Sumber: Malaysian Digest
Gambar Puan Sri Siti Amirah terkini yang diperolehi oleh waris terdekat
KUALA LUMPUR: Seluruh dunia kini dikejutkan dengan tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Timur Ukraine, lewat malam semalam.
Lebih mengejutkan, kemungkinan salah seorang mangsa nahas pesawat tersebut merupakan nenek tiri kepada dua pemimpin Negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurut sumber (waris) terdekat, mangsa dikenali sebagai Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma merupakan isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah.
Najib (kanan) bersama Hishammuddin sedang membuat panggilan telefon bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai nahas MH17 di bilik Operasi KLIA, awal pagi tadi.
Tan Sri Mohd Noah adalah bapa kepada Tun Raha (ibu Najib) dan Tun Suhaila (ibu Hishammuddin).
Walaubagaimanapun, maklumat lanjut mengenai identiti mangsa yang terlibat dalam nahas MH17 masih belum dimaklumkan oleh pihak MAS. Pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.
Terdahulu, MAS dalam kenyataannya telah mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.
Sementara itu, 41 orang lagi masih belum dikenal pasti kewarganegaraannya.
Berikut merupakan gambar Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma bersama Tan Sri Mohd Noh yang di ambil sekitar tahun 1990:
Puan Sri siti Amirah Prawira Kusuma bersama Tan Sri Mohd Noh yang di ambil sekitar tahun 1990
Last edited by adik^manis on 18-7-2014 12:03 PM
|