CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani IV

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-3-2010 10:39 PM | Show all posts
ilah out dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2010 10:43 PM | Show all posts
salam puan ilah....
lamanya cuti...kejap lagi dah berlari anak tu...

sempat lagi tu nak bercerita sambil jaga anak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:58 PM | Show all posts
wahhh, trus ade cite..

gile scaryyyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 11:19 PM | Show all posts
2413# z3t_ex


salam z3t-ex... ..

lama menhilang gi manaaaaa
ilahkhatibrani Post at 1-3-2010 22:11

salam,puan ilah..

amcm,sihat ker skrg?

ade je ni,jd SR kt benang ilah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 11:56 PM | Show all posts
salam Ilahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

waaa.. ada cite baru...
macih.. x sia2 lama tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 08:19 AM | Show all posts
Salam Ilah.. moneng...

Tengs utk cite baru...

1st goncang, bangun tdo blk.. Woo.. wat derk yew.. skali digoncangnya bus.. pueh ati, bangun pn korang yew..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2010 08:33 AM | Show all posts
Di sini juga  ilah sertakan salinan pautan   untuk rumah pertama ,kedua dan ketiga bagi mereka yang ingin mengikuti kisah mistik ilah.

1.Rumah Pertama
http://mforum4.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D2

2.Rumah Kedua
http://mforum5.cari.com.my/viewt ... p;extra=&page=1

3.Rumah Ketiga
http://mforum4.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=1




KISAH MISTIK DI RUMAH KEEMPAT

1.KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI DENGAN PESAKIT BADI
http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=434078&;extra=&page=4

2KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKAHTIBRANI DI PERAK

A-KISAH SUARA WANITA MENANGIS

http://mforum6.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=46

B-KISAH AMUKKAN CIK PONTIANAK
http://mforum6.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=46

C-KISAH SAKA MELAWAT WARIS

http://mforum6.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=47

D- TIPS UNTUK MEMULIHKAN SEMANGAT ATAU TERKEJUT KERANA GANGGUAN DAN MENUTUP PINTU MIMPI DICEROBOHI OLEH MAKHLUK HALUS ATAU BENDA TAK BAIK
http://mforum2.cari.com.my/viewt ... Ddigest&page=50


E-PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI BERSAMA MAKHLUK HALUS/BUNIAN MENOLONG MENCARI CINCIN YANG HILANG

http://mforum3.cari.com.my/viewt ... Ddigest&page=68

F-KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI BERSAMA PESAKIT GILA MEROYAN
http://mforum5.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=74

G-KISAH PENDEK PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI  DIUJI MAKHLUK HALUS
http://mforum4.cari.com.my/viewt ... ;extra=&page=81

H-KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI DENGAN MAKHLUK BERGAYUT..SEMASA BARU BEKERJA
http://mforum4.cari.com.my/viewt ... ;extra=&page=86


KISAH PENDEK PENGALAMAN MISTIK ADIK LELAKI DI TOL PERHENTIAN BUKIT BERUNTUNGhttp://mforum5.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=97
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 08:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-3-2010 08:41

KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI TERLIHAT ENTITI BERGAYUT DIBADAN JIRAN

hmm pengalaman nie sebenarnya .berlaku semasa ilah anak dara sunti...(ahaks)..dimana ilah tinggal diapartment dan pada masa ini juga ilah lum dapat lesen keter ..yang ada hanyalah lesen motor....jadi pada masa nie ilah jadi minah rempit lah juga ...

ok..kiter sambung citer...begini kisahnya........

peristiwa ini berlaku semasa ilah nak naik lift di apartment ilah diwaktu petang selepas pulang dr opis.....kebetulan pada masa tu hanya ada dua org sahaja yang menunggu dipintu lift termasuk ilah....dan lagi sorang tu adalah jiran tetangga ilah..jadi macam biasa ilah hanya mengangkat tangan dan senyum.....kami berbual kosong sebelum menunggu pintu lift terbuka..pada masa nie jiran ilah berbual dengan ilah sambil mengeluh bahu dia selalu sengal2 dan terasa berat......hmm ilah hanya mendengar dan menyuruh dia berjumpa dengan doktor.....untuk rawatan susulan.....

