Malam-malam nampak kelibat
Takut sampai inginkan teman
Harap balik ni hujan tak lebat
Sebab Rara nak dating kat taman
rafflesia76 Post at 26-6-2012 16:17
mari digosok minyak gamat
tak kira sakit atau perut sebu
hujan turun membawa rahmat
boleh berteduh di pohon bambu
Mak Esah banyak belaan
Tapi semua belaannya tersangat la lembab
Memang besar rahmat Tuhan
Turunkan hujan pun ada sebab
rafflesia76 Post at 26-6-2012 16:23
Keretaku kilat lepas dilap
Sambil mengelap makan keria
Malam ni nak masak ape sedap
Lama-lama da boring kering idea
rafflesia76 Post at 26-6-2012 16:15
kasut jazz kasut bata
mahu dibeli buat sekolah
pernah kasi idea kat tata
call pizza selesai masalah
Hujan lebat bertukar renyai
Masih berteduh di gerai lokan
Da dua malam mkn kt kedai
Nak sambut lakiku dengan masakan
rafflesia76 Post at 26-6-2012 16:26
bola sepak kuat ditendang
terus digelecek kiri dan kanan
lirikan mata manja memandang
terus hubby tak nampak makanan