CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

[HIJAB BEST]The Haunted Mansion [ koleksi kisah seram aku ]

[Copy link]
Post time 15-9-2014 04:24 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 12-8-2013 02:41 PM
Mintak maaf buat semua tertunggu lama  ada hal yang terpaksa dibereskan semalam. Syukur Alhamdulil ...

A'uzu billahi min ash shaitani r rajimi Bismi 'llahi 'r-rahmani 'r-rahim

good experience.. mulut aku ternganga baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 07:59 PM | Show all posts
Thank u TT. Mmg insaf baca kisah TT. Update la lagi. Dh addicted ni. Baru ter discover thread ni harini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
hai semua...
terlalu lama momo tinggalkan thread ni sbb tersangat la busy. maaf ye!!
selama ni mmg momo ada cuma sr je kt board ni sbb kekangan masa utk update.
yg pasti bnyk pengalaman2 baru utk momo share dgn semua. setelah lama menghilang. harini momo akan share satu kisah tentang jin yg suka bertandang dkt tandas yg dimasuki wanita. sabar yea momo update kisah baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelum saya mulakan cerita, saya nak beri penjelasan sedikit huhu.

saya bukan cik es.. saya salah seorang sr cik es dulu..

kehilangan saya yang lama adalah disebabkan kekangan masa. memang tak sempat sangat2.

comment2 yang anda semua tinggalkan, tak semua saya sempat balas.. kalau ada yg urgent, harapnya pmkan kepada saya ye.

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Saya seorang student. ya, masih lagi student. muda lagi hehe. harini saya tidak dapat menghadiri kelas angkara sakit kepala yang makin menjadi jadi akibat assignment yang  berlambak. masuk semester yang baru ni rasa nya azab sungguh.. asam garam seorang student..

maka tidak wujudlah seorang manusia pun ketika itu di blok saya. yang ada hanya saya dan 3 ekor meow merangkap penghuni tetap blok saya.. pukul 9 pagi, saya melangkah ke tandas. basuh muka apa yang patut.. bila saya memasuki tandas, saya lihat berpuluh jin bertenggek di dinding pemisah tandas ke tandas yang lain (leh imagine tak? huhu) jin yang ini memakai jibah hitam, rambutnya panjang kusut tapi jarang2, hidungnya luas, lidah panjang yang amat dalam 1 meter.. matanya merah tersembul. panjangnya lidah mereka hinggakan mereka bertenggek di atas penghadang pun, lidah mereka masih boleh mencecah lantai tandas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tahu apa yang mereka cari?

ya... tuala wanita yang tak dibasuh. lihat sajalah lidah mereka. jin ini selalunya banyak di tempat atau lebih spesifik, tandas di mana pengguna nya tak basuh tuala wanita yang mereka telah guna.. kiranya jin ini akan jadi regular customer manusia2 ini dengan menunggu mereka penuh sabar di tandas yang mereka selalunya guna. al maklumlah student kan, bila toilet banyak2 ni mesti ada satu toilet fevret yang selalu digunakan termasuk saya ahaks

nasib baiklah, tiap kali sebelum saya ke tandas, toilet fevret saya, haruslah saya bersihkan dulu dari jin2 ini sebab manusia mana entah guna lepastu buat onar. memang nak marah la kan. toilet lain saya biarkan. kadang2 saya selalu mintak biar jin ni jelmakan diri depan mata diorang.. baru mereka lihat sendiri betapa jijiknya jin ini menghisap menjilat2 kesedapan darah2 kotor tu.. baru reti nak basuh. geram yang amat..

hidung jin yang luas ini gunanya untuk hidu bau manusia2 yang malas basuh tuala wanita mereka sendiri. lebih malang lagi kalau perangai malas nak basuh tu memang sejak azali dipraktikkan sampai la ke besar dah jadi mak orang, memang jin tu akan follow manusia2 ni kemana saja sebab jin ni memang tau mesti ada stok buat diorang. kadang2 ada jin yang bergaduh2 sesama sendiri sebab nak lebih, tak nak berkongsi dengan jin lain. ya Allah gelinyaaaaaa

