CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Piala Suzuki AFF-Final 26/12/2010 di Bukit Jalil!! (update Malaysia 3 - Indon 0)

   Close [Copy link]
Post time 2-12-2010 12:20 PM | Show all posts
ni malaysia stupid amat sih sapa yang puji indonesia..pantes visi 2020 tak akan terealisasi or ...
RumahDara Post at 2-12-2010 12:14



    ada aku kesah????:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 12:21 PM | Show all posts
rileks la,,hero mmg kalah dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 12:22 PM | Show all posts
Malaysia diratah tuan rumah
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



PEMAIN Indonesia, Irfan Firman Utina (kiri) bersaing untuk merebut bola dengan pemain Malaysia, Mohd. Asraruddin Putra (kanan) sewaktu perlawanan peringkat Kumpulan A Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, semalam. - AP



KUALA LUMPUR - Lawan terlalu hebat atau kalah atas kesilapan sendiri? Apa jua jawapannya, para peminat bola sepak Malaysia harus menelan kepahitan apabila maruah skuad negara dicarik-carik di bumi Jakarta apabila dibelasah 1-5 oleh Indonesia pada perlawanan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Malah risiko jurulatih, K. Rajagobal menurunkan Sharbinee Allawee selaku penjaga gol utama negara mengenepikan Khairul Fahmi Che Mat serta menggunakan khidmat dua pertahanan Harimau Muda, Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas di dalam kesebelasan utama jelas memakan diri sendiri.

Itulah yang terjadi sebaik wisel permainan dimulakan apabila tuan rumah yang bersemangat mahu memburu kemenangan awal-awal lagi sudah memberi amaran melalui gerakan awang import Uruguay, Cristian Gonzales dan Irfan Bachdim.
Indonesia hampir di hadapan pada minit ke-2 melalui Gonzales yang berjaya melepaskan percubaan tepat ke arah pintu gol Malaysia, namun mujur Sharbinee Allawee tangkas menafikan hajat tuan rumah untuk mendapatkan gol awal.

Bagaimanapun, Harimau Malaya terlebih dahulu mengambil giliran mengejutkan tuan rumah melalui gol pendahuluan pada minit ke-18 menerusi gerakan mantap yang dipamerkan oleh Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

Melalui dari arah sebelah kiri, Safee bijak meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Indonesia untuk melorongkan bola kepada Norshahrul Idlan Talaha yang tidak dikawal bagi meletakkan Malaysia di hadapan.

Walaupun begitu, gol itu yang diharapkan mampu menyuntik semangat perjuangan Malaysia ternyata meleset sebaliknya membuatkan lawan bangkit memberikan tentangan dan hasilnya skuad Garuda berjaya memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-22.

Hantaran lintang daripada sebelah kiri berjaya disambung oleh Irfan sebelum bola tersebut melantun mengenai Sharbinee dan Asraruddin Putra Omar tersepak masuk ke dalam gawang sendiri.

Episod malang Malaysia berterusan 10 minit kemudian, kali ini giliran Gonzales yang mudah melepasi kawalan pemain negara, Mohd. Muslim Ahmad sebelum melakukan rembatan mengelirukan Sharbinee bagi meletakkan Indonesia di hadapan buat kali pertama dalam perlawanan.

Kedudukan 2-1 kekal di separuh masa pertama sebelum Indonesia terus mengganas pada baki 45 minit permainan dan anak-anak buah K. Rajagobal kian layu pada saingan babak kedua.

Ketika kebangkitan diharapkan, Indonesia terus mengendurkan semangat pemain Malaysia menerusi gerakan menarik pemain bek kanan, Muhammad Ridwan yang bijak melepasi kawalan Muslim dan Fadhli sebelum tenang menewaskan Sharbinee yang keseorangan di pintu gol.

Terdesak melihat kedudukan semakin kritikal, Rajagobal memasukkan Ashari Samsudin dan Amar Rohidan menggantikan Amri Yahyah dan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-63 tetapi ia tidak mengubah banyak corak permainan Malaysia.

Asrarudin yang dilihat antara pemain paling banyak melakukan kesilapan di kubu negara bermurah hati memberikan gol keempat kepada Indonesia selepas gagal mengeluarkan bola bahaya di dalam kotak penalti dan Arif Suryono pantas menyambar peluang terhidang bagi membunuh api perjuangan pemain Harimau Malaya.

