|
Kontrak mengarut - Abam Jed Jaidi vs Ankel David (Ankel David pengecut page 7)
[Copy link]
|
|
haiku posted on 18-10-2013 11:54 AM
Bahasa Melayu.
Kalau guna English nanti lagi ramai yang tak faham pulak
dah tu susah sgt nak faham..tanya je lah kan
|
|
|
|
|
|
|
|
twins posted on 18-10-2013 09:35 AM
aku sikit tak percaya cakap DT tu.. dia tu suka cakap berdolak-dalik macam bagus jer depan wartawa ...
emmm cuba ko letakkan diri ko as DT. Kalo ko jadi owner company pon ko akan buat guideline or SOP semua untuk suma staff ko.
so suma staff once dah sign appointment letter or kontrak maksudnya dah setuju semua syarat etc.
once dah invest utk residen artist, menjadi hak kpd company tu utk buat apa2 saja pada artis dia selagi tak melanggar undang2 or kontrak
sekian..
|
|
|
|
|
|
|
|
DT ni bajet nk jadikan MIG ala ala studio Jln Ampas... semua pelakon residen tkleh bercinta sesama diaorang..bercinta ngan org luar boleh lah .. setakat ni artis MIG mmg kawin ngan orang luar dari MIG.. ada sape ke artis MIG yang kawin sesama diaorg..??kot terlepas pandang
dulu penah baca kt paper..intan ladyana kononnya anak emas MIG sebb bercinta sesama artis MPIC kamal adli..tkde pulak DT marah..org lain ade je kena sound.. tp MIG ni aktif sungguh buat filem.. w/pun kualiti hah hado jahh.. balik balik retis itu je yang berlakon..
akak tkde lah nk sebelah kan memana pihak... anggap je lah wawa and aeril belom matang.. tp sanggup kandung anak ..tkde lah dibuang.. paling kurang depa kawin gak berdua.. dari terus bermaksiatan mcm artis lain.. hal mereka berbohong tu ada lah sebb ttrntu..sbb dah breech kontak..takut nt kena saman.. nama baru nak naik mana la ada bnyk duit nk bayar saman.. |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 18-10-2013 10:09 AM
mmg die ade hak pun....klau kite bos... hire fresh grad.... bg training bagai... hbis2 puluh2 riba ...
abe dino,
iols rasa la kontrak Metrowealth ni dalam English. Wawa tak paham or tak fasih kot english.
hanya faham wording ' no marriage'
|
|
|
|
|
|
|
|
mintak DAVID TEOH tunjukkan blank copy or standard format kontrak tu kat public sebagai bukti kebenaran kata2 beliau |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 18-10-2013 10:14 AM
itulah org tak nmpk.... mostly org melayu tak nmpk itu semua....lain la both of them ni btul2 kuat ...
betul...
waktu bujang la nak pulun keje, kumpul duit kawkaw. bila dah kawen, dah ade anak, ade sedikit had, lagi2 org perempuan...
|
|
|
|
|
|
|
|
govt apply rules tak leh kahwin sesama branch dan department..nnt salah sowang kena transfer...bukan kena buang kerja pun..
mmg kahwin dan bercinta dan mengandung tu fitrah manusia...mana leh dielak..
nnt alasan wawa dan aeril yg mula2 depa sain kontrak tu sbb time tu belum bercinta..so bila dah start berlakon sama under same company baru bercinta kot...
wawa dan aeril ni bodoh sombong...senior depa ada pun yg bercinta dan berkahwin..kenapa tak tanya geng pelakon tu mcm mana..klu dah takut sangat nak jumpa face to face dgn DT..bila nak buat PC leh lak panggil peguam..waktu nak kahwin semua tu x nak lak ajak peguan jumpa DT...boleh saja aeril dgn wawa guna khidmat peguam bila nak kahwin sgt tu...
