|
Reply 171# Fieza-mira
Masa tu saya tak terfikir nak teliti rupa paras malaikat. Yang saya tahu mereka ada nampak dengan ekor mata saja kehadiran mereka. Ada figure tapi tak berwajah.
erk!... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah dengar pasal "Ilmu Putih".... Malaikat tu adalah spesis Jin... Syaitan juga adalah spesis Jin( dua2 dicipta dari api).. macam kita digelar Manusia (dicipta dr tanah)... manusia terdapat pelbagai bangsa.. sama jugak Jin terdapat pelbagai golongan.. golongan malaikat yg masih taat pd Allah SWT, dan syaitan yg telah mengikut Iblis yg satu dan golongan malaikat Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir.
"Ilmu putih" ada kemungkinannye ada org yg mengamalkan... tapi persoalannya golongan Malaikat yg manakah yg "dihantar" oleh Allah swt utk "berkawan" dan "melindungi" satu2 org manusia tu.. ada kemungkinannya bole terjadi.. sebab bila manusia "berdoa" kepada Allah SWT memohon sesuatu tak kiralah doa tu adalah utk mendatangkan keburukan tetap dimakbulkan oleh Allah SWT... contohnya doa buruk yg dimakbulkan ALlah swt ialah doa Nabi Luth... Nabi Luth berdoa supaya Allah memusnahkan kaumnya sendiri yg ingkar.. akibatnya semua org mati... mendoakan kematian org lain bukan ke nampak buruk?
Contoh bila kita mengamal kan ayat 3 Kul dan ayat Qursi.. dah tentu Allah menyuruh malaikat datang melindungi kita dari gangguan syaitan dan org2 jahat.. bila satu2 rumput tumbuh dimuka bumi yg "melindungi"nya juga ialah para Malaikat.. tapi dah tentu diatas "arahan" Allah SWT... kerana Dia lah Raja.. dengan kata lain Malaikat hanya patuh pada arahan Allah SWT sahaja.. Malaikat tak patuh pada Manusia.. berlainan dengan Jin dan Syaitan yg telah lama meninggalkan Raja nya.. bila jin dan syaitan yg membantu manusia..tu yg dikatakan manusia telah khianat pada Raja nya.. a.k.a Syirik..
Bagaimana nak mengamalkan "Ilmu Putih".. bantuan Malaikat, manusia takkan dapat jika tidak kita meminta pada Allah SWT.. kerana Malaikat hanya patuh pada perintah Allah SWT... dan kerana atas ehsan Dia saja kita dapat dilindungi oleh bantuan para Malaikat.. yg juga telah bantu menurunkan rezeki pada kita..
org2 yg mengamalkan "Ilmu Putih" dah tentu tak membesar2kan cerita utk takbur dan riak kerana mereka hanya bergantung pada Allah SWT.. atau cuba menggunakan cara itu konon utk mengubati org lain... sebab pada mereka yg memulihkan penyakit hanyalah ALlah SWT.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah dengar pasal "Ilmu Putih".... Malaikat tu adalah spesis Jin... Syaitan juga adalah s ...
orghijau Post at 10-6-2010 10:39
malaikat dicipta dari nur....jin/syaitan dari api....
malaikat dicipta tanpa nafsu...tapi berakal....
jin/syaitan dicipta tanpa akal....tapi bernafsu....
manusia dicipta ngan kemulian...ada nafsu dan ada akal..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah dengar pasal "Ilmu Putih".... Malaikat tu adalah spesis Jin... Syaitan juga adalah s ...
orghijau Post at 10-6-2010 10:39
wah.....macam mana lak malaikat ni spesis jin? confius aku.... malaikat dicipta dari cahaya, jin dicipta dari api...mcm mana leh sama spesis?? |
|
|
|
|
|
|
|
wah.....macam mana lak malaikat ni spesis jin? confius aku.... malaikat dicipta dari cahaya, jin ...
