CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

Braders/sisters meh sini klik kat poll sat - Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 25-8-2006 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by spiderweb6969 at 25-8-2006 04:45 PM
kat sekolah dua tahun naik kan dan turun kan bendera....selama 2 tahun tu bendera yang i bawak tak pernah jatuh ke lantai.....


berkibar-kibar tiang bendera aku tengok avatar lu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2006 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by spiderweb6969 at 25-8-2006 04:36 PM


ok pe....tak kibar bendera tak semestinyer tak patriotik....i never kibar bendera kecuali sekali (itu pun bendera free) pasal tak kena ngan decor rumah....


Hehe interior decorators.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2006 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by ferryman2393 at 25/8/06 04:54 PM


berkibar-kibar tiang bendera aku tengok avatar lu...



oiiiitttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 12:32 AM | Show all posts
Masuk ajer bulan 8, saya dah pasang bendera depan rumah. Mana tak ada semangat patriotik, abah dulu ex-epos, suami pun epos, bapa mertua pulak ex-army.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 28-8-2006 10:54 AM | Show all posts
Tak pernah kibar kat umah sebelum nih... tapi anak aku bising nak bendera so tahun ni aku beli la satu & korbankan sebatang penyapu sebab nak bagi anak aku happy... personally I don't see the connection between flag waving and patriotism... mat rempit yg banyak bikin kacau & memburukkan nama negara pun kibar bendera gak bila merempit...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by mat_toro at 28-8-2006 10:54 AM
Tak pernah kibar kat umah sebelum nih... tapi anak aku bising nak bendera so tahun ni aku beli la satu & korbankan sebatang penyapu sebab nak bagi anak aku happy... personally I don't see the c ...


Yup, i agree. I mean i pay taxes so even if i don't show the flag etc that doesn't mean i'm not patriotic hehe!
Reply

Use magic Report

Follow Us
mat_toro This user has been deleted
Post time 28-8-2006 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by taiaha at 28-8-2006 12:54 PM


Yup, i agree. I mean i pay taxes so even if i don't show the flag etc that doesn't mean i'm not patriotic hehe!


Patriotism is the actions you make for the embetterment of the country... not flag waving, not quarrelling with the Customs Office for raiding your timber mill and or car, not raising the issue of young women preferring older men in parliament, not making remarks of the Chinese community taking advantage of Govt policies and not owning up to it, not claiming exclusive coverage of some artistes wedding on Merdeka month, not putting up some newbie artist with his ex with the purpose competing with the exclusive coverage also on Merdeka month, not rambling about how things could've been better done when the same things were not resolved during your time, etc etc...

[ Last edited by  mat_toro at 28-8-2006 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by mat_toro at 28-8-2006 01:05 PM


Patriotism is the actions you make for the embetterment of the country... not flag waving, not quarrelling with the Customs Office for raiding your timber mill and or car, not raising the issue ...

:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 02:08 PM | Show all posts

Reply #207 mat_toro's post

as always brader..u nailed it!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 11:07 AM | Show all posts
Ada kat pagar rumah, adik2 gua yg tarok...dan dalam hati gua!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 02:09 PM | Show all posts
Saya sememangnya setuju dengan mengibar bendera bolehlah melambangkankan patriotism seseorang. Hanya kita yang tahu setakat mana semangat patriotik dalam diri kita tapi memang sejak anak-anak dari kecil, saya cuba memperingatkan atau cuba menyemai semangat cintakan negara pada anak-anak. Anak-anak saya makin membesar, tak sampai sepuluh tahun lagi, mungkin saya pun dah bergelar nenek tapi saya amat risau tengok gelagat anak-anak masa kini. Macam-macam tabiat buruk di luar sana, skinhead la, gothic la, punk la dan sebagainya. Biarlah saya mulakan sedikit demi sedikit di rumah sambil memperkenalkan apa itu merdeka, siapa itu pejuang negara, siapa Tuk Janggut, siapa Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela. Pejuang-pejuang kemerdekaan ini mungkin tidak pernah dikenali oleh generasi baru, yang lahir selepas merdeka.

