CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 7-7-2010 01:46 PM | Show all posts
nie mesti ZULAIKHA ngan HAFIZ kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 04:06 PM | Show all posts
baby...mana n3 .....{:1_146:}{:1_146:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:01 PM | Show all posts
salam..
lama dh tinggalkan bacaan dkt rumah ni sbb rasa mcm slow je n3, tp hari ni jenguk sini meriah pulak.

nak kena baca semulalah ni jawabnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:35 AM | Show all posts
baby ni cam chipsmore,,,,,,, sekejap timbul sekejap tenggelam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 02:57 AM | Show all posts
Reply 264# wwannurr


ahahaha.....
jgn marah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 03:05 AM | Show all posts
Episod 30

Selamat... selamat hari raya
Kami ucapkan pada semua
Selamat... selamat hari raya
Pada yang miskin atau yang kaya

(lagu dendangan Ideal Sister ‘Hari Raya Hari Bahagia’)

Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil membersihkan laman. Cuaca pagi kelihatan ceria, tak panas sangat sesuailah untuk sesi kunjung-mengunjung, tandang-bertandang, bertanya-tanyakan khabar, bertukar-tukar cerita, mengumpul gossip (Opss! Terlebih sudah…ehehe…ini menambahkan dosa namanya). Masa-masa macam inilah orang yang jauh akan datang dekat. Masa untuk sanak-saudara, jiran-jiran, sahabat handai, rakan-taulan berkumpul, berhimpun. Menjejak kasih, melepas rindu. Bak kata orang mengeratkan silaturrahim.

Kokokokok !! Ada pula bunyi ayam jantan berkokok dah nak tengahari ni. (Ayam betina berkokok juga ker?) Ish! Ish! Ish! Ayam zaman sekarang pun timing dah tak betul, matahari dah naik separuh baru nak berkokok.

“Ehem…ehem….Seronok nampak.” Si Adli menegur aku dari celah-celah cermin tingkap. Terhenti seketika kerja aku. Aku menoleh ke belakang.
“Kenapa? Tak boleh?”
“Taulah ada orang nak datang sekejap lagi.” Orang? Orang mana? Takkanlah bakal suami aku nak datang kut? Sejak aku balik kampung Selasa lepas, tak ada seorang pun yang buka mulut pasal majlis perkahwinan aku yang dijadualkan berlansung kurang empat bulan dari sekarang. Baik mak aku, ayah aku mahupun si Adli. Semua macam pakat senyap, sampai aku terfikir yang majlis perkahwinan aku sebenarnya sudah dibatalkan. Takpun pengantin lelaki menarik diri. Hmm….eloklah juga. Tak adalah aku pening-pening kepala memikirkannya.   
“Siapa?” Aku baru nak bertanyakan soalan itu tapi si Adli sudah menghilangkan diri dari tempat tadi. Huh!

Aidilfitri sudah menjejak hari kedua, masih terasa meriahnya kat kampung aku. Budak-budak bawah umurlah rasa aku yang paling seronok bila tiba hari raya, sampai dinihari masih lagi tak putus-putus berkunjung ke rumah para penduduk kampung. Ada juga aku perasan asyik budak-budak yang sama datang singgah kat rumah aku. Dorang ni datang kutip duit raya ker, kutip hutang, balik-balik singgah rumah aku, macam arr rumah aku ni banyak sen!. Datang duduk sekejap, selang dua-tiga minit kemudian dah nak balik. Makcik-makcik tu tak sempat pun nak hidang kuih raya, budak-budak tu dah panas punggung. Kadang-kadang air yang dah dituang ke dalam gelas pun tak luak. Hmm… Tak apalah, aku masa budak-budak pun macam tu juga.

“Makcik, kitorang dah nak balik dah.” Bila ayat tu keluar, faham-faham ajer laa…..kena hulur lah maksudnya.

Ketika aku meletakkan penyapu lidi, sebuah kereta jenama Vios berwarna hitam bergerak perlahan dan masuk ke perkarangan rumah aku. Aku cuba meneka-neka siapa yang datang, setahu aku saudara sebelah mak dan ayah aku sudah pun berkunjung semalam. Aku menanti dengan sabar. Aku tak nampak sangat sebab silau matahari betul-betul memantul pada cermin hadapan kereta. Akhirnya tanda-tanya terjawab apabila kepala Hafizz terjengul keluar dari pintu sebelah tempat duduk pemandu. Dia tersenyum lebar sebelum pemandu kereta tersebut keluar dan turut serta di sisi Hafizz.   

