|
Ustaz Asha'ari Arqam (merged: dess40, FaiQ_FeuhRer)
[Copy link]
|
|
Originally posted by tarbiah at 2004-11-27 11:05 AM:
guys,
Ex-Arqam ada ramai dan merata-rata di seluruh Malaysia ni. Ada yang keluar dan hentam Abuya balik, lepas tu cuba "bina hidup baru" tapi tak ke mana sudahnya. Saya still contact dgn ...
Kamu dapat jadual Allah tu dari mana? Jgn tersilap ambil jadual sudahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehebatan Abuya bersajak
maka terpesonalah manusia
bijak berkata
manis bicara..
Kehebatan saintis barat ialah mencipta
mencipta besi sampai boleh terbang
taklah bijak berkata
tapi kapal ciptaannya kita pakai
pergi naik Haji
Abuya kata akan tiba masanya
Tentera US kata, tak perlu tunggu lagi
kita bom saja...
maka ramailah orng Islam mati..
Kata abuya tunggu akan tiba masanya
sejak bertahun dulu, nada yang sama...
Kawanku beli nombor ekor
kataku utk apa?
katanya sabar..
akan tiba masanya nanti... |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
Sebab-sebab Kemenangan dan Kejayaan
Untuk diilmu, dihayati dan muga-muga dapat diamalkan....Sila berlapang dada dan mohon muga-muga Allah SWT memberi kita hikmah di dalam memahami ilmu ini.
( Dipetik dari buku Ilmu dan Hikmah karya Abuya)
Allah Taala telah mentakdirkan dan menentukan bahawa yg menjadi khalifah dibumi adalah daripada jenis manusia. Allah Taala telah memberi kebebasan kepada manusia yg berbagai-bagai kaum dan bangsa yg mentadbir, mengimarahkan, membangun dan memajukan muka bumi ini. Manusia dibenarkan membangun peradaban yg maju dan canggih.
Walaupun manusia dibenarkan membangun, tetapi Allah taala mahu segala-galanya diatur, diurus dan dibangunkan mengikut syariatNya seperti yg diperintahkan melalui rasul-rasul yg diutusNya. Bagi sesiapa yg mengingkari dan membelakangi perintahNya walaupun mereka berjaya di dunia, di akhirat tetap akan dihukum setimpal dengan kesalahan dan larangan yg dilakukan oleh manusia.
Maka setiap kaum dan bangsa di kalangan manusia berlumba-lumba membangunkan kemajuan dan peradaban. Kebanyakan mereka berjaya membangun dan membuat kemajuan material tetapi gagal mengikut syariat Tuhan. Mereka derhaka kepada Allah dalam masa membangunkan kemajuan dan peradaban di dunia.
Perlu diingat, sebab-sebab sesuatu kaum atau bangsa mendapat kemenangan dan kemajuan di dalam pelbagai bidang , ada sebab-sebab lahir, ada sebab-sebab batin , ada sebab-sebab yg tersurat dan ada sebab-sebab yg tersirat. Ada sebab-sebab yg dapat dilihat ada sebab-sebab yg tidak dapat dilihat. Ada sebab-sebab yg logik. Ada sebab-sebab yg tidak logik.
Umat Islam mencapai kemenangan dan kemajuan sepatutnya tidak semata-mata bergantung kepada sebab-sebab yg lahir tetapi memerhatikan juga dengan sebab-sebab yg batin. Umat Islam tidak bersandar dengan sebab-sebab yg tersurat tapi bersandar juga dengan sebab-sebab yg tersirat. Dalam Islam, kemenangan dan kejayaan diperoleh dengan empat sebab :
Pertama : melalui sifat takwa
Kedua : Atas dasar berkat
Ketiga : Atas dasar istidraj
Keempat : Atas dasar quwwah (kekuatan lahir)
(besambung) |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
Sebab Kemenangan dan Kejayaan( Bhgn 2)
Pertama : Melalui sifat takwa
Segala usaha dan perjuangan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti menegakkan ekonomi, pembangunan, pendidikan, dakwah, dan lain-lain termasuklah di medan perang dibuat atas dasar takwa.
Dalam berjuang dan berusaha itu tujuannya utk mencari keredhaan Tuhan. Di dalam berusaha, dia membaiki diri. Di dalam berjuang, rasa bertuhan itu dipertajamkan. Di dalam berusaha, rasa kehambaan itu makin dirasakan.
