|
ni kalau tebal sikit lagi boleh la buat novel |
|
|
|
|
|
|
|
seronok baca thread nih...macam2 ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rdzaccess at 27-7-2007 05:49 AM
IKLAN :
Aku nak mintak pertolongan free kat mana2 forumers yangdah tersangkut mata kat sini agar dapat membantu aku sebagai temanuntuk aku berdepan dengan entiti. Sekurang2nya boleh ambik gambar (guna henfon jer).
Yang lain tak per sebab aku masih sihat.
Ya lah kalau aku ada pergi kat tempat yang berdekatan ngan korang.
Syarat2 dia : mudah ajer.
- Tidak melatah ( Kekadang tak semena2 jatuh pulak cawan atas lantai)
- Tak de penyakit sawan, lemah jantung, darah tinggi atau pening atau yang boleh membawa kepeningan ( Kekadang nampak macam ada darah ker, muntah ker atau ulat ker )
- Berkebolehan melompat jarak jauh ( lebih baik dari berlari ) ( Bila kena kejar~ selalunya anjing bila nak balik)
- Boleh mengunci pergerakan pesakit ( jika perlu ) ( Mengelakkan dari kena seligi dengan awek bersuara jantan)
- Berkebolehan menutup mata dan telinga dan fikiran. ( Bila entiti ni menunjukkan diri kat depan dengan bermacam jenaka yang dia buat)
Kalau nak join boleh postkan kat thread ni...
kena cari budak sekolah menengah ler..otak diorang sekarang ni tengah giler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #223 kroit92's post
otak gile semangat tak kuat tak gune gak dik....kot2 gile..nmpk antu terus sawan...sape nak jwb tu??? bukan gile...hormon di tahap yg tertinggi...sbb tu nmpk cam gile....tgh nak mencari haluan... |
|
|
|
|
|
|
|
haih!aku da sngkut dgn thread ni..asal bgn tido je bkk thread ni...ni kalo kuar soklan exam yg de kaitan dgn thread ni sure A++ aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
lah untuk lelaki jer ker....baru nak join hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
bro bro...sambung lagi citer k?
good luck cari assistant..hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
wuhuu...siap ada iklan tu..
sambung lagi...memang layan je thread ni..thread yang wajib dilayari setiap hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm..best citer nih..kroit compile ek.. bleh tak tuan rumah?? rdzacess?? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak compile boleh jugak tak per. Saya pun tak pernah buat diary....
Keizinan diberi... |
|
|
|
|
|
|
|
aaaa???iman kene kuat neh...kalo xkuat abih la..ha kalo nk muke cntek ade x ayat2 yg boley diamalkn?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rdzaccess at 28-7-2007 01:00
Untuk pompuan boleh jugak, boleh siapkan air minum kopi o eh... nescafe ngan biskut cream cracker.
Jadi tak de lah kakak2 dan mak cik2 yang ada kat rumah pesakit tu ralit tengok saya ya ...
Ni aku nak kisahkan pasai ayaq liur.
Maka disebutkan bahawa aku selalu gak pergi kat rumah abang aku yang di Changlun ni.
Korang sudah tentu tau Changlun kat maner, kalau tak tau tak pe, dalam peta pun tak de lagi, baru nak buat.
Changlun ni di Kedah. Berdekatan ngan border Thailand.
Setiap bulan aku akan pergi ke sana. Abang aku ada tinggal kat sana sebab dia kerja kastam.
Dan dia menikah ngan orang Changlun jugak. Kakak ipar aku ni dikatakan oleh penduduk sana yang tercantik sekali lah pada masa tu. Dan bapak dia pun orang yang terkenal lah jugak atau ramai yang mengenalinya.
Aku hanya menaiki motor aje kalau pergi ke sana.
Selalunya jam 11 mlm dari Bandar Baru Bangi, dan sampai lebihkurang jam 4 pagi ( ada sebab, nanti aku cerita)
Kekadang jam 5 pagi ( ada sebab nanti aku cerita jugak ) |
|
|
|
|
|
|
|
Maka aku singgah dulu kat rumah kampung aku dan memberi tau mak aku yang aku nak gi rumah abang aku di Canglun dan sebelum tu mungkin singgah kat Sungai Tiang ( Kedah jugak ).