Bagi sesetengah orang, semangat patriotisme tidak semestinya dengan mengibarkan bendera kebangsaan tetapi dengan bermacam cara. Malah ada yang berkata patriotisme tidak perlu ditunjukkan kerana ia ada dalam hati sanubari masing-masing. Itu merupakan pandangan sebahagian rakyat negara kita apabila diajukan soalan "Kenapa mereka enggan mengibarkan Jalur Gemilang?". Mungkin,  lama-kelamaan rakyat negara ini terutamanya generasi muda akan semakin lupa bagaimana untuk menunjukkan rasa kasih dan hormatkan tanah air melalui bendera kebangsaan.

Bendera sebagai satu simbol kedaulatan sesebuah negara yang merdeka. Kalau kita kibarkan bendera bermakna kita mengangkat maruah negara, mendaulat dan mengagungkan negara sebagai negara yang merdeka kepada dunia luar. Kita mengibarkan Jalur Gemilang bukan untuk keseronokan atau sengaja untuk memeriahkan suasana, tetapi maksudnya lebih mendalam dan ada simboliknya.

This is just my opinion. Tak ada kena mengena dgn yang hidup ataupun yang mati. :tq::tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 02:18 PM | Show all posts

Reply #211 harleena's post

saya bukan nak bercerita tapi pada pengamatan saya, mereka yang terpaksa berusaha utk mendapatkan kerakyatan adalah mereka yang paling rajin mengibarkan bendera sebagai simbol patriotisme mereka..mereka tahu betapa mahalnya harga kerakyatan itu...contoh jauh di amerika, contoh dekat saudara mara saya sendiri termasuk makcik saya yang tidak pernah miss mengibarkan bendera kita sebelum wujudnya kempen kibarkan jalur gemilang maupun nama jalur gemilang itu sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:58 PM | Show all posts
Atas kete yg jenis lekat kat windshield...yg ni aku sokong pasal tak banyak negara buat cam ni. Camanapun aku tak setuju yg jenis balut kereta dengan bendera pasal bendera tu prone to kekotoran akibat hujan dan debu dan mudah koyak. Bendera ni kita kena jaga elok-elok dan hormat beb!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 02:22 PM | Show all posts
Sad to inform, ada org curi bendera yg Pun letak depan umah :cry: apa lah depa ni...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 30-8-2006 02:22 PM
Sad to inform, ada org curi bendera yg Pun letak depan umah :cry: apa lah depa ni...........

Mat rempit probly, getting ready for Merdeka Day racing hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 08:04 AM | Show all posts

Reply #205 mat_toro's post

I agree with mat_toro. No use in waving flag if it's just for show... I heard once on the radio few years back, the DJ said "Those not waving the national flag is not patriotic..".
To me it's just so lame, i felt like asking him back, "I drive a proton, how about you?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2007 01:00 PM | Show all posts
Erti kemerdekaan kita
MUKADIMAH

HARI ini rakyat di seluruh Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-46 dengan pelbagai acara dan ekspresi penghayatan. Bangunan pejabat dan perniagaan, rumah kediaman serta tiang-tiang lampu dikibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik patriotisme.

Kemeriahan ditambah oleh pemilik kenderaan yang memasang bendera negara di kereta, bas, lori, treler, motosikal, basikal dan beca mereka. Ramai pula bersengkang mata di pelbagai lokasi menunggu saat-saat kemuncak tepat 12 tengah malam tadi menandakan bermulanya tarikh 31 Ogos, hari keramat Malaysia setiap tahun.

Gambaran ini berlaku setiap tahun. Namun di sebalik itu, masih ramai yang tidak mengerti erti kemerdekaan dan perwatakan sebagai rakyat di negara merdeka.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid faham kenapa sambutan hari kemerdekaan tergambar begitu.

``Memang kita perlu tunjuk semangat patriotisme menerusi kibaran bendera dan cara lain tetapi sepanjang masa, bukannya satu dua hari atau sebulan.

