|
[Jenayah]
Mahathir: Mana lagi RM27 bilion 1MDB? Tak maafkan Najib -page 11-
[Copy link]
|
|
wah, blh mcm ni ye, bila 1mdb jual tanah duit masuk bank 1mdb, bila 1mdb bayar hutang duit keluar dpd bank govt,
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok notes to account tapi notes pun belum tentu nak reveal details semua investment yg dia ada.
Kalu audit betul betul tengok all dokumen n cari pasti jumpalah kalu berlaku penyelewengan(kalu ada), cuma takut tak didedahkan, diselindung itu ajerlah.
Investment-avalaible for sale ada 12billion... |
|
|
|
|
|
|
|
tanah kat air itam tu mahal betul.... dah saing2 harga kat jln tun razak dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg jenuh gak cari tak jumpa ..
tak kan jumpa lah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak cakap menguntungkan 1MDB tidak masuk poket government..tapi nak cakap ianya merugikan government..bayangkan jual pada 1mdb dengan harga murah tu..selain 1mdb kena bayar harga pembelian..segala lawyer fee, loan n segalanya..kena bayar gak..macam-macam pembayaran pengurusan lain juga akan terlibat..
bila 1mdb jual pada syarikat lain..sekali lagi banyak modal perlu dikeluarkan..baik dari awal government terus open tender..siapa nak beli tanah tersebut..kan lagi banyak untung..
lainlah kalau lepas dapat tanah tu..1mdb majukan..wat property development contohnya..kalau sebelum ni boleh jual tanah tu pada harga 10B..sekarang 1MDB generate 20B profit dari tanah tersebut..barulah menguntungkan 1mdb dan government yang jadi pemilik pada 1mdb tersebut..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 24-4-2015 05:18 PM
apa perlunya sistem barter tu pun , apabila kerajaan boleh terus beli je tanah kat N9 tu tanpa perlu berhutang atau berbarter dengan 1MDB ?
Dan dalam masa yang sama terus memiliki tanah kat sungai besi tu atau jual direct je kepada buyer lain tanpa perlu kewujudan 1MDB tu langsung ?
So kewujudan 1MDB adalah cuma untuk merenyahkan kerja kerajaan ? Menyulitkan proses yang patutnya lebih mudah dan direct aje ?
Itu lagi satu perbuatan bangang tak bertempat yang di buat oleh najib lah selaku pemimpin .
|
|
|
|
|
|
|
|
Sajer kut nak bayar faedah pinjaman bank. Buat buat lah beli.
entahlah imdb ni, tah tah investment pun dah melingkup. rugi. cover up losses ngan buat keuntungan revaluation atas asset tetap.
Kalu aku jadi orang MOF yg uruskan syarikat kerajaan nih, pasti dah tak senang. Silap silap jadi kambing hitam sajork.
Kalu betul nak puaskan hati rakyat n nak tunjukkan bahawa investment yg dibuat takde kerugian teruk. Silalah tunjuk secara details setiap aset yg ada dengan maklumat harga kos belian, harga market sekarang. Kalu shares, tunjuk details unit company yg dibeli, n kalu bond, which issuer, details lot yg ada. Where is the cash money. Bank mana simpan,dokumen simpanan.....barulah rakyat puas hati rasanya sebab 1mdb dah jadi kes besar. Persepsi rakyat sangatlah negatif termasuk aku. Kebenaran tak tahu. Cuma khabar angin yg bertiup.
Kalu kerajaan di pihak yg betullah. kalu memang ada cover up or kesilapan pelaburan, cuai n non competent decision , memang sampai sudahlah tak tunjuk....rahsia besar negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan dah miliki berlambak2 aset di seluruh negara yang kerajaan boleh terus majukan directly tanpa bantuan atau kewujudan 1MDB langsung.
Kalau kerajaan nak beli aset baru atau jual aset lama , tak perlu 1MDB pun kerajaan boleh terus lakukannya.
Tak gitu ?
