CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe_Shaper

Koleksi:Petua,Tips,Panduan,Rahsia dan Teknik

[Copy link]
 Author| Post time 19-10-2009 02:01 PM | Show all posts
Petua Melayu Lama untuk Anak Dara

Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-sihat-cerdas-dan-cergas/7635-petua-melayu-lama-untuk-anak-dara.html

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

selamat mencuba yer anak2 dara sekalian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 12:39 AM | Show all posts
pakcik nanti pe kata bl pakcik jmpa suci pakcik citer mulut je...nk hadam satu2 ni cm seribu mlm pn xhbs
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 09:25 AM | Show all posts
pakcik nanti pe kata bl pakcik jmpa suci pakcik citer mulut je...nk hadam satu2 ni cm seribu mlm pn xhbs
mssuci Post at 20-10-2009 00:39


lagi afdal tuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 09:39 AM | Show all posts
lagi afdal tuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Joe_Shaper Post at 20-10-2009 09:25


ermmmmmmmmmmm amboi...
:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:52 AM | Show all posts
10 Perkara Lelaki Harus Lakukan Ketika Awek sedang PERIOD

1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadis gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.

6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita ****x soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:54 AM | Show all posts
sila amal kn ye..espeially utk pakcik joe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2009 11:58 AM | Show all posts
sila amal kn ye..espeially utk pakcik joe..

freyza Post at 20-10-2009 11:54


pak cik tak yah amalkan pun dah ada yg sayang tawwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:03 PM | Show all posts
pak cik tak yah amalkan pun dah ada yg sayang tawwwwwwwwwwwww
Joe_Shaper Post at 20-10-2009 11:58


sape yg syg tu?

syg tu mmg la dia syg..
tp kalau da period mcm bom jangka tau..
kena praktik jugak terutama ms saat2 genting..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2009 12:14 PM | Show all posts
sape yg syg tu?

syg tu mmg la dia syg..
tp kalau da period mcm bom jangka tau..
kena praktik jugak terutama ms saat2 genting..

freyza Post at 20-10-2009 12:03


org yg sayang pak cik tuh kan...tak penah marah pun pak cik lg selama nih taw......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 12:19 PM | Show all posts
org yg sayang pak cik tuh kan...tak penah marah pun pak cik lg selama nih taw......
Joe_Shaper Post at 20-10-2009 12:14


tggu la dia period nnt..
br pakcik tau langit tggi ke rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 01:10 PM | Show all posts
Kenali cara atasi Cemburu
CEMBURU naluri manusia yang sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu - ada yang positif dan negatif. Bila menyebut cemburu, pasti ramai menuding jari kepada wanita. Mereka menganggap golongan hawa kuat cemburu. Sebenarnya, sifat cemburu bukan hanya dimiliki wanita tetapi juga lelaki. Sifat cemburu ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan itu.
Dalam kebanyakan perhubungan, terdapat banyak sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut memutuskan hubungan dan pasangan berasa tergugat. Ada pasangan sedar yang sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tetapi tidak mampu mengawalnya. Mereka sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? Siasat dan selidik tanda cemburu yang boleh kita perhatikan pada pasangan kita.
1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah dan kecewa bila kita tiada.
2. Dia menelefon kita semasa mesyuarat dan apa pun alasan diberikan, dia tetap mahu bercakap dengan kita. Disebabkan ada hal mustahak, kita mungkin menjawab panggilannya tetapi berasa geram kerana dia hanya ingin berbual semata-mata.

3. Dia menuduh sesuka hati kita keluar dengan lelaki atau wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya dan marah walaupun kita keluar dengan teman wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kita.

8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka apabila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kita.






Sekarang mari kita belajar cara mengatasi sifat cemburu ini.

1. Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu saja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain?

7. Ramai mempunyai perasaan dan masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain dan mahu pihak satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan, bijak dan baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha cantik, kita patutnya ucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tidak kira sama ada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 01:37 PM | Show all posts
bahaya nye cemburu ni..
tp aku tgh cemburu skang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 02:52 PM | Show all posts
Bukti cinta sejati
APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda.

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam:
•  Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
•  Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama.

•  Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling.

•  Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.”
•  Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
•  Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.
•  Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.
•  Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang.
•  Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.
•  Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.
Ciri-ciri lelaki pilihan:
•  Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
•  Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
•  Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
•  Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
•  Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
•  Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalansunat.
•  Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
•  Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
•  Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
•  Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2009 10:04 AM | Show all posts
saja nak up ckittttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 10:39 AM | Show all posts
saja nak up ckittttttttttt
Joe_Shaper Post at 28-10-2009 10:04


bagus le umah ni... Jaza baru dapat tips n panduan yg berguna sgt...
thanks to Joe sbb buka umah ni.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2009 10:42 AM | Show all posts
bagus le umah ni... Jaza baru dapat tips n panduan yg berguna sgt...
thanks to Joe sbb buka umah ni.....
Jaza2008 Post at 28-10-2009 10:39


seb bek tak dapat joe sekali kannnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2009 11:10 AM | Show all posts
Aduh… putus lagi… putus lagi ! Kenapa hal ini harus terjadi padaku !” Mungkin itu yang sekarang bakal terlintas di benak kamu - kamu yang baru aja putus cinta. Sebenarnya, putus cinta itu suatu hal yang biasa dalam kehidupan manusia, yang menjadi tidak biasa ketika kita menghadapinya dengan penuh ke-shock-an, tanpa disangka- sangka. Jadi, daripada mengeluh, lebih baik cari cara mengatasi kepahitan agar kepedihan hatimu cepat hilang.