Mak aku cakap sikit ajer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak pernah aku pergi sebegini jauh bersendirian dan akulah anak yang boleh dikatakan 'anak manja besar'
Sebelum aku mengambil keputusan untuk pergi ke sana ( ini adalah kerana apabila mereka buat kenduri kahwin , ke dua-dua abang aku ni) aku tiadalah berkesempatan untuk menghadirinya lantaran aku bermusafir di perantauan.
Shahadan, apabila terpasang niat tu , seminggu sebelum meneruskan gerakan. Maka aku cuba mendapatkan pedoman.
Aku membuat capaian 'astral travel'.
|
[e-book] | Korang cuba yang ni.. Berdiri tegak menghadap ke Barat : Depangkan kedua dua tangan ke sebelah
( kiri di sebelah kiri dan kanan di sebelah kanan)
Pas tu tapak tangan kanan menghala ke bawah dan tapak tangan kiri menghala ke atas.
Ke belakangkan sedikit kepala. ( dongak )
Diam kan diri korang pada posisi begini selama 30 harakah ( saat, detik atau kira lah sendiri)
Apa yang korang rasa? ( kalau boleh lakukan setelah membaca ni, sekejap ajer )
Pas tu post kanlah kat sini apa rasa korang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #230 rdzaccess's post
okeyy..start sekarang ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Aaanntuu~Close encounter
Kisah benar oleh rdzaccess..
Dulu semasa aku belia aku selalu gak pi jalan-jalan sorang-sorang.
Samada jalan kaki , naik basikal atau pun berkenderaan motor.
Maka banyaklah kejadian yang tak diingini dan yang diingini terjadi.
Salah satunyer adalah apabila bapa kesayangan ku menunjukkan kepadaku
wajah entiti yang bernama hantu raya.
Dan semenjak itulah maka aku menjadi seorang yang diberi kepercayaan oleh bapak ku untuk menjadi
assistant dia.
Aku mulanya tak tau apa2.
Pada petang satu hari tu bapak aku baru balik dari kerja, lepas salin pakaian, dia pun duduk kat kerusi favourite dia.
Aku pun duduk dekat sambil memerhati apa yang di buat.
Ada satu mangkuk putih. Dalam nyer ada air ( air kosong).
Pas tu dia ambik daun sireh dia letak kat atas mangkuk tu.
Kemudian dia pun bersandar. Sekejap lagi dia alihkan daun sireh tu.
Dia pandang kat aku dan bertanya samada aku nak tenok atau tidak apa yang ada dalam air tu...
Aku kata nak tengok.
"Ko kuat ke tidak?" (tapi dia panggil nama nick aku lah )
Aku cakap aku kuat.
"Boleh tahan ke?"
Aku kata boleh.
"Ha.. tengok ni..."
000hhhh... macam tu muka dia....kataku.
selamba ajer...
Malam tu aku demam dan sambung selama lagi 3 hari...
Sejak hari itu setelah aku pulih dari demam maka aku akan ketawa bila tengok cerita seram ker atau cerita antu...
Sampai adik beradik aku marah kat aku kalau ada menonton cerita seram macam cerita "exorcist" ke atau cerita yang sadis...dengan diorang.
Sebab aku gelakkan antu tu punyer muka sebab bagi aku dah tak seram dah...
Sepaling2 hodoh dan sepaling2 seram lah bagi aku ni lah hanturaya ni...
Selepas 1 minggu , bapak aku dan kekawan dia ( semua korum dia 3 orang jer)
aku tengok duk berkumpul kat living room. siap masing2 kluarkan senapang patah.
Kata mereka nak pergi berburu sambil tu mengubat orang sekali.
Aku kenen kat bapak aku, dia diam jer.
Aku tengok dia potong eh...bukan dia bukak peluru penabor dia tapi belah atas.
Dia kluarkan timah peluru tu dan masukkan lada hitam.
kemudian dia tutup balik.