``Patriotisme juga bermakna tidak buang sampah merata-rata dan tidak letak kereta sesuka hati sampaikan jalan empat lorong jadi satu lorong,'' katanya kepada wartawan RAMLI ABDUL KARIM dan NOOR AZAM SHAIRI di Kuala Lumpur, baru-baru ini,

Menurut Ungku Aziz, 81, kemerdekaan kini dilihat dari segi bebas penjajahan dan juga kepesatan pembangunan. Namun katanya, kita sedang berdepan masalah nilai yang boleh mengikis erti kemerdekaan kita.

Beliau yang senang dipanggil Pak Ungku sekali lagi mengaitkan kemerdekaan dengan masalah Melayu - kemiskinan, saiz badan kecil dan pemikiran tidak pantas, tidak cekap, tidak saintifik dan tidak rasional.

``Saya tahu cerita saya sudah lapuk tetapi saya akan terus mainkan lagu saya kerana saya tahu lagu saya adalah lagu orang Melayu,'' ujarnya.

MINGGUAN: Apakah makna sebenar sebuah negara yang merdeka dalam era pascakolonial?

UNGKU AZIZ: Dari segi undang-undang, mana-mana negara yang merdeka itu memang sudah merdeka dan bebas daripada penjajahan. Negara itu sudah ada simbol kemerdekaan seperti tanah atau wilayah dan kerajaan sendiri.

Tetapi kita perlu mencari definisi yang lebih mendalam. Oleh sebab kita negara kecil, kemerdekaan ini dari satu segi adalah mutlak tetapi dari satu segi relatif? Untuk benar-benar merdeka, banyak perkara perlu dilakukan.

Lihat Israel, mereka bergantung kepada Amerika Syarikat yang memberi kemerdekaan dengan kebenaran membuat senjata dan sebagainya. Palestin pula langsung tiada apa-apa kecuali batu. Mereka ini tidak mencapai kemerdekaan sepenuhnya tetapi merdeka yang sangat kecil kerana hanya ada batu.

Selepas 46 tahun ini, adakah kita sudah merdeka sebenar-benarnya?

UNGKU AZIZ: Kita kena kenal pasti maksud merdeka yang sebenar-benarnya. Itu susah untuk ditentukan.

Namun memanglah kita sudah merdeka dengan mendapat kebebasan daripada penjajah, mempunyai maruah dan jati diri serta martabat atau kedaulatan negara.

Dari segi simbol kemerdekaan iaitu pemilikan tanah, rakyat dan kuasa. Itu memang mencukupi untuk mengatakan bahawa Malaysia sudah merdeka sepenuhnya.

Set atau perenggu kita sudah lengkap. Tetapi berapa kuat set kita itu berbanding set orang lain?

Pak Ungku bercakap tentang kuasa dan autoriti, tetapi bagaimana dengan nilai yang sepatutnya untuk rakyat yang merdeka?

UNGKU AZIZ: Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.

Kalau banyak sangat rasuah, negara akan terancam. Kita nampaknya kini dilanda masalah rasuah yang besar-besar. Ia sudah menular di Lembaga Tabung Haji, Koperasi Angkatan Tentera. Dulu kita dengar kes rasuah sekali-sekala, tetapi sekarang frekuensinya sudah bertambah.

Kita patut bertanya kenapa sekarang kita menghadapi gejala negatif yang semakin membesar ini berbanding lima tahun lalu? Kenapa orang Melayu mengazabkan diri mereka sendiri?

Rasuah akan meracuni sistem kita. Ini adalah sesuatu yang serius kerana mereka ini orang yang mempunyai kedudukan dan kuasa. Sekarang kita bercakap tentang nilai berjuta-juta ringgit.

Selain bebas rasuah, apakah nilai lain yang patut ada pada masyarakat?

UNGKU AZIZ: Kita mesti jujur, tulus dan ikhlas. Kedua ialah telus. Jadi kita mesti telus dan tulus; tiada apa-apa agenda di bawah meja.

Pada pandangan saya, barangkali kita harus mengenal pasti apakah nilai-nilai yang kita mahu dan perlu ada pada masyarakat Melayu, Islam serta masyarakat Malaysia amnya.

Apakah nilai-nilai yang disebut dalam Wawasan 2020 itu tidak memadai?