Pilih saranan yang sesuai dengan hatimu. Disini saranannya:

Legakan hatimu

Langkah pertama, khusus buat gadis - silakan masuk bilik dan menangislah sepuasnya . Ingat semua memori yang indah selama kamu berdua, kemudian menangis sampai kering air mata . Kalau perlu putar saja lagu - lagu sentimental biar air mata keluar lebih deras lagi. Buat hati kamu jadi lega. Bila sudah lega, tidur saja. Bangun nanti kamu akan lebih berasa segar sedikit.

Buat lelaki, pukul apa saja yang kamu mahu (jangan pukul orang). Karung tinju adalah tempat terbaik buat lelaki-lelaki yang baru putus melepaskan perasaan marah, geram, sedih , kecewa dan sebagainya.

Remember the bad things

Ambil pensil dan kertas, kemudian tulis senarai negatif pasangan kamu. Tulis juga segala peristiwa-peristiwa yang kamu anggap sebagai kejadian yang tak termaafkan tapi akhirnya kamu maafkan juga (dulu) kerana masih sayang .Setelah itu, kamu baca senarai yang baru kamu buat. Kamu bakal sedar, putusnya hubungan itu memang sudah semestinya terjadi. Kamu beruntung terlepas dari tangan orang yang salah.

Bye Bye Bye

Buang semua barang yang ada hubungannya dengan kisah kasih kalian berdua dulu. Mulai dari foto - fotonya, sehinggalah teddy bear yang dia berikan sewaktu Valentine. Ini penting, biar ingatan kamu cepat lupa segala kenangan bersama. Jika tidak, kamu akan sentiasa dihantui bayangannya tatkala melihat barang-barang pemberiannya.

As Bad As I Wanna Be !

Yup ! Jadi gila-gila sedikit asalkan tidak melampau batas ! Lakukan saja hal - hal yang dia larang semasa kalian berkasih dulu (tentunya yang bukan negatif atau yang mendatangkan kesan buruk bagi diri kita sendiri). Seperti, hal - hal yang dulu kamu tidak pernah cuba. . Misalnya, dulu dia melarang kamu menyertai ekspedisi memanjat gunung, sekarang sertai saja mana-mana kegiatan lasak yang kamu minati dan lakukan!. Puas kan ! Tiada siapa melarang lagi! Begitu juga dulu dia melarang kamu bermain bowling bersama teman-teman . Sekarang kamu ada banyak masa untuk melakukannya. Bak kata lakukan apa yg dulu dia tak suka anda lakukan ketika bersama dia dulu

Create things

Putus cinta itu kadang-kala menimbulkan inspirasi tersendiri bagi sebahagian orang untuk berkarya. Ini positif. Kalau kita perhatikan, puisi- puisi bukan saja menceritakan tentang indahnya cinta. Tapi menceritakan juga tentang pahit getirnya. Jadi kreatiflah! Anggap kejadian yang menimpa kamu itu bukan musibah, tapi anugerah yang ada hikmahnya. Siapa tau esok kamu bakal jadi pereka fesyen ternama setelah mengeluarkan ciptaan unggul yang bertema “Pieces of My Broken Heart”

Berkumpul Bersama Teman

Hindari menghabiskan hujung minggu sendirian, kerana pasti sangat menyiksa kamu. Jemput teman-teman kamu ke rumah, sewa/beli VCD banyak-banyak dan menonton ramai-ramai. Kamu juga dapat mengingati masa lalu bersama teman- teman yang penuh kenangan manis dan lucu, sebelum terikat dengan kekasih kamu. Pasti akan menghiburkan hati kamu yang gundah apabila dapat ketawa bersama teman-teman seperti waktu lalu.

Cari penganti

Satu-satunya cara efektif untuk melupakan seseorang, ya… , cari penggantilah ! Ingat, dunia kan luas. Kumbang dan bunga bukan seekor. Yang kamu perlu lakukan, bukalah hati kamu untuk menerima orang lain yang mungkin lebih baik dari kekasih kamu dahulu.. Itu saja. Ingat..! mungkin yang baru lebih baik dari yang lepas.

I will survive

Dengarlah lagu “I will Survive” yang sudah dinyanyikan dalam banyak versi. Lagu itu pasti membuat kamu jadi lebih kuat untuk menerima perpisahan. Percayakan diri kamu. Kuatkan semangat untuk terus melalui hari-hari yang mendatang. Berikut sedutan lagunya… I will survive. As long as I know how to love I know I’ll be alive. I’ve got all my life to live. I’ve got all my love to give.

I will survive

Ya! Kehidupan perlu diteruskan… … …

Berpisah bukan bererti hidup kamu telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk anda membuka lembaran baru(semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 04:05 PM | Show all posts
BIRTHDAY - COLOUR NATURE

WHITE
You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don't react to things easily. You are different and sometimes thought highly by others.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2009 02:52 PM | Show all posts
up ckitttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 03:14 PM | Show all posts
kasi up ckitttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.088672 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list