Pergantungannya dengan Tuhan begitu kuat. Cara inilah Allah Taala memberi jaminan kemenangan dan kejayaan. Kemenangan dan kejayaan itu akan berlaku mengikut tahap-tahapnya. Kalau perjuangan itu besar, besar jugalah kejayaanya. Kalau kecil perjuangan itu, kecil jugalah kejayaannya. Itulah yg dimaksudkan oleh AlQuran dan Hadis : (terjemahan)
Berhak di atas Kami memberi kemenangan kepada orang mukmin
(Yunus : 103)
Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah nescaya diberi dia jalan keluar dan diberi rezeki dari sumber yang tidak terduga.
(At Talaq : 2-3)
Barangsiapa yg bertaqwa nescaya diajrakan kamu akan ilmu
(Al Baqarah : 282)
Sabda Rasulullah SAW :
Barangsiapa mengamalkan apa yg dia tahu, nescaya Allah akan pusakakan apa yg dia tidak tahu
Inilah yg dimaksudkan oleh Wakiq (Guru Imam Syafie) kepada Imam As Syafie :
Kalau hendak mudah menghafal, tinggalkan maksiat
(Perhatian dari saya : Berhati-hatilah bila mengeluarkan pendapat supaya pendapat kita itu tidak bertentangan dengan Al Quran dan Hadis) |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
Sebab Kemenangan dan Kejayaan (Bhgn 3)
Kedua : Atas dasar berkat
Kemenangan dan kejayaan yg diberi atas dasar berkat orang lain atau satu amalan yg dipandang besar oleh Allah Taala ini boleh terjadi kepada org yg fasik atau kafir sekalipun. Misalnya seorang yg taat kepada kedua ibu bapanya yg soleh, seseorang yg berkhidmat kepada gurunya yg soleh, atau org yg membantu perjuangan yg hak yg diperjuangkan oleh orang-orang soleh, orang yg didoakan oleh orang soleh, orang yg berkhidmat kepada anak-anak yatim, orang yg berkhidmat kepada fakir miskin, bertawasul dengan org-org soleh, org yg menghormati org yg soleh dll. Inilah yg dimaksudkan oleh hadis :
Dengan sebab mereka, mereka diberi rezeki
Dengan sebab mereka, mereka diberi pertolongan
Ketiga : Atas dasar istidraj
Di beri kemenangan dan kejayaan atas dasar istidraj. Kemenangan dan pertolongan secara istidraj ini Allah Taala lakukan kerana Dia telah terlalu muka kepada sesesorang, satu kaum atau satu bangsa atas kezaliman atau kekeufukuran mereka. Atau mereka sudah terlalu derhakan kepada Allah.
Tujuannya adalah agar mereka tertipu dengan kemenangan atau kejayaan itu. Mereka semakin tidak sedar dan lupa diri hingga mereka terus melakukan dan meneruskan kezaliman atau kekufuran atau kederhakaan mereka itu hingga mati lalu binasa dengan kejahatan mereka. Akhirnya mereka ini akan dijerumuskan ke dalam api neraka.
(bersambung) |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
Sebab Kemenangan dan Kejayaan (Bhgn 4)
Keempat : atas dasar quwwah
Kemenangan dan kejayaan atas dasar quwwah kerana ada mempunyai kekuatan ilmu, kekuatan tubuh badan, kekuatan tenaga manusia, kekuatan alat kelengkapan yg canggih, pandai mengatur strategi, berdisiplin, rajin dan kesungguhan bekerja dan berjuang serta berani dan tahan berhadapan dengan cabaran.
Kemenangan ini adalah kemenangan yg lumrah berlaku kepada sesiapa dan kepada kaum dan bangsa apa sahaja. Atau kemenangan ini Allah Taala lakukan sesuai dengan usaha dan kemampuan yg ada. Boleh jadi juga Allah sertakan kemenangan dan kejayaan secara istidraj kerana mereka sudah terlalu percaya dengan usaha dan kemampuan sendiri tanpa bersandar dengan kekuasaan Allah Taala. Inilah yg dimaksudkan oleh hukamak yg bermaksud :
Kebenaran yg tidak mempunyai disiplin itu akan dikalahkan oleh batil yg berdisiplin.
