu dan ibu bapanya.

Beliau juga berkata kerajaan kini dalam proses untuk menaikkan had umur kelayakan untuk berkahwin kepada 18 tahun.

"Kita perlu memperhalusi perkara itu, (dan) kita (juga) mempunyai mahkamah syariah, yang juga perlu patuh kepada undang-undang dan peraturan berkenaan. Ini disebabkan kita juga perlu mematuhi undang-undang yang terpakai di negeri-negeri," kata beliau.

Media hari ini melaporkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun yang telah berkahwin dengan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia  (Rela) berusia 44 tahun, yang juga bapa kepada dua orang anak. Kanak-kanak perempuan itu dikatakan menjadi isteri kedua lelaki tersebut.

Perkahwinan itu dikatakan telah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah. Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung di Masjid Kampung Laut di Tumpat pada Julai lepas.

Menurut ibu bapanya, kemiskinan keluarga mendorong mereka untuk mengahwinkan anak perempuan bongsu mereka itu kepada lelaki tersebut yang 29 tahun lebih tua daripada anak mereka. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2018 03:26 PM | Show all posts
lelaki autistik ni kena tahan
sedangkan doktor pakar tu cuma digantung tugas
kes sama - gangguan seksual
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 03:39 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 18-9-2018 04:32 PM
Wife dia profesional career woman ke? X blh nak buat apa la sbb pusing mana pun dia tetap terpalit ...

doktor juga

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 05:43 PM | Show all posts
dah tukar kerajaan baru lahh nampak celaka-celaka neh.

kalau tak hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 19-9-2018 03:39 PM
doktor juga

Moga dia bertabahlah hadapi suasana sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 19-9-2018 03:26 PM
lelaki autistik ni kena tahan
sedangkan doktor pakar tu cuma digantung tugas
kes sama - gangguan s ...

Nampaklah disitu double standardnya.. Report dah dibuat tahun lepas tp ni baru nak siasat. Sedangkan kes Zikry, mangsa report, terus ditahan dan masuk lokap.. Siapalah Zikry ni nak dibandingkan dgn seorang ketua jabatan kan.. Eh! Double standard!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 08:40 AM | Show all posts

Memang gila pun. Pegawai atasan pula tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.392292 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list