Ada lah tiga butir peluru.
Sambil tu aku curi dengar apa yang kekawan perbualkan.
Kawan dia namanya Samsudin dan lagi sorang aku tak ingatlah pulak masa ni.
( Kawan dia yang sorang ni ada kluar di berita (kat tv)~lama dulu dah~ yang meninggal sebab lemas dengan anak bujang dia kat Tasik Kenyir semasa memancing)
Aaah dah ingat dah...Mahmud. Ya, nama dia Mahmud.
Mereka berdua ngan bapak aku ni bersahabat baik.
Tibanya hari Jumaat malam ( lepas Maghrib ) bapak aku pun bersiap.
Setelah makan malam, sebuah kereta moris plate nombor BBB 444 warna biru muda datang kat rumah aku.
Bapak aku pun ambil barang2 dia dan masukkan dalam boot kereta.
Setelah semua clear bapak aku pun naik kereta tu dan aku lihat Pak Cik Mahmud ada kat sebelah pemandu ( Pak Cik Sudin).
Bapak aku duduk kat belakang.
Masa aku nak tutup pintu untuk bapak aku,...
Maka bapak aku mengeluarkan satu perkataan yang magic buat aku.....
MMMMMMMmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
"Bagi tau mak ikut sekali"
Aku pun jerit dari luar rumah bagi tau mak aku.
Rupanyer bapak aku awal2 dah bagi tau kat dia dan pakaian aku pun dah siap dah.
Maka bertolak lah kami mengharungi jalan yang tah kat mana yang dituju aku pun tak tau.
Tapi apakah sebabnyer bapak aku nak ajak aku sekali, sedangkan abang2 (ada 2 abang aku ni)
tak leh pergi?
Dari jam 8 malam tu sampai lah jam 2 pagi (yg ni aku agak jer sbb aku tak de jam dan lagi jalanraya adalah sepi walaupun sesekali ada gak kereta yg lalu)
Kami singgah kat satu kedai makan di tengah2 jalan raya. Kat situ ada lah gerai, berpagarkan kayu warna kuning. Dinding kedai tu warna hijau muda.
Dah parking kereta, kami pun makan nasi , aku pulak tak ingat makan apa tapi kenyang lah jugak.Aku perati di sekeliling kawasan kat situ yang diterangi oleh lampu jalan yg mengeluarkan cahaya warna oren.
Bapak aku dah makan tu dia hisap rokok Rothman. ( Kalau sekarang ni aku nak join dia isap rokok tapi apakan daya ni cerita lama).
Lepas tu kami meneruskan perjalanan.
Pas tu aku tak ingat apa2 tentang perjalanan seterusnya....
Pada 5 tahun yang lepas barulah aku dapat melihat tempat tu . Yang serupa ngan persinggahan kami malam tu.
Ia kat jenderam Kuala Selangor ( Terbayangkan kedai makan tu punya lokasi)
Bapak ku mengejutkan aku dan kemudian kami pun berjalan meredah kegelapan malam.
Kereta dah parking kat mana aku tak tau---- Mamai lagi dok syok tido kena kejut.
Sesampai satu tempat bapak aku encang aku dan meredah satu anak sungai.
Adalah dalam nya kat paras keting.
Aku boleh nampak anak sungai tu sebab cara kekawan bapak aku beroperasi waktu malam mereka menyuluh dari orang yang belakang sekali yang depan sesekali aje.
Mesti adalah muslihat tu..
Agak2 remang-remang fajar diufuk kedengaran ayam berkokok bertalu-talu ( Ni mesti ayam jantan yang port dia kat dalam hutan ), maka kami pun sampai di satu rumah yang agak kecil tapi selesa.
Arakian setelah salam diberi dan sahut diterima maka terbukalah daun pintu.
Sesusuk tubuh menampakkn diri. Keadaan masih gelap menyebabkan aku tak leh nak fokus sape yang buka pintu tu.
Yang boleh aku kenal pasti adalah pelita dengan api yang kuek-kuek melintuk cahayanya ternampak dari dalam rumah itu.
