CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Hudud PAS - Potong tangan guna pakar bedah.

[Copy link]
Post time 26-4-2014 07:01 PM | Show all posts

jadik sapa nk potong tangan skang???doktor pun tak sanggup..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 07:32 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-4-2014 03:35 PM
pahit utk ditelan oleh lobai2 lobai2nita semua tu maideen?..

Pendirian tu biar konsisten tak kira berbual dgn sapa pun. Baru ada class!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 08:59 PM | Show all posts
tobby posted on 26-4-2014 04:25 PM
kalau PAS keluar pakatan UMNO gumbira.  kalau PAS nak stay dia kena tegas dgn DAP & PKR. selama ha ...

Sebab tu saya berani kata....ni time PAS rasa lah dan fikirkan apa dosa2 silam mereka pasal hudud ini..adakah selama ini PAS guna akal yg tuhan anugerahkan...atau guna darah?...kalau PAS guna akal...lama dah settle hudud...tapi PAS selama ini guna darah..tak fikir panjang...ni lah sekarang PAS dapat...so..saya tak tahulah sama ada nak nagis atau nak padankan je muka PAS ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:17 PM | Show all posts
tobby posted on 26-4-2014 04:26 PM buat gambar mcm ni utk najib & mahathir takpa. utk Nik Aziz berdosa tau ...  bila agama dipolitaik ...

kalau kena Nik Aziz dibuat gambar dia dicium oleh babi macam Njib kena...dah 100 page dah UMNO kena maki...ni pasal Najib yg kena...macam tak ada apa2 lah...manusia hipokrit lah dinamakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:21 PM | Show all posts
Ku Li bimbang wujud konflik agama
26 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services0

    Hudud       

< 1 / 1 >

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bimbang hukum hudud yang dirancang dilaksanakan Pas di Kelantan boleh menimbulkan konflik agama bagi rakyat berbilang kaum di negara ini.
   
Beliau berkata, sejak Pas menimbulkan semula isu itu, sudah nampak bantahan daripada kalangan bukan Islam, dan Pas juga jelas menolak segala pandangan mana-mana parti gabungannya dalam pakatan rakyat.
   
Katanya keadaan itu sesuatu yang mungkin berdepan dengan kerumitan dan sudah tentu perlu merujuk kepada Perlembagaan negara yang menjadi asas kekuatan kehidupan rakyat berbilang kaum di negara ini.
   
"Bagi kita orang Melayu dan parti Umno tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut (hukum hudud)," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Profesional Muda Tempatan di sini, hari ini.
   
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata masalah yang bakal dihadapi itu perlu difikirkan bersama, sama ada mereka yang berjawatan tinggi atau penduduk biasa, yang berpegang kepada ajaran Islam.
   
Katanya Perkara 8 Perlembagaan negara adalah rujukan yang jelas kepada rakyat berbilang kaum di negara ini supaya tidak menimbulkan perpecahan yang boleh menjejaskan keamanan negara.
   
Sebelum ini, Pas Kelantan melalui anggota Parlimennya akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:29 PM | Show all posts
Hudud: Hanya perlu majoriti mudah

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN DAN MURNI ABDUL RASHID
26 April 2014


[Dikemaskini] SETELAH 21 tahun diluluskan di Dewan Undangan Negeri iaitu pada tahun 1993, hukum hudud kini dilihat boleh jadi kenyataan apabila kerajaan BN mula memberikan laluan kepada Kelantan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Namun pelbagai rintangan perlu dilalui Pas termasuk tentangan secara terbuka oleh parti komponen PR sendiri iaitu PKR dan DAP.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih mendalam ikuti temu bual eksklusif Ketua Wartawan Kelantan, Mohd Zailani Abd Rahman dan wartawan, Murni Abdul Rashid bersama TIMBALAN MENTERI BESAR, DATUK MOHD AMAR ABDULLAH.

Sinar Harian: Melihat kepada perkembangan hudud sekarang, bila tarikh muktamad akan dibawa ke Parlimen?

Mohd Amar: Paling lewat kita akan hantar akhir tahun ini lagipun draf rang undang-undang persendirian kita sudah ada dan tiada masalah jika nak bentang Jun depan.
         
