CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sisnisa

Port Kamal Adli

  [Copy link]
Post time 27-2-2010 09:37 PM | Show all posts
jmpe KA,FO n shila kat flamingo tadihhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2010 11:27 PM | Show all posts
jmpe KA,FO n shila kat flamingo tadihhh..
yunt Post at 27-2-2010 21:37


woohoo...ader gak yg pegy...x der pics ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 11:48 PM | Show all posts
201# yunt

nak pics please.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 12:45 AM | Show all posts
zed zaidi pun ade kan???????????????
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 05:53 AM | Show all posts
zed zaidi pun ade kan???????????????
atie_leo Post at 1-3-2010 00:45


x sure plakk..tp KA announce soh stay ngan diorg smpai kol 7 sbb ad ady putra n laen2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 05:55 AM | Show all posts
woohoo...ader gak yg pegy...x der pics ker?
sisnisa Post at 27-2-2010 23:27


kbetulannn jee g men bowling kat situhh..tetibe pnoh je ngan fans pkai baju wrne merahh..then bru nmpk klibat diorg ber3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2010 05:56 AM | Show all posts
201# yunt

nak pics please.

jal08 Post at 28-2-2010 23:48


gmbar mlm skett yekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 11:39 AM | Show all posts
205# yunt

rasa cam ade....hiks tau depa ade event situ tp tak berkessempatan nk join
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2010 11:11 PM | Show all posts
KA in Pusaka(credit Erin Malek FB Fanpage)





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2010 11:13 PM | Show all posts






credit Erin Malik fanpage
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 11:21 PM | Show all posts
td siang tgk hadek KA kat AC?
men ngan ulaw
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2010 12:29 AM | Show all posts
211# atie_leo

hakhak....rerun lagik ek?klako KA dok pedajal AC... ...killer brani die pegang ulaq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2010 12:28 PM | Show all posts
ABPBH2009: Main warna cara Lord's
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2010/03/18
Tujuh selebriti makin teruja menggayakan tuksedo ikut tema malam kemuncak ABPBH 2009 pada 4 April

TEMA Cetusan Warna melahirkan kelainan pada sentuhan tuksedo rekaan Lord’s Tailor sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun ini. Permainan warna dan tema petak menjadi pilihan butik berkenaan dalam melahirkan idea lebih segar.
Pemilik butik berkenaan, Kenny Loh yang ditemui pada majlis memperkenalkan fabrik yang bakal digayakan selebriti pada majlis anugerah itu disertai tujuh personaliti kacak iaitu Adam, Fizz Fairuz, Gambit Saifullah, Shahrizal Jaszle, Fahrin Ahmad, Kamal Adli dan Shaheizy Sam berkata, mainan warna amat sesuai digayakan ke majlis anugerah. Bagi tidak kelihatan terlalu formal dan korporat, warna warni menjadi pilihan Lord’s Tailor kerana ia melambangkan kerancakan dunia hiburan sesuai dengan si pemakainya. Sebagai tatapan pembaca, Hip bertanyakan beberapa soalan menarik khas buat peminat. Ingin tahu siapa yang mereka minat dan pelbagai kisah lagi, ikuti temu bual Hip bersama mereka. Kamal Adli

Bila anda sedar anda mula mempunyai peminat?

Sejak zaman kolej. Selepas memenangi Hero Remaja dan selepas membintangi Bionik, saya sedar orang semakin mengenali saya.

Hadiah paling bermakna pemberian peminat?

Sebuah al-Quran.

Barang pertama yang anda beli apabila mendapat gaji pertama?

PS3 kerana saya gilakan permainan video. Bilik saya memang dipenuhi dengan alat permainan video dah macam kafe siber. Saya beli pun sebenarnya untuk adik-adik. Saya tak mahu mereka melepak di kafe siber dan keluar tak tentu arah.

Jika bukan pelakon, siapakah anda sekarang?

Kerja belakang tabir kerana saya mengambil kursus penyiaran ketika belajar dulu.

Artis wanita tempatan yang anda minati sebelum jadi artis?

Ida Nerina. Saya mengagumi lakonannya.

Berapa bajet yang anda keluarkan untuk menghadiri majlis anugerah?