Setelah Kami menyelesakan diri, bapak aku ( kawan dia aku tak nampak dah , mane pergi aku tak tau) kelihatan menunaikan solat, dan masa tu aku tak tau nak solat macam mane.
Yang aku tau aku ambik port yang baik dan melelapkan mata aku.
Kalau waktu ni jam 2 pagi aku lelap kan best..
|
|
|
|
|
v |
|
|
|
|
|
|
|
Aku skip siang hari sebab aku tak ingat apa2 pun berkenaan ketika itu Okay....
Lepas Maghrib Pak Cik tuan rumah dan kami duduk berkumpul . Cuaca kat dalam rumah tu agak terang kerana ada beberapa lampu tambahan telah dipasang.
"Nak makan lauk apa malam ni, kita?" Tanya Pak Cik Mahmud.
"Lauk apa pun tak pe lah" kata bapak ku.
"Tunggu yer, saya pergi ambik lauk" balas Pak Cik tuan rumah ( nama dia aku tak tau dan mereka pun tak de pulak sebut nama dia)
Pak Cik tuan rumah pun berdiri lalu mencapai golok kat sisipan celah papan dekat dinding dapur. Mamasukkan di celah talipinggang dia yamg di perbuat dari kain pelikat yang dipintal dan mengambil tombak ehh..lembing ehh..ntah lah aku tak dapat nak bezakan~kira lebihkurang macam tu lah bentuk dia.
Pak Cik tuan rumah pun terus melangkah hilang ditelan kegelapan malam.
Bapak aku duduk bersandar kat dinding. Pak Cik Mahmud berbaring dengan kedua tangan mengalas kepala. Pak Cik Sudin mengeluarkan peluru senapang dia, membelek2
kemudian bertanya kat bapak aku, " Peluru nombor berapa kita nak pakai bang?"
Aku dah tengok peluru senapang bapak aku, ada nombor 1( avatar dia gambar gajah), nombor 2 (avatar dia gambar singa) ,peluru nombor 10, 12 dan 16.
Point 22 memang dia bawak ada 4 kotak.
Bapak aku tak menjawab ( atau aku tak ingat dia jawab ke tidak)
Peluru penabur ni diorang panggil "Petrum". Ada macam2 warna: hijau, oren dan merah.
Kemudian kami dapati Pak Cik tuan rumah pulang dengan seekor rusa yang telah disembelih. Adalah lebihkurang setengah jam dia pergi.
"aaahh, ni sedang elok untuk kita ni."katanya terus masuk ke dalam bilik lagi satu di sebelah tepi. Aku dengar ada suara perempuan bercakap ngan Pak Cik tuan rumah. Mungkin Mak Cik tuan rumah tapi aku tak nampak kelibat dia dan dari tadi masa mula2 sampai pun tak nampak.(???)
Makan malam tu cukup sedap. Daging rusa masak apa aku tak tau tapi memang sedap.
Aku dapat tahu bahawa Pak Cik tuan rumah memanggil rusa datang kat dia kemudian memilih mana yang dia hendak dan kemudian menggunakan tombak ( atau mungkin tak yah guna) untuk mendapatkan rezekinya pada malam itu. Ini disahkan oleh Pak Cik Sudin dan jugak bapak aku apabila ditanya oleh Pak Cik Mahmud.
Setelah makan malam yang lauk dia amat sedap sekali tu kami pun memulakan perjalanan meredah kegelapan malam menuju ke hutan yang berada kira2 besar kotak penalti bolasepak jauhnya dari rumah Pak Cik tuan rumah.
Setelah beberapa lama , kira penat jugak lah tapi sekarang tak rasa, kami berhenti.
Kegelapan di sekeliling membuatkan aku tak tau samada aku keseorangan atau dengan bapak aku dan kekawan dia.
Keadaan sunyi sepi. Tiada cengkerik yang berbunyi maupun kedengaran pernafasan
Pak Cik2 tu.
Tiba-tiba....
Tiba-tiba bahuku dipegang kuat.
Aku berhenti secara otomatik.
"Bang kita dah sampai dah" kata Mahmud.
Terdengar bunyi gemersik dan juga bunyi sesuatu yang patah...