Begitulah secara ringkas penjelasan tentang rahsia kejayaan. Kemenangan dan kejayaan yg mereka perolehi iaitu ada empat cara sepertimana yg telah kita terangkan sebelum ini. Keseluruhan cara-cara kemenangan dan kejayaan itu, cara pertama itulah yg mendapat keredhaan Allah Taala. Mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Mereka mendapat kejayaan dan mendapat keampunan dari Tuhan. Kemenangan dan kejayaan yg pertama itu adalah kejayaan yg selamat dan menyelamatkan.
Kemenangan dan kejayaan yg besar dan global ini jarang berlaku. Ini berlaku sekali-sekala di dalam sejarah dunia kecuali yg kecil-kecil. Melalui kemenangan dan kejayaan atas dasar sifat-sifat taqwa ini syariat Islam dapat dibangunkan, para pemimpin dan pendokong-pendokongnya merendah diri dan tawaduk, kemakmuran yg diperolehi dapat dimanafaatkan oleh semua manusia sama ada yg muslim mahupun yg kafir. Menzalim dan menindas tidak akan wujud.Akan lahirlah masyarakt yg harmoni dan berkasih sayang seperti yg kita baca di dalam sejarah di zaman rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.
Tetapi apabila kemenangan dan kejayaan itu diperolehi secara istidraj atau quwwah, kerosakannya terlalu banyak.Para pemimpin dan pejuangnya sombong dan angkuh. Mereka akan melakukan kezaliman dan penindasan terhadap manusia di mukabumi terutama kepada musuh-musuhnya.
Inilah yg selalu berlaku di sepanjang zaman dan itulah yg berlaku di seluruh dunia hari ini. Perlu juga diingat, bahawa kemenangan dan kejayan yg diberi kepada sesuatu kaum atau bangsa secara istidraj, hikmahnya kerana hendak menghukum golongan yg telah mendapat kebenaran tetapi lalai. Lupa kepada Tuhan, meringankan syariat, lupa hari Akhirat. Allah ingatkan mereka agar kembali kepada kebenaran dan merujuk semula kepada Tuhan. Itulah hukuman yg sedang berlaku kepada umat Islam di dunia hari ini kerana kelalaian mereka.
[ Last edited by semesra86 on 29-11-2004 at 10:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
Kejayaan mestilah Berasaskan Taqwa
(Dipetik dari Minda Abuya Ashaari Muhammad)
Di zaman ini, umat Islam memberi tumpuan kepada wang, aset, tenaga, kepakaran dan lain-lain faktor lahiriah. Sedangkan satu lagi laluan yg Tuhan sediakan kejayaan 90% iaitu melalui jalan taqwa diabaikan dan tidak diambil peduli. Ini yang jadi masalah. Ulama pun sudah tidak faham tentang perkara ini. Sayang, bantuan 90% yg Tuhan janjikan seolah-olah kita sudah tolak. Umat Islam macam tidak tahu bahawa jala usaha lahir ialah jalan orang kafir. Jalan umat Islam ialah melalui taqwa.
Janji Tuhan memberi 90% bantuan berlaku di dalam semua bidang. Tetapi kalau kita cari kejayaan melalui usaha lahir semata-mata tanpa usaha yg kedua iaitu mellaui taqwa, kita hanya akan dapat 10% kejayaan. Usaha lahir sekuat manapun, hanya akan dapat 10% kejayaan maksimum. Kalau diuji diganggu dan dicabar oleh Jepun, US, Yahudi, Korea dll mungkin kejayaan secara usaha lahir akan menurun sampai 1 % sahaja.
Itulah rahsia yg patut kita tahu. Walaupun umat ISlam sudah merdeka berpuluh-puluh tahun tetapi belum dapat mengatasi orang kafir. Untuk sekadar berdaulat, menjadi pemegang tampuk ekonomi dalam negara sendiripun tidak dapat apalagi untuk menjadi empayar Islam. Sebahagian negara umat Islam walaupun sudah 100 tahun merdeka seperti Mesir dan lain-lain termasuk Pakistan tidak juga dapat menegakkan syariat Islam. Sebab dari dua jalan yg ada, menempuhi satu jalan sahaja iaitu jalan lahir yg hanya menjanjikan 10% kejayaan. Itupun kalau tidak dicabar, kalau dicabar mungkin 1 % sahaja.