banyak lagi jin yang suka ikut manusia ni mengikut perangai masing2. ada jin yang ikut manusia kedekut tak bayar zakat, yang mandi tak berkemban (selalunya perempuan la kan..), makan tak habis, pengotor, pemalas, kuat on*a*i (selalunya lelaki dan mmg banyak jin ni sebab ramai manusia jenis ni errrrrr) dan banyak lagi. malangnya, saya yang berupaya melihat jin2 ini dapat interpret sikit2 sifat2 orabg disekeliling saya berdasarkan jin2 yang setia mengekori anda tapi saya tak hukum orang.. biarlah, setiap manusia ada peil perangai masing2. siapalah saya untuk menghukum.. semuanya saya layan sama rata, macam tak nampak apa2 walaupun kadang2 facepalm jugak sbb tak sangka kan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hikmah kisah kali ini, bagi yang wanita, jangan malas basuh tuala wanita.. maaf sebab open, tapi yang ini sangat perlu ditegur. kadang2 dah jadi mak orang pun masih ada tabiat tak sihat ni.. benda tu kotor, dan menjadi makanan jin2. mula2 depa ikut, lama2 depa bagi gangguan. sakit kepala, mudah demam, lesu sebab depa dah mula nak serasi dengan body kita. lama2 depa mula nak menjelmakan diri. mula lah nampak kelibat sana sini. lepastu cari ustaz sana sini mintak air penawar.. maaf kalau terkasar bahasa, tapi dari pengamatan saya, kebanyakannya datang dari khilaf diri kita sendiri.. bukan jin tu suka2 nak ikut kita. kita yang seakan akan menjemput. "haaa mailah duduk dengan aku, tiap2 bulan aku bagi pad free kat hgpa" macam kita bagitau macamni kat depa tapi secara tak langsung.. berubahlah, masih belum terlambat, asalkan kita sedar..

dan, bagi yang ada tabiat buruk, buanglah perlahan2.. walaupun kebanyakan orang lain tak nampak, tapi ada juga orang yang tahu walaupun tak nampak. faham maksud saya? dan yg paling penting, Allah nampak.. ingat yang satu itu pun cukuplah. pupuk sifat malu dalam diri, setiap yang aku lakukan Allah tahu, Allah nampak. Insya Allah membantu kita untuk menyemai sifat malu dalam diri..

dan buat yang suka beribadat dan amalkan sunah2 baginda seperti bangun tahajud, amalkan zikir2 tertentu seperti bismillahillazi la ya durru pun ada jin yang mengikut. tapi jangan risau. jin ini jin islam. mengikut kerana berkenan dengan amalan kita dan ingin menumpang rahmat, kadang2 join kita beribadat sekali. subhanallah..

sekian, maaf jika ada yang terasa hati, tersentap, terasa dan ter ter terrr lagi saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. sekadar berkongsi dan mengingati antara satu sama lain. sesungguhnya sudah fitrah manusia melakukan kesilapan. maka saya dengan rendah dirinya memohon maaf..

kisah2 lain akan saya update esok paling cepat sebab banyak assignment huhu.

saya tutup dengan lafaz, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.. salam jumaat buat semua muslim..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2015 03:54 PM | Show all posts
mohon jangan amik masa yg lama lagi untuk updet ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
insya Allah, maaf ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2015 04:02 PM | Show all posts
Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh wahai cik tt
Lama betul tggu tt update benang ni

Mohon sambung cerita agar jd pengajaran yg menginsafkan buat kami semua  
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 12:44 AM | Show all posts
Welcome back @Momo_elly, terima kasih sbb sudi berkongsi kisah n nasihat2 berguna...buat pedoman untuk kita semua...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 12:45 AM | Show all posts
Lepas ni jangan menghilangkan diri lama2 lagi tau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 12:50 PM | Show all posts
Hai semua.. seperti yang dijanjikan, harini Momo nak update kisah terbaru. Memandangkan time ni free lg sebelum lunch dan assignment, momo curi masa ni untuk update.

Harini nak update pasal kisah momo dan orang yang bakal menemui ajal.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur ke hadrat Illahi, setelah seberapa lama hijab saya dibuka, Allah taala mengurniakan satu persatu anugerah yang mustahil dapat direka oleh akal manusia sendiri melainkan dengan ilham yang diberi Allah taala.