Dan apabila pintu lift terbuka ..tanpa membuang masa kami berdua menuju masuk ke dlm lift tetapi ilah memberikan laluan dahulu kepada jiran ilah kerana dia nie lebih tua sedikit kepada ilah ..kira pangkat makciklah...sebagai tanda hormat kepadanya...manakala ilah pula mengekori dari belakangnya..dan tanpa disangka ilah ternampak sesuatu.....iaitu ada sesuatu yang bergayut dibelakangnya......erk! macam budak kecik....eh! bila masa pulak makcik nie ada mengendong budak kecil kat belakang dia nie..cucu dia ker....dahlah hanya pakai seluar jer..naper tak pakai baju....dan naper pulak makcik nie macam tak kisah budak kecik tu bergayut kat belakang dia dengan hanya berpaut kat bahu dia....tak risau ker budak tu jatuh ker apa ..getus ilah kehairanan dalam hati...

bila jer masuk dalam ..ilah  hampir nak membuka mulut bertanya dengan makcik tu .tetapi sebelum ilah bersuara ..tetiba makcik tersebut terus mengadu mengeluh..bahunya semakin berat dan sakit...dan pada masa nie terus ilah pandang tepat kat bahu makcik tu..Ya-Allah...bukan budaklah......tapi benda lainlah.waaaaaaa ....kelam kabut ilah menekan butang lift level umah ilah banyak kali sebab panik....(ha..ha...mcm lah leh cepat terbukak pintu lift..hmm apalah ilah nie .)..

sementara makcik tu dah pandang pelik dengan ilah..siap bertanya dgn ilah  ..kenapa ngan ilah..sakit perut ker....nak ke tandas ker.....pada masa nie ilah hanya mengiyakan sahaja ...lagi2 bila ilah  lihat dari ekor mata ilah benda yang tergantung tu ..yang dari tadi menyembunyikan wajahnya disebalik rambut makcik tu tetiba mengangkat sedikit mukanya ke arah ilah sambil tersenyum sumbing melihat telatah ilah...

ya-Allah! berderau darah ilah.....hitam dan buruknya muka dia...dengan bibir mulut mengunyah sesuatu sambil tersenyum sumbing kat Ilah....bila jer pintu lift terbuka ..cepat2 ilah kuar....tanpa berkata2 apa kat makcik tu..ilah tak terus balik kat unit apartment ilah sebaliknya ilah turun balik dengan menggunakan tangga kecemasan..dari tingkat lima hingga ke ground floor....berlari tak cukup tanah ilah pada masa nie...sampai jer kat scooter ilah terus start scooter dan blahhhhhhhh dari situ.......terus gi umah kawan ilah ..lepas tu  terus call abah datang amik ilah kat umah kawan ..sebab nak balik kampung malam tu jugak....bila ilah citer ngan abah ...malam tu jugak abah naik amik ilah ....

sepanjang perjalanan balik kat umah...kenalah jugak dengar bebelan abah ..sebab tak pandai kawal emosi ilah bila berdepan dengan benda macam nie..padahal abah dah ajar camner nak buat bila tertiba terserempak benda2 macam gini......aduihlah! kena marah lah pulak..hmm takper sebab ilah tahu kalau abah marah ilah tandanya dia sayang kat ilah..ahaksss...

dan sekarang bila meningkat dewasa nie...baru ilah faham...yang bergayutan dibahu makcik tersebut adalah pendamping makcik tersebut yang dihantar kepadanya tanpa disedari oleh makcik tu..kesian makcik tu sebab tidak tahu tentang hal mistik tersebut.......
tapi kengkawan bukan sahaja pendamping atau sihir berbentuk begini boleh berlaku kepada kiter ...tapi kalau kita selalu balik lewat terutama waktu maghrib.....hmmm kalau tak baca apa yang patut sebelum masuk kerumah...hmm memang ada yang banyak bergayut kat badan kita menumpang masuk sekali di dalm umah kita..

jadi bagaimana cara nak menghalangnya....yang paling mudah 'BISMILLAHHIROHMANIRROHIM".setiap kali memulakan perbuatan...mudah kan....banyak khasiat bila kita sentiasa menyebut kalimah ini.....selain drpd doa2 yang khusus sebelum memasuki umah..

bak kata pepatah.."tepuk dada tanya selera'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2010 08:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-3-2010 08:42

KISAH PENGALAMAN MISTIK ADIK LELAKI DI TOL PERHENTIAN BUKIT BERUNTUNG

Adik lelaki  ilah  yang tengah tunggu result SPM nie suka mengikut pakcik saudara ilah yang kejernya bawa bas persiaran….jadi banyak kisah mistik yang adik lelaki  ilah alami..salah satunya di tol bukit beruntung….