Sebab itu kalau kita lihat sejarah salafussoleh iaitu di zaman sekitar 300 tahun selepas wafat rasulullah dan juga di zaman Salahuddin Al Ayubi dan di zaman Muhammad Al Fateh, khawariqul醖ah atau bantuan-bantuan Tuhan yg dikatakan karamah itu menjadi budaya mereka. ia berlaku setiap hari.
Contoh :
kalau di bidang perniagaan, barang yg berharga RM1, orang beli dan rela bayar RM10. Ini perkara baisa. ia bukan berlaku setahuns ekali tetapi setiap hari dalam sistem taqwa.
Di bidang pertanian, terjadi juga hal-hal yg luar biasa. org bukan ISlam bertani satu ekar dapat hasil 20 guni. InsyaAllah di atas tanah satu ekar org bertaqwa dapat 40 guni. ini perkara biasa.
Di bidang pendidikan juga serupa. kalau dulu satu dua aptah tok guru cakap, orang taat. Taat dengan Allah, taat dengan rasul, taat dengan tok giri dan taat dengan mak ayah.Datang 90% bantuan Tuhan di bidang pendidikan. Anak-anak mudah diajar dan mudah dibentuk. Hari ini di dalam bidang pendidikan, makin diajar murid makin derhaka. makin lawan tok guru, makin lawan mak ayah. Kenapa? Kerana umat islam telah menutup pintu yg Tuhan kata di sana ada bantuan 90% iaitu pintu taqwa. Inilah rahmat dan kuncinya. Hari ini org sebut juga taqwa tetapi ia hanya istilah yg dijadikan slogan. Orang tidak faham dan tidak mengamalkannya.
Ini satu konsep baru atau satu anjakan paradigma yg umat Islam harus faham dan yakin.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelik ke pendapat ini?
Tetapi saya rasa lebih pelik kalau kita masih belum sedar-sedar dan masih belum faham-faham mengenai kekuatan jenis ini. Susah sangat ke kita nak faham?...
Mungkin inilah yg dimaksudkan oleh rasulullah SAW bahawa :
Di akhir zaman nanti, Islam akan kembali terasing seperti terasingnya Islam di zaman awal Islam.
[ Last edited by semesra86 on 2-12-2004 at 06:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by semesra86 at 26112004 11:28 AM:
Di zaman ini, umat Islam memberi tumpuan kepada wang, aset, tenaga, kepakaran dan lain-lain faktor lahiriah. Sedangkan satu lagi laluan yg Tuhan sediakan kejayaan 90% iaitu melalui jala ...
:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
Asryzal This user has been deleted
|
:ah::ah::ah:..[color=Purple]terima kasih semesra86 kerana sampaikan ilmu@minda dr Abuya..teruskan usaha murni anda..syukran jazilan |
|
|
|
|
|
|
Akasyah This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 2004-11-27 10:13 AM:
Weh kalo abuya tu tak suruh anak murid dia blajar dgn guru lain....kenapa dia tak sibuk pun dgn 2 yg nak kuar tu....nak ikut2 tak mo sudah.
Kalo rasa ada guru lain yg lbh baik silakan....yg awk perasan abuya tak bagi berguru dgn lain2 apa hal? Setahu aku...ramai juga yg dgr kuliah fardhu ain ke ceramah ke kat masjid2 tu org rufaqa. Kat tempat aku siap ada ustaz2 rufaqa tu turun tangan bantu pihak mesjid bila ada apa2 acara terutama bila raya korban.

Tapi yg pengikut2 abuya tu pertahankan ialah guru tak apa ramai tapi mursyid biar satu iaitu Abuya tu lah...Guru sekadar guru tapi mursyid lebih dr guru.
Tu pun tak leh nak beza ke?
Mursyid yer?....
Ok....
Ada 1 mursyid di Indon masa zaman penjajahan Belanda.... Bila Belanda + talibarut2 dtg nak tangkap guru ni.... Tak nampak rumah.....
Atuk akunyer kawan.... Bukan guru mursyid.... Masa jepun nak tangkap dier... Cari rumah dier pun tak dapat... Atuk ni bukan guru agama + guru yg mursyid pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 2004-11-27 10:17 AM:
Main paksa org apa hal...