Tak ada. Hanya minyak kereta kerana selalunya baju saya ditaja, yang lain-lain seperti kasut, saya pakai apa yang ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2010 12:32 PM | Show all posts
Bravo Lima bukan sekadar filem
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
2010/03/15
Usaha untuk dokumentasi perjuangan anggota tentera

KALI terakhir filem yang mengangkat kisah angkatan tentera pada tahun 2000 iaitu Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman, pahlawan Melayu yang bermati-matian mengekang kemaraan tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua.
Manakala filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin pada tahun 1981 pula memaparkan keberanian pasukan polis mempertahankan balai mereka daripada ditawan komunis ketika zaman darurat. Menyedari sudah lama tidak ada lagi filem seumpamanya dihasilkan, Karya Prima Production Sdn Bhd dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia menerbitkan berlatar belakang kehidupan sebenar insan yang menjadi benteng keselamatan negara berjudul Bravo Lima.

Filem itu diarahkan oleh Fauzi Nawawi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Bravo Lima itu nanti ialah Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan Lisdawati serta Azee Yahaya.

Memahami filem ini memerlukan stamina yang tinggi kerana bakal melakukan aksi lasak dan pantas, lima pelakon diarahkan menjalani latihan intensif sebagai mana latihan sebenar komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka.

Ia sebagai langkah persediaan awal sebelum menjalani penggambaran filem ketenteraan Bravo Lima. Selepas itu, filem ini akan mula menjalani penggambaran bermula pada 10 April di Melaka, Tapah, Perak dan Mersing, Johor.
Pengerusi Eksekutif, Karya Prima Production, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, penerbitan Bravo Lima bukan sekadar filem semata-mata tetapi ia juga adalah usaha untuk mendokumentasikan kisah perjuangan anggota tentera dalam menentang pengganas komunis yang jarang mendapat perhatian penerbit filem tempatan.

“Tidak ramai yang menyedari pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang selama ini menentang komunis semata untuk mencapai kemerdekaan negara. Penerbitan filem ini juga menjadi cabaran kepada kami untuk menunjukkan bukti latar belakang sejarah negara ke layar perak.

“Sebagai langkah awal, lima pelakon utama yang memegang watak sebagai komando akan diberi latihan intensif sebagai komando untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sebelum penggambaran sebenar berjalan.

“Namun latihan yang diberikan itu bukanlah latihan yang 100 peratus seperti komando sebenar tetapi asas utama saja. Sebagai pelakon mereka mempunyai tanggungjawab untuk menggambarkan keadaan sebenar sejarah untuk mencapai kemerdekaan,” katanya pada sidang media pelancaran filem Bravo Lima.

120 anggota tentera terbabit

Sementara itu, Fauzi berkata, kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China.

“Ini adalah filem pertama arahan saya dan memang sangat teruja untuk membawa filem ini bertaraf antarabangsa. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini.

“Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya.

“Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.

“Kita turut mendapat khidmat nasihat dan panduan sepenuhnya daripada ATM untuk menggunakan apa saja jenis kenderaan tentera untuk merealisasikan filem ini demi mencapai setaraf Hollywood,” katanya yang akan menggunakan berpuluh kenderaan tentera termasuk sebuah kereta api yang akan diletupkan.

Penulis skripnya Bravo Lima, Mejar Zainal Hayat berkata, sebelum dibawa ke lokasi untuk memulakan penggambaran, skrip ini sudah dirombak sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan.
“Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007.

“Draf ini kemudiannya diserahkan kepada Finas untuk mendapatkan pandangan dan beberapa cadangan. Saya juga mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat saya dari Hollywood dan struktur penceritaannya tidak jauh daripada filem terbitan Hollywood.

“Kami juga berbangga apabila penerbitan filem ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ATM, Finas dan sebagainya bagi memperbanyakkan lagi filem berunsur kenegaraan diterbitkan,” katanya.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta termasuk kos promosi dan penjelajahan ke seluruh negara turut melancarkan sekali soundtrack Bravo Lima yang akan dinyanyikan oleh Hattan dan komposernya Edry Hasyim.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 12:39 PM | Show all posts
sis )))))))))))) dh tepek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2010 07:03 PM | Show all posts
sis )))))))))))) dh tepek
srisaujana Post at 9-4-2010 12:39


tq sri...x sempatla tadik...keje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2010 08:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by sisnisa at 16-4-2010 20:43

arinih besday hadek kamal

APPY BESDAY TO KAMAL ADLI

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 04:21 PM | Show all posts
happy belated birthday KA!

found this vid kat youtube.
futsal artis brunei vs artis malaysia



very3 funny!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2010 04:27 AM | Show all posts
happy belated birthday KA!

found this vid kat youtube.
futsal artis brunei vs artis malaysia

...
jal08 Post at 17-4-2010 16:21


wahhhh...tq jal....sker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 160118 Replies : 3914
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19365 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25984 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102502 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.069007 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list