Mengikut cerita adik ilah..pada hari tersebut selepas balik daripada kedah..pakcik  dapat trip pergi ke Lumut…dan perlu pick up penumpang di bukit beruntung…..

Kebetulan pada  masa tu  mereka tiba ke KL drpd Kedah dlm lewat pagi…jadi  mereka terus  mandi  di tol batu tiga dan bersiap2 pergi ke bukit beruntung..di mana mereka bercadang  bila tiba di susur kuar tol bukit beruntung…pakcik akan parking bas ditepi jalan dan mereka berdua akan tido didalam bas ( bas dua tingkat…dan tingkat bawah ada kabin tidur )sementara menunggu subuh dan bergerak mengambil penumpang pada kul 7.30 pg.

Jadi mereka tiba di tol bukit beruntung dalam lebih kurang 4.00 pg…..dan lepas jumpa tempat parking tuk bas ..terus mereka meneruskan aktiviti tido..ditambah pula dengan letih dan penat..dgn mudah mereka berdua dapat tido dgn lena..

Adik ilah sedang sedap2 diulit mimpi indah..tetiba bahunya digegar dengan sesuatu….siap diselangi  dengan bunyi suara  garau “ woi!..woi!..woi! bangun!…bangun..!
Jangan tido sini..woi! woi! Aku kata bangun!....dlm terpisat2 tu adik ilah buka mata…dan macam  ternampak ada perempuan tua berbongkok sedang mencuit bahunya dengan hujung tongkat dengan wajah yang garang…

Cepat2 adik ilah bangun dan buka mata luas2…bila di gosok matanya sekali lagi…kelibat perempaun tua bongkok tua tu ..tetiba hilang drpd pandangan matanya...

Adik ilah dah rasa seram..cepat2 dia gi baring sebelah pakcik…(hmm masa nie pakcik tido mati..hu..hu….penat sangatlah tu) dan dgn segera dipejam matanya agar dapat tido…semula…..

Dan tanpa disangka tetiba bas digoncang dengan kuat dari luar…terus terbangun pakcik daripada tidurnya  kerana terperanjat…dalam mereka terkesima tu..tetiba kedengaran suara seperti suara perempaun tua memekik diluar “ aku kata jangan tidur kat sini..pergi! pergi! Pergi! Kalau kau tak keluar sekarang aku buat bas nie kena langgar  sekejap lagi”..dan terus perempuan tu ketawa kuat2…

Tanpa membuang masa terus pakcik..hidupkan enjin bas dan  bergerak meninggalkan kawasan tersebut..manakala menurut adik lelaki ilah..bila dorang meninggalkan kawasan tersebut...dorang leh nampak ada sesusuk tubuh wanita tua berbongkok bertongkat daripada side mirror bus tersebut yg sedang memandang dengan pandangan tajam..dari sudut tepi kiri belakang bas.....dan masa nie..kedua2 mereka hanya diam membisu ...

rupanya2....tempat tu memang keras...dan ramai pemandu bas yg pernah kena dan tahu tempat tu..tidak akan sesekali berhenti disitu..

adik ilah pula demam tiga hari sebab terkejut...tapi tak serik2 lagi mengikut pakcik saudara ilah..sebab dia kata besh! Sebab dpt  jenjalan serta dapat pengalaman mistik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 08:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 25-3-2011 11:02

PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI BERSAMA ENTITI LELAKI .....

masih ingatkah sahabat mengenai kisah yang pernah ilah berkongsi tentang entiti menyerupai lelaki muka pucat berdarah yang datang berjumpa ilah meminta pertolongan...dimana pengalaman mistik ini telah berlaku di dlm beberapa saat dan tika di dlm kereta ilah setelah pulang drpd kerja...masih ingatkah..sahabat....