Saat Post at 10-6-2010 10:54
daripada mana datangnye cahaya... cahaya datang daripada api.. betul, syaitan mungkin rupanya berbeza dari malaikat kerana rupanya hodoh seperti yg Nabi saw ceritakan.. sebab syaitan dicipta dari api yg biru.. jika malaikat bukan dari api tp cahaya yg datangnya dari api.. lebih kurang bukan sama spesis?.. seperti manusia dicipta dari tanah yg busuk dan kotor tapi terdapat banyak jenis2 tanah yg lain.. tapi tanah lain taknak menjadikan manusia.. maknanya manusia bukan dari spesis "tanah" juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 263# ctaz
ada beza x unsur cahaya dengan unsur api?
sbb setahu aku yg cetek ilmu... malaikat dijadikan dari cahaya(nur) dan jin/iblis dari api?
manusia dijadikan dr unsur tanah, diberi nikmat akal dan nikmat Iman... dan ada nafsu. tu sbb manusia adalah sebaik2 kejadian...yg Allah SWT ciptakan...
berbeza spt yg kamu ckpkan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
daripada mana datangnye cahaya... cahaya datang daripada api.. betul, syaitan mungkin rupanya ...
orghijau Post at 10-6-2010 11:04
malaikat ngan jin sudah semesti dua spesis berbeza......manusia dari tanah tu dah tak dinafikan.
jin ada nafsu.....ada keinginan....sedangkan malaikat tidak ada nafsu.....macam mana boleh sama? |
|
|
|
|
|
|
|
malaikat ngan jin sudah semesti dua spesis berbeza......manusia dari tanah tu dah tak dinafikan. ...
Saat Post at 10-6-2010 11:08
oklah.. kalau dari benak batas pemikiran manusia hanya bole tergambar malaikat tu spesis lain dari jin.. jin bernafsu malaikat tak bernafsu.. sebab makhluk malaikat dijadikan dr unsur lain.. dan jin dari unsur lain.. tapi syaitan itu jin.. tapi iblis tu dari kalangan malaikat.. ok.. syaitan itu jin maka syaitan makan sebab dia bernafsu.. tp iblis tak makan sebab dia dr malaikat yg tak bernafsu.. tapi soal "ketaatan" iblis yg dtg dari malaikat bole berubah menjadi ingkar kepada Allah SWT... adakah "keingkaran" itu datang daripada nafsu?... kerana kita tahu malaikat tak bernafsu... jadi mcm mana kita nak explain itu plak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dari A’isya r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Malaikat dijadikan dari nur (cahaya). Jinn dijadikan dari marij (api). Dan Adam telah diterangkan kepadamu (iaitu dari tanah),”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis di atas jelas kepada kita bahawa asal kejadian Malaikat adalah dari nur atau cahaya. Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya dalam hadis tersebut, dengan jelas membahagikan ketiga-tiga makhluk yang disebutnya itu menurut asal kejadian dan secara tidak langsung membawa maksud bahawa ketiga-tiga makhluk ini bukan dari satu bangsa yang sama. Ini sekaligus menyangkal pendapat yang menyatakan bahawa Jinn itu merupakan salah satu dari bangsa-bangsa malaikat yang dijadikan Allah. Ayat Al-Qur’an berikut boleh dikatakan sebagai ultimatum yang memisahkan terus pendapat ini dari kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
mana tuan rumah nih....
cepat kasik taruk apa nama tarikat n apa nama datuk....
nanti boleh pakat sama2 CSI kan....carik kebenaran....(kot kalu ada yg tersilap) |
|
|
|
|
|
|
|
balik pd cerita Ilmu Malaikat 44.. apa yg manusia hanya bole imagine... bile binatang lari bila atuknya datang sebab agaknye binatang ternampak malaikat2.. tak tahulah sama ada waktu berburu tu bila atuk dia ada.. binatang takde.. atau binatang lari ketakutan.. (mengikut keupayaan penerimaan imaginary otak manusia)..
pada aku asas nya tu suma mengarut.. sebab Allah SWT dah bagitahu binatang dijadikan untuk makanan manusia.. tapi malaikat tak makan... malaikat tak perlukan binatang utk makan.. tapi pada asas pemburuan Islam.. hendaklah org Islam pemburu menyebut Bismillah atas Nama Allah ketika berburu.. dengan adanya Bismillah adalah malaikat yg datang.. agaknya bila malaikat ada tapi takde org yg baca Bismillah... binatang pun takde.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 268# orghijau
aku tak pandai la nak argue pasal agama... tapi cahay tu boleh datang tanpa api... kalau dengan kuasa Allah, lebih lebih lagi la lgoik.. kalau Dia nak buat cahaya datang tanpa dari sumber tu pun boleh.. kalu nak dikire kire asal usul, tanpa kayu mane datangnye api kan.... maknenye iblis syaitan tu asal kayu la... sori la mungkin nampak bodoh tapi tu la aku nampak.. kalo salah tolong betulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 271# orghijau
haha lojik lojik masuk akal tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
aku amik dr wikipedia.... x tau la tepat ke x.....
kena buka kitab kuning gamaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada benar juga kata kelip_kertas, tak ada masalahnya kalau kita sebut nama guru kita atau pun nama t ...