sbb tu aku kata depa dua ni dikelilingi oleh org2 yg bodoh...buat keputusan yg tak masuk akal..isu kahwin leh dibuat main2..pastu leh buat skrip menipu pulak...
|
|
|
|
|
|
|
|
David Teo: Tak pernah halang artis berkahwin
AKMALIAH RAZAK
18 Oktober 2013
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]
"KENAPA saya terus dipersalahkan dan dijadikan mangsa dalam kes pernikahan Wawa dan Aeril?," soal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIG, Mejar K David Teo, berhubung kenyataan Presiden Seniman,Zed Zaidi, yang mempertikaikan isu kontrak artis di bawah naungannya.
Zed menerusi sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), menyelar isi kandungan kontrak yang didakwa melanggar hak asasi manusia dalam membina perhubungan.
Kenyataan Zed itu, dilihat lebih memihak kepada Wawa Zainal dan pasangannya, Aeril Zafrel, yang sebelum ini pernah mendakwa hubungan mereka dihalang David sehingga terpaksa menyembunyikan pernikahan mereka.
Malah Wawa dalam sidang media sebelum ini, beria-ia mendakwa kontrak yang ditandatangani bersama MIG itu mengandungi perjanjian bahawa dia tidak dibenarkan bercinta dan berkahwin sepanjang berada di bawah syarikat tersebut.
Enggan terus dipersalahkan, David akhirnya bertindak mendedahkan kontrak yang ditandatangani Wawa sepanjang berada di bawah naungan MIG.
Menurut David, kontrak yang disediakan tidak mengandungi sebarang larangan untuk artis MIG daripada bercinta, bertunang mahupun berkahwin.
"Di sini, saya menunjukkan isi kandungan kontrak yang disediakan untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang undang yang dibuat bagi menghalang mereka daripada bercinta.
"Namun, sebelum menandatangani kontrak, mereka perlu membuat pengesahan mengenai status adakah sudah mempunyai pasangan, bertunang ataupun berkahwin.
"Jika mereka bukan lagi 'single', kami akan menyediakan satu borang untuk diisi bagi mengesahkan status itu. Itu sahaja," katanya ketika ditemui di pejabat MIG, Petaling Jaya.
David menjelaskan, setiap individu yang bernaung di bawah MIG perlu menandatangani kontrak yang disediakan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
"Kami ada sembilan garis panduan berhubung kontrak itu termasuk mengelak daripada gejala maksiat, artis ditangkap khalwat dan anak luar nikah, menimbulkan kecemburuan di lokasi dan kontroversi serta syak wasangka.
"Selain itu, ia juga bertujuan mengelak daripada difitnah, diambil kesempatan oleh pihak lain, kehancuran rumah tangga, mengekalkan ikon kepada masyarakat dan mempertahankan maruah artis, keluarga serta syarikat.
"Sepanjang 13 tahun berada dalam industri, saya begitu faham dengan keadaan industri yang penuh dengan godaan dan cabaran. Jadi, jika artis itu faham, ianya tidak menjadi masalah besar.
"Lihat sahajalah Maya Karin, Farid Kamil, Nora Danish, Diana Amir dan Lisa Surihani. Saya tidak pernah melarang mereka untuk bercinta mahupun berkahwin. Malah, setiap kali jumpa Intan Ladyana ataupun Kamal Adli, soalan pertama saya ialah bila nak kahwin," katanya yang menganggap kesemua artis residen MIG sebagai anaknya sendiri.
Sedia bersemuka dengan Zed Zaidi
Mengulas mengenai kenyataan Zed Zaidi berhubung kontrak syarikat produksinya itu, David menyifatkan Zed terlalu terburu-buru.
Menurut David, sebagai ketua untuk golongan artis, Zed Zaidi perlu lebih bijak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Kata-kata Zed sangat tidak waras! Sepatunya, sebelum membuat kenyataan, Zed seharusnya menghubungi saya dan mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu.