Hafizz datang berkunjung ke rumah aku dengan bakal isteri. Hu-hu. Siap pakai baju warna sedondon lagi. Tapi rasanya baju yang aku pakai lagi sedondon dengan Hafizz. Walaupun aku rasa sedikit ‘berbulu’ tapi aku rasa macam perasaan benci tu susah sangat nak timbul dan melekat dekat bakal isteri dia, entahlah. Aku pun tak faham tapi apa yang aku tahu aku memang tak nampak cacat cela walau sebesar hama pada bakal isteri si Hafizz tu. Walaupun aku perasan mesranya dengan Hafizz terlebih-lebih. Dengan mak aku, dengan Adli aku nampak okey jer. Elok jer perangai dia, bersopan-santun, tak nampak mengada-ngada dan mesranya bukan yang dibuat-buat. Dengan ayah, aku tak boleh nak komen sebab ayah aku tak ada. Pagi-pagi buta dah menghilang dengan motor cabuk dia. Kereta Myvi yang si Adli baru beli untuk dia, dibiarkan berselubung kat dalam garaj. Hmm…mana entah ayah merayau pagi-pagi ni. Kalau tak kat kedai kopi, kat rumah member-member dia lah kut. Kadang-kadang mak bising juga. Mau tak bising, sarapan pagi mak tak pernah lupa sediakan. Kalau setakat kopi tu, lagi sedap yang mak buat tapi ayah nak juga singgah kat kedai kopi milik Haji Hussin itu. Kata ayah, ‘suasana’ itu yang berbeza dan membezakan. Lagipun kedai kopi Haji Hussin itu sudah lama jadi tempat ‘port’ ayah dengan geng-geng dia semenjak ayah pencen.  

“Mama dan Papa Hafizz tak datang sekali?” Tanya mak.
“Mama dan Papa ada urusan, dorang kirim salam dengan makcik sekeluarga.” Wah! Bakal isteri dia yang tolong jawabkan.

Aku pandang Adli yang tiba-tiba muncul entah dari mana, tersengih-sengih gatal memandang wanita milik Hafizz itu. Eh-eh budak ni melampau. Nak jer aku tonyoh muka dia yang macam poyo itu. Hii….

“Ika…”
“Iye mak?” Aku pandang muka mak. Mak jegil kat aku. Apasal mak ni? Berkerut dahi aku tak faham.
“Air dan kuihnya mana?” Kata-kata mak buat muka aku bertukar merah.
“A’ah! Lupa lak.” Cepat-cepat aku ke dapur sebelum menatang keluar air dan beberapa jenis hidangan biasa hari raya. Sebenarnya kat meja kecil yang terletak depan sofa itu memang dah ada beberapa balang kuih. Ada empat-lima balang semuanya. Tiga jenis yang aku beli ( kuih ni lah orang kata kuih ‘tunjuk’), lagi dua jenis kuih yang mak buat.

Aku letak rendang dan ketupat atas meja. Kuih-muih dan biskut-biskut dalam balang tu aku tolak tepi. Kemudian aku ke dapur semula, membawa beberapa biji pinggan dan sudu-garpu serta air untuk basuh tangan. Kalau-kalau mereka tak nak guna sudu dengan garpu, kan.

Mesra semacam jer mak aku dengan dorang berdua. Macam dah lama kenal jer. Aku pula yang terasa tersisih. Atau mak aku tu memang jenis peramah overboard?  Kebas punggung aku yang melekat kat sofa, melayan borak entah apa-apa antara mak aku dengan mereka bertiga, termasuk si Adli yang kadang-kadang mencelah. Itu belum termasuk mulut aku yang aku paksa agar sentiasa tersenyum ala-ala ‘Miss World’, dah macam terkena suntikan botox pula.  