Antara anugerah yang dikurniakan pada peringkat awal yakni setelah hijab saya dibuka ialah, hati saya dicuit satu perasaan, tatkala saya melihat mana2 orang yang bakal menemui ajal pada waktu terdekat. Selalunya, mulut saya tiba2 akan berkata "tak lama dah orang ni" secara tidak sengaja. Selalunya hati ini akan merasa gundah gulana, gusar, satu perasaan yang berat apabila melihat mereka.  Mata hati saya pula akan melihat orang ini seakan akan raut wajahnya jatuh, berjalan bongkok, wajahnya menjadi sedikit tua dari umurnya. Contoh, umur orang ini adalah 30 tahun. Tetapi saya lihat raut wajah mereka seakan umurnya 40 tahun. Raut wajah mereka tampak tidak ceria walaupun mereka sedang bergelak ketawa. Mata hati saya juga akan dapat mengesan satu lembaga yang berpakaian hitam, besar. Setia mengekori orang ini kemana mana sahaja, tak lekang walau sesaat. Pada hemat saya, mungkin inilah yang dikatakan Allah dalam al quran. Inilah dia rupa malaikat maut...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya tak update tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 01:55 PM | Show all posts
Kebolehan melihat golongan malaikat ini dikurniakan Allah buat saya sejurus selepas saya dapat melihat makhluk halus. Dan dituruti anugerah lain (berkaitan pembukaan hijab) sesungguhnya janji Allah itu benar. Azab kubur itu benar. Syurga dan neraka itu benar. Dajjal, yakjuj makjuj itu benar. Imam Mahdi itu benar. Hanya selepas saya dibuka hijab, kebenaran itu semakin jelas..

Berbalik kepada kisah tadi, saya pernah melawat waris yang sakit.. pada hari saya yang ke sebelas. Orang nya sudah uzur. Namun masih boleh berkata2, makan, senyum. Waris yang ini bukanlah waris yang rapat dengan saya. Tapi sudah jadi kebiasaan saya, tiap kali saya pulang ke kampung dan mama saya berniat menziarahi orang sakit/meninggal, saya akan turut serta. Habit yang satu ini saya peroleh selepas saja saya dibuka hijab.

Ramai waris2 lain yang ada dirumah orang tua uzur ini. Tambahan pula waktu itu kehangatan hari raya masih terasa. Sanak saudara pula ramai yang pulang ke kampung. Bimbang tak berkesempatan untuk menziarahi orang tua ini pada masa akan datang melihatkan keadaannya yang semakin uzur. Saya duduk berteleku disebelah mama, perlahan2 menghampiri orang tua ini. Jauh di sudut hati, ada satu perasaan yang amat kuat meminta saya mengusap tangan orang tua ini. Lantas saya capai tangan orang tua ini dan mengusap tangannya perlahan. Terasa kedut2 di tangannya, seiring denga  lanjut usia orang tua ini. Terbayang pula bilamana suatu hari nanti, aku akan mengusap tangan berkedut mama pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 01:56 PM | Show all posts
Ya, mama tidak akan selamanya ada di sisi. Aduhai, sebak pula dada..

Ketepikan drama tak berbayar itu tadi, saya memejam mata. Ingin melihat apakah ilham yang diberi Allah taala atas orang tua ini. Selalunya begitulah, apabila ada ilham yang bakal diberi, automatik saya akan memejam mata. Lebih mudah dilihat..

Saya dapat melihat suatu taman yang sungguh cantik dan damai. Sejuk dan tenang. Hening, tapi tidak pula sunyi. Kemudian ada pula sejenis burung yang teramatlah indah, putih bak kapas.. tatkala melihat burung ini, baru saya tersedar.. Ya Allah, inilah Taman Raudhah. (Kisah Taman Raudhah ini bakal diceritakan pada kisah yang lain)  saya berpaling ke arah kanan, (ketika ini saya masih memejam mata), dan melihat seorang gadis yang amatlah molek rupanya.. iras2 orang tua ini, namun rautnya jauh lebih muda. Tersenyum sambil melambai2 ke arah saya. Berpakaian baju kurung putih yang bermanik2 namun tidak pula bertudung. Rambut ikal mayang panjang takat pinggang dilepas.. sesekali terbang lembut ditiup angin. Tahulah saya, bahawa orang tua ini tempatnya kelak di mana. Ya Allah, bertuahnya hambaMu yang dipilih olehMu untuk bersemadi di Taman Raudhah..

Tangan yang melambai2, maksudnya orang tua ini akan pergi.. saya membuka mata, dan melihat tanda2 orabg yang akan pergi sudah cukup lengkap ada pada orang tua ini.. akan tetapi saya tidak gusar, kerana orang tua ini bakal ke suatu tempat yang sungguh istimewa di alam sana kelak.. Alhamdulillah, saya tumpang gembira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 01:59 PM | Show all posts
Saya berbisik kepada mama, bahawa orang tua ini sudah tidak lama.. dia akan pergi dalam masa 2 3 hari. Esoknya, saya dimaklumkan bahawa orang tua itu telahpun meninggal dunia selepas azan zohor. Innalillah..