Cuma kita hendak selesaikan taklimat kepada parti, pegawai, kakitangan kerajaan, parti komponen PR, Persatuan Cina, jika ada wakil rakyat BN mahu dengar taklimat tersebut kita bersedia beri kerjasama. Insya-ALLAH paling lewat, bila sesi belanjawan akhir tahun Oktober depan.

Sinar Harian: Bagaimana pula dengan sokongan yang diperlukan untuk realisasikan hudud?

Mohd Amar: Kita bukan mahu bentuk Perlembagaan, kita ada dua pilihan sama ada mahu bawa rang udang-undang ini ke peringkat negara atau negeri tetapi kita setuju untuk peringkat negeri sahaja jadi tidak perlu pinda Perlembagaan.

Kita mahu memohon kebenaran daripada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan hukuman dalam kesalahan-kesalahan yang ada dalam Kanun Keseksaan iaitu mencuri, merogol dan merompak.

Ia adalah bidang tugas Kerajaan Persekutuan agar kesalahan-kesalahan boleh dibicarakan dalam mahkamah syariah dan hukuman yang dijatuhkan tidak terikat kepada kanun keseksaan.

Parlimen perlu meluluskannya tetapi tidak perlu kepada dua pertiga tetapi hanya majoriti mudah iaitu 112 sudah mencukupi, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) mahu kemudahan cadangan meminda akta mahkamah syariah 1965 yang dikenali sebagai Akta 356 bagi membenarkan Kelantan menjatuhkan hukuman lebih tinggi dari peruntukkan akta tersebut iaitu denda RM3,000, penjara 5 tahun dan 6 sebatan.

Kita mahu hukuman lebih besar dan tidak terikat.

Sinar Harian: Bagaimana pula dengan sokongan di Parlimen?

Mohd Amar: Jika semua wakil rakyat di parlimen yang beragama Islam menyokong pun sudah cukup sebab apa yang kita buat ini bukan isu politik tetapi menyentuh akidah dan agama. Kita tidak nampak bagi orang Islam untuk menghalang dan apa masalahnya kepada orang bukan Islam untuk mereka tolak ini kerana hudud bukan untuk mereka tetapi untuk orang Islam di negeri ini sahaja.

Sinar Harian: Bagaimana pula dengan pendirian PKR dan DAP yang dilihat menolak hudud?

Mohd Amar: Kita belum bincang apa-apa lagi, dia (PKR, DAP) nak cakap..cakaplah..lagi pun kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum kita bincang apa-apa lagi. Paling penting kita nak jumpa Pas pusat dan mereka sudah pun bersetuju, itu sudah cukup selepas ini kita akan bagi penerangan tentang perancangan, pendekatan dan apa susulan tindakan yang akan dibuat selepas ini.

Sinar Harian:Tidakkah Pas bimbang hudud bakal cetus pertelagahan besar dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam PR?

Mohd Amar: Kita dah jumpa pimpinan PR sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, kita jumpa dan bahas. Pada asasnya, Pas bersetuju untuk tidak bersetuju, maknanya pendirian Pas akan laksanakan dan DAP tidak bersetuju itu pendirian mereka dan kita tidak boleh halang. Hudud diluluskan tahun 1993 di Dewan Negeri sebelum wujudnya PR, lagipun kita hanya hendak laksanakan di negeri ini. Kita tidak bincangkan untuk buat hudud peringkat negara sebab asasnya kerana kita belum memerintah lagi.

Dalam konteks ini, kita sudah memerintah Kelantan sudah 23 tahun dan hudud sudah diluluskan 21 tahun lalu. Ia bukan isu terlalu cepat atau tidak, dan 95 peratus rakyat negeri ini  beragama Islam. Kalau mahu bercakap soal demokrasi kita kena hormati hasrat kerajaan negeri sebab kita menang dengan cara demokrasi.

Orang sokong kita sebab mahu lihat undang-undang Islam dilaksanakan sekurang-kurangnya di negeri ini. Mereka kena hormat kehendak dan hasrat pengundi di negeri ini, bukan demokrasi jika nafikan hak rakyat.

Malah, PR tidak akan berpecah jika PKR dan DAP bijak mengambil pendirian, jika sebaliknya berlaku ia akan membawa kepada keretakan hubungan, kita harap mereka (PKR dan DAP) bertindak bijaksana, sebagai sebuah parti kita tidak tahu respons mereka dan kita akan meminta pimpinan Pas pusat bawa perkara ini kepada pimpinan PKR.

