CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-1-2008 03:20 AM | Show all posts
Hari berganti bulan berlalu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2008 03:20 AM | Show all posts
Aku pulang dari berkerja dan terus menanggalkan pakaian yang telah bertukar warna.
Habis satu badan aku kerana di timpa simen yang jatuh dari atas silo.
Shampu yang baru aku beli semalam tidak dapat mengembalikan kelembutan rambutku walau pun sudah sebotol ku habiskan.
Rambut ku masih lagi terasa keras.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:21 AM | Show all posts
Aku melihat cermin besar yang berada di almari pakaian.
Celah-celah telinga,termasuk juga kelopak mataku, aku sapukan losyen yang baru ku beli semasa dalam perjalanan pulang.
Seluruh badan yang mengena simen terasa keras.
Setelah itu aku bersiap untuk keluar makan malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:22 AM | Show all posts
Apabila aku berada di hadapan kedengaran sesuatu seperti menjalar di bawah kereta.
Aku mengintai di celah-celah tayar.
Kelihatan sekujur muka memandangku.Cuba menyorok.
Aku mengambil penyapu lidi dan menyuakan kepadanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:24 AM | Show all posts
Ia lari keluar dan berhenti tidak jauh dariku sambil memandang sayu.
"Come....come!" panggilku.
Ia hanya menggoyangkan ekornya yang halus.
Berwarna putih dan bertompok perang, anak anjing yang masih kecil seakan masih tidak mempercayai ku.
Aku masuk ke dalam kereta dan terus menuju ke Taman Tuanku Jaafar yang terletak hanya beberapa kilometer dari pejabat.
Aku makan malam dengan nasi himpit goreng dan kerang rebus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:25 AM | Show all posts
Setelah sudah aku ke kedai runcit untuk membeli keperluan barangan yang lain termasuk shampu.
Aku sempat juga membeli sebuku roti krim untuk lewat malam nanti andainya aku terasa lapar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2008 03:26 AM | Show all posts
Aku pulang agak lewat sekitar jam dua belas setengah malam.
Sesampai aku di rumah, aku lihat anak anjing itu masih ada lagi duduk di tepi celah pasu bunga.
Aku mengeluarkan roti yang dibeli tadi dan menyuakan kepadanya setelah bungkusan roti ku buka.
Ia hanya memandang dan tidak bergerak.Setelah beberapa kali aku mengunjukkan kepadanya, aku pun meletakkan roti di atas tanah dan masuk ke dalam.
Pintu ku kunci. Semasa melangkah menuju ke bilik, kedengaran cicak berbunyi dan kedengaran juga bunyi-bunyi halus pergerakan cicak menyorok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:29 AM | Show all posts
Aku hanya tersenyum sendirian.
Aku menutup pintu bilik dan tidak aku kunci.
Setelah menyalin pakaian aku pun berbaring.Suis Kipas ku petik dan aku menghidupkan radio hi-fi berjenama Sharp yang baruku beli.
Aku memasang pita kaset.Lagu kegemaranku kedengaran. Richard Clayderman,beberapa buah lagu instrumental berkumandang.Aku menghayatinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2008 03:30 AM | Show all posts
Sedang aku mengelamun, tetiba terdengar seperti orang berjalan di atas bumbung.
Memula aku tidak peduli.Tetapi kedengarannya bunyi itu bermula dari tengah rumah membawa ke arah bilik ku.Di atas bumbung.
Tetapi bukan bumbung kerana bumbung diperbuat dari atap genting.Ia mirip bunyi dari atas siling.Tetapi sekali lagi jarak antara bumbung dan siling adalah lebih kurang enam inci sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:30 AM | Show all posts
Bunyi berjalan berhenti betul-betul apabila berada di atas kepala ku.
Ianya bunyi yang kuat dan aku memerhati siling.Senyap.
Agak beberapa lama sekali lagi bunyi kedengaran.Kali ini bersama dengan satu bunyi desiran.seperti ulatr yang amat besar sedang berlinglar.
Aku mencapai parang yang sememang nya berada di bawah katil, membuka pintu dan keluar bilik.
Aku memerhati ke atas,..siling...tak ada apa-apa yang mengarah kepada tercetusnya bunyi yang sedemikian.
Aku memandang ke pohon rambutan yang menjulur masuk ke ruang dapur.Semuanya kaku.Tiada pergerakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:30 AM | Show all posts
Aku masuk semula ke dalam bilik dan mendapatkan radioku kemudian memutar bunyi supaya ia kuat.
Bergema bunyi radio dengan sistem pembesar suara yang sememangnya kuat.
Berjatuhan halus habuk-habuk dari celah- celah siling dan dinding.Aku biarkan saja.
Aku mengambil sebatang rokok menyalaknnya dan menyedut perlahan sambil memasang telinga mendengar di antara bunyi radio yang kuat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:31 AM | Show all posts
Tap...tap....tap....
Bunyi ketukan di pintu.
Aku memperlahankan bunyi radio dan mendapatkan pintu bilik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 03:31 AM | Show all posts
dan membukanya......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 06:45 AM | Show all posts
Dah siang dah....

Minggu depan mungkin saya tak der kat sini....

Ada panggilan dari luar negeri,..kena pergi jugak, tak boleh tidak...

Nanti ada kelapangan saya akan berikan ayat pendinding untuk forumers yang selalu masuk hutan atau melawat tempat- tempat yang terpencil...
agar dapat menghindarkan keseraman dari mengikuti, mengekori atau mendampingi, bersama- sama berkongsi kehidupan kita yang harmoni...

Insya'Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #2234 rdzaccess's post

thanks for the story.................
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #2234 rdzaccess's post

adeh la ......baru nak tanye....ayat yg subhanallahiwabhihamdih tu dah seterusnya tu...nak bace lepas abis solat ke ...mase masih dlm rakaat ke dua???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2008 12:21 PM | Show all posts
bunyi tapak kaki atas atap??like my house!!!tapi hanya hari2 jumaat n malam jumaat sahaja...agaknyer ape tuh ek???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 01:05 PM | Show all posts
Salaam...
Baca sebaik sahaja lepas solat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2008 01:08 PM | Show all posts
Ni bukan bunyi tapak kaki di atas bumbung tetapi di antara atap dan siling merentasi dari tengah rumah ke bilik....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:18 PM | Show all posts
pergh..memang mendebarkan...tapi bersambung pulak ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.078730 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list