CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Kemelut Diraja Kelantan: PRK Tengku Faris vs TTK Tengku Fakhry

[Copy link]
Post time 28-12-2009 07:07 PM | Show all posts
anyway motip kedekut tak panggil photog yg grand utk ambik pic nikah??
ala2 snap guna camera guna film tu jah or digicam tarap hazab
kerusi pun ala2 kerusi makan kat rumah jah kannn?
Selma_Jeskova Post at 28-12-2009 16:45

.....
raja pun dah dekat nak sakit dah masa tu.......sian pulak kat bini  muda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 09:08 PM | Show all posts
akhirnya out in the open pasal vini nomot dua ni ..
sekali lagi khabar2 angin dimalaysia ni memang boleh dipercayai
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 09:09 PM | Show all posts
241# Selma_Jeskova



jgn lupa SI diperintah dek rejim kuku besi
so mana yg sempat jahhh, yg wajib jer nok
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 09:13 PM | Show all posts
241# Selma_Jeskova

nah nostalgia lama... grand gila majlis zaman tok adam berbeza dengan kerusi makan yang ko kata tu...hehhe

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 10:16 PM | Show all posts
hensem jugak raja ni muda2 dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 12:20 PM | Show all posts
Jabatan Agama Islam sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

KOTA BARU, Dis 30 — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada 31 Disember 2007.

Baginda kini menjalani rawatan di Singapura.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ kata Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk jabatan itu Hasnan Ramli yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Okt lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana, 30, sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Dis lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk “Police ruckus in royal ward” dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia melaporkan ia turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2009 12:25 PM | Show all posts
Allahamdulilah .Sultan Kelate berpoligami juga akhirnya . Nak mengikut sunnah Nabi dan menolak sunnah Yahudi yang suka kawin secara solo .

Nak kawin lebey2 , Yahudi galak kawin secara koboi jer

Tahniah pada Sultan Kelate .

Dari Tok Imam Al Forum Al Cari dot com dot mai
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 05:34 PM | Show all posts
dlm kena queen control pun sempat lagi jugak ismail neh ada second wife
Selma_Jeskova Post at 28-12-2009 15:51



mu nih!kan ada forumner dh citer dulu........Sultan kawen muda ni sumo TMK yg uruskan......

TMK.......anak yg very understanding...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2009 05:41 PM | Show all posts
237# kukulangau

ambo po kata gitu jgk.....Sultan Ismail berbudi bahasa....wah glemor mak bapak bini muda ni....

pic nikoh anak derang ngan sultan kt muka depan akhbar.......

ekceli.....yg ambo dok korek citer...keh keh rupanya ni sumo Pmngku Raja punye kerja....ekceli bini muda x blh buat statemnet kt press gini ssuka ati....
kecuali dgn izin/perintah PRK....
dgr nye PRK sengaja soh bini muda  buat gini....nk kasi meroyan bondanya....dan nk kasi bls perbuatan TA yg publish isu dalaman istana kt press....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:20 PM | Show all posts
250# zahirbatin

PRK tu sapa...TMK tu sapa??

pening sat......TT tu tau la..hat kemaruk kat mano tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 10:37 PM | Show all posts
250# zahirbatin  

PRK tu sapa...TMK tu sapa??

pening sat......TT tu tau la..hat kemaruk kat mano tu...
alahai Post at 31-12-2009 22:20


Dua-duanya BETUL... DYMM TENGKU FARIS PETRA...TMK dan sekarang jadi DYMM Pemangku Raja Kelantan (PRK)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2010 08:35 AM | Show all posts
Kelewatan Tengku Fakhry fail semakan dipertikai

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra (atas) dibenarkan mencabar perintah kekanda sulungnya yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Perajaan Negeri, tidak dapat diputuskan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam, berikutan timbul isu lain yang perlu didengar terlebih dulu.

Dalam prosiding semalam, Peguam Datuk Cecil Abraham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris, berkata mahkamah perlu memutuskan isu kelewatan Tengku Muhammad Fakhry memfailkan semakan kehakiman sebelum membenarkan semakan.