Pemain berdarah kacukan Belanda dan Indonesia, Irfan Bachdim memulakan pesta gemilang buat penyokong Indonesia dengan gol kelima pada masa kecederaan hasil hantaran bola lintang berbahaya Oktovianus Maniani bagi menyimpulkan malam derita buat bola sepak Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 12:22 PM | Show all posts
Pertahanan punca kekalahan

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

JAKARTA - Jurulatih, K. Rajagobal mengakui kecuaian pertahanan menjadi punca utama kepada kekalahan besar skuad negara di tangan Indonesia dalam aksi pertama Piala Suzuki AFF, semalam.

Walaupun menjaringkan gol awal, beliau berkata, peluang untuk memberi tekanan kepada tuan rumah terlepas dengan mudah apabila benteng pertahanan Malaysia begitu rapuh dan membiarkan tuan rumah bangkit untuk terus mengasak kubu Malaysia.

"Saya telah arahkan para pemain dan menjerit kepada mereka supaya tidak membuat hantaran pendek di dalam kawasan sendiri, tetapi para pemain tidak mendengar arahan saya dan mereka tetap bermain sedemikian yang akhirnya membawa padah," katanya.

''Bahagian tengah pula, kata beliau, mudah kehilangan bola kerana diasak pemain lawan dan akhirnya memaksa Malaysia bertahan.

"Dari segi peluang Malaysia juga mempunyai banyak peluang tetapi oleh kerana para pemain lambat melakukan penyudah menyebabkan barisan hadapan gagal menambahkan gol," jelas beliau.

Oleh itu, Rajagobal berkata, beliau akan melakukan post mortem perlawanan malam ini bagi memperbaiki kelemahan sebelum berhadapan dengan Thailand pada perlawanan seterusnya.

''Saya akan melakukan bedah siasat sebelum turun perlawanan kedua kerana peluang kita ke separuh akhir masih terbuka,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:27 PM | Show all posts
awal2 sudah skor, ingat menang besar rupa2nya kalah besar.......
devilito Post at 2-12-2010 08:45



saya lebih rela tonton episode Vic Romanov sampai pagi dr tgk game mcm mlm tadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:31 PM | Show all posts
rileks la,,hero mmg kalah dulu
kucingTomey Post at 2-12-2010 12:21


betol tu... hero keluar terakhir biasanya, asal jangan langsung ditembak gangster setelah keluar... habis deehh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2010 12:33 PM | Show all posts
KENA GANYANG
Oleh Lokman Zainal Abidin dari Jakarta, Indonesia
lockman@nstp.com.my

REBUT...Mohamad Muslim (kiri) berebut bola dengan pemain Indonesia, Christian Gonzales pada perlawanan malam tadi.

ANDAI Stadium Gelora Bung Karno itu sendiri mampu berbicara, pastinya venue kebanggaan rakyat Indonesia itu turut menangisi nasib anak buah ketua jurulatih, K Rajagobal yang tewas 5-1 ke pada tuan rumah ketika saingan pembukaan Kum pulan A, Piala Suzuki AFF 2010, malam tadi.

Manakan tidak, sudah lah sebahagian besar daripada kira-kira 70,000 penonton enggan berdiri untuk menghormati lagu Negaraku ketika dimain kan, lebih memalukan lagi apabila jeritan ‘Maling’ dan ‘Ganyang Malaysia’ dilaungkan seiring dengan nada lagu kebangsaan Malaysia itu.


Apa yang ditakuti Rajagobal selepas kehilangan lapan pemain tonggak akibat kecederaan berlaku juga akhirnya walaupun pada satu ketika, anak buahnya mempamer aksi dirancangkan.


“Memang saya kecewa dengan kekalahan ini walaupun hakikatnya ia tidak menggambarkan keseluruhan aksi pemain kita.


“Kita dibolosi lima gol dan anda semua boleh lihat kelima-lima gol itu adalah hasil kesilapan individu.


“Saya rasa punca sikap pemain kita terlalu mahu mempamer aksi terbaik pada perlawanan tadi. Ternyata sikap itu memakan diri sendiri.