UNGKU AZIZ: Sesetengahnya agak umum dan pada saya ia memerlukan satu penilaian semula.

Tetapi kita hanya ada 17 tahun lagi untuk sampai ke tahun 2020.

UNGKU AZIZ: Kepada saya 2020 adalah satu magic word. Kita tidak tahu apakah dalam masa dua atau tiga tahun dari sekarang kita akan bercakap tentang 3030.

Maksud saya, 2020 adalah magic word untuk zaman itu. Tiada siapa yang mengatakan bahawa selepas tahun 2019 kita sampai ke tahun 2020; sampai ke penghujungnya dan melintas garisan itu. Apa yang penting ialah perjalanan menghampirinya.

Secara falsafahnya, kita perlu menerima bahawa 2020 sebagai garisan perbincangan saja. Hakikatnya apabila kita menghampirinya kita akan membuka ruang-ruang perbincangan lain yang memerlukan ia dinilai semula. Malah saya percaya kita perlu menghalusinya setiap tahun.

Setakat ini bagaimana Pak Ungku menilai pencapaian kita ke arah 2020?

UNGKU AZIZ: Saya rasa kita semacam kehilangannya sekejap semasa kita melancarkan Mapen II dan semasa permulaan Rancangan Malaysia Ke-8.

Agak sukar untuk kita menilainya dengan tepat kerana kita melalui krisis ekonomi pada tahun 1997. Tetapi kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran, kita agak jauh ke depan. Itu tidak dapat dinafikan. Dan di dalam negara pula, ada wilayah yang lebih baik daripada yang lain. Jadi ini adalah sesuatu yang relatif.

Bagaimana pula dari segi nilai-nilai dalam Wawasan 2020 yang harus dicapai seperti masyarakat yang matang, penyayang, bersatu padu dan hormat-menghormati?

UNGKU AZIZ: Kalau itu yang saudara maksudkan, kita belum dapat mencapainya lagi. Kita boleh kenal nilai-nilai itu.

Kalau kita berjalan ke mana-mana, kita masih boleh tengok orang membuang sampah merata-rata. Orang tiada rasa sayang kepada masyarakat, binatang dan alam sekeliling mereka.

Masyarakat kita tidak ada masa untuk hal-hal ini kerana mereka sayangkan wang dan kekayaan.

Adakah kita sudah benar-benar maju?

UNGKU AZIZ: Dalam bidang ekonomi, Malaysia secara keseluruhannya memang sudah maju tetapi belum dalam bidang lain.

Saya ingin cerita pengalaman saya ketika di Terengganu baru-baru ini. Saya lihat semua orang yang tengah bina rumah ialah orang Indonesia. Saya bertanya kepada orang tempatan kenapa tidak bekerja di situ? Mereka jawab itu kerja untuk orang Indonesia saja.

Kalau pekerja asing tidak dibenarkan, siapa akan bina rumah itu? Jadi persoalannya di sini, adakah orang Melayu misalnya sudah merdeka dan maju sepenuhnya?

Mereka tidak mahu bekerja bersungguh-sungguh dan banyak membuang masa melepak di kompleks membeli-belah.

Ada orang kata kalau tidak kibarkan bendera dan teriak `merdeka' untuk sambut merdeka, itu tidak patriotik. Pada pandangan Pak Ungku apakah yang dikatakan patriotisme?

UNGKU AZIZ: Betul, kepada saya mengibarkan bendera itu adalah sesuatu yang simbolik saja. Kita seharusnya menunjukkan semangat patriotisme bukan sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa.

Orang boleh mengibarkan bendera bukan saja satu tetapi dua, tiga atau berapa sekali pun untuk menunjukkan rasa patriotismenya. Tetapi kepada saya patriotisme juga bermakna tidak membuang sampah merata-rata. Itu tidak dilakukan.

Begitu juga kita tengok bagaimana orang meletakkan kereta mereka sesuka hati di tepi jalan. Jalan yang empat lorong tinggal dua saja. Ini tidak patriotik dan bertentangan dengan kemerdekaan. Siapa yang memberi hak kepada mereka mengambil ka-wasan orang sesuka hati?

