CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eazzad

Negeri Perak penuh misteri

  [Copy link]
 Author| Post time 26-5-2011 01:55 PM | Show all posts
ye... sebenarnya penjaga... aku ni kurang sihat sebenarnya.. nak scan pun susah sebab sesema, batuk, demam ditambahkan lagi sakit gusi... semalam aku pergi klinik gigi.. doktor cakap kena cabut jugak gigi tu sebab tajam sangat... sampai gusi pun lembek dibuatnya... lagi pun memang betul pun.. gusi aku selalu bengkak... tapi semalam sampai naik urat semua bagai.. sampai leher pun sakit hingga kepala.. nak demam pun ada... nak tak nak cabut jugak...

nanti ada masa aku scan yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 03:01 PM | Show all posts
assalammualaikum....
assalammualaikum....

aku buka thread ni sebab ramai yang ingin tahu mengenai PERAK.... kita semua tahu negeri Perak ni banyak sejarah2 dari Sultannya, panglimanya sehinggalah rakyat2nya... di negeri Perak ni pun banyak keturunan, Mandhailing, Jawa, Banjar, Rawa, Pattani, Mamak dan Bugis....

cerita2 dari kisah panglima2 sultan perak ni pun bukan calang2 orangnya... memang dalam sejarah... omputih2 pun takut dengan panglima2 sultan... kira macam samurailah... tapi aku buka ni bukan nak cerita bab sejarah... tapi Perak memang penuh dengan MISTERI...

aku perkenalkan diri aku ni.... sebenarnya aku ni di lahirkan di Kuala Lumpur tapi dibesarkan di Perak... Ayah aku ni orang parit belah layang kanan... kalau sebut je kat situ nama tok norodin semua orang kenal...

mak aku pulak asal di telok intan... tapi hidup aku ni dengan family aku hidup merantau... dari selatan perak sampailah ke utara perak aku ni dah duduk.... jadi aku ni selalulah mengikuti cerita2 misteri di perak...

jadi jika sesiapa yang nak bercerita pasal tempat2 di negeri Perak memang dialu2kan...

eazzad Post at 25-5-2011 08:05


Acheh pon ada...belah2 layang2 kiri sana...tgk kulit derang kaler cerah mata pon coklat2 skit...


layang kanan tu kg sebelah jea ngan kg saya...sy sebelah hulu kg layang kanan..ntah2 kita sedara bau2 doyan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 03:02 PM | Show all posts
Reply 178# twins

sori ye, aku nk tolong gelak kat ayat ko ni boleh?.....
yenil rasa twin ada sumer tu dlm diri tapi tak diasah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 03:39 PM | Show all posts
Reply 205# yenil95


    part mana yg tak di asah tu?  part penakut tu ker ??  aku ni sebenarnya yenil berani2 takut.... aper orang2 sekarang cakap... feeling2 berani gitu....  tapi  yer lah... tengah belum pernah jumpa betul2 terpacak depan mata benda yg bukan2 boleh la nak feeling2 berani... rasanya kalau dah 'tersengih' benda2 tu depan mata... bukak langkah seribu la kut....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 03:41 PM | Show all posts
kalau sultan ni nak ditabalkan nak jadi sultan perak.. dia kena naik rakit bersama yang orang boleh naik rakit tu untuk temankan dia ke tanah abang... orang tu pun orang yang boleh menabalkan sultan tu... contoh moyang tiri aku tulah dia yang akan aturkan untuk sultan naik ke rakit... dan ditemankan pulak arwah nenek aku... mak aku cakap.. kalau sultan tu bukan sultan yang sebenar.. sultan tu xleh naik rakit.. air sungai akan bergolak2.. kuat dan akan hempas rakit tu pecah.. dan dia memang xboleh ditabalkan...

jadi dalam perjalanan sultan ni nak ditabalkan di mesti ditemankan orang2 yang boleh bwa dia ke tanah abang melalui sungai perak... apabila sampai ke tanah abang tu... sultan akan pijak kakinya kat tanah tu... tanah tu akan naik jadi daratan... kalau dia betul2 sultan perak.. kalau bukan tanah tu akan tenggelam...

itu yang aku tahu dari family aku..
eazzad Post at 25-5-2011 14:29


bukan tanah abang...beting beras basah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 04:19 PM | Show all posts
...
tapi setahu aku... kalau ikan tapah xleh makan itupun orang2 manhdailing jugak kan?? sebenarnya aku pun kiri kanan ada darah mandhailing... tapi aku sendiri xtahu salah silah orang2 mandhailing ni...