Aku nak paksa ker, aku nak tanya ker.... Yang kamu sibuk ni per hal?!! Bukan aku yg tanya pd kamu sebenarnya...
lantak lah dia tak mo bagi tahu. Awk ni sengaja nak perangkap akasyah sebnrnya. Bila akasyah tak mo bagi tahu....senang la awk nak nafikan kebenaran abuya beryaqazah tu....
Perangkap?.....
hehehehehhehehehe
Dier yg perangkap diri dier sendiri dgn membentangkan punyala panjang fakta Yaqazah... Bila ditanya camno yakazah... Tak mo....
Dier kuar fakta... Kita jwp dgn fakta...
Kalu betul jwp jer... Tiada masalah.... Cara kamu jwp ni pun sebenornya perangkap utk kamu sendiri... Yer la... Org jujur biasanya jwp terus... 
heheh niat awk tu..ingat org tak tahu ke?
hehehehehhehe
Kalau niat nak mengelak pun org pun bleh tahu gaks... ahaks... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 2004-11-27 10:27 AM:
Pada aku bukan hambat tapi ingatkan agar jgn terlalu terlajak dlm perbuatan. Nak kesian pada ex2-arqam bermulut celupar tabur fitnah sana sini buat apa!
Kalau betullah abuya tu tak betul kenapa pulak akhir2 ni Pahrol, Hashim Mohd dan Sobri abdul Ghani (kesemuanya hard core2 arqam dulu) tu cari jalan nak ikut balik abuya...keh keh keh...dah ludah nak jilat balik pulak ker?

Nak declare terang2 dah tersilap langkah...tau plak malu...alih2 terpaksa putar sana-sini cari jalan nak balik kat Abuya....kui kui kui...
Haa...jgn awk tak tahu wahai tok pin yg dah jadi peguam bela tak bertauliah ex2 ni...mulut sobri tu sendiri mengaku...dia dah termalu betul celupar sgt dgn abuya..nak ikut balik dia rasa dah tersangat malu....
Kita wait n see je...
 |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
native_deen This user has been deleted
|
CERITA SEORANG MUFTI
Ada kawan buat cerita
sebagai berita kepada saya
Ia bertemu seorang mufti di satu negeri
Kawan bertanya
Tuan! Mengapa tidak beri fatwa kemungkaran
di dalam negara?
Yang bermaharajalela digalak oleh penguasa?
Riba jadi budaya
Judi diberi tauliah, kalau dakwah payah
Patung diparlimen masih gagah
Inikan bidaah dhalalah?
Tuan! Pelacur juga lumrah
di hotel-hotel mewah
Mengapa tidak mengeluarkan fatwa?
Kenapa majlis fatwa tidak mengisytiharkan salah?
Banyak lagi karut-marut yang melalut di dalam negara
digalak oleh penguasa kita?
Kenapa tidak ditegur pihak berkuasa!?
Saudara!
Kami makan gaji
Kami tidak ada kebebasan berbicara
Nanti tumpah periuk nasi
Begitulah jawapan mufti
Mudah saja
Tidak ada tanda langsung takut dengan Allah
Begitulah dunia di akhir zaman
Ulama sudah tidak berperanan |
|
|
|
|
|
|
native_deen This user has been deleted
|
CITA-CITA ISLAM IBARAT PERMATA
Cita-cita Islam itu
bukan cukup sekadar cakap-cakap
Tidak juga cukup sekadar membaca kitab
Begitu juga tidak akan selesai
sekadar membahas ilmiahnya
Atau menghurai falsafahnya dan hikmahnya
Cita-cita Islam itu
ibarat permata paling berharga
di atas puncak gunung
Senangkah hendak didaki? !
Ramaikah yang hendak mendaki? !
Atau berlian yang tersembunyi
di dasar lautan yang dalam, gelap, kelam
Sanggupkah hendak diselaminya? !
Berapa orangkah yang sanggup menyelaminya? !
Atau berlian yang berada di dasar bumi
Di tengah padang pasir yang kering kontang
Perjalanan yang amat jauh sekali
Dinaungi oleh panas terik yang tiada melindunginya
Mudahkah hendak mengambilnya? !
Siapakah yang sanggup mencarinya? !