Malam itu, saya dapat melihat kelibat orang tua ini, tetapi dalam versi seperti yang saya jumpa di Taman Raudhah. Muda, indah paras rupa, dan berbau wangi, semasa saya baru hendak melelapkan mata. Dia tersenyum lalu meminta izin untuk "naik ke atas" kerana ada "kerja". Saya mengangguk tanda faham sambil tersenyum. Salam diberi, dan setelah dijawab, orang tua ini berlalu pergi. Bukan terbang ya. Kalau terbang ni namanya kak pon atau kak lang. Itulah kali terakhir saya bertemu orang tua ini..

Dan pengalaman yang lain lebih kurang serupa, cuma bergantung. Ada yang indah, ada yang ngeri raut wajah mereka ketika hampir menemui ajal. Tetapi yang ngeri ini agak susah di"trace" semasa mereka masih hidup. Selalunya sesudah nyawa dicabut iaitu semasa jenazah mereka diuruskan sebelum dikebumi, mereka akan mencuri peluang untuk bertemu saya atau arwah abang. Arwah abang saya ini saya dapat lihat secara mata hati. Kami sering bertemu, berborak, bergurau cuma iya lah, tidak akan sama seperti saat dia masih hidup. Rindu masih terasa. Kerana arwah abang jarang ada kelapangan. Selalu ada "tugas" yang menanti. Kalau ada yang tanya saya macam mana arwah abang boleh jumpa saya sedangkan setelah mati, mustahil untuk manusia berjumpa dengan mereka lagi kerana seksa kubur dsb,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2015 02:00 PM | Show all posts
Maaf saya tiada jawapan untuk itu.. Allah membenarkan saya melihat apa yang dikehendakiNya. Dan bagaimana cara saya memastikan itu memang arwah abang dan bukan jin yang menyamar, saya ada cara saya. Dan ya, itu memang abang saya. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan buat saya dan keluarga untuk masih berhubung dengan abang.

Selalunya, roh2 yang datang menemui saya sebelum mereka dikebumi adalah dalam keadaan gundah gulana, gusar, gelisah. Pakaian pula koyak rabak, wajah kelam kehitaman. Kata mereka, anak masih kecil, masih belum berjasa buat ibu bapa, masih belum solat.. bermacam2 lg. Dan yang paling saya kesal, selalunya roh lelaki berumur 30 hingga 50 tahun akan mengadu mereka tidak mengendahkan ibu bapa semasa hayat mereka. Mereka masih tidak dapat berbakti apatah lagi membalas jasa dan mereka tahu, azab yang perit menanti mereka untuk itu. Oleh kerana saya sibuk (masih belajar), ada kelas dsb, saya minta abang saya saja yang selesaikan. Selalunya abang akan pujuk roh2 ini ikut dia, dan wallahualam tak tahu di mana mereka pergi. Selalunya saya tak ambil tahu..

Saya kesal, kerana orang kita sekarang, ambil rigan terhadal tanggungjawab ke atas ibu bapa. Jika mereka kaya sekalipun, masih tanggungjawab kamu untuk beri duit tiap bulan. Sikit pun tak mengapa. Kadang, mereka tak guna pun duit2 itu.Cukup sekadar kamu beri, sudah tersenyum orang tua kamu kerana kamu masih ada rasa tanggungjawab,sebagaimana orang tua kamu tidak lupa beri duit belanja buat kamu ke sekolah tiap hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 02:03 PM | Show all posts
Jika orang tua kamu sakit, cepat2 pulang jenguk mereka. Sebagaimana mereka tak mampu buat apa2 kerja pun apabila kamu jatuh sakit semasa kamu kecil.

Jika orang tua kamu inginkan sesuatu, cepat2 ikhtiar untuk berikan kepadanya. Seperti gelisahnya ibu bapa kamu memikirkan di mana harus mereka cari wang membeli susu kamu, lampin kamu dan alat mainan kamu semasa kamu kecil.

Jika orang tua kamu tidak merestui hubungan kamu, fikirlah kembali.. kerana mereka mahukan yang terbaik buatmu. Percayalah, segala perit, suka duka berumah tangga, orang tuamu sudah lalui. Mereka tidak mahu kamu menanggung semua itu. Mereka tidak mahu kamu mengalirkan setitik air mata pun.. percayalah, restu dan redha Allah terletak atas restu dan redha orang tua mu. Jika kita rasa kita boleh hidup tanpa redha orang tua, boleh kah kita hidup tanpa redha Allah? Fikirlah kembali..

Saya akhiri dengan lafaz, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

(Kisah Taman Raudhah menyusul kemudian ya.. di hari lain.)
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 02:13 PM | Show all posts
Istimewa cik elly ni nohh...

insap gila baca pesan2 elly ni...x sedaq ayq mata begenang ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
@Momo_Elly bila nye nak sambunggggggggg... we wan more!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.299779 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list