Sinar Harian: Bagaimana pula perbincangan dengan pemimpin Umno tentang hudud?

Mohd Amar: Kita tidak bincang apa-apa dan tidak nampak keperluan untuk tujuan itu sehingga kini.

Sinar Harian: Mengenai sokongan Umno mengenai isu ini, tidakkah itu satu perangkap atau mempunyai ‘silent’ agenda?

Mohd Amar: Dalam politik tidak ada perkara yang tiada agenda, kita tahu kemungkinan ini satu perangkap, tetapi kita akan masuk dengan berhati-hati sebab selama ni Umno tidak mahu hudud dan menghalang, jadi sekarang dia sudah beri kerjasama dan kita ambil peluang tersebut.

Sinar Harian: Berapa jumlah wakil rakyat bukan Islam perlu menyokong untuk mencapai majoriti mudah?

Mohd Amar: Secara peribadi saya yakin ramai wakil rakyat bukan Islam akan menyokong kecuali jika ditentang oleh parti mereka, undi boleh dibuat dengan pelbagai cara sama ada kira satu persatu, angkat tangan, undi sulit semua itu kita serah kepada speaker.

Kita mengharapkan wakil rakyat Islam menyokong usul ini sebab ia bukanlah isu politik, kita pergi dengan tanggungjawab agama dan sabar menunggu selama 20 tahun, harap hormati pendirian demi kesedaran agama sebab kita pergi mengikut kaedah Perlembagaan.

Sinar Harian: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini ada mengkritik Kerajaan Brunei dalam perlaksanaan hudud, tidakkah ia satu kebimbangan jika ia berlaku di Malaysia khususnya Kelantan?

Mohd Amar: Orang nak kritik kita tidak boleh sekat dan halang itu hak dunia yang berdemokrasi apa yang penting jangan halang kita, seperti Brunei, kerajaan mereka sudah buat keputusan, benda ini kena jelas.

Sinar Harian: Selepas hudud dapat kebenaran di Parlimen, apa langkah seterusnya?

Mohd Amar: Ia akan diwartakan dan selepas itu undang-undang itu boleh dilaksanakan, soal hukuman potong tangan atau tidak ia bergantung kepada mahkamah cukup bukti atau tidak. Bukti kena mengikut syarat dan itu sudah cerita lain.

Soal orang yang ingin melaksanakan hukuman tidak semestinya pakar, rotan sudah ada, orang yang nak merotan pun sudah ada, di mahkamah dan dalam penjara, jika sudah dalam kebenaran Pusat sudah mesti mereka akan beri kerjasama selepas ini.

Malah, baru-baru ini kita sudah bersetuju dengan cadangan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di mana Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menempatkan pegawai penyiasat di jabatan agama untuk bantu penguatkuasaan undang-undang syariah, iaitu membantu proses siasatan, pendakwaan dan sebagainya. Kita sudah menandatangani persetujuan agar benda ini lebih mudah, isu besarnya ialah membina mahkamah khas untuk hudud dan mahkamah rayuan khas.

Hakim pula kita sudah ada calon cuma tunggu pelantikannya. Selepas ini kita akan tingkatkan acara keterangan dan memantapkan penguat kuasa. Berapa peratus kadar indeks jenayah akan menurun kita tidak jamin kita serah kepada ALLAH SWT dan kita tidak kata jika laksanakan hudud tidak ada jenayah tetapi yakin akan turun pada tahap paling minimum.

Sekarang jenayah makin meningkat ia kerana salah satunya orang tidak takut pada hukuman, longgar pegangan agama dan masalah ekonomi. Apabila sudah ada yang mencuri kena potong tangan pasti yang lainnya akan lebih berhati-hati dan takut.

Sinar Harian: Pada pandangan Pas, kenapa DAP menolak hukuman ini?

Mohd Amar: Pada pandangan saya, DAP menolak perlaksanaan hudud kerana bimbang sokongan kaum Cina, jika ramai yang menyokong pasti DAP akan menyokong secara terbuka. Saya yakin ramai orang bukan Islam menyokong bukan di negeri ini sahaja malah negara juga.

