Edited by Kangkung1M at 17-3-2018 03:50 PM
hah i pon nk tau jgk. i tpikir nanaz sbb dia semua isu nk merempan. then jmpa artikel bwh, dia marah pasal isu bnjir kt penang. entahla mgkin dia, mgkin tidak. kalau abby abadi, dia bstatus bekas pelakon kan.
'Si bangang nak jual politik pergi mamp*slah'Diterbitkan 7 Nov 2017, 1:59 petang | Dikemaskini 7 Nov 2017, 2:17 petang
Meluat dengan sikap segelintir ahli politik yang dilihat cuba meraih sokongan semasa membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menyelar mereka di laman sosial.
Menurut Sharnaaz, bantuan sepatutnya dihulurkan kepada mangsa banjir dengan penuh iklhas dan bukan bertujuan untuk memancing undi.
“Kepada si bangang yang nak menjual politik dalam isu di Pulau Pinang nak dapat undi sila pergi mamp*slah.
“Kalau nak tolong tak perlu sambil menyelam nak raih undi. Penang dah sesak lagi nak pancing undi!” katanya menerusi laman Instagram.
Tidak dapat dipastikan kepada siapa kecaman itu disasarkan pelakon berkenaan.
Menurut Sharnaaz, dia tidak peduli mengenai parti politik apa pun tetapi menegaskan bencana banjir yang berlaku membabitkan soal nyawa manusia.
"Bodoh punya manusia. Aku tak kisah BN, PAS atau PKR atau DAP, aku tak minat politik. Tapi ini nyawalah bar*a.
"Ditujukan kepada lahanat punya politik. Mayat sangkut kat pintu stadium ampa lahanat semua boleh cakap pasai nak jual undi? Betoi-betoi baru*lah," katanya.
Berasal dari Georgetown, Pulau Pinang, pelakon filem Juvana itu turut menyatakan rasa sedih atas bencana terburuk pernah melanda negeri kelahirannya itu.
Terdahulu, menerusi status Instagram, Sharnaaz yang juga popular menerusi drama Awak Sangat Nakal, menitipkan doa agar Pulau Pinang selamat mengharungi bah.
“Doa untuk Penang, tanah tumpah darahku. Aku sayang Penang lebih dari nyawa aku. Ya Allah selamatkanlah Pulau Pinang,” katanya.
Bencana alam melanda Pulau Pinang berpunca daripada gangguan tropika 'Invest 95W' hujung minggu lalu menyebabkan banjir besar melumpuhkan sebahagian negeri itu.
Berikutan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta bantuan angkatan tentera Malaysia menerusi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 5 November lalu.
Hari ini, dengan mengetepikan perbezaan politik, Datuk Seri Najib Razak diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tiba di Pulau Pinang bagi melawat mangsa banjir.
|