fifie_olin posted on 11-3-2014 03:35 PM
aku silap ...bkn dh naik...br nk naik kata nya
kalo dia dpt rs...kuat btl instinct dia kan...
...
ni ke uols?
Perkahwinan kawan selamatkan Jenvine daripada naik MH370
KUALA LUMPUR 9 Mac - Seorang pelajar, Jenvine Ong (gambar), 24, yang sepatutnya menaiki pesawat MH370 membatalkan lawatan ke Beijing pada saat-saat akhir berikutan perkahwinan sahabat karibnya. "Saya membatalkan niat untuk terbang ke Beijing pada saat-saat akhir kerana teringat tentang perkahwinan kawan karib. "Keesokan harinya (Sabtu), saya dikejutkan dengan berita kehilangan MH370 yang sepatutnya dinaiki oleh saya. Sehingga saat ini saya masih keliru dan terkejut," katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam, pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan yang dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia dan 12 anak kapal. Menurut Jenvine, dia sepatutnya pergi ke Beijing bagi menghadiri forum di daerah Shen Yang, esok dan tidak menyangka tragedi seperti itu terjadi. Seorang lagi penumpang MH370, Jessica Yee, 40, terlepas penerbangan ke Beijing gara-gara terlupa tarikh dan masa penerbangan. Jelas Jessica yang juga calon Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Tsinghua di Beijing, dia perlu mendaftar minggu hadapan. "Saya tersilap tarikh kerana itu penerbangan tengah malam. Saya fikir perlu berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, rupa-rupanya Jumaat malam. Empat jam sebelum pelepasan, saya mengemas barang-barang dan bergegas ke lapangan terbang. "Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat menukar tarikh penerbangan," katanya. Tambahnya, dia akan terbang ke Beijing esok.
|