CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gepren

Beijing, China - Part 4

   Close [Copy link]
Post time 20-11-2013 03:32 PM | Show all posts
Dah sampai hari Ahad petang tapi penatnya terasa sampai sekarang. Tertidur sampai lebih 12 jam, boleh? Sebab kat Beijing hari-hari jalan kaki (dah namanya backpacker). Malam balik bilik, terhencut-hencut jalan dalam bilik, sapu minyak urut. Esok paginya kaki dah elok balik, bantai berjalan lagi. Ke sana-sini naik train subway je, cuma 2 kali naik teksi. First time sebab dah tak larat nak jalan tengah sejuk, 2nd time sebab subway tak bukak pagi-pagi nak pergi airport (flight pukul 7.30 pagi).

Beijing City Central Youth Hotel
- Book di booking.com.
- Economy double room dalam 790 yuan. Toilet kena share kat luar. Kena bawak selipar mandi, towel dengan toiletteries sendiri. Bilik ada tingkap.
- Tilam untuk economy double room tu nipis, kalau dah biasa tidur atas tilam kekabu takpe la. Otherwise ambik bilik biasa je.
- Bagi saya, hotel ni kira ok la dengan harga yang ditawarkan. Lagipun lokasi dia betul-betul strategik

Tips
- Botol air, wet wipe dan toilet paper adalah benda wajib dalam beg
- Print tempat-tempat yang nak dituju dalam bahasa Mandarin.
- Bawak Mandarin Chinese phrase book and dictionary. Saya bawak Berlitz Mandarin Chinese Phrase Book And Dictionary. Sangat-sangat membantu terutamanya bila nak pergi restoran yang menunya semua dalam Mandarin. Point ayam dalam dictionary, waiter tunjuk la mana 1 lauk ayam dalam menu. Akak information counter kat Great Wall pun tak paham English!
- Bawak subway maps. Biasa kat hotel ada, dengan Mandarin translation lagi untuk nama station.
- Pastikan anda pack minyak urut, body lotion dan vitamin C.
- Souvenir? Tengok je la apa yang ada, kalau berkenan, beli je la. Tapi make sure benda tu cuma ada kat Beijing sebab barang-barang lain biasanya kat KL pun ada. Cuma bayar lebih sikit beli kat KL. Then again, apa motif pergi jauh-jauh setakat beli benda yang sama macam kat KL hanya dengan perbezaan harga tak sampai RM200?
- Summer Palace dan Great Wall lebih sejuk dari di Beijing
Last edited by ninigs82 on 20-11-2013 04:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 04:38 PM | Show all posts
Day 1 – Tuesday 12th November 2013
- Arrive at Beijing Airport on 5.30pm
- Check in at Beijing City Central Youth Hotel, No.1-5 Beijingzhan West Street, Dongcheng, Beijing, 100005
Airport express to Dongzhimen – Subway line 2 heading to Jishuitan – leave at Beijing Railway Station. Exit A – 140 meters walking distance

Saya ambik flight Cathay Pacific, transit di Hong Kong. Asalnya saya nak pergi sorang, tiket dah beli. Tiba-tiba ada kawan nak ikut. Flight dari KL ke Hong Kong sama tapi dari Hong Kong ke Beijing lain sebab flight saya dah full. Saya kena tunggu dia di Beijing dalam 2 jam sebab flight dia delay pulak. Di tempat kastam tu tetiba mereka tahan, tanya macam macam, nak pergi mana, nak buat apa, kenapa datang. Nasib baik saya dah print itinerary siap siap dengan logistic plan, jadi lepas la di situ. Ingat saya ni nak menjual dadah agaknya sorang-sorang je.

Sampai airport Beijing sejuk dia OK lagi. Bila nak keluar ke Airport Express tu, makkkkkkkkkk sejuknya! Terus sarung jacket + sweater dan glove. Tapi boleh lagi terasa sejuknya. Sampai hotel tu cepat cepat jalan masuk hotel, tak tahan, sejuk!

Beg luggage saya kakinya dah patah bila turun subway dekat hotel. Jadi esoknya kena pergi Silk Street dulu untuk 2 benda, winter coat dan luggage. Dah benda tu keperluan, harung sekali la.




Day 2 – Wednesday 13th November 2013

- Silk Market for winter coat and luggage
Subway line 2 heading to Xizhimen- Turun di Jianguomen – Subway line 1 heading to Sihui East –Turun di Yong’Anli, Exit A1 North West
- Back to hotel to change and leave the new luggage
- Tiananmen Square, Forbidden City, Jing Shan park
Subway line 2 heading to Jishuitan- Turun di Qianmen,  Exit C South West – Head west (21 minutes)
- Niujie Mosque
Line 2 Changchunjie Station, Exit C2.Head south along Changchun street for 1.5km

Shopping di Silk Market tak best. Rasa macam terperangkap je dalam tu sebab diorang buat dinding kaca. Penjual pun macam berlagak sikit banding dengan Yashow Market dan Pearl Market. Jadi saya nasihatkan di sini, baik tak payah pergi pun.