Memang setiap zaman
ada orang mencuba mencarinya
Yang mendaki gunung ramai yang jatuh
Terguling-guling remuk redamlah jasadnya
Yang menyelam ke dasar lautan
ramai yang tenggelam
Atau dimakan jerung yang kejam
Yang mengembara di padang pasir
dan menggali bumi
Ramai yang mati kehausan
Tidak kurang yang sakit separuh jalan
lantaran kepanasan
Tapi tidak mengapa
Mereka telah mencubanya
Sejarah mereka tetap dicatat
dengan tinta emas
Di dalam fail Tuhan
yang tetap akan dibaca. |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
Hati Tenang Jiwa Lapang
(Di petik dari Minda Abuya Ashaari Muhammad)
Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa sanang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif. Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak.
Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati boleh baik dan jahat. Rasa senang apabila ia dipuji. Rasa menderita apabila di keji. Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan. Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan. Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan. Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih. Rasa dendam apabila orang menganiayainya. Simpati dengan orang susah. Rasa keluh kesah apabila dapat susah. Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong. Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan. Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.
Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia.
Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia.
Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat.
Hati boleh dididik. Lihat apa kata Allah tentang hati.
Firman Allah:
Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya.
(Asy - Syams: 9)
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang.
(Al - A抣a: 14 - 15)
Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat.
(Asy - Syuara: 88-89)
Allah memerintahkan kita agar mendidik hati hingga hati itu menjadi hati yang selamat. Yakni hati yang bersih daripada sifat-sifat yang jahat (mazmumah). Cara-cara pendidikan hati terdapat dalam ilmu tasawuf. Tajuk ini tidak bermaksud menerangkan cara mendidik hati. Ia bermaksud menceritakan wajah hati yang sudah dididik, yang sudah bersih dan selamat. Yakni hati yang ada pada para mukmin. Antara sifat-sifat hati mukmin ialah:
1. Sensitif dengan Tuhan. Hatinya akan gerun dan gentar apabila teringat tuhan. Terasa betapa besarnya kekuasaan Allah yang boleh buat apa sahaja terhadap dirinya. Betapa lemahnya dia kerana tiada upaya menolak sebarang takdir Allah. Ini berdasarkan firman Allah:
Apakah kamu berasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkirbalikkan bumi bersama kamu sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?
(Al Mulk: 16)
Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanku?
(Al Mulk: 17)
Katakanlah, 揟erangkanlah kepada Ku jika sumber air kamu menjadi kering maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir di bumi. |
|
|
|
|
|
|
semesra86 This user has been deleted
|
5. Hati mukmin sangat Tawaduk dan Khuduk kepada Allah. Yakni sangat merendah diri pada Allah kerana dia sedar dirinya adalah ciptaan Allah. Asalnya dari setitis air mani yang hina. Terlalu lemah tiada kuasa apa-apa kalau bukan dengan kehendak allah.Setiap detik ia memerlukan bantuan Allah untuk meneruskan hidupnya.
Firman Allah:
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang becampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insaan :2)
Sebab itu hati mukmin sangat membesarkan Allah dalam setiap tindak tanduknya. Tidaklah ia menyombongkan diri walau dengan sesama manusia. Ia berjalan di bumi denagn rendah hati dan tenang.
Firman Allah : Hamba Allah (Ar-Rahman) itu ialah mereka yang bejalan dimuka bumi dengan tenang.
(Al-Furqan : 63)
6. Kalau diuji oleh Allah hati mukmin sabar dan redha. Bahkan dengan tenang dengan ujian. Ia bersangka baik dengan Allah bahawa ujian adalah untuk penghapusan dosa atau peningkatan darjat oleh Allah. Tidaklah orang mukmin itu mengeluh dan mengadu-ngadu serta marah-marah terhadap ujian yang datang
samada difitnah, ditohmah, disakiti, ditimpa bencana alam atau apa juga pun. Ia sedar itu semua daripada Allah dan Allah bermaksud baik dengan ujian itu. Maka ia hanya mengadu dan mengharap pada Allah sahaja. Firman Allah:
Apakah manusia mengira ia akan dibiarkan begitu saja mengatakan kami telah beriman sedang mereka belum diuji.
(Al-Ankabut : 2)
Dengan itu hati mukmin apabila diuji akan bertambah keimanannya.