Matahari dah tegak kat kepala, barulah nampak tanda-tanda mereka berdua nak beredar. Itupun sebab bahang panas itu terasa mencucuk-cucuk walaupun ketika itu, tahap kelajuan kipas sudah dialihkan pada takat 6 (yang paling laju). Kalau tidak, mau sampai malam sesi borak-borak ni berlangsung.
   
“Makcik, dah lambat ni. Raniya ada janji dengan kawan-kawan lain.” Raniya? Bukan nama dia Qarina ker? Qarina something…puas aku cuba mengingati….tapi argh! Mungkin Qarina Raniya kut? Apa-apalah.
“Bermalamlah kat sini.” Mak aih! Mak aku ni…. ‘over’ lah pula. Zulaikha, tak baik mengata mak sendiri….aku mengingatkan diri sendiri. Bersangka baik, mak aku cuma ajak-ajak ayam tu.
“Terima kasih. Tapi lain kalilah makcik, kalau ada masa terluang.” Nasib baik!

Mak dan Adli menghantar mereka berdua ke muka pintu. Aku pun turut serta. Hafizz melangkah keluar menghampiri kereta, kemudian memberi isyarat kat Raniya agar membuka bonet belakang. Dia mengeluarkan sebuah beg sederhana besar. Kebetulan ayah aku balik ketika itu.

“Hai, dah nak balik dah?” Tegur ayah sebelum memberhentikan motor dan meletakkannya bersebelahan dengan Vios hitam itu.
“Ya, pakcik. Dah lambat dah ni.” Raniya menjawab seraya tersenyum.
“Singgahlah makan tengahari dulu.” Pelawa ayah aku.
“Tak apalah pakcik, takut malam sangat bila sampai kat rumah.” Raniya menolak sekali lagi. Ayah aku lihat menganggukkan kepala.
“Adli, pergi ambilkan rambutan dengan cempedak kat belakang.” Perintah ayah pada Adli tiba-tiba. Terburu-buru Adli ke belakang sebelum kembali semula dengan membawa beberapa biji buah cempedak dan sebakul rambutan.
“Ambillah buah-buah ni, nanti kirim salam kat orang tua…” Macam itulah adat orang kampung, suka berpesan-pesan. Buah-buah itu Adli letakkan dalam bonet dengan serta-merta.

Seketika kemudian aku lihat Hafizz berpesan sesuatu pada Raniya. Aku lihat si Raniya mengangguk-angguk kecil.

“Raniya balik dulu, pakcik, makcik.” Dia bersalaman dengan mak aku, ayah aku kemudian dengan aku, akhir sekali dengan Hafizz. Aik? Dengan Adli, dia cuma angkat tangan.

“Jalan hati-hati nak.” Pesan mak pula. Adli aku lihat melambai-lambai ketika kereta itu mula beredar. Aku pula masih termangu.

Hafizz bermalam kat sini? Kat rumah aku?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2010 08:19 AM | Show all posts
huhuhuhuh.... abislah ika..... slow sangat... walhal hafizz lah bakal suami dia... si adli plak sibuk nak ayat raniya.. kelakau.. thanks ek.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 08:58 AM | Show all posts
uuuu... x sbar nak tau sapa bakal suami c ika ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 11:29 AM | Show all posts
tah..slow la ika..hafizz tu la bkl suami dia..raniya adik hafizz..bestnya..sweet je..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 01:33 PM | Show all posts
aah setuju dgn naza yg si ika ni slow hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 03:10 PM | Show all posts
sambung la lg..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 03:11 PM | Show all posts
jgn lupe letak n3 byk2 .............
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 08:19 PM | Show all posts
rasa cam comel lak
ika dgn hafizz
adli dgn raniya

ika..ika sampai skrg pn tak tahu2 jgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:33 AM | Show all posts
morning baby, ada n3 tak ari ni???
Bestnya kalau makan tart sambil baca n3.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:42 AM | Show all posts
pagi semua,
dah raya dah...
cepatnya masa berlalu huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 12:55 PM | Show all posts
blur.. sungguh si ika ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 02:23 PM | Show all posts
cepatla sambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 02:40 PM | Show all posts
still tunggu n3
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 04:13 PM | Show all posts
a,kum baby...x muncullagi ke n3??????????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 04:19 PM | Show all posts
Reply 279# asnita


    sorry kengkawan...lambat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.251162 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list