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya tanah tu dijual pada 1MDB instead of jual pada developer sebab nak dapatkan keuntungan yang lebih..
kalau jual direct pada developer..boleh dapat 10B contohnya..so najib yang bijak ni bagi murah dekat 1mdb dengan harapan 1mdb dapat majukan tanah tu dan generate 20B profit dari tanah tersebut..
1MDB juga beli plant jana kuasa yang hampir expired dari ananda krishnan dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran..
dan 1MDB juga buat pinjaman nilai billion ringgit dengan dijamin oleh kerajaan dengan interest yang tinggi..
even kita beli rumah or kereta..makin mahal harga..makin rendah interest rate..dan untuk staff government..lagilah rendah ratenya..
tetiba untuk 1MDB..ratenya lebih tinggi..
so 1MDB ni memang misteri nusantara..semua pelik pelik..xder yang normal..
|
|
|
|
|
|
|
|
kosep org tgh je ni
macam syarikat teksi.. yg tak tau apa fungsiny
syarikat teksi fungsi nya apa ? selain dari kutip untung atas angin..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 24-4-2015 05:29 PM
Tak ada kerugian apanya kan apabila kewujudan 1MDB tu pun tak diperlukan oleh kerajaan langsung, makna kata segala pembayaran gaji untuk setiap pekerja 1MDB dn segala pembayaran yang dikeluarkan oleh 1MDB adalah kerugian pada kerajaan lah kerana ia patutnya tak perlu di buat langsung sebenarnya .
|
|
|
|
|
|
|
|
1MDB tidak akan ulas ‘spekulasi dan khabar angin
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 24 April 2015 1:54 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... habar-angin-pasaran
Dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengatakan ia tidak akan menjawab atau mengulas sebarang "spekulasi dan khabar angin pasaran" berikutan beberapa siri pendedahan oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report. Kenyataan itu dibuat selepas The Malaysian Insider cuba mendapatkan komen syarikat kontroversi itu berhubung dakwaan yang ia memberikan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya kepada BSI Bank cawangan Singapura. "Terima kasih atas kiriman e-mel anda. Walaupun kami mengalu-alukan pertanyaan media, 1MDB tidak mengulas spekulasi dan khabar angin pasaran," menurut jawapan daripada naib presiden komunikasi korporat 1MDB Grace Tan.
Semakan pada laman web 1MDB juga mempaparkan mesej yang sama kepada pertanyaan media, menunjukkan yang dana yang dibebani hutang itu tidak lagi akan menjawab sebarang dakwaan, seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Kenyataan terakhir dibuat presidennya Arul Kanda Kandasamy dalam menjawab dakwaan yang dilontarkan kepada syarikat itu, menurut laman web itu, ialah pada 12 Mac berhubung kredit tersedia RM950 juta yang diterimanya daripada Putrajaya. 1MDB dikritik teruk banyak pihak berhubung pengurusan kewangannya, hutangnya, pelaburan yang dipertikaikan serta pinjamannya. Sejak ditubuhkan pada 2009, dana pembangunan strategik yang dimiliki Kementerian Kewangan itu mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM42 bilion. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB turut merasa tempias kritikan pelbagai pihak susulan urus niaga meragukan serta kerugian besar yang dialami dana itu.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berulang lali menggesa Najib melepaskan jawatan perdana menteri. Tegas Mahathir, wang yang tidak dapat dikesan dalam 1MDB kini lesap dan kegagalan Najib menjelaskan kedudukan wang itu menyebabkan beliau hilang kelayakan mentadbir negara. Dr Mahathir turut memberi bayangan tentang kecurian dan rasuah membabitkan dana 1MDB apabila berkata wang yang lesap itu berbeza daripada wang rugi.
Dalam pendedahan pada Rabu lalu, Sarawak Report mendakwa ia menerima "bukti mengejutkan" yang menunjukkan BSI Bank enggan menerima dokumen dibekalkan 1MDB berkaitan akaun Brazen Sky Limited di Singapura. BSI Bank Singapura adalah lokasi yang didakwa Putrajaya mengandungi sebahagian dana 1MDB yang dikeluarkan dari Kepulauan Cayman. Namun, Sarawak Report mendakwa sumber berlainannya di Singapura memberitahu, "sebenarnya wang tunai yang berkenaan tiada dalam akaun 1MDB di BSI, yang dibuka di bawah nama anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited kerana ia 'atas kertas' dengan nilai yang tak dapat ditentukan".