orang2 mandhailing dulu datang bukan bawa sehelai sepinggang tapi bawa peti2 emas... diorang memang orang2 kaya2... itu yang aku tahulah.. tapi kalau ada sesiapa yang berdarah adam malik tu kira aku dengan dia sedara dekatlah tu.. dan nasution ni memang sedaralah.. margax3....
eazzad Post at 25-5-2011 14:46



keturunan pak kadok yg x lih makan ikan tapah bukan keturunan mandeling
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2011 04:28 PM | Show all posts
Reply 200# kazman


   haaaaaa...the moral of the story, jangan derhaka...tu baru 'penjaga' yg hukum, belum Allah lagi...haaaaaihh dgr cite camni tobat taknak sakitkan hati mak...bahaya ni!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by catalina at 26-5-2011 16:36
...Kalau org tu ada bau bacang ngan keturunan Sultan Perak ni nama dia akan ada Wan ya?Ingatkan org Kelantan je yang bermula dgn nama Wan.
  Saya ada sorang kwn.Dia kata dia asal Kuala Kangsar.Dan ayah dia ada kaitan dgn Sultan Perak.Tapi ayah dia kahwin ngan pempuan biasa.Nama dia bermula dgn Wan.Saya mulanya tak percaya dgn cerita dia.tapi klu dah kat sini kata Wan tu ada kaitan dgn susur galur Sultan Perak mcm bleh percaya la cerita dia tu.Tapi katanya di KK dah tak der keluarga dia dah.Ayah dia dah meninggal.Mak dia duk ngan dia kat KL.
zuraida8177 Post at 25-5-2011 22:04


ada jugak keturunan WAN di Perak yg asal dr Pattani....cthnya : Dato Seri Wan Mohammed (arwah) bekas MB Perak
ini kuturanan Pattani susur Wan Ahmad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply 196# eazzad


   entahlah..mungkin ya mungkin tidak..tapi memang telah diakui oleh atuk2 sedara keluarga kami mmg ada penjaga..alhamdulillah,belum ada tanda2 yg penjaga ni jenis mengarut punya...dia tak mengacau..dia protect diam2 je..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 05:23 PM | Show all posts
thanx diatas penjelasan
kalau yg nama Mior, Megat tu keturunan apa ya eazzad
immortallez Post at 26-5-2011 10:39



mior ni mmg keturunan raja yg kawen org biasa...sumtin like keturunan bukan berdarah "gahara" (x sure),,maknanya mak rakyat biasa...kalau laki2 nama bermula "MEOR" perempuannya lak dinamakan bermula "MAI"
Megat di Perak ni keturunan Megat Terawis - kena panggil keturunan Megat Terawis Clan masuk sini utk citer lah bab nama Megat di Perak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 08:11 PM | Show all posts
Reply 213# catalina


terima kasih diatas penjelasankalau yg lelaki megat, yg pompuan puteri kan
mcm anak arwah dato megat junid tu
kalau nama 'tajul' ...adakah berasal dari Perak gak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 09:21 PM | Show all posts
Pagi tadi keluar rumah dalam jam 4 lebih pagi bertolak ke Alor Setar.Kereta yg dipandu suami mcm nak mati lepas lalu kat tol.Cuma boleh gerak guna gear 2, 20km/j.Kereta dah jadi berat mcm lori yg guna jln kat Grik tu.Takut pun ada juga terpaksa bagi lampu kecemasan sbb takut kena langgar pulak dgn kenderaan dari belakang yg laju2 semuanya.
  Dah la mlm sebelum tidur baca benang ni.Paginya pulak kereta jadi berat.Memang teringat mcm2 cerita.Dlm hati tak habis2 membaca segala ayat dan surah serta berzikir.Tak bagi tahu apa2 pun kat suami.Anak kat belakang ada yg tidur ada yg tak lena.Nak berhenti takut pulak.Sampai kat Bukit Gantang barulah kereta betul2 elok dan akhirnya selamat sampai ke Alor Setar.Dan dari Alor Setar balik ke Ipoh pun Alhamdulillah lancar perjalanan.Tak berani nak balik lewat malam.Jam 3 dah bertolak semula ke Ipoh dan sampai Ipoh jam 6.15 ptg tadi.
  Masa dah sampai Ipoh baru buka mulut tanya dgn suami kenapa pagi tadi kereta berat semacam.Suami kata dia pun takut dan tak putus2 'membaca' dlm hati.Patutla diam je sepanjang perjalanan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 11:01 PM | Show all posts
Pagi tadi keluar rumah dalam jam 4 lebih pagi bertolak ke Alor Setar.Kereta yg dipandu suami mcm nak ...
zuraida8177 Post at 26-5-2011 09:21 PM


takut la kak
dune selalu ride motor kadang2 memalam kat situ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2011 11:19 PM | Show all posts
catalina : ooo nanti aku tanya mak aku... sebab aku ni pun dah lama tinggal perak... dan xbalik2 sejak pindah ke johor.. jadi dah banyak lupa... hehhehehe..

