CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 14-4-2008 12:02 PM | Show all posts
3 maut dibedil komunis
Oleh Mohd Azis Ngah



KEKEJAMAN komunis selepas pengunduran tentera Jepun.


Tragedi Lubuk Aur turut paparkan wajah sebenar PKM yang terus bertindak zalim di seluruh negara pada 1948

PADA zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah dari matahari terbit itu di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.

Bagaimanapun, MPAJA mula menunjukkan 憌ajah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 12:03 PM | Show all posts
Komunis letup Tugu Negara
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]




Berasa terhina kerana pengganas menganggap merekalah pejuang negara

SEPANJANG tahun terutama ketika musim cuti sekolah, ribuan rakyat dan pelancong asing menziarahi Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara yang menjadi lambang kedaulatan, kemegahan serta mercu tanda pejuang yang mempertahankan tanah air, Malaysia.

Tugu yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 dan setiap tahun, pasti diadakan pelbagai program sempena memperingati Hari Pahlawan bertujuan mengenang jasa pejuang negara.

Bagaimanapun, langkah kerajaan mengagungkan pejuang bangsa itu jelas merobek perasaan pengganas komunis yang kononnya mendakwa mereka juga pejuang negara.

Yang pasti komunis berasa begitu terhina dengan patung pengganas yang rebah menyembah bumi manakala patung askar berdiri teguh memegang senjata dan bendera negara manakala satu patung lagi memangku rakan yang cedera.

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, komunis bertindak dengan mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan.

Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.

Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh.

Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita.

Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal.

Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan.

Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.

Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.

Penolong Kurator Kajian dan Penyelidikan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Selamat Sainayune menjelaskan Tugu Negara itu adalah sebagai peringatan kepada perwira yang terkorban demi tanah air ketika peperangan dan darurat pada 1942-1960.

揑a simbol kenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata-mata untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka di mana rakyat dapat hidup aman harmoni. Sebab itu Ia wajar dihormati dan dipelihara bersama,
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:06 PM | Show all posts
Komunis gagal letup Jambatan Sungai Jarak
Oleh Mohd Azis Ngah
[email protected]



KERETAPI turut menjadi sasaran keganasan komunis.


Perkhidmatan kereta api dan sistem perhubungan melalui telefon terputus selama dua hari

KETIKA penduduk Kampung Tasek Gelugor, Pulau Pinang sedang lena diulit mimpi dan ada yang baru hendak melelapkan mata, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan gegaran kuat berlaku berhampiran kawasan perumahan terletak bersebelahan landasan kereta api.

Ada yang menyangka ia adalah dentuman guruh menyebabkan rumah mereka bergegar. Namun apa yang terjadi sebenarnya ialah jambatan merentasi Sungai Jarak, yang terletak kira-kira dua batu dari kawasan perumahan itu diletupkan pengganas komunis.


Detik hitam pada tengah malam 9 Mac 1971 itu menyebabkan landasan kereta api rosak teruk tetapi jambatan tidak terjejas. Komunis dikatakan gagal meletupkan sasaran utama iaitu jambatan yang bertujuan memutuskan terus hubungan utara-selatan semenanjung.

Kejadian itu menyebabkan sistem pengangkutan darat menggunakan kereta api tergendala, sistem perhubungan melalui telefon terputus kerana kabel di sepanjang laluan landasan terkena letupan bom.

Beribu penumpang terkandas, semua laluan utara (Padang Besar dan Bangkok, Thailand) ke selatan ditutup selama dua hari dan kereta api barang juga menerima kesan sama. Akibatnya banyak urusan tergendala dan kerugian dianggarkan mencecah ratusan ribu.


PEGAWAI keselamatan sedang memeriksa kerosakan jambatan.


Polis yang bergegas ke tempat kejadian mendapati sebahagian besar landasan rosak tetapi jambatan masih boleh digunakan.

Paling menyakitkan hati, pasukan keselamatan menemui sehelai sepanduk bertulis beberapa tulisan Cina dan mempunyai dua lambang bintang merah. Ia jelas perbuatan komunis yang mencabar pasukan keselamatan dan cuba membuktikan kewujudan mereka.