Dari Jing Shan Park tu saya plan nak naik teksi ke Niujie, masa tu dalam pukul 2. Tapi teksi di situ kasi harga 100 yuan, terus saya sentap dan jalan kaki je dari Jing Shan Park, lalu hutong, jalan di kawasan moat Forbidden City, Tiananmen Square dan balik ke subway station tadi. Agak jauh tapi berbaloi, lalu tempat yang cuma local lalu. Ni betul-betul adventure!

Dari Changchunjie station pun jalan kaki ke Niujie, sembahyang dan makan. Pukul 6 lebih dah gelap. Sejuk dan tak larat nak jalan, tahan teksi dari Niujie ke Changchunjie station balik.



Day 3 – Thursday 14th November 2013
- Summer Palace
Subway line 2 heading to Jishuitan- Turun di Xizhimen – Subway line 4 heading to Anheqiao North – Turun di Beigongmen Exit A1 North West
- Pearl Market
Subway line 4 heading to Gongyixiqiao – Leave at  Xizhimen –  Subway line 2 heading to Xizhimen – Leave at Chongwenmen – Subway line 5 heading to Songjiazhuang – Leave at Tiantandongmen

Summer Palace sangat sejuk dan anginnya kuat, kami hampir-hampir je tumbang nak berjalan tepi tasik tu. Turun di Beigongmen, masuk ke entrance Suzhou street. Lepas tu keluar dekat entrance depan 17 arch bridge. Tunjuk subway map kat guard, dia tunjukkan hala ke subway station terdekat (Xiyuan). Jauh la jugak nak berjalan.

Plan nak pergi Temple Of Heaven tiba-tiba tukar ke Pearl Market pulak. Sebab yang pertama, lapar. Piknik di Summer Palace pun makan serunding+roti dalam keadaan terketar-ketar sebab SEJUK. Thermos berisi Milo panas memang sentiasa ada dalam beg. Sebab yang kedua, dah tak larat nak jalan. Kami masuk Starbucks, order kopi then sambung makan roti dengan serunding. Dah kenyang, tiba-tiba nak pergi shopping pulak. Beli la t-shirt I Love Beijing, fridge magnet dengan key chain. Kawan saya beli hiking bag yang kawan dia order. Jalan-jalan lagi, nampak set teko. Saya berkenan tengoknya, beli 2 set. 1 untuk saya pakai, 1 lagi nak kasi mak.



Day 4 – Friday 15th November 2013
- Badaling
Subway line 2 heading to Jishuitan leave at  Xizhimen – Exit A1 North West to Beijing North Railway - Take train S2
- Yashow Market
Line 10 Tuanjiehu station, Exit C (South East) - Walk in 900 meters along Worker’s Stadium North Road

Sebelum pergi dulu bukan main lagi plan nak daki dari atas ke bawah. Bila dah sampai, sedar kaki tu nak pakai lama jadi naik cable car ke 4th south tower, panjat ke 7th tower then jalan kaki turun bawah. Bersyukur sangat ambik cable car awal awal bila turun bawah sebab tengok curam sangat. Tak berkenan tengok plak besi Hero yang diorang jual di atas jadi saya beli Hero Certificate yang dibuat dari buluh depan kedai Subway Sandwich. Bertolak dari Beijing dalam pukul 9 pagi, balik tu sampai Beijing dalam pukul 5 lebih.

Di sini lah kami nampak perangai buruk mainland chinese. Berasak himpit, tiada budi bahasa, semua main rempuh. Ada kawan mat saleh saya yang kerja situ kata "I am less polite than the first time I was here 9 years ago. Now if I see anyone getting in my way exiting the subway, I will mow them down". Saya rasa ini kerana zaman kebuluran selepas kesilapan Great Leap Forward dulu mereka kena berebut-rebut untuk semua benda tapi malangnya amalan ini masih berkekalan sampai sekarang walhal benda tu takkan ke mana. Kiasu sangat.

Pergi Yashow market, saja tengok-tengok apa yang ada. Tapi terrrrrrrrbeli jugak purse Mulberry sebab penjual tu nampak saya tengok-tengok, dia pun bukak la tunjuk dalamnya macam mana. Terus tergoda. Kat Facebook biasa dijual dalam RM100 paling murah (walaupun fake....apakah?) jadi saya tawar-menawar dapat la 50yuan. Jadi le, sebab esoknya birthday saya. Hadiah untuk diri sendiri. Check kat internet, kalau orang tak check habis habis dalam purse tu memang sebijik macam original.