"Duduk diam-diam" bisik bapak ku.
Adalah 2 kali lampu suluh menerangi pucuk kayu kat hutan tu..
Kemudiam semuanya sepi...
Lagi sekali lampu suluh menerangi ke atas pokok kayu...
dan.....
"Guuummm"
Satu ledakan dari senapang patah kedengaran.
Apa yang aku lihat adalah cahaya api berjurai-jurai seolah-olah menangkap peluru yang dimuntahkan oleh senapang tersebut.
Diam seketika ( hanya kedengaran bunyi senapatang diisi semula dengan peluru tetapi amat perlahan semacam terlalu berhati2)
"Guuuummm"
Sekali lagi ledakan terjadi..
Dan sekali lagi cahaya api menyambut.
Jaraknya cahaya api tersebut adalah lebihkurang 30 meter dari aku duduk.
"Guuuummm"
Dan sekali lagi berbunyi kali ni dah tak de apa2.
Kosong jer.. Tiada sambutan percikan api.
Kemudian barulah aku mendengar sura bapak aku dan kekawan dia bercakap2.
"Dah kena lah tu bang..." kata Pak Cik Sudin.
Bapak aku hanya diam.
Kemudian mereka pun bergerak dan dari kejauhan aku lihat susuk kereta Pak Cik Sudin yang di parking.
Kami pun pulang dan singgah ke tempat itu hari untuk makan.
Aku dapat tahu apa yang sebenarnya berlaku apabila mereka berbual-bual di dalam kereta.
Pak Cik Sudin ada pergi mengubati satu orang ni yang dah kena rasuk.
Jadi macam biasa dia rawatlah.
Dah beberapa bulan anak lelaki pesakit menalipun yang mengatakan ayah dia lain macam ajer. Kejap okay kejap sakit. Sakit ayah dia ni macam nazak je.
Bila okay.. mengalahkan masa dia bujang2 dulu tenaga cukup kuat.
Jadi Pak Cik Sudin rujuklah kat bapak aku.
Mereka berbincang termasuklah jugak Pak Cik Mahmud.
Setelah kata pasti dan kata putus, itulah mereka ambik 'drastic action' tuh.
Setelah seminggu, kemudian daripada peristiwa kat dalam hutan tu,
Pak Cik Sudin datang ke rumah dan memberitahu bahawa si pesakit telah meninggal dunia dan waktunya adalah sekitar kepulangan kami dari hutan.
Makhluk yang aku tengok kat dalam air tu adalah makhluk yang merasuk si pesakit.
Kalau korang nak tau macam maner ni aku kiaskan .....
AMARAN:
Jangan dikenang penulisan di bawah ini ( baca gitu-gitu jer lah..) ,
saya tak akan bertanggungjawab kepada apa2 jugak situasi berkenaan dari akibat pembacaan artikel di bawah ini.!!
Rambut dia tak lah lawa. Panjang dan melindungi sedikit bahagian muka, macam tak pernah sikat dan bersyampu.
Tak lurus sangat, kalau angin tiup (katakanlah) mengerbang2.
Telinga dia aku tak nampak.
Mata dia ada dua ( macam orang jugak lah), tapi kalau tengok betul2 makin kita rasa ia jauh ke dalam.(membawa kita ke arahnya)
Warna ..memang merah biji saga tapi kalau ditenung berbalam-balam.
Kulit muka dia, ada bonjolan macam orang kena rise atau (Cyste).
Pas tu pulak ada yang pecah dan terbitkan nanah dan sedikit darah se akan2 meleleh keluar.
Benjolan tu pun berwarna merah terik macam nak pecah.
Gigi dia macam orang tak gosok gigi lama sangat, kehitaman ( tapi ada lah sikit putih ) dan pada perasan aku tak nampak pun taring.
Renungan dia amat tajam seolah-olah kita boleh nampak wajah siapa yang kita impikan.( haaa.. masa tulah kalau kita tak mengenal siapa diri kita amat mudah dia merasuk dan mengambilalih tugas roh kita).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
|
|
|
|
|
|
| |
|