Polis juga menemui satu beg plastik kosong yang dipercayai bungkusan bom serta serpihan letupan di tempat kejadian. Mujur ia tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa kerana ketika ini tiada kereta api melintasi laluan berkenaan.

Kereta api terakhir yang melalui jambatan itu ialah kereta api dari Alor Setar, Kedah menuju ke Butterworth, Pulau Pinang pada jam 8.30 malam iaitu kira-kira tiga jam sebelum kejadian. Jika ia berlaku ketika kereta api melintasi jambatan, sudah pasti banyak nyawa terkorban.

Penduduk dikatakan terkejut dan bingung dengan apa yang berlaku. Ada yang menyangkakan dentuman kuat kereta api tergelincir atau merempuh sesuatu.

Seorang penduduk yang bekerja sebagai pengawal keselamatan Parit dan Tali Air, Hussin Abdullah, 42, menyifatkan kejadian itu sebagai gegaran yang sangat kuat, menakutkan dan mengejutkan seluruh penduduk kampung.

揔ami baru hendak masuk tidur, tiba-tiba rumah bergegar. Saya sangka bumbung rumah saya bergegar disebabkan guruh, peliknya tiada tanda hari hujan. Kami sungguh terkejut dan tergamam, tidak dapat buat apa-apa kira-kira lima minit.

揝aya keluar untuk menyiasat apa yang berlaku, tercium bau asap tetapi tidak menemui apa-apa dan kami nampak polis baru tiba di situ,
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 05:11 PM | Show all posts
One man's terrorist is another man's freedom fighter
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #260 adi_iskandar's post

Aku sendiri sangsi tujuan Jepun menakluk Asia Tenggara ialah untuk membebaskan kita dari penjajahan Barat. Mungkin akhirnya, tapi setakat masa Perang Pasifik, penaklukan Asia Tenggara sama macam penaklukan AS ke atas Iraq...berpunca dari minyak! (Juga getah, bauxite, timah....)
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 12:11 AM | Show all posts

Komunis Malaya - Pengganas atau Pejuang



bagi sesetengah orang cam shamsiah fakeh n Abdullah CD ... diorg menganggap struggle of PKM kt mesia nehh merupakan satu perjuangan ...

org2 seperti shamsiah fakeh berpendapat bahawa PKM ialah pejuang ... bukan nya pengganas .... menurut beliau ... PKM terlebih dahulu memperjuangkan kemerdekaan sebelom UMNO ...

ini kerana sebelum penentangan bersenjata diorg ... diorg bergerak melalui gerakan politik kepartian sebelum diharamkan pada tahun 1948 ... then bila british start tangakp dan penjarakan org2 PKM ... diorg start bangkit ... then british yg start naik rimas ngan kebangkitan diorg pong melakukan "pembersihan" secara besar besaran bagi menghapuskan PKM sama skali ...

then menurut shamsiah fakeh lagi ... bagi mengelakkan nyawa mereka diancam ... ahli2 PKM niehh lari masuk kedalam hutan ... then diorg start mengangkat senjata bagi menghalau british keluar dari tanah melayu ...

malangnya bila british sudah keluar ... ahli2 PKM pulak dianggap sebagai musuh negara ... then dok dalam hutan lagi laaa diorg sesambil lawan kerajaan malaya masa tuhh ... ~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2008 12:13 AM | Show all posts


in some sense .... aku agak setuju ngan shamsiah fakeh ... history is written by the winner ... and indeed laaa yg jadik antagonis nyerh is the losed side ...

kita hari nehhh dimomokkan dgn komunis jahat, komunis pengganas, komunis mengebom sana sini .... tapi aku rasa cam sebenar nyerh diorg nehh agak teraniaya ... nasib, masa dan keadaan tak menyebelahi diorg ~
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 12:32 AM | Show all posts
komunis mmg jahat..trutama kat umat islam kat rusia dan china..
tp snario politik kat malaysia truatama yg melayu tu..mmg spt traniaya..
rashid maidin skrg jg tok guru ngaji..lebey bgus dr pmimpin umno yg seagkatan dgn bliau..
tu pndapat aku la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2008 12:49 AM | Show all posts
pengganas....dia orang ni fahaman kominis moist macam pol pot kat kemboja .nasib baik tak dapat perintah malaya kalau tak banyak yang akan terkorban macam apa yang telah berlaku kat kemboja atau china tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 01:15 AM | Show all posts

Reply #1 topeng perak's post

Biasalah org Malaysia terutama yg berbangsa Melayu berlagak Islam sangat, kalau dengar jer nama Islam semuanya pejuang, ko coba tanyalah org kampung Osama bin Laden, Nordin Mat Top, Abu Bakar Bashir dll tu pengganas ke pejuang, ko pasti tau jawapannya.