pasal megat dan mior tu aku pun mcam ada keraguan.. sebab dulu aku ada ubat sorang pesakit ni keturunan mior... tapi dia keturunan raja... tapi aku xpastilah dia tu perak atau x..  junior aku pulak cakap .. dia gunakan nama mior tu sebab kat situ ramai yang bergelaran mior... jadi diorang pun menggunakan mior untuk keturunan dia.. macam tulah kata dia tu...

setahu aku selama ni tahu sepupu mak aku yang bernama megat dan wan ni sebab dah kawin dengan kebanyakan... itulah namanya.. sama jugak kawan aku di poli... maknya adalah sepupu dengan raja nazrin... nama kawan aku pun wan... kawan mak aku pun sama jugak keturunan raja musa... disebabkan dia perempuan.. anak dia semua namakan wan... kalau yang lelaki kawin dengan kebanyakan masih bernama raja... itu je yang aku tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 10:03 AM | Show all posts
setau naga megat nih... yg kawen org kebanyakkan...

macam wan aku tak pasti pattani ke tak...
wan muhammad tu dua pupu mak aku...
dan kami mmg berdarah pattani....

dari segi rupa paras.... mak aku jek version lain....
mata coklat cair kulit putih n nipis... rambut pon perang...
sedara mara lain.... semua kulit putih.... rambut lebat hitam....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 10:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by catalina at 27-5-2011 11:52

Salam pagi Jumaat,
ada satu kampung d Lenggong - kampung Banggol Belimbing org kt situ majoriti menggunakan nama Mior atau Wan - yg ni keturunan Pattani...tp bukan sbb keturunan raja....



Ada kisah ttg kedatangan Mandeling ke Perak yg diberitahu to me this morning.... (rujuk semula buku Cempakasari)


Org2 Mandeling di Perak ni berasal dr Sumatera yg lari disebabkan pergaduhan di tanah seberang.
Mereka ni nak membuat pertempatan baru di Beruas...dan tanpa kebenaran pembesar yg memerintah Negeri Perak waktu itu (sblum wujudnya KeSultanan di Perak) di situ iaitu Dato Temong & Tun Saaban.

Pembesar2 ni mengarahkan Nakhoda Kassim mencari anak Raja Melaka utk ditabal sebagai sultan di Perak. Nakhoda Kassim telah mudik hingga ke Kampar Sumatera (sultan melaka lari dr serangan Portugis ke Kampar)  dan mengambil anak Sultan Melaka di situ (Sultan Muzaffar I (1549- 1549 gelaran selepas menjadi sultan Perak) lalu di bawa ke Perak & bahtera sangkut di Beting Beras Basah...di sini anak raja Melaka ni berseru...


‘Sekongkong tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Dilengkung Ular Saktimuna, Perpisahan Beta di Selat Melaka, Jika sah Beta Raja Berdaulat, Lepaskan Sekalian Malapetaka,




selepas itu barulah bahtera baginda lepas dr sangkut di Beting Beras Basah & sampai ke tebing sungai seterusnya dibawa ke Tanah Abang....

dengan perlantikan ini lah maka Perak adanya Sultan hingga sekarang & Org2 Mandeling di waktu itu terpaksa akur dgn kedaulatan Sultan yang baru ni.


lepas ni kita if ada yg nk tau kisah Beting Beras Basah sy akan pastekan...sebab ada yg kata tmpt tu Keras & ada penunggunya - waallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 10:53 AM | Show all posts
saya berminat nak tau pasal beting beras basah
nanti story ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 11:28 AM | Show all posts
saya berminat nak tau pasal beting beras basah
nanti story ye
immortallez Post at 27-5-2011 10:53


Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.

Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.

Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu.

Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.

“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.

“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.

Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.



“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.

“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.

Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.

Bagi Pak Engku, lokasi Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak dan menghala ke selat Melaka itu juga kaya dengan pelbagai misteri tersendiri.

“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.

Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.

“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.

Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.

“Saya bermimpi seseorang berpakaian ihram, duduk di atas sejadah mengarahkan supaya saya ke Beting Beras Basah. Saya ingat tarikh pertama kali ke sana iaitu 5 Januari 1976. Pada jam 6.30 pagi saya bertolak dari jeti Sepani Kampung Kayan, Bagan Datoh menyusuri Sungai Perak sehingga tiba di Beting Tepi, tempat pertabalan Sultan Perak pada jam 7.00 pagi.

“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.

Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul.

“Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.

“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.

Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.

“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.

“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.

“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.


   


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 11:31 AM | Show all posts
Salam pagi Jumaat,
ada satu kampung d Grik - kampung Benggol Belimbing org kt situ majoriti menggun ...
catalina Post at 27-5-2011 10:50


banggol belimbing kat lenggong...
kat gerik banggol berangan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 11:35 AM | Show all posts
catalina Post at 27-5-2011 11:28


jauh la kan beting basah dgn kuale...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086171 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list