Saat Post at 10-6-2010 09:04
ya saya pun setuju... sama2 kita bincang dengan hati yang lapang dan terbuka dalam masa yg sama cuba jaga hati dan perasaan orang lain.. setiap pertubuhan ada kebaikan yg tersendiri.. sama2 kita berkongsi pendapat |
|
|
|
|
|
|
|
nih ayat Quran yg ckp malaikat diwujudkan dlm bentuk manusia yg tampan.... Surah Hud, ayat 69-81
"Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)”. Nabi Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu”. Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.
[70]
Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: “Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)”.
[71]
Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
[72]
Isterinya berkata: “Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan”.
[73]
Malaikat-malaikat itu berkata: “Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya”.
[74]
Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.
[75]
Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.
[76]
(Malaikat-malaikat itu berkata): “Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)”.
[77]
Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan”.
[78]
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?”
[79]
Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.”
[80]
Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.
[81]
(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”
yg nih malaikat diutuskan bersayap... tp dgn izin Allah boleh berupa bentuk lain... Surah al Fatir, ayat 1
[1]
"Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(bagus jugak thread ni... leh tambah ilmu) |
|
|
|
|
|
|
|
oklah.. kalau dari benak batas pemikiran manusia hanya bole tergambar malaikat tu spesis lain da ...
orghijau Post at 10-6-2010 11:21
confius tul saya baca .........memanglah iblis tu bernafsu dan dia engkar perintah Allah sebab dia bukan malaikat. malaikat sebetulnya taat pada Allah lalu sujud pada Adam, kecuali iblis, sesungguhnya iblis adalah Jin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 268# orghijau
tambahan sikit...
aku takla pandai bab agama nie.. tapi hal kejadian mahkluk Allah nie, baru jer aku blajar 2 3 minggu lalu dlm kelas tafsir quran kat surau.
Malaikat = kejadian dari chaya
Jin = Kejadian dari lidah api
Manusia = bagai sedia maklum dari tanah.
okey...
Azazil adalah dari golongan Jin yg taat kepada Allah. Dia bukan dari kalangan 'spesis' malaikat. tetapi di angkat darjatnya setaraf malaikat kerana alim dan kuat ibadahnya.
Selepas dia ingkar dgn perintah Allah, maka Allah murka dan dihumban ke bumi dgn diberi gelaran Iblis (ifrit)...
maka fahamla kita... satunya Jin/iblis/syaitan yg takkan mati adalah Ifrit sahja..sedangkan cucu cicitnya tetap mati bila tiba ajalnya.
Wallahu a'lam..
.......................................
Bab manusia dan bukan manusia tuh..
aku pernah baca...
Manusia itu tergolong dlm kumpulan haiwan. yg mana kat bumi nie ada beberapa golongan lagi seperti tumbuhan, etc.
Jadi dlm kumpulan haiwan nie, sub spesisnya adalah manusia dan binatang.
jadi dlm golongan manusia itu sendiri berpecah kepada sub spesis lain... agama dan x beragama...
itu yg aku baca la...
agak2 aku, slah sorang manusia yg bukan manusia adalah Charles Darwin... (dia sorang jer yg berasal dari beruk.. ) |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.al-ikhwan.net/iman-kepada-malaikat-136/
ni ada link ttg malaikat....
siap ada nota kaki.... refer ayat Quran/Hadis Nabi...
sapa rajin.... boleh bukak satu2 nota kaki tu....
aku x rajin....sbb hanya manusia haiwan yg pandai berkata2 jek...
tu sbb ilmu cetek... |
|
|
|
|
|
|
|
ni ada link ttg malaikat....
siap ada nota kaki.... refer ayat Quran/Hadis Nabi...
sapa raji ...
kelip_kertas Post at 10-6-2010 12:16
yeke.....ko haiwan spesis ape.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|