7. Hati Mukmin sentiasa terkenang-kenang zat Allah maklumlah setiap detik rasanya ia menerima nikmat daripada Allah: Ilmu, harta, anak isteri, udara, air, makanan, bumi, langit, matahari, dan segala-galanya. Ia lemas dengan nikmat yang tidak terhitung. Cinta dan rindunya tertumpah pada zat yang maha baik lagi maha mulia itu. Allah menceritakan tentang hati mukmin: iaitu mereka yang sentiasa mengingati Allah pada waktu berdiri, duduk dan sambil berbaring.
(Al - Imran : 191)
Itulah di antara ciri-ciri hati orang mukmin. Dan itulah dia yang mencetuskan akhlak-akhlak yang baik dengan Allah dan dengan manusia. Hal ini tidak berlaku pada orang kafir dan munafik. Hati yang seumpama inilah yang membawa keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan harmoni serta yang membuahkan keamanan, kedamaian dan kebahagiaan kepada masyarakat.
Begitulah peranan hati orang mukmin didalam pembentukan kehidupan masyarakat, yang tidak wujud hari ini. Hati yang sempurna itulah yang hendak kita perjuangkan agar ia wujud. Moga-moga Allah memberi hidayah dan taufik kepada kita semua.
[ Last edited by semesra86 on 2-12-2004 at 09:46 AM ] |
|
|
|
|
|
|
native_deen This user has been deleted
|
fikirkan perjuangan dan kebangkitan kali kedua yang diidamkan oleh orang yang menagih janji tuhan berjuang untuk kebangkitan islam kali kedua adalah bukan satu yang omong kosong. ianya adalah janji Tuhan yang tuhan berikan pada manusia pada akhir zaman yang berjuangan ibarat singa disiang hari malamnya ibarat abid memuja Allah. carilah manusia yang menbawa kebenaran ini agar kita tak tersesat jalan tuhan yang Maha esa. marilah kita beramai - ramai merintih agar Tuhan menpercepatkan kebangkitan in.i sudah lama manusia menderita dengan perperangan, kikis keluarga yang tiada bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tok Pin at 2004-11-29 02:20 PM:
Mursyid yer?....
Ok....
Ada 1 mursyid di Indon masa zaman penjajahan Belanda.... Bila Belanda + talibarut2 dtg nak tangkap guru ni.... Tak nampak rumah.....
Atuk akunyer kawan.... Bukan guru mursyid.... Masa jepun nak tangkap dier... Cari rumah dier pun tak dapat... Atuk ni bukan guru agama + guru yg mursyid pun....
Kalau tok ada citer aku pun ada citer.....heh heh heh...
Tok jangan tak tau Rahim King (salah sorang hardcore SB) tu pernah diarahkan utk tembak Abuya semasa Abuya turun dari airport...
Tapi entah macam mana tak jadi...tak sampai hati....alih2 hingga sekarang dah jadi anak buah Abuya pulak... resign dari jadi org Mahathir (masa belum Mahathir bersara lagi). Sampai sekarang dialah yg paling sibuk defend Abuya ke sana ke mari....:bgrin::bgrin:Betul2 dah terpusing 360 darjah...
hahhh tak hebat lagi tu....dah tu banyak lagi sebenarnya citer2 ajaib yg berlaku masa Abuya, isteri2 dan beberapa pemimpin Arqam di tahan dlm ISA dulu tu....antara yg aku dengar, bilik2 depa2 ni semuanya berbau wangi...dah lah gitu bilik Abuya yg ada masanya di gelap gelitakan (maklumlah katanya bilik tahanan Abuya tu 6 kaki bawah tanah) boleh terang benderang dgn sendirinya hingga polis pun naik pelik dari mana dtg semua cahaya tu. Time masuk je waktu solat Abuya mesti azan padahal jam tak ada, tv dan radio semua tak ada...alih2 Abuya macam tahu2 je dah masuk waktu.... Ini semua sebenarnya mengherankan pihak Bukit Aman tu...
Lain2 citer banyak lagi sebenarnya...tapi mungkin belum masa agaknya depa nak hebahkan...atau pun sengaja depa tak mahu eksyen.
Mulut SB2 yg jaga Abuya sampai 10 tahun tu sendiri cakap...Abuya ''bukan orang biasa" ....apa taknya depa sendiri lebih kenal sapa Abuya dari kita yg kat luar ni..he he he... |
|
|
|
|
|
|
| |
|