Kepada saya, patriotisme juga bermakna mematuhi undang-undang yang ada. Yang membezakan masyarakat Malaysia dengan mereka di negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat atau Jepun ialah mereka mematuhi undang-undang. Secara umumnya setiap hari mereka hormat kepada undang-undang dan menjaga kebersihan.

Nilai-nilai patriotisme itu luas dan ia sepatutnya diajarkan di sekolah.

Saya tertarik dengan apa yang Pak Ungku katakan itu. Baru-baru ini pemimpin negara juga bercakap berulang-ulang tentang betapa kita mempunyai kemudahan kelas pertama tetapi mentaliti dunia ketiga.

UNGKU AZIZ: Saya fikir pemimpin negara juga mempunyai masalah yang sama dengan saya iaitu apabila cakap berulang-ulang perkara itu jadi lapuk (ketawa).

Kita memang negara ketiga. Jangan fikir kita ini negara maju. Jangan tersilap dengan kedudukan kita.

Tetapi kita sekarang sedang berusaha menjadi negara maju?

UNGKU AZIZ: Ya, insya-Allah.

Antara kemudahan kelas pertama atau pemikiran kelas pertama mana lebih utama?

UNGKU AZIZ: Kepada saya kedua-duanya sama penting, kait-mengait. Kita tidak boleh kata salah satu itu lebih daripada yang satu lagi.

Adakah kita bersedia untuk menjadi negara maju dengan mentaliti yang ada sekarang?

UNGKU AZIZ: Belum lagi. Kita jauh tertinggal di belakang. Ini kerana masyarakat kita meletakkan nilai yang tinggi kepada kebendaan dan kekayaan. Kalau kaya, orang itu berjaya, bernasib baik dan gembira. Gembira itu disamakan dengan kaya.

Bagi orang Melayu pula, kita tidak tahu apakah nilai kita yang sebenarnya. Adakah kita mahu mengatakan kalau kita menjaga fardu ain, semua nilai kita itu sudah baik dan tidak akan ada masalah lagi. Adakah itu caranya? Saya tidak jelas.

Kita mempunyai kemudahan infrastruktur yang setanding dan malah ada yang lebih baik daripada di negara lain. Kita mempunyai pelabuhan dan lapangan terbang yang baik. Kita tidak boleh mengharapkan kemudahan yang baik itu akan menyebabkan kita memiliki nilai yang baik.

Bagaimana kita sampai boleh hilang atau tiada nilai-nilai yang sepatutnya itu?

UNGKU AZIZ: Keadaan sekarang jauh berbeza berbanding dengan dulu. Sekarang nilai-nilai itu sudah banyak yang terhakis. Kita harus melakukan sesuatu tentangnya. Kita tidak harus membuat kempen sekali-sekala semacam melepaskan batuk di tangga.

Adakah kita perlu hukuman dan galakan untuk mengajar orang apa sepatutnya mereka lakukan - menjaga kebersihan, menghormati undang-undang dan sebagainya?

UNGKU AZIZ: Ya, itu yang patut kita lakukan. Itulah yang dikatakan oleh Hobbes - kita perlu memberi hukuman dan galakan. Kalau kita biarkan saja ia tidak akan berlaku. Kita tidak boleh mengharapkan masyarakat membuat perkara yang betul.

Orang yang kuat pegangan agama dan orang yang merempat di tepi jalan tidak akan membuat apa yang sepatutnya diharapkan daripada mereka sekiranya dibiarkan begitu saja. Mereka memerlukan hukuman atau galakan.

Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas.

Sebagai seorang yang melihat perkembangan negara ini sebelum dan selepas merdeka, bagaimana Pak Ungku menilai pencapaian kita sekarang? Adakah kita mencapai apa yang sepatutnya dalam usia 46 tahun merdeka ini?

UNGKU AZIZ: Saya fikir masih ada perbezaan yang ketara dalam masyarakat iaitu di antara mereka yang di bandar dan di desa. Sektor industri kita secara umumnya boleh berkembang kerana ia berdaya saing. Tetapi dari segi produktiviti para pekerja kita masih agak rendah. Apa yang menjadi masalah kepada kita ialah produktiviti yang rendah.