"Dalam pada itu, dia perlu membaca kesemua isi kandungan dalam kontrak," katanya yang bersedia bersemuka dengan Zed untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Wawa tak jawab panggilan
Dalam pada itu, David turut menyelar dakwaan Wawa yang pihaknya tidak menghubungi dan memanggilnya kembali bekerja.
"Semasa dia bercuti panjang, banyak tawaran yang ada namun dia menolak. Namun, selepas dia kembali ke ibu kota, kami menghubunginya banyak kali. Namun, dia tidak memberi respons.
"Pintu MIG masih terbuka luas untuk Wawa. Saya faham, dia masih muda dan tidak matang. Jadi, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan kepadanya.
"Mengenai dakwaan dikuarantin, saya tidak pernah berbuat demikian. Ketika menjalani filem, Sumpahan Kum Kum, di Ijok, mutu lakonannya tidak bagus dan pengarah filem itu, Ismail Bob Hashim, bertindak 'memegang' Wawa untuk menghayati watak," katanya yang mengakui kontroversi ini tidak pernah mengganggu perjalanan MIG.
Kesal dengan apa yang berlaku, David berkata, ini bukan kali pertama artisnya berbuat demikian, malah akui David dia sudah lali dengan masalah artis yang tidak menjaga tingkah laku.
"Namun, kes ini dilihat lebih berat apabila artis itu memburukkan syarikat dan saya sendiri," katanya mengakhiri perbualan.
David juga menafikan dakwaan Aeril dan Wawa mengenai larangan bercinta kerana perkara ini telah ditanya beberapa kali kepada pelakon itu.
"Saya ada dengar mengenai gosip Wawa bercinta dan berkahwin. Saya memanggilnya untuk mendapatkan kepastian, tapi dia tidak mengaku. Pernah juga dia berkata dengan nada tinggi, 'Bos, saya sudah dewasa!'.
"Saya tidak marah, cuma ingin bertanya kerana saya akan tanya kepada semua anak-anak (artis residen) saya jika ada gosip.
"Kalau dia mengesahkan pernikahan itu, sudah pasti saya juga gembira. Malah, segala urusan majlis akan diuruskan oleh MIG tanpa sebarang caj. Seperti artis MIG lain, saya akan hadiahkan dia berlian ketika majlis perkahwinan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wawa ni yang bodoh. Muda lagi agaknye. Dia yang salah,tapi nak menyalahkan orang lain. Dah ko yg sign kontrak tu kan,lgpun bukan x bg kawen pun,yg lain elok je,tp kojgn menyundal or sorok2 kan hubungan je kan. Elok2 ada majikan nak amik ko keje,ko buat taik ngan dia. Pastu ada pulak yg menyokong! |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni boleh x jed jaidi ni senyap aje
bukannya dia nak check dulu isi contract ke apa
main tembak aje
klu x taw jgnlah taram sesuka hati
patut jed jaidi nasihatkan semua artis supaya baca agreement dan jgn sign membabi buta
nnt xdelah isu seperti ini yg nak tutup sana terbukak kat sini pulak
satu lg jgnlah nak salahkan DT semata2, mmg dia cina jd jgnlah kita pun nak jd cam org kafir gak dgn nak melaknatkan org |
|
|
|
|
|
|
|
go DT ! buktikan yang dorang tu saje nak konar baring |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kes Uqasha dah terang2 DT ni kata langgar kontrak, siap nak saman klu x padam gambar dgn Pekin...ni ckp lain pulak..
Artis baru bermasalah, David Teo masih beri muka
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
19 April 2013
BIARPUN tindakan artis barunya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Uqasha ibarat menconteng arang ke muka, Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo masih memberi muka dan peluang kedua buat Uqasha. Ujar David, setiap artis yang bernaung di bawah syarikatnya ibarat anak-anak kecil dan dia sebagai seorang ayah perlu memberi bimbingan agar mereka tidak terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Katanya, dia menganggap segala kenyataan yang dikeluarkan Uqasha, baru-baru ini sebagai kenyataan tidak matang dan berharap agar Uqasha sedar secepat mungkin.