Kawan saya beli handbag Salvatore Ferragamo untuk mak dia. Tapi entahlah kenapa, peniaga tu hulur kalkulator kat saya suruh saya tawar-menawar. Sebab rupa saya macam diorang kut? Dapat la tawar sampai 80yuan tapi silapnya kawan saya tu, dia kasi 100yuan. Peniaga tak nak kasi duit baki, suruh dia beli benda lain pulak. Dia ambik men wallet kecik situ, suruh peniaga tu jual 20 yuan. Tak kasi. Cabut je terus dengan wallet tu. Lepas pulak!



Day 5 – Saturday 16th November 2013
- Temple Of Heaven and Pearl Market
Subway line 2 heading to Jishuitan leave at  Chongwenmen – Subway line 5 heading to Songjiazhuang - Leave at Tiantandongmen. Exit A1
- Wangfujing
Line 1 Wangfujing station, Exit C2 (North West)

Hari ni sebenarnya dah tawar hati nak keluar bersesak himpit dengan mainland chinese macam semalam. Tapi dah birthday dan alang alang dah sampai sini dan ada 1 hari lagi, pergi la jugak keluar ke Temple Of Heaven. Berbaloi la pulak, tempat tu cantik! Lepas tu pergi Pearl Market balik, kawan saya nak cari jacket untuk bapak dia. Saya tengah fikir apa benda nak beli untuk kakak ipar 2 orang tu. Tak beli apa-apa takut ada yang sentap. Untuk anak-anak buah semua kasi keychain panda doll je. Nak beli set teko  lagi 2 set confirm tak muat beg. Last-last beli tissue box cover je walaupun benda tu boleh beli kat KL. Saje, buat syarat. Tu pun saya beli design yang saya tak pernah nampak di Malaysia, lain lain yang berenda-renda tu dah selalu nampak.

Kat sini pun, yang nak membeli kawan saya, yang dihulurkan calculator untuk menawar saya pulak. Ada sekali tu kawan saya yang pegang kalkulator dan letak harga tapi dahi saya yang ditunjal. Sabarrrrrrrr je lah

Di Wangfujing tengok-tengok je market street dia dan tangkap gambar makanan-makanan Fear Factor. Lepas tu makan huo guo di Dong Lai Shun, sedapnya! Bil agak mahal tapi dah last day, habiskan je la yuan yang ada.

Dalam pukul 4 lebih balik hotel. Lepak-lepak di common area surf internet dan online check in untuk flight esok. Mintak orang hotel book teksi untuk ke airport pukul 4 pagi. 180yuan. Esoknya bila nampak teksi, ooooooo patut la mahal, ni bukan teksi, ni kereta sapu!

Kesimpulannya, I love Beijing, but not much about their people. Kawan mat saleh yang kerja situ cakap rata-rata expat di situ pun cakap benda yang sama.



Day 6 - Sunday 17th November 2013
- Check out on 4am
Di Beijing makan sekadar untuk alas perut. Macam takde selera sangat sejuk-sejuk tu. Sampai KL terus pergi food court kat BTS makan macam membela hantu raya muahahahahahaha


Paling tak boleh blah, dalam bulan 7 dulu saya post di Facebook tertanya apsal tiket 1 way Cathay Pacific lebih mahal berbanding return trip sebab plan nak datang naik Cathay Pacific, balik naik Air Asia sebab kalau datang naik Air Asia sampainya awal pagi dan kena tidur di airport. Adalah mamat ni yang cakap sana susah nak makan, susah nak cari makanan halal etc lebih kurang macam dia kata tak best pergi sana.
Saya senyap je lepas tu tak cakap apa-apa pun pasal trip saya. Dah balik baru letak gambar-gambar dan announce baru balik dari Beijing. Dan-dan dia kata "Memang best pergi sana. I dah pergi tahun 2007" motif kau nak buat segment 'Ceritaku Ceritamu'?
Last edited by ninigs82 on 20-11-2013 04:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 04:53 PM | Show all posts
OrdinaryGurL23 posted on 11-11-2013 10:38 PM
Hihihi. Semoga semuanya selamat dan lancar. Nanti cerita la pengalaman kat sana bila balik nanti.  ...

Facebook memang kena block. Instagram ok je. Jadi update lah Facebook melalui Instagram dengan 'Share in Facebook' function untuk bakar hati orang *jahatnye aku*

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 01:16 PM | Show all posts
ninigs82 posted on 20-11-2013 04:53 PM
Facebook memang kena block. Instagram ok je. Jadi update lah Facebook melalui Instagram dengan 'Sh ...

share la gamba kat sini ninigs82...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:00 PM | Show all posts
Gambar saya semua sama je macam forummer lain letak, dah namanya pergi tempat sama
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:09 PM | Show all posts
ninigs82 posted on 20-11-2013 04:53 PM
Facebook memang kena block. Instagram ok je. Jadi update lah Facebook melalui Instagram dengan 'Sh ...

