|
tiap2 bulan ada laa kekdahnya
updated thread |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Azura sah bercerai
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin hari ini mengesahkan perceraian dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman selepas melayari bahtera perkahwinan selama sembilan tahun.
Biarpun tidak menyatakan secara terperinci di mana dan bila perceraian tersebut, tegas Raja Azura, kes mahkamahnya telah diselesaikan secara damai dengan persetujuan bersama.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Kak Engku bagaimanapun memberitahu, dia yakin masih mempunyai peluang untuk memulih dan menyelamatkan rumah tangganya memandangkan ia adalah perceraian kali pertama dan berdasar pada persetujuan kedua-dua pihak.
Malah, katanya, dia kini dalam tempoh idah dan kedua-dua pihak masih berpeluang untuk rujuk semula.
“Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup dan alam rumah tangga.
“Peluang untuk rujuk dan kembali sebagai suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamatnya,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Raja Azura berkata, baik suami mahupun dirinya, mereka tidak pernah berputus asa mencari jalan perdamaian walaupun kini sudah lagi tidak bergelar suami isteri.
“Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu diperbesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin.
“Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumah tangga setelah kaedah membaiki dari dalam tidak berhasil,” ujarnya.
Dalam pada itu, Raja Azura turut meminta maaf kepada pihak media kerana sukar dihubungi beberapa hari ini malah meminta agar diberikan ruang untuk mengumpul kekuatan dan meredakan emosi.
Raja Azura, 38, dan Adzmin, 37, yang juga merupakan anak bekas Menteri Besar Kedah berkahwin atas dasar cinta pada Mac 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7, dan Puteri Mia Maizura, 5.
Desas desus pergolakan rumah tangga mereka mula tersebar awal Ogos lalu apabila kedua-duanya didakwa memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
perceraian tu rasa nya kalau pasangan kita dah curang terhadap kita nak ambik balik susah sikit nak hidup bersama...kalau bercerai kerana hal lain selain dari curang rasa kalau nak bercuba dan memperbaiki marriage tu masih boleh di usaha kan ...merepek lah pulak aku nie |
|
|
|
|
|
|
|
sabrina ali dah cerai ek. baru je tengok rancangan baby kiko apatah, elok jer ada laki dia. ke rancangan ulangan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Giliran Nadia pula bercerai
RAMAI sangat yang bertanyakan Joyah siapa Nadia yang bercerai pada hari Rabu lepas. Kalau seorang dua yang bertanya tak mengapalah, ini ramai!
Naik pening kepala Joyah nak kena buat sidang media satu persatu. Kalau ada yang belum kenal, ni Joyah nak bagi tahu dekat semua siapakah gerangan Nadia yang dimaksudkan itu.
Nadia Shahrul Anuar atau lebih dikenali dengan nama Nadia ini merupakan bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI)di TV3. Orangnya cukup cantik okey. Kalau tidak masakan boleh jadi pengacara rancangan popular negara.
Dia yang mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman @ Mohd. Helmi Mohd. Ilyas dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin.
Keretakan rumah tangga mereka bukan satu perkara baru. Kalau ada yang mengikuti cerita mereka sebelum ini pasti tahu cerita yang langsung tak sedap didengar.
Joyah tak nak cerita lagi apa yang dah terjadi. Bagi Joyah apa pun yang sudah berlaku antara mereka biarlah berlalu. Ini jalan yang ada untuk mereka.
Cuma Joyah cukup kagum apabila dapat tahu bekas suami Nadia ini bawa bodyguard ke mahkamah. Huh, cukup hebat sampai ada pengawal peribadi. Kau ada?
Tapi sesuailah dengan pangkat dan jawatannya itu. Pengarah Urusan VW Cars Sdn. Bhd.okey! Dah sah-sah mampu buat apa sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
erm..klu dh umh tangga xleh diselamatkan ag, ape nk wat..tp, kesian pd ank2...oh, sedihnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# Syd
Syd...
Dira & Ash mana? |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni jer dah berapa ramai artis cerai? |
|
|
|
|
|
|
|
carta hampir2 rebeh x der?hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan standard "takde jodoh. dah takdir..terima le dgn redho"....... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba tgk pulak pasangan dari Sehati Berdansa
lagi ramai kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# Syd
   si rita rudaini tue betul ker diorang nak bercerai... abislah masuk carta lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu bleh tulis tarikh kawin n tarikh cerai cun gak...
kita tgk statistik selama mana perkahwinan artis ni bertahan....
p/s: ish klu kerja kt mahkamah syariah ni best jgk no, blh tau bla org tu kawin, bla dia bercerai....mau geleng kpala x sudah...."perkara halal YANG PALING DIBENCI oelh ALLAH S.W.T" |
|
|
|
|
|
|
|
Aleeza Kassim Sah Bercerai Secara Baik
KL, 28 OKT 2010: Selepas lebih empat tahun berkongsi hidup sebagai pasangan suami isteri, akhirnya model dan aktres terkenal, Aleeza Kassim, 39, disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Fauzi Che Ros, 45, pada pagi semalam. Lafaz cerai itu dibuat Mohd Fauzi secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi dalam kamar hakim tersebut.
Lafaz cerai secara tertutup itu berlangsung selama hampir 15 minit dan ketika pasangan itu keluar, Aleeza kelihatan hanya menundukkan wajah sambil menangis teresak-esak sambil berjalan berpegangan tangan dengan Mohd Fauzi. Aleeza kemudian cuba ditenangkan oleh Mohd Fauzi.
Pasangan itu kemudian terus meluru keluar beredar jmeninggalkan mahkamah dengan 2 kereta yang berasingan. Terdahulu, pasangan itu hadir bersama dan tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi dan terus memasuki kamar hakim dengan diiringi seorang peguam.
Peguam Syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili Mohd Fauzi mengesahkan bahawa kedua-dua pasangan itu telah bercerai secara baik. Muhammad juga Nur Hafiz juga memberitahu bahawa semuanya sudah diselesaikan dan tidak akan timbul sebarang isu dan tuntutan yang berbangkit selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
dorang nie dh senja2 pun nk bercerai gak ekk... |
|
|
|
|
|
|
|
Juara Sehati Berdansa 3 Sah Bercerai
by Gua.com.my
Bekas ahli kumpulan Ruffegde dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang tadi. Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup.
Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.
Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lah. dah cerai? |
|
|
|
|
|
|
|
Lah. dah cerai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|