Sejak merdeka, apakah yang kita tidak beri perhatian?

UNGKU AZIZ: Fokus paling besar terutama bagi orang Melayu pada masa ini ialah bagaimana mengatasi masalah kemiskinan. Sejak tahun 1970-an, apa saja masalah yang dihadapi oleh orang Melayu berkaitan dan berpunca daripada kemiskinan.

Akibat kemiskinan itu, kita berhadapan dengan banyak masalah. Dua daripadanya berkaitan fizikal dan mental atau rohaniah.

Yang kritikalnya sejak berpuluh tahun lalu ialah saiz badan orang Melayu terutamanya. Dibandingkan dengan bukan Melayu, umumnya saiz orang Melayu lebih kecil.

Jawapan kepada masalah ini mudah; diet, eksesais dan rehat adalah tiga perkara penting yang mempengaruhi badan manusia menjadi lebih besar dan tinggi. Dengan kemiskinan juga kita mengalami kekurangan zat, protein dan logam atau mineral yang perlu untuk badan menjadi sihat dan besar.

Tentang mental, soalnya kenapa orang Melayu tidak boleh berfikir lebih pantas dan cekap? Ini ada kaitan dengan gaya kehidupan seharian terutama pemakanannya.

Dua per tiga orang Melayu tidak menggunakan sistem kesihatan moden. Di dalam jiwa orang Melayu masih percaya kepada perkara ghaib termasuk kepada bomoh, bukannya doktor.

Orang Melayu sungguhpun sudah mempunyai kapasiti untuk berfikir namun apabila sampai satu-satu masa, mereka mencari jawapan di luar saintifik. Dalam masyarakat Melayu, tiada galakan untuk mereka berfikir lebih rasional.

Ini merugi dan melemahkan mereka dari segi mental. Tetapi kedua-dua masalah orang Melayu ini iaitu fizikal dan mental ini boleh diperbaiki.

Selain kemiskinan, adakah lagi yang perlu diberi perhatian?

UNGKU AZIZ: Kini kita tidak dapat melihat lelaki lebih ramai atau seimbang dari segi pencapaian akademiknya dengan perempuan terutama di universiti. Jumlah pelajar perempuan jauh lebih tinggi yang dapat prestasi terbaik.

Ia nampak tiada apa-apa masalah untuk jangka masa pendek ini. Tetapi dalam jangka panjang tidak boleh jadi begitu, kesannya amat berbahaya. Inilah satu lagi isu utama yang patut dibincangkan.

Orang perempuan lebih rajin dan belajar sungguh-sungguh untuk berjaya melepaskan diri mereka daripada belenggu masyarakat yang selama ini biasanya tidak beri mereka peluang meningkatkan pencapaian.

Mereka lebih fokus iaitu mahu mengejar kejayaan dalam pendidikan. Itulah motivasi perempuan yang jauh lebih tinggi daripada motivasi pelajar lelaki.

Dalam sistem pendidikan, kita perlu melihat kepada sistem penglibatan tiga pihak - pelajar, guru dan masyarakat. Ketiga-tiganya saling mempengaruhi. Jika tidak, sistem pendidikan tinggal begitu saja. Kadang-kadang ada masalah pelajar, kemudian ada masalah guru dan masyarakat.

Apabila kita berdepan dengan masalah, high council di kalangan pelajar sekolah baru-baru ini, kita tahu ini bukan trend yang sihat. Dan kita patut kembali kepada sistem tiga segi tadi iaitu melibatkan perkaitan pelajar, guru dan masyarakat.

Kenapa kita sukar mengatasi masalah yang timbul termasuk isu-isu yang Pak Ungku sebut tadi?

UNGKU AZIZ: Selalunya apabila ada masalah, akan dicadangkan penubuhan jawatankuasa mengkaji dan memikirkan penyelesaiannya. Kemudian jawatankuasa memberitahu bahawa mereka akan mengemukakan laporan tiga bulan selepas itu. Dan laporan itu difailkan serta berakhir begitu saja. Ini bukan cara mengatasinya.