Setakat 31 Januari, 2015 BSI Bank Singapura melaporkan terdapat 26 akaun aktif yang dimiliki Low - dengan nilai keseluruhan akaun sebanyak AS$17.5 juta saja, lapor Sarawak Report. "enemuan ini membangkitkan persoalan kritikal, sekurang-kurangnya ke atas jumlah AS$1.03 bilion (RM4 bilion) yang didakwa dimiliki 1MDB dan Kementerian Kewangan dalam akaun berbeza di bank sama - dana yang sepatutnya diperoleh semula daripada urus niaga asal. "Malah, jika benar begitu banyak wang mengalir keluar menerusi urus niaga Good Star Limited kepada Jho Low, bagaimanakah 1MDB berjaya mendapatkan semula dana itu berserta faedah?" lapor Sarawak Report. Dalam satu lagi pendedahan semalam, Sarawak Report mendakwa, Good Star Limited, syarikat milik taikun Low Taek Jho, yang didakwa menggelapkan berjuta-juta ringgit daripada 1MDB, didapati memindahkan wang sebanyak AS$500 juta (RM1.8 bilion) kepada salah satu akaunnya di Singapura. Memetik dokumen daripada pihak berkuasa Singapura, akaun itu didakwa di atas nama Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKMIC), yang mana Low merupakan salah seorang pemiliknya.
ADKMIC adalah nama syarikat yang diterajui Low pada Julai 2008, yang sebelum ini terlibat membeli 53% milikan saham dalam Utama Banking Group (UBG), sebuah syarikat dikawal keluarga Tun Abdul Taib Mahmud, dakwa laporan itu lagi. Sarawak Report juga mendakwa Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bertemu Low di Istanbul dalam perjalanan ke Kazakhstan baru-baru ini. – 24 April, 2015. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada kerugian apanya apabila kewujudan 1MDB tu pun tak diperlukan oleh kerajaan langsung, makna kata segala pembayaran gaji
iol setuju ngan point u... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 24-4-2015 05:40 PM
Syarikat teksi ada modal besar yang boleh sewa tempat di lokasi yang mahal sekalipun agar senang penumpang yang nak cari teksi la la tu jugak boleh tahu mana mau cari.
So pemilik teksi dan penumpang boleh bertemu dengan cepat dan mudah apabila teksi dikendali oleh syarikat teksi terutama di bandar2 besar .
Pemilik2 teksi tak miliki syarikat teksi tu , depa perlukan bantuan syarikat teksi untuk memudahkan depa cari pelanggan.
Berbeza dengan 1MDB yang dimiliki oleh kerajaan sendiri tapi jual/beli/tukar aset kerajaan yang kerajaan sendiri boleh lakukannya tanpa bantuan 1MDB pun. So 1MDB tak perlu wujud in the first place .
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh kut buat 1mdb kalu memang tujuan asal nak menjana pendapatan melalui pelaburan yg diuruskan secara korporat. So wujudlah syarikat. Fully gomen mana boleh buat macam swasta. Terikat ngan segala circular n peraturan. More profesional n diuruskan oleh orang yg mempunyai kelayakan. Good skill fund manager n bussiness minded. Tapi memang nampak tak logiklah bila beli gomennyer tanah. Buat apa. Orang suruh buat pelaburan, cari untung kat luar bukan buat untung ngan anak beranak(dibaca disini kerajaan, disclaimer takut kena POTA).
bila buat pelaburan guna duit pinjaman,amaun pulak besar, boleh lingkupkan bank pemberi pinjaman kalu default payment. pelaburan itu pulak adalah berisiko tinggi(mestilah kan sebab nak pulangan tinggi kalu tak macamanana nak serve interest bank), memang masaklah. Macam berjudi pun ada. Teringat cerita hongkong zaman dulu remisier saham, pelabur bunuh diri bila market crash kat sana.....
Ngeri aku bila ingat 1mdb nih.....sevoiregn fund kekunnunya.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|