“Ketika ketinggalan 2-1 dan 3-1, kita masih yakin dapat bangkit tapi selepas gol keempat, pemain mula goyah,” kata Rajagobal.
Beliau turut menyalahkan benteng pertahanan terlalu kerap melakukan kesilapan dan memudahkan Indonesia menjaringkan gol demi gol.



“Kita hilang disiplin di benteng pertahanan. Pada setiap kali Indonesia melakukan serangan balas, mereka kelihatan pasti menjaringkan gol dan pada jangkaan saya, mereka menghukum kita dengan lebih banyak gol, bukan lima saja. Pertahanan kita terlalu lemah dan membiarkan Indonesia mengatur pelbagai corak serangan,” katanya.


Beliau berharap aksi sebegitu tidak berulang lagi berdepan Thailand, Sabtu ini.


Diasak sejak awal permainan, Malaysia tetap mampu bertahan dengan baik dan hasil satu serangan balas pantas, Nor Shahrul Idlan Talaha berjaya menenggelamkan seketika ‘amukan’ pemain tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-18 selepas menerima hantaran lintang Safee Sali.


Serentak jaringan itu, Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika dan masing-masing kelihatan tertekan tapi kembali ceria apabila bola yang membias selepas terkena badan tonggak pertahanan, Mohd Asraruddin Putra Omar, menggegar jaring sendiri pada minit ke-22.


Jaringan penyamaan itu ternyata berjaya melonjakkan kembali semangat juang Indonesia dan anak buah Alfred Riedl itu kembali melakukan asakan demi asakan ke kubu Malaysia.


Hantaran lintang Oktavianus Maniani pantas disambar ayam tambatan Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzalez untuk memberikan pendahuluan 2-1 pada minit ke-35 dan kedudukan itu kekal hingga pengadil Vietnam, Vo Min Tri meniupkan wisel menandakan tamat aksi babak pertama.


Bermula babak kedua, Indonesia menggunakan sepenuhnya kesempatan beraksi di tempat sendiri melakukan asakan bertali arus hingga ada kalanya, anak didik Rajagobal kelihatan terkial-kial mempertahankan kubu.


Pertahanan Malaysia sekali lagi menerima padah kerana gagal mengeluarkan bola dan kesempatan itu mudah diambil Muhammad Ridwan menghasilkan gol ketiga Indonesia pada minit ke-59.


Mungkin kepenatan akibat terlalu kerap diasak sedangkan impian Malay sia menambah jaringan kelihatan agak mustahil, Mohamad Muslim Ahmad melakukan kesilapan dan gagal mengawal dengan baik bola sepakan percuma diambil Muhammad Nasuha hingga membolehkan Arif Suyono melakar gol keempat Indonesia pada minit ke-80.


Irfan Haarys Bachdim melengkapkan kemenangan besar 5 -1 Indonesia selepas menerima hantaran lintang Oktavianus pada minit ke-90.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:47 PM | Show all posts
sebahagian besar daripada kira-kira 70,000 penonton enggan berdiri untuk menghormati lagu Negaraku ketika dimain kan, lebih memalukan lagi apabila jeritan ‘Maling’ dan ‘Ganyang Malaysia’ dilaungkan seiring dengan nada lagu kebangsaan Malaysia itu.


Sikap yang tidakkan berubah cam yang suka berak sana sini dan baling tahik kat umah orang lain wpun diorang carik makan dan tidor baring kat umah orang itu umpama binatang yang makan bila disuapkan sambil menggigit tangan tuannya.
Adakah ini contoh rakyat yang kununnnya akan jadi sebuah negara maju,lebe maju dari Amerika ituw ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 12:59 PM | Show all posts
anggap team Selangor lwn Indon je smlm lh x??? (sdap kn ati)
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:00 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:11 PM | Show all posts
8 pemain utama xde..apa leh buat

yg kalah pon 2nd team la kiranya..indon lak guna awang import
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:12 PM | Show all posts
Reply 210# wongedandotcom2









Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:13 PM | Show all posts
5-1 kan....apa pun tahniah Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:16 PM | Show all posts
mesia mmg xd luck la pakai baju kuning ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:17 PM | Show all posts
ok le tu.. daripada kene 55-0...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:17 PM | Show all posts
ANTARA PUNCA-PUNCA KEKALAHAN MALAYSIA
Apa yang ditakuti Rajagobal selepas kehilangan lapan pemain tonggak akibat kecederaan berlaku juga akhirnya walaupun pada satu ketika, anak buahnya mempamer aksi dirancangkan.

