|
Reply #2181 farlina_cute's post
Puding roti ala tam
Bahan2:
Roti – tak kisah roti apa, roti gardenia best la sket ….even biskut pun bleh buat tambahan
Susu sejat – 1 tin
Telur
Gula
Marjerin utk sapuan
Cara:
I tin Susu + 1 tin air
Rendamkan roti di dalam campuran di atas. Pastikan semua roti merasa kasih sayang susu itu
4 atau 5 biji telur (bergantung pada diet) + gula (juga bergantung pada diet) ini (pukul selagi larat atau hingga kembang sedikit)
Campurkan larutan telur kedalam rendaman roti. Campurkan kismis dan kacau hingga sebati.
Sapukan mentega keatas permukaan loyang
Bakar sehingga ia kembang dan sehingga warnanya cantik.
Ok di atas ni yg standardnyer cara. Ada variasi ikut org
• ada yg koyak roti, ada yg biar sekeping2, ada yang sapu mentega/marjerin/jem atas roti
• bahan campuran tu penting. Ada yg campurkan kismis, pisang, laici (separuh, blender dan campurkan, separuh lagi buat hiasan), layer ngan kastard pun ada, cheese, peach (susunkan atas adunan), cinnamon powder(taburkan atas permukaan).
• Sampingan: ada yg buat susu cair, or kastard cream, atau coklat, takpun karamel
Elakkan campuran tepung, sbb ia akan keraskan lagi. Lagi byk telur lagi bahaya, eh silap lagi lembut adunan.
Ada yg suka ria taburkan sedikit baking powder nak bagi naik sket and ada ruang udara di tengah.
Sebelum bkr tu rasa laa sket, manis ke tak…kalau nak wat kuah takyah manis sgt.
Pc Tam jealous asyik nak restart dari tadi |
|