Nampaknya kekuasaan kita sudah terhakis sama ada mereka guru besar, pengetua atau pihak di kementerian-kementerian. Sedangkan pada saya, ini (kekuasaan) adalah sebahagian daripada nilai kemerdekaan.

Bagaimana pula prestasi orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Kita ada slogan Malaysia Boleh dan mempunyai banyak contoh kejayaan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Ada yang berenang dan belayar di laut serta berjalan kaki untuk cipta rekod negara. Itu bagus untuk negara.

Tetapi dalam masalah-masalah yang saya nyatakan tadi itu, kita masih lagi tertinggal.

Kenapa?

UNGKU AZIZ: Ia sebenarnya berbalik kepada satu perkataan ini saja iaitu kemiskinan.

Pak Ungku kerap bercerita tentang masalah kemiskinan. Adakah ini kerana suara Pak Ungku itu tidak didengari?

UNGKU AZIZ: Pendengaran orang lain mungkin tidak sama dengan saya sebab itu mereka tidak dengar apa saya katakan.

Mereka kata betul apa saya nyatakan itu. Tetapi mereka kata tunggulah kita fikirkan dulu tindakannya. Sebahagiannya kata saya suka berleter benda yang sama.

Mungkin saya salah pandang tidak nampak kejayaan besar dan masyhur di mana setiap orang nampak. Mungkin juga kaca mata saya tidak nampak kejayaan yang dekat.

Atau mungkin orang memfokus kepada perkara lain, tidak kepada bagaimana mengatasi kemiskinan.

Jadi saya terpaksa main lagu saya kerana pada saya lagu saya itulah lagu orang Melayu dari dulu sampai sekarang.

Orang mungkin kata: ``Apa yang Pak Ungku cakapkan ini?'' Kalau mereka buka statistik, ia menunjukkan apa yang telah kita capai jauh lebih tinggi.

UNGKU AZIZ: Kalau hendak dibandingkan, memang kita tinggi tetapi orang lain lebih tinggi. Dalam masyarakat majmuk ini, seharusnya satu per tiga daripada orang Melayu mendapat satu per tiga daripada orang bukan Melayu, dan begitulah sebaliknya. Tetapi itu tidak berlaku. Ada ketidakseimbangan dalam pembahagian kekayaan.

Bagaimanakah Pak Ungku melihat perpaduan dalam masyarakat hari ini?

UNGKU AZIZ: Sifat masyarakat majmuk itu telah berubah kalau hendak dibandingkan dengan zaman dulu. Keadaan generasi sekarang telah berubah. Sikap orang muda kepada mereka yang sebaya dan orang tua telah jauh berubah. Ini adalah masalah di mana-mana pun di serata dunia.

Pada saya, masyarakat Cina sekarang melalui suatu masa yang terbaik pernah mereka kecapi. Mereka mendapat segala-galanya apa yang mereka mahu baik dari segi ekonomi mahupun pendidikan. Semua itu menjadikan mereka lebih gembira.

Masyarakat Cina cukup selesa sekarang di negara ini. Inilah masa terbaik dalam hi-dup mereka sejak mereka mula datang ke sini beratus-ratus tahun dulu.

Kita sama sekali tidak mahu mengambil apa yang mereka ada tetapi kita juga mahu orang kita juga menjadi lebih baik.

Secara umumnya, kita dapat melihat perpaduan yang cukup baik. Masyarakat saling bertolak ansur antara satu sama lain. Itulah perwatakan bangsa Malaysia yang cukup unik yang sukar didapati pada bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Kalau kita katakan Wawasan 2020 itu sebagai satu nilai yang seharusnya ada pada kita, barangkali ada yang melihat masyarakat masih belum memahami nilai-nilai yang sepatutnya ada itu.

UNGKU AZIZ: Masalahnya ialah kerana dari masa ke masa kita menyebut tentang nilai yang baru atau memberi tafsiran baru kepada nilai-nilai itu. Nilai-nilai itu tetap sama sama ada kita menamakannya sebagai Wawasan 2020 atau apa sekali pun.

Kita mesti ada satu set nilai, tinggal lagi yang mana satu hendak kita berikan penekanan. Kalau kita ada penekanan yang berbeza dari masa ke masa, sudah tentu kita akan ada masalah.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang?