Selepas mempamerkan aksi yang yang agak membanggakan di Sukan Asia di Guangzhou, selepas berjaya menumpaskan Kyrgistan 2-1, tumpas tipis ditangan China dengan bantuan refree f*** Ostolia berat seblah 4-3, tumpas pada Jepun 2-0 dan tumpas pada Iran (haku tk ingat), Mesia suda kehilangan 8 tonggak utamanya. So pekajadahnya pi hantaq pasukan kt Piala Suzuki AFF ni kalu dah tau pasukan dah tempang. Ni namanya sengaja mencari / menempah maut (suicidal team). kalu nak cari pengalaman dah pendedahan pun, pi le cari kat tempat yg sepatutnya seperti buat friendly match dgn team yg bagus2,bknya masuk tournamen ni, kalau kalah dgn margin yg kecil,okla, tapi bila kalah besar, ini hanya akan menjatuhkan moral pemain-pemain, penonton dan rakyat juga negara sendiri. Team lain takkan amek port pun kita main full eleven ka main amek player tempek2 ka, yg penting mereka dah kalahkan kita dengan jaringan yang besar. ADA HAKU KESAH ?
Saya rasa punca sikap pemain kita terlalu mahu mempamer aksi terbaik pada perlawanan tadi. Ternyata sikap itu memakan diri sendiri.

Iyela dah namapun team nak cari pengalaman dan pendedahan, mmngla depa ni kurang pengalaman main dlm 1 team, so memasing main ikut pale sendiri le pasal mungkin kurang sefahaman lagik.

Beliau turut menyalahkan benteng pertahanan terlalu kerap melakukan kesilapan dan memudahkan Indonesia menjaringkan gol demi gol.
“Kita hilang disiplin di benteng pertahanan. Pada setiap kali Indonesia melakukan serangan balas, mereka kelihatan pasti menjaringkan gol dan pada jangkaan saya, mereka menghukum kita dengan lebih banyak gol, bukan lima saja. Pertahanan kita terlalu lemah dan membiarkan Indonesia mengatur pelbagai corak serangan,” katanya.


Suda tahu letak le banyak siket Keta Kebal, Keta Perisai dan Meriam Penangkis, kasik kuat siket defence.
Aiseh, suda la kita asek defence bila kena baling ngn bom tahik aritu, inipun asek bolos je bila lawan Hindon ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 01:25 PM | Show all posts
Reply 216# YeOpInDiE








Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:27 PM | Show all posts
semalam....tragedi sate Kajang Hj Samuri. aku entertain a group of people di salah satu cawangan Sate Hj Samuri. memang aku tak pernah tengok macam ni...semua pekerja dia layan lebih kurang aje...lepas serve semua berkumpul depan TV (di kedai sebelah! restoren sate tu tak de TV) sambil bersorak! ada yang berpeluk sesama sendiri!

someone said...diaorang tengok bola tu...mesti Indon main.Lawan siapa hah? Apasal banyak bersorak? Banyak sangat ke gol???

Nasib baik mat-mat salleh (from Spain) dalam group aku tak tanya, bola tu siapa lawan siapa.

barulah aku tahu rahsia...memang semua pekerja Sate Kajang ni cakap Indon...tapi aku ingat Jawa spesis Khir Toyor. Yelah,Kajang tu asalnya penempatan Jawa. Aku sangka mereka anak-anak buah Hj Samuri....Semalam terbukti bahawa mereka adalah Indon sejati yang memakai uniform biru sate Kajang.

moral of the story: kalau ada Indon kat TV lawan bola/badminton etc....jangan masuk restoren yang pekerjanya Indon!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:32 PM | Show all posts
semalam....tragedi sate Kajang Hj Samuri. aku entertain a group of people di salah satu cawangan Sat ...
tecito Post at 2-12-2010 13:27



Hj.Samuri siap buat kan rumah flet utk pekerja2 indon nya yg beratus org tu..x percaya?..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:38 PM | Show all posts
Reply 209# mey_1468

nanti marah usop tau.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.486085 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list