“Tengku Muhammad Fakhry memfailkan semakan selepas 82 hari keahliannya dibatalkan pada 16 September lalu.

“Mengikut Peraturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, semakan perlu difailkan dalam tempoh 40 hari,” katanya.

Cecil berkata, lanjutan masa untuk memfailkan semakan adalah isu berhubung bidang kuasa dan mahkamah perlu mendengar hujah kedua-dua pihak sebelum buat keputusan.

Sementara itu, peguam Tengku Muhammad Fakhry, K Shammuga berkata, permohonan semakan kehakiman itu difailkan sebaik anak guamnya menerima surat setiausaha majlis pada 26 Oktober lalu bagi menjawab pertanyaan berhubung alasan pembatalan keahliannya.

Katanya, tiada alasan diberikan setiausaha majlis itu dalam surat berkenaan, selain menyatakan pembatalan dibuat atas perintah Pemangku Raja Kelantan.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof tetapkan 12 Januari ini membuat keputusan sama ada isu kelewatan semakan kehakiman perlu didengar sebelah pihak atau kedua-dua pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 06:01 PM | Show all posts
dasat tollll..... queen control gila2 pon sompek laie... curlastttttttttt gitewww tuanku neh
kabukiman Post at 28-12-2009 16:00


krn queen kontrol gile2 lah Tuanku sultan akhirnya kawin dua.......bukan smua lelaki kawin dua krn napsu....ada yg kawin lain semata2 mengharapkan penghormatan yg sepatutnye dr pompuan bergelar isteri......

harap al-sultan & che puan bahagia ke akhir hayat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2010 11:14 PM | Show all posts
Sabtu Januari 2, 2010
Istana Kelantan Bergolak Lagi

Tengku Temenggong Dakwa Sultan Tidak Iktiraf Perintah Pemangku

PETALING JAYA: Selepas dikejutkan dengan pendedahan oleh isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra iaitu Elia Suhana Ahmad, 30, yang disahkan bernikah pada 31 Disember 2007, sensasi pergolakan Istana Kelantan tidak berhenti setakat itu.

Kali ini Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mendakwa menjalankan titah ayahandanya supaya membatalkan beberapa perintah kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang kini memangku Raja Kelantan termasuk tindakan membatalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Perajaan negeri itu.

Melalui surat yang ditandatangan oleh Tengku Muhammad Fakhry kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias bertarikh 29 Disember 2009 di sini hari ini, beliau berkata bahawa Sultan Kelantan tidak mengiktiraf, tidak setuju dan/atau tidak mengesahkan apa-apa arahan pembatalan berkaitan ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri.

Sehubungan itu, kata beliau, kesemua arahan pembatalan atau pelantikan hendaklah dikembalikan seperti kedudukan pada atau sebelum 24 Mei 2009.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa ayahandanya menitahkan tidak pernah mengiktiraf sebarang penarikan balik atau penganugerahan mana-mana darjah kebesaran atau pembatalan pelantkan Jakwa Pendamai kecuali yang diperintahkan secara peribadi oleh Sultan Kelantan bukan melalui Pemangku Sultan.

"Maka senarai pihak yang menerima darjah kebesaran, anugerah dan Jaksa Pendamai hendaklah dikembalikan kepada keadaan sediakala pada atau sebelum 24 Mei 2009," jelasnya.

Sultan Kelantan juga, tambah Tengku Muhammad Fakhry menitahkan darjah-darjah kebesaran Datuk kesemua yang berikut ditarik balik melibatkan Aiseri; Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Ismail Md. Noor; Ketua Polis Kelantan dan Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Selain itu, Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, Datuk Razali Daud; peguam dan ahli perniagaan, Datuk Sukri Mohamad; ahli perniagaan, Datuk Chai Kin Loong dan Tan Choon Hwa.