Jika perlaksanaan tersebut mendatangkan kebaikan dan dijalankan secara saksama, saya pasti orang bukan Islam akan beri sokongan penuh pada masa akan datang. Lihat sahaja Bank Islam, ramai yang guna adalah orang Cina sebab apa kerana mereka lihat sistemnya yang baik. Hudud jika berjalan tanpa penyelewengan ramai akan sokong dan menurunkan kadar jenayah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cHimo posted on 24-4-2014 08:51 PM
Setiap manusia melakukan kesilapan .. ada yg akan insaf .. tapi kalau dipotong tgn huhu susah laa hi ...


Shahrizat jalil curik 250 juta lepas...rakyat biase curik gula2 seposen kena potong tangan...

Jgn le percaya dgn temberang umno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 09:38 PM | Show all posts
tapi DAP dah halau PAS.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 09:44 PM | Show all posts
Doktor tak mau potong kalu???Kita mintak pak cik butcher ni potong...


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ana sokong hudud. Ana mau lihat mat sabu kena rejam dengan batu pasai dulu kantoi dgn bini org
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:47 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 26-4-2014 05:10 PM
bro..belajar MAQASID SYARIAH sebaiknya...

pelajari sirah Nabi....

jadi, apakah pelaksanaannya ustaz?  

hudud tetap wujud cuma pelaksanaannya sahaja ditangguhkan

masalahnya, mana hudud dikatakan mengikut cara Islam tu? pernahkah UMNO keluarkan?

kalau ustaz katakan hudud PAS tak ikut Islam, dimanakah rangka hudud yg sebenar?

kalau judi dan arak juga boleh dijual selama bertahun2 kenapa dalam soal hudud dikatakan tak ikut cara Islam?

judi dan arak terang2 diHARAMkan oleh Allah, kenapa UMNO tak haramkan judi dan arak kepada semua manusia di Malaysia? kenapa masih lagi membenarkan benda2 HARAM ni?

ASB yg HARAM tu pun diHALALkan, mai hudud tiba2 tak ikut Islam hanya sebab tak dikenakan kpd Non Muslim

Hudud prioritinya kpd Muslim, jadi fokuskan kpd Muslim terlebih dahulu.... dalam soal lain boleh pula guna konsep MAQASID SYARIAH tetapi dalam HUDUD MAQASID SYARIAH tak boleh guna



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:47 AM | Show all posts


mamat JAHIL sahaja menulis 'HUDUD PAS'.  


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 09:50 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 26-4-2014 05:17 PM
Bodoh, buka mata dan tengok betapa ramainya Muslim nak hudud dilaksanakan tanpa hirau perlembagaan ...

BODOH ker apa ko ni, terang2 ler PAS nak bawa usul hudud ke Parlimen, tunggulah apa yg terjadi selepas itu

lainlah PAS dah laksanakan hudud barulah dikatakan melanggar perlembagaan, selagi PAS tak laksanakan hudud selagi itulah perlembagaan belum dilanggar lagi

takkan ler BODOH sangat?

semua org Islam faham ler nak laksanakan hudud perlu ubah perlembagaan, bukannya main ikut suka ja

inilah masalah BONGOK sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 09:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 09:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2014 10:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 10:16 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 26-4-2014 07:01 PM
jadik sapa nk potong tangan skang???doktor pun tak sanggup..


dzek,

  soaalan you buktikaan you memang pandai lah hudud.
you juga pandai serta pakar rectum  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 10:29 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 26-4-2014 07:01 PM
jadik sapa nk potong tangan skang???doktor pun tak sanggup..



kaldai banyak nick raja menyamar,

BACA AYAT DI BAWAH.
then lari sampai terkincit utk salin kulit ye



KUALA LUMPUR:
Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Muslim Malaysia (Pakar) menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada
mana-mana kerajaan negeri atau pusat berhubung perlaksanaan hukum hudud.


Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan  khususnya dari
sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.

"akar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh
kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.

"akar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut
lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum,"
katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya,
Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada.

Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.

Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan
mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam
melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara.

"akar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi
rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau
status peribadi mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana
undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.

Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan
kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama
masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4.


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno masih pikio curik gegula 20 sen terus kudung tangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 08:25 PM | Show all posts
ANak nogori sinonim dgn bodo....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052782 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list