UNGKU AZIZ: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Apa yang kita harapkan ialah pembaikan dari masa ke masa. Itulah yang cuba kita lakukan. Kita mesti selalu ada rasa tidak puas hati supaya kita akan menjadi lebih baik daripada hari ini.

Itulah yang cuba kita lakukan. Tetapi pada masa yang sama, kita harus ingat bahawa kita hidup dalam dunia realiti - dunia yang ada Iraq dan Bush, dunia yang ada rasuah, ada semua hal ini yang selalu menghilangkan tumpuan kita.

Sekiranya itu berlaku, adakah kita akan memiliki nilai-nilai yang baik?

UNGKU AZIZ: Sudah tentu, kerana kalau perut kenyang orang akan kurang agresif dan lebih berfikir secara rasional.

Barangkali ini hanya satu fantasi dan mimpi saya. Saya terbuka dalam hal ini. Kalau saudara tanya kepada saya adakah ini satu teori, saya akan katakan ini adalah sesuatu yang konkrit.

Adakah orang Melayu masih keliru?

UNGKU AZIZ: Saya rasa orang Melayu tidak berminat untuk berfikir secara serius. Mereka tidak mahu berhenti sejenak untuk berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran. Tidak semua orang boleh melakukannya. Banyak orang yang hanya mengikut-ikut saja dan tidak mahu berfikir.

Apakah lagi yang menjadi masalah kepada orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Kemiskinan dan kemunduran. Saya minta maaf kerana terpaksa mengulang-ulang hal ini. Mungkin saya agak konservatif kerana sudah tua. Saya tidak ada pemikiran baru setiap hari.

Tetapi pemikiran itu sudah dilakukan beribu-ribu tahun lalu, baik saudara mengambilnya dari zaman Nabi atau sebelumnya, dari zaman China dan India. Pemikiran yang besar telah dilakukan sejak zaman itu lagi. Apa yang kita lakukan sekarang hanyalah memperkemaskannya di sana sini, dan menjadikannya lebih sesuai.

Apakah pula yang Pak Ungku bimbang sekarang?

UNGKU AZIZ: Saya lebih bimbang dengan masalah AIDS dan dadah. Masalah ini yang lebih besar. Masalah yang lain itu kalau hendak dibandingkan, pada saya sama seperti melukut di tepi gantang.

Kita perlu menunggu pemimpin untuk tampil dan bercakap tentang usaha memerangi AIDS. AIDS sekarang ini sudah meresap masuk ke dalam keluarga. Afrika sekarang jahanam kerana masalah AIDS.

Pada saya, AIDS dan dadah adalah antara masalah besar negara sekarang, dan kalau hendak dibandingkan ia lebih ketara dalam masyarakat Melayu. Saya minta maaf kerana berbalik kepada isu antara Melayu dan bukan Melayu tetapi itulah hakikatnya.

Kita tidak berhak kepada semua masalah ini. Kita berhak mendapatkan masyarakat yang lebih sihat dan bersih gaya hidupnya.

Bagaimana Pak Ungku meraikan Hari Kebangsaan?

UNGKU AZIZ: Saya cuti, duduk di rumah dan tunggu anak saya Gabenor tu, (Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara). Selain itu saya membaca buku. Dengan keadaan saya yang sudah usia begini, saya tidak boleh lakukan selain daripada itu. Namun bagi diri saya, menghayati dan merai-kan ulang tahun kemerdekaan yang pentingnya bukan luaran tetapi dalaman iaitu minda kita.
Reply

Use magic Report

mat_toro This user has been deleted
Post time 18-6-2007 05:34 PM | Show all posts
Kat opis tetiap hari kibar... dah ler tuhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 09:56 AM | Show all posts
tahun nih tentu sumer nak kibarkan jalur gemilang sebab dah 50 thn umur malaysia...
hidup malaysia... saya bangga jadi rakyat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 11:13 AM | Show all posts
aku kibar kat umah ngan kat opis jer. tak boleh nak kibar kat keta sebab takde keta. ahaks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.076878 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list