"Kesemua darjah mereka ditarik balik bermula pada tarikh surat ini kerana ingkar dengan titah Tuanku atau tidak melaksanakan apa yang dititahkan. Sehubungan itu, pihak berkuasa negeri hendaklah mengambil tindakan membatalkan pelantikan mana-mana pihak di atas sebagai Jaksa Pendamai," ujar beliau.

Tengku Temenggong turut berkata, Sultan Ismail menitahkan Aiseri atau pihak berkenaan supaya titah itu dilaksanakan dan warta-warta hendaklah disiarkan pada atau sebelum 31 Januari 2010. Kontroversi melibatkan keluarga diraja Kelantan tiada kesudahan bermula dengan pergolakan rumah tangga Tengku Muhammad Fakhry Petra dan model Indonesia, Manohara Odelio Pinot.

Ia diikuti dengan tindakan Tengku Muhammad Fakhry mencabar keputusan kekandanya, Pemangku Sultan Kelantan yang membatalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Perajaan negeri itu di Mahkamah Tinggi dekat sini.

Majlis Perajaan merupakan badan yang bertanggungjawab mengesahkan penabalan waris dan kedaulatan kerajaan negeri itu selain menentukan kekosongan takhta jika sultan tidak dapat menjalankan tugasnya dalam tempoh masa yang lama atas sebab-sebab tertentu.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, merupakan anakanda ketiga Sultan Kelantan dan merupakan seorang lagi waris bagi takhta di istana negeri.

Beliau dipilih oleh ayahandanya menganggotai majlis berkenaan kira-kira lapan tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:23 PM | Show all posts
mesti abang dia marah....si adik habiskan duit utk model tu.....
tuntut balik....tp x tau le org tu nak byr ke x.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:26 PM | Show all posts
Dua-duanya BETUL... DYMM TENGKU FARIS PETRA...TMK dan sekarang jadi DYMM Pemangku Raja Kelantan (PRK)
cmf_tongkatali Post at 31-12-2009 22:37


ok...PRK tu kadang 2 konpius dgn RPK..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2010 11:45 PM | Show all posts
255# amazed jeng jeng jeng....ada penarikan darjah kebesaran dato lagi....

Sultan Kelantan juga, tambah Tengku Muhammad Fakhry menitahkan darjah-darjah kebesaran Datuk kesemua yang berikut ditarik balik melibatkan Aiseri; Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Datuk Paduka Ismail Md. Noor; Ketua Polis Kelantan dan Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Selain itu, Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, Datuk Razali Daud; peguam dan ahli perniagaan, Datuk Sukri Mohamad; ahli perniagaan, Datuk Chai Kin Loong dan Tan Choon Hwa.


senarai 3 org yg i guess mencocoh dulu pun termasuk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 12:33 AM | Show all posts
Sabtu Januari 2, 2010
Istana Kelantan Bergolak Lagi

Tengku Temenggong Dakwa Sultan Tidak Iktiraf Perintah Pemangku

PETALING JAYA: Selepas dikejutkan dengan pendedahan oleh isteri kedua Sultan K ...
amazed Post at 2-1-2010 23:14


kronologi telenovela soap opera ni smkn hari smkn menarik

drama ni bermula dgn kisah manohara  > TT saman Mano > PRK lucutkn jawatan TT > TT saman PRK >  Pendedahan isteri ke-2 > Penarikan balik gelaran Dato'


lepaih ni apa yg akan jadi seterusnya?
sama2 kita nantikan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 11:49 AM | Show all posts
diharapkan DYMM TENGKU FARIS PETRA dapat memperbetulkan segala sampah2 yg terhasil....mongkin sudah sampai masa nya untuk KDYM Sultan kelantan sekarang untuk berundur dan menyerahkan takta kepada DYMM TENGKU FARIS PETRA...Daulat Tuanku!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 12:42 PM | Show all posts
252# cmf_tongkatali

Bukan DYMM Pemangku raja

Tapi..

Yang Maha Mulia Pemangku Raja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.169555 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list