hmm DIA..datang lagi ....

pada kali ini bukan di dalam kereta tetapi di tepi hujung kereta...duduk mencangkung sambil memeluk tubuh dengan kepala ditekupkan di celah paha....dan darah mengalir perlahan daripada kepalanya dan menitis membasahi bajunya...dengan bahunya terhenjut-henjut seolah2 sedang menangis....

ilah melihat pantulan imej entiti tersebut melalui side mirror kereta..dengan sekali pandang ilah sudah mengenali entiti tersebut..entiti yang muncul secara tiba2 di dlm kereta ilah dahulu....di dalam hati ilah bergolak..sama ada mahu menolong atau tidak..

..kalau menolong.bermakna  permulaan berhubung dengan lost soul akan bermula..dan pintu akan terbuka untuk semua lost soul...mampukah ilah..menolong dan menghadapi semua ini...

ilah memandang sekali lagi di cermin kereta untuk melihat entiti tersebut....dan pada kali entiti tersebut mengangkat kepalanya seolah2 tahu yang ilah sedang memandangnya buat kali kedua..Ya ! Allah..mukanya berdarah ..cepat2 ilah mengalihkan pandangan...

sambil berkata dengan perlahan "maafkan saya....saya tidak boleh menolong awak...pergilah cari orang lain "..lantas ilah membaca surah Al-fatihah dan surah Insyirah....

setelah habis ilah membaca surah tersebut..entiti tersebut bangun dan perlahan-lahan  melayang dan hilang daripada pandangan ilah...

hmm sejak hari itu..ilah tidak bersua lagi dengan DIA....cuma ada satu hari tu....semasa baru pulang daripada kerja bersama suami ...secara tiba2 suami menhalang ilah keluar daripada kereta...dan meminta ilah duduk sebentar di alam kereta ..manakal suami keluar sebentar dengan menoleh ke arah hujung tepi kereta sambil membaca sesuatu dan menghentakkan kaki kirinya ke tanah...

lantas ilah bertanya kepadanya ...tetapi suamiku hanya tersenyum seribu bahasa...hmmm adakan entiti itu kembali lagi ..cuba menhubungi ilah namun gagal kerana suami ada disisi...hmmm entahlah....
tetapi yang pastinya ilah belum bersedia untuk semua ini.....hmm belum lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 08:40 AM | Show all posts
ok...ilah dah tepekkan indek tuk semua citer kat muka surat depan......
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 08:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by ilahkhatibrani at 2-3-2010 08:53

PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI BERSAMA ENTITI LELAKI .....

masih ingatkah sahabat mengenai kisah yang pernah ilah berkongsi tentang entiti ...
ilahkhatibrani Post at 2-3-2010 08:38



mmg entiti tu nk minta tlg kew? ada kew roh x tnteram? hmy3:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 09:05 AM | Show all posts
mmg entiti tu nk minta tlg kew? ada kew roh x tnteram? hmy3:
nemo0309 Post at 2-3-2010 08:59


salam nemo...

hmm arwah datuk mertua ilah ..semasa hayatnya dahulu...setiap malam selalu datang roh ahli kubur berjumpa dengannya agar mendoakan mereka untuk mengurangkan siksaan kubur...hmmm wallahualam......
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 09:11 AM | Show all posts
salam moning semua.....

masuk2 dah ada buah tgn dr ilah......besh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 09:21 AM | Show all posts
ok out sekejap..nak mamam
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 09:49 AM | Show all posts
yezzzzzzzzzzzaaaaaaaaaaa
ilah dah masuk... tak sabar2... nak baca citer baru..
yg dah tepek pon dah abih baca...
nak lagi!! nak lagi!!

baby sihat ke ilah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 10:25 AM | Show all posts
~ salam selamat pagi wat kawan2 baru pas bekfes trus masuk sini ..saya takmo ketinggalan bas lagik ~
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 10:39 AM | Show all posts
salam ilah n all prensss.............

ilah masuk jek trus bwk ole2....
thanks ilahhhh....

naga baru balik dr kucen smalam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 10:42 AM | Show all posts
moning.......................
salam ILahhh...

hari nih sila bukak umah baru plisssssssssssssssssss...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 10:45 AM | Show all posts
------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065646 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list