tobby posted on 18-4-2014 03:17 PM 
ya, Umar pernah batalkan/tangguhkan hukuman potong tangan utk sementara waktu ketika ekonomi meles ...
memang benar hudud hanya boleh dilaksanakan dgn syarat2 tertentu.....kira bukan senang hendak jatuhkan hukuman hudud ni sebenarnya...
dlm enakmen jenayah syariah (hudud dan qisas) Terengganu, syarat berikut perlu dipatuhi:
Seksyen 21. Bilakah Hukuman Hudud Sariqah (mencuri) TidakBoleh Dikenakan.
Hukuman hudud sariqah tidakboleh dikenakan dalam keadaan yang berikut :
(a) apabila nilaiharta yang dicuri itu kurang daripada nisab; nisab = kadar atau jumlah
(b) apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan keteranganyang dikehendaki di bawah peruntukan-peruntukan Bahagian IX;
(c) apabila pesalah itu bukan mukallaf; (belum sampai umur yg ditentukan)
(d) apabila pemilik harta yang dicuri itu gagal meletakkan hartaalihnya di tempat yang sesuai bagi keselamatannya atau pemilik mendedahkannyakepada kecurian dalam keadaan tertentu;
(e) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnyaterhadap harta yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai jagaanatau milikan ke atas harta tersebut;
(f) apabila harta yang dicuri adalah daripada jenis harta yang tidakada nilai dan boleh terdapat dengan banyaknya di merata-rata tempat ataupundaripada jenis harta yang sudah musnah;
(g) apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikutHukum Syarak seperti minuman yang memabukkan atau alat-alatmelekakan;
(h) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang keatas harta orang yang berhutang dengannya yang enggan membayar hutang itu;
Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuri itu tidak melebihi jumlah hutangatau nilai harta yang dicuri itu melebihi jumlah hutang tetapi tidakmelebihi nisab;
(i) apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak,seperti perang, kelaparan, penyakit dan bencana alam;
(j) apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isterimencuri daripada suaminya dan sebaliknya atau anak mencuri daripada bapanya dansebaliknya;
(k) apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang manabahagian yang diperolehi oleh tiap-tiap seseorang daripada pesalah itu setelahdibahagikan harta yang dicuri atau hasilnya sesama mereka adalah kurangdaripada nisab;
(l) apabila pesalah itu mengembalikan harta yang dicuri itu sebelumhukuman hudud dilaksanakan;
(m) apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengaku bahawahartanya yang dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat iqrar mencurinya;
(n) apabila pesalah itu mebuat bantahan yang boleh diterima olehHukum Syarak terhadap saksi-saksi;
(o) apabila harta yang dicuri itu atau keadaan dalam mana kesalahanitu dilakukan mengikut Hukum Syarak tidak ada hukuman hudud yangboleh dikenakan ke atasnya;
(p) apabila kesalahan sariqah disabitkan atas iqrar pesalah,tetapi dia menarik balik iqrar sebelum pelaksanaanhukuman hudud;
(q) apabila pesalah memiliki harta yang dicuri secara sah selepasmencuri dan sebelum keputusan atas kesalahan sariqah dibuat;
(r) apabila pesalah itu diizinkan masuk dalam tempat simpanan;
(s) apabila pelaksanaan hukuman potong tangan membahayakan ataumengancam nyawa penjenayah; atau
(t) apabila tangan kiri pesalah tidak berfungsi, kudung atauterpotong.
|