Hehehehe. Mmg cadangnya nak guna instagram je n terus share ke FB n Twitter.
Nak tanya, naik subway ke Badaling Great wall dari wangfujing mmg boleh eh? sbb mmg pergi sana
backpacker cuma ingat amik 'day tour' ke great wall n ke nanshan ski village je nanti.
If boleh, mungkin amik 'day tour' utk ke nanshan ski je lah nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 05:56 PM | Show all posts
OrdinaryGurL23 posted on 22-11-2013 04:09 PM
Hehehehe. Mmg cadangnya nak guna instagram je n terus share ke FB n Twitter.
Nak tanya, naik subw ...

Boleh je, ambik train kat North Railway Station macam dalam itinerary saya tu. Train timetable ada di sini http://www.travelchinaguide.com/cityguides/beijing/transportation/north-railway-station.htm
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 12:42 AM | Show all posts
Ticket paling murah berapa boleh dapat? Nak buat survey harga ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2013 09:13 PM | Show all posts
lady_lily posted on 3-4-2012 08:18 AM
Saya beli alas meja 8 seater dpt RMB70...handmade punya RMB90...6 seater RMB60...coffee table dp ...

RMB70 sama dgn brape RM?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:07 AM | Show all posts
jajajamal posted on 27-11-2013 09:13 PM
RMB70 sama dgn brape RM?

bahagi 2...RM35.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 04:25 PM | Show all posts
UnaHusna posted on 19-11-2013 05:37 PM
pegi 4-11 dec ni..tak prepare apa pun lagi..winter coat dah ada..long john semua tak beli lagi..ke ...

Ikut pakej ke? Same date ngan lily...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 05:01 PM | Show all posts
lily_kama posted on 28-11-2013 04:25 PM
Ikut pakej ke? Same date ngan lily...

aah pakej tp family kitorg je..flight kul bp?mas ke?

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 05:44 PM | Show all posts
UnaHusna posted on 28-11-2013 05:01 PM
aah pakej tp family kitorg je..flight kul bp?mas ke?

Oo.. X.. Airasia...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 06:54 PM | Show all posts
lily_kama posted on 28-11-2013 05:44 PM
Oo.. X.. Airasia...

hehe..hepi holiday la untuk kite..tak sabo tapi debo

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 09:14 PM | Show all posts
UnaHusna posted on 28-11-2013 06:54 PM
hehe..hepi holiday la untuk kite..tak sabo tapi debo

Mm.. Debo jugak... Takut x tahan sejuk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 09:38 PM | Show all posts
lily_kama posted on 28-11-2013 09:14 PM
Mm.. Debo jugak... Takut x tahan sejuk...

tu laaa..baru ni adik ipar ckp patient dia dtg klinik mntk ubat coz kena frost bite..-1 kan kalo mlm..siang 11
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2013 09:45 PM | Show all posts
UnaHusna posted on 28-11-2013 09:38 PM
tu laaa..baru ni adik ipar ckp patient dia dtg klinik mntk ubat coz kena frost bite..-1 kan kalo m ...

Baru balik beijing jugak ke... Huhu..
mcm nyesal pon ada gak gi pilih musim sejuk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 09:55 PM | Show all posts
lily_kama posted on 28-11-2013 09:45 PM
Baru balik beijing jugak ke... Huhu..
mcm nyesal pon ada gak gi pilih musim sejuk...

aah dia baru balik dari beijing minggu lepas..tu la..menyesal jugak rasenye 3 kali dah g holiday musim sejuk..percutian yang menakutkan ke beijing ni..hrp2 boleh bertahan la

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:08 PM | Show all posts
UnaHusna posted on 28-11-2013 09:55 PM
aah dia baru balik dari beijing minggu lepas..tu la..menyesal jugak rasenye  3 kali dah g holida ...

Sbelom ni ke mana?
At least una dah biasa.. Lily ni 1st time... Mmg gabra abiss.... Pikir mcm2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2013 10:24 PM | Show all posts
lily_kama posted on 28-11-2013 10:08 PM
Sbelom ni ke mana?
At least una dah biasa.. Lily ni 1st time... Mmg gabra abiss.... Pikir mcm2.. ...

mesir hjg thn lps..perth bln 4 baru ni..nak banding sejuk mesir ngn perth sejuk mesir lagi la..ni beijing mst paling sejuk..haha..nanti kite mesti ada selisih kan kat sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.069815 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list