Kalau anggota Parti Komunis Malaya yg Melayu spt Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah, bagi org Melayu jenis benggong pastinya mereka ni pejuang......

Kalau dengar jer nama Cina macam Chin Peng, Chon Chor, Lai Tek, Ng Heng dll, pastinya mereka pengganas komunis Cina......
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 08:22 AM | Show all posts
Shamsiah Fakeh tu macam simplify matters aje. Mungkin pejuang sebelum 1955 - Perikatan cara perundingan (yang diterima British dan rakyat) PKM cara keganasan (yang tak diterima). Lepas 1955 aku dah tak consider depa pejuang dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 08:23 AM | Show all posts

Reply #2 topeng perak's post

Memang diaorang dok attack, bom sana sini hape? Dah dua puluh tahun merdeka pun masih dok bergiat lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #7 alphawolf's post



itu maybe sebab kerajaan dok asyik nak bermusuh ... kne laa retaliate ...

tapi kalo before merdeka aku regard PKM nehh sebagai pejuang ... tapi lepas tuhh aku tak certain laaa ~
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 11:58 AM | Show all posts
Berapa ramai askar Melayu yg terkorban semasa menentang komunis??
Perjuang kunun........
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #9 sedondon's post

nape askar melayu terkorban??

sape kat atas askar melayu tuhh??

tak british kerh??

british nehh pandai .... dia lawan komunis ... dia pakai askar melayu ~
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 12:45 PM | Show all posts
Pejuang yang keliru, kemudian tersingkir sebelum tertipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2008 02:48 PM | Show all posts

Reply #10 topeng perak's post

Disagree, selain Askar Melayu, tentera Komanwel lain seperti British sendiri, Australia dan New Zealand turut terlibat. Dan satu lagi...jangan asyik teringat Darurat 1948-1960...kena juga ingat era insurgensi 1968-1989....

Korang yang dok perlekeh ni mesti semua berumur kurang 35 tahun.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 03:17 PM | Show all posts

Reply #12 alphawolf's post

askar melayu jadi tali barut british, komunis kebanyakan terdiri dari kaum cina, jadi mereka ambil banyak bekalan dari orang cina. tu yg kerajaan buat perkampungan baru tu. bagi aku komunis mulanya pejuang pastu jadi pengganas. tapi tv dan media menunjukkan yg mcm malaysia ni merdeka dari komunis. tgokla kalau dekat2 31 ogos asyik tunujk cerita bukit kepong la, pastu insurgensi askar2 melayu lawan komunis la. tapi penjajah ialah british. mana lebih teruk, penjajah ke pengganas?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 22-4-2008 02:48 PM
Disagree, selain Askar Melayu, tentera Komanwel lain seperti British sendiri, Australia dan New Zealand turut terlibat. Dan satu lagi...jangan asyik teringat Darurat 1948-1960...kena juga ingat e ...



insurgency period tuhhh aku tak certain laaa .... tapi sepembacaan aku ... aku compare contrast bnyk sources ... conclusion aku ialah ... history is written by the winners

btw aku bukan saja bawah 35 tahun ... malah jugak bawah 25 tahun ~
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 10:26 PM | Show all posts


agaknyerh komunis nehhh pasal diorg tak dapat nak pegang kuasa kat malaya nehhh lepas independent .... itu yg diorg jadik ganas kot ...

tambah2 lagik itu kan time cold war .... sbg ex-british empire .... dah tentu laa malaya nehh kne cop sbg geng liberal demokrasi ... then bagi yg beraliran komunis ngan sosiolis .... mesti ler secara otomatik akan bermusuh ngan blok US nehhh ...

clash of idea nehhh then lead to clash of iron and fire ... ~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.108189 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list