"Kita bukannya halang dia untuk bercinta. Cuma dia masih baru, belum setahun pun bersama MIG dan kita pula mahu membentuk dia menjadi artis yang terkenal dan popular. "Jadi, berilah tumpuan terlebih dahulu terhadap kerjaya. Selepas itu jika mahu berkahwin pun saya tidak kisah. "Biarpun saya kecewa dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan, saya masih berharap dia cepat sedar kerana rugi jika bakat yang ada dipersia-siakan begitu sahaja kerana buta dalam percintaan," katanya kepada Zass. David berkata, ketika awal-awal gambar Uqasha berpegangan tangan dengan kekasihnya, Pekin Ibrahim dimuat naik di laman Instagram, dia sudah memberi teguran supaya membuang gambar tersebut.
Bagaimanapun, Uqasha tidak mendengar nasihat itu dan apabila gambar tersebut sampai ke pihak media, Uqasha menyalahkan pihak pengurusan pula kerana tidak mempertahankannya.
"Saya hanya tersenyum apabila Uqasha menghubungi salah seorang pegawai saya dan mempertikaikan kenapa tidak mempertahankannya daripada terus menjadi buruan media.
"Biarpun dia nampak matang, tapi dia sebenarnya masih keanak-anakan. Kita sudah beri peringatan, bila pihak media mula menyiarkan dan dia sentiasa diburu, kita balik yang dipersalahkan," jelasnya.
Bakal berdepan tindakan
Menurut David, jika Uqasha masih terus berdegil dan melanggar syarat yang termaktub di dalam kontrak, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Uqasha melebihi tahap kesabaran yang ada.
"Rakan seangkatan sudah memberi nasihat, pengarah sudah memberi nasihat, pegawai MIG sudah memberi nasihat, jika dia masih degil, tunggu sahaja surat undang-undang," ujarnya.
David berkata, Uqasha sepatutnya perlu bersikap lebih profesional dan tidak sewenang-wenangnya untuk jatuh cinta dengan hero lakonannya.
"Mereka baru pertama kali digandingkan, jika dia artis yang profesional, perasaan ketika penggambaran tidak akan terbawa-bawa hingga ke luar," tegasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apapun, padan muka...masa menggedik nak jadik retis tak pikir panjang , sain jer kontrak..
Patutnya Wawa ngan Aeril ni bersekedudukan jah, tak payah nikah ,dah sah2 x langgar kontrak
Kalau termengandung, pi gugurkan, apa susah2 nak pikir, halal haram dosa pahala bagai..
|
|
|
|
|
|
|
|
media pun boikot je la dua manusia ni macam si afiq dengan gfnya dulu |
|
|
|
|
|
|
|
sebagai majikan, aku faham David Teo... Staff mmg akan cari pasal dan cari alasan.
Jika kontrak yg DT cakap tu betul, mmg aku sokong dia. Couple tu cari alasan nak cover problem yg dicipta sendiri.
jed jaidi.. blah la plzz.. semak jer.. cari publisiti murahan... kau tak tanya DT lagi dah menyalak.
GO DT.
|
|
|
|
|
|
|
|
wadiunong posted on 18-10-2013 12:19 PM
abe dino,
iols rasa la kontrak Metrowealth ni dalam English. Wawa tak paham or tak fasih kot ...
aku rasa bukan word "no marriage"
tapi "status = married/single" (cross unwanted answer)
so di interprete sebagai "= you married?i prefer single cuz unwanted answer will be MARRIED"(baca dgn slang org baru pandai english)
|
|
|
|
|
|
|
|
hepi la ko wawa & aeril sebab org suma menuding jari kt DT now.
lawak betul la..silap sendiri masih taknak mengaku . cari salah orang lain